Tuesday, June 8, 2010

DIA makan....

Bercerita tentang DIA..mmg x akan penah abis rasanya segala stori mori yg boleh dikongsikan. Maklumlah DIA ini sangat istimewa buat kami....Selagi ada kudrat ayah dan ibu untuk menjaga DIA, kami tidak akan berpaling.....

sewaktu ulang tahun ke 4 sidia.....cukup ceria bersama sepupu2nya...

DIA makan...mmg agak mencabar juga kalau nak ikutkan selera si dia comel cayang ibu ini...Teringat kembali menu pola makanan si dia ini yang agak berlainan dengan kanak-kanak lain. Seawal baby, si dia ini mmg jenis yang tdk kuat menyusu. Ye lah kan, dah lahir terus je guna 'rest-tube' feeding tuk menyusu...hampir 2mth++ juga brlah blaja2 feeding with bottle...alhamdulilah, tdk berlama2 tuk menggunakan tube tersebut walaupun tersgtlah kena bersabar untuk menghabiskan sebotol susu pada ketika itu...(sedihnya :( bila teringatkan banyak susu badan ibu yang terpaksa dibuang kerana si dia ini tidak mampu menyusu sebanyak mungkin...)..susu brand Enfa kekal sehingga sekarang ~> Enfakids Honey, walaupun reganya mahal siott!.....huhuhu

makan kek sewaktu ulangtahun ke 6...comot!...:)

Kemudian, aft dh msk 4th-6th mth usianya....mula diperkenalkan dengan makanan baby Gerber tu...selain itu mmg menu utama pada seawal usia ini ialah Nestum jenama Nestle...flavour mcm2..honey, beras perang yang menjadi pilihan utama...cuba2 juga membuat bubur nasi ikan/ayam...tapi jelas kelihatan seleranya tiada untu bubur nasi yang sememangnya lembik2 itu.....huhuhu, seawal usia ini sudah pandai memilih.....sehingga 3 yrs jugalah sidia selesa dengan menu ini disamping mula menyukai kuih-muih + kek yang sememangnya manis2 belaka itu.....

x sabar nak makan jemput pisang kegemarannya....

Start 4yrs, si dia comel ini sudah mau selera denga nasi. perkenalkan dengan nasi goreng ala cina yg sememangnya dah dimasukkan telur. Nampak mcm kena dengan seleranya....lega sikit rasa hati sbb dgn mula makan nasi at least byklah nutrien yg boleh masuk dalam badan dia. Selain itu, roti pun dah jd peberet dia...plus pulak dengan telur 2 biji telur separuh masak (atas advice from seorg doc heamopathi)...Starting this age juga, si dia mula kenal sgt2 dengan apa itu ayam KFC...apa...KFC?..huhh! mmg pantang dia nampak KFC kat mana2...atau pun tgk iklan dlm tv, mmg dia meragam semacam la maukan ayam2 itu..huhuhu, mmg bijak si dia ini..

lepak at Taman KLCC...sambil ngunyah biskut

Till now, nasi mmg jadi keperluan utama pada si dia...dan lauk kegemaran mmg tak lain x bukan ialah ayam goreng. Ikan mmg tersangatlah payahlah sidia nak bertemu selera...jrg2 sgt si dia lalu makan dengan lauk ikan....kuah lemak mmg peberet juga tapi x leh la nk bagi selalu2 sangat. Aneka nasi like nasi ayam, nasi lemak, nasi minyak,nasi beriani semua selera dia ada asal syarat jgn ada rasa pedas..(ikut ibunya x suka makan pedas..). Laksa lemak juga si dia ada selera...mee sup sgt2 jarang nk ditelan.Mee hoon pun sgt2 jarang juga...Apa yang pasti, KFC mmg selalu menjadi idamannya...huhuhu. Ayah mmg suka sangat umpankan si dia ini dengan ayam goreng peng..peng..peng itu.....:)


makan roti...comot juga!

Apa sahaja yang dia nak makan...ibu dan ayah mmg sanggup buat dan carikan..serta beli. Asal seleranya ada...yang pasti, syukur sgt2 juga sbb si dia ini mampu mengunyah dan menelan biarpun x senormal kita yang lain...kerana masih ada ramai lagi anak2 yg diluar sana tidak mampu mengunyah dan menelan, makanan mereka perlu dikisar...tapi tidak pada si dia ini...Alhamdulillah!...


Si dia minum....air masak tersgt2lah jarang2nya..sudah tentu sukakan air yg manis2 sahaja. Saya cuba pastikan susu diberikan at least 2 kali sehari sbyk sebotol penuh. Tiap waktu makannya segelas air yogurt (bagus untuk perutnya lawas) dan juga air glukose....suka juga si dia pada air soya...akhir2 ini mmg suka sgt ngan air milo pulak (tp saya x galakkan sangat..)

Si dia perlu disuap...tepat masa....perlu di tahu keperluan kosong perutnya...pada pandangan orang, mmg terasa susah dan payah kan nk uruskan makan minum si dia ini...bagi ibu dan ayah..."alah bisa tegal biasa".... walaupun adakalanya mmg terasa jua sengal2 di badan ibu dan ayah, tapi demi si dia...lupakanlah seketika segala sakit perit itu....insyallah, ada rahmat di sebalik semua ini....
Apa sajer tentang si dia....itulah seadanya si dia.....si dia....zuriat kami Inas Fansuri...Anugerah dari yang Maha Esa...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails