Monday, June 28, 2010

Gedangsa - Part 16

cuaca yang sungguh cerah dan baik seawal 7am dr Setiawangsa

Buku tanda nama tuk amik no giliran, kali ni Kak Ham yang menjaga memantau di dalam bilik ini.tidak lagi diluar...:)

Semoga Tuhan panjangkan umur dan sentiasa limpahkan kesihatan yang baik bagi K.Raw....aminnn

Aduhh!..letihnya la. Benarlah kata2 org yang "penantian itu satu penyiksaan" dan saya mmg setuju sangat2. Cuma bezanya kali ini mood kami agak sikit terkawal mungkin disebabkan kami cukup rehat...saya telah sedia menanti di s/wangsa, En Hb n our precious tiba seawal tengahari...dan ptgnya hy sekadar kluar mencuci mata dan mengisi perut di Jusco yang hy 5 min dr umah...so cukup rehat...(biasanya, kami bertolak dr kuantan selepas saya abis kerja ptg jumaat, plg awal boleh gerak 4pm dan akan sampai 7pm...plg awal boleh tido pun kul 11pm....bdn mmg penat giler!..esok seawal 5:45am dah kena bangun...huhuhu)
ramai sesak msg2 yang menunggu giliran

ibu yang sentiasa pujuk2 bucuk anak ibu ni...

dah siap berdiri selama 15 min....
Tepat7am, kami bertolak dr umah. Mood msg2 akan tenang dan begitu juga dgn cuaca yg sgt baik...Trafik juga sgt tenang...Tak byk yg kami sembangkan didalam kereta krn saya lihat En Hb tekun memandu yang ada kalanya meter mencecah ke 165km/j...Fuhh!..laju bukan?......ayoooo, mmg kecut juga perut dibuatnya..

Tika sampai, kelihatan mcm pemandangan biasa berderet kereta sudah ada disitu. Kali ni kami mmg tiada makluman mengenai no berapakah giliran untuk my precious dibalut krn tdk mendapat respon drpd adik Ayu yg biasa membantu itu. Bila dijengah buku giliran itu, mmg nama my precious x de disitu....kebetulan di satu no ada yg cancel trs sajer saya catitkan nama my Inas disitu..huhhh!...cuak juga tp still boleh bertenang...mungkin gamaknya sbb this time kami cukup rehat..so gangguan emosi tu mmg terkawal..:)...


riang dikelilingi abang dan adik sepupunya...
Sempat lah mengenyangkan Inas dengan nasi lemak telur rebus terlebih dahulu....dan En Hb pun ber bekfast dulu, saya udah ber shake. Selesai sessi makan2 2 beranak ni...kami decide tk menunggu di dalam. Rata2 muka2 baru rupanya, sbb tu di depan dan dekat2 K.Raw tidak sesak seperti biasa..:). So kami amik port disitu...Hanya ada 2-3 anak yang muka2 lama...(wahh2...semakin bertambah keperluan K.raw selepas ini..)

Info baru mengenai mandi malam di mlm hari...seawal kul 12-2am mmg sungguh2 tdk menggembirakan kami (tiada lagi mandi di awal pagi sebelum matahari naik). In my mind, mmg agak leceh sbbnya my precious mesti tdk dapat tido yg cukup...tido di umah K.Raw?..Ohh tidak...kami rasa itu bukanlah pilihan yg bijak krn sudah tentu ada juga family lain yg join tido disitu, bising sudah tentu akan menjadi satu masalah pada kami. So, mcm mana mahu dapat lelap? Sedangkan badan kami pula sudah tentu penat...ohh, tak mau mengundang penyakit lain pula nanti.....Kami msh lagi tiada jawapan untuk itu....:(

Hampir 2 jam menunggu, tiba giliran kami (itupun kira memotong giliran disebabkan my Inas harus di tolak tulang sblm timing matahari naik menegak..). Kali ni K.Raw buat teknik "menggiling" katanya. Nampak mcm agak keras sikit tapi x kisahlah kan asal K.raw tau caranya. Inas memula nampak enjoy, pastu kejap nampak mcm agresif lak....terasa lelah jugaklah saya yg memegangnya ini...K.raw pula keep mentioning that she's not enuf rest...need some rest..sbb hampir 24 jam x tido..ohh! sangat kesian kat dia.....Hasilnya mmg nampak balutan pada my precious kali ni x berapa kemas.....ermmm....

Jam 11:45 kami bertolak balik....Dan kelihatan mood my Inas dah mula x brp molek. Sudahnya, spt yang dah biasa2 tu...spjg perjalanan dia mendayu2kan irama tangisnya yg bagaikan muzik di telinga kami. puas memujuk, saya x sampai hati lalu mengangkat dia untuk dipeluk dan didukung atas riba..memandang wajah mulus dia saya cuba mengerti sedlmnya bhw kesayangan saya ini tdk selesa dirinya "dikemaskan" sebegini...membuatkan mood dia untuk lena juga mcm menjdi kacau bilau......kesian Inas, Ibu dan ayah cuba ikhtiarkan ini untuk kesejahteraan Inas....sabar ye sayang. Ada masanya, saya pun slalu terpikir that saya pun boleh juga buat balutan mcm yang K.raw buat nih..cuma kemas atau tidak mestilah sakit juga mata memandangnya...huhuhuhu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails