Showing posts with label my precious one. Show all posts
Showing posts with label my precious one. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

DIA yang tak seperti biasa...

Lepas baik daripada demam last 2 wks, inas punya reaction x mcm biasa. Ye ke?...ermm tatau nak describe mcmana, tapi mmg rasa mcm dia x mcm sebelum demam tu lah....

Dia mcm x aktif ajer seperti dia yang biasa...kenapa yer?...Kdg2 saya peratikan dia asik mengantuk ajer....asik2 dia mcm nak tido ajer....nak kata kut2 dia mengantuk sbb makan ubat, dah x ada dah ubat yang diberi selain ubat tuk kawal fit tu...itu pun kami dah kurangkan dosnya semenjak amik Transfer Factor (alhamdulillah, since amik TF dah near 8 bln x ada serangan fit tu....moga2, berkekalan selamanya free daripada fit tu..)

Bila mcm ni, kdg2 timbul rasa menyesal bila time penah tinggikan suara pada Inas....bila mana ada masa2 tertentu dia buat saya huru hara melayannya dan juga si adik. Bila dia senyap mcm ni, saya pulak rasa pelik dan x selesa...rasa mcm tak seperti biasa pulakkkk.....So byk kali dah juga saya tanya "Kak Inas ni kenapa....?... merajuk apa?.... lapar ke?..... ngantuk ke?..... letih ke?... sakit kepala ke?"..dan cium serta peluk dia berkali-kali. Sesekali dia senyap membatu....sesekali dia tersenyum manis.....betul2 buat hati saya cair...secair2nya.....

Ye lah kan....
"Kalau lapar tak pandai nak minta....kalau sakit tak pandai nak bagitau....kalau sedih tak siapa yang tahu....."
Ya Allah, kurniakanlah kelapangan dan kegembiraan buat anak ku ini, ku mohon agar peluang untukkan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain....Aminn...

Kak Inas...cepatlah seperti biasa, ibu rindu gelak tawa dan riuh rendah bersama Inas. Ibu rindu Inas mcm dulu....

Monday, June 11, 2012

Sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2......

Lately sebulan dua ni mcm boleh je nak kata 'bulan melayan emosi' pada saya. Ermm...kalau nak dikata saya mengeluh ke?....saya cuba untuk tidak seperti itu kerana saya sedar masih ramai lagi org yang diluar sana diduga dengan ujian yang lebih lagi.....Maka, setepatnya kita harus bersyukur...ye bersyukur dengan apa seadanya yang kita ada...

Life is up & down.....yer saya setuju dengan quote ini. So, sebagai hambaNya...kita mesti ada perancangan untuk mengatur hidup dengan sebaiknya, walaupun kita patut akur yang ketentuan akhirnya adalah datang daripadaNya....

We luv u so muchh kakak.....

Masalah siapa nak jaga my Inas for day care dah 'hampir' selesai. Alhamdulillah....urusan kami benar2 dipermudahkan olehNya. Hasil pencarian saya bertanyakan kesana kemari, akhirnya saya dipertemukan oleh Kak Bedah (babysitter kwn ofis) yang memperkenalkan saya dengan Cik Ani (jiran Kak Bedah). Walaupun ada rasa x selesa mungkin kerana Cik Ani asalnya dr seberang juga (Indonesia), tapi dia telah lama duduk disini...hampir 15 tahun juga kerana telah berkahwin dengan orang disini....so saya perlu berprasangka baik dan berfikiran positif. Hal bagaimana cara kesesuaian maid saya bersama dengan Cik Ani itu, akan saya jelaskan dengan baik2 kepada kedua2 mereka....semoga semuanya baik2 sahaja, saya tawakkal dan redha.....sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2 -> Itu perihal jagaan Inas

Jagaan Iman terbaik diberikan.....

Maid saya kalau nak diranking pada keseluruhannya boleh lah diberi 7/10 markah. Apsal x boleh nak p lagi markahnya?.....Ok, jelasnya..kalau part buat kerja umah dia ada kurang 1 markah disitu....cuma ada sikit yang sering kena peringatkan dia, seringkali dia terlepas pandang tuk mencuci kotoran habuk yang jarang2 ada, contohnya debu atau habuk yang ada pada plug elektrik, bawah alas pinggan mangkuk, besen mandi iman dan ext...biasanya saya selalu kena tegur dan suruh....itu je lah, yang lain2 part keja umah ok2 ajer. 1 markah kurang yg seterusnya ialah...dia ni selalu mcm ada konflik gaduh ringan ngan suami dia kat sana. Ada je mcm2 hal atau isu yang timbulnya...yang bisanya akan menjejaskan air mukanya, bila dah mcm tu sure lah saya pun rimas melihatnya...:(...part itu mng saya x akan amsuk campur!! 1 markah hilang yang terakhir ialah, saya dah tersilap lebih2 mcm closed dengan dia sehinggakan apa shj perkara mcm nak duk bercerita ngan dia juga. Ermmm...mmg silap besarlah saya mcm tu kan, bukannya apa...saya ni mmg jenis yang suka bercakap..bercerita dengan sesapa ajer...sehinggakan dengan bibik pun nak ber chit chat itu ini itu ini....haihh!, sudahnya saya juga yang rasa kurang selesa sekarang ni kerana adakalanya saya rasakan yang maid ini kdg2 mcm 'lawan tokey' untuk memutuskan kata.....ibarat mcm, kdg2 dia pulak yang buat keputusan (hal2 yg kecik aje)....walhal, patutnya dia hanya perlu patuh saja kan?.....ermmmm.....sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2 -> Itu perihal maid

Love u till end of my life....

En Hb punya treatment Hep C nya msh tergantung begitu shaja. Saya sorang yang duk risau atau dia pun turut risau sama mmg saya x pasti. Dulu pending menantikan ubat yang belum sampai, sekarang pulak ubat dah sampai tapi x de pulak geran support utk kosnya yang hampir seratus ribu tu...blurr! (-_-)....Sudahnya, still pending lagi nk tunggu vaksin pulak. Doc pakar pulak asik2 hanya duk monitor blood testnya yg hanya kejap naik..kejap turun...gitu je ke?...Dalam hati saya, risau kalau keadaan kesihatan hubby akan merosot secara pelan2 nnt....Sekarang ni mmg nmpk mcm under control, tapi tak kanlah x de ikhtiar apa2kan?..Org kata "sediakan payung sebelum hujna"..tak kan bila dah mcm serius br nk gesa2 cari rawatan kan?...risau akan sanggupkah beban uruskan keluarga especially anak2 kecil saya 2 org tu digalas atas bahu saya seorang sepenuhnya?......Kalau saya duk berpikiran jauh, mmg saya akan rasa takut.....Tapi, harus berfikiran positif dan usaha + ikhtiar juga kan....?...Sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2.....!- Ini perihal kesihatan En HB

note 1: setiap ujian yang dikirimkan melalui anak ini, kami sambut dengan rasa penuh tanggungjawab dan syukur, sebagai tanda peringatan untuk lebih mengingatiNya...
note 2: semoga segala layanan baik yang diberikan kepadanya, dihargainya
note 3: masih sabar menanti bila agaknya mahu dicuba rawatan Al-jabbar tu...(-_-)

Saturday, March 31, 2012

Indahnya percaturan Allah


Sedari awal, ibu dah sedia maklum…..ibu dah faham yang anak-anak ibu ini perkiraan umurnya "lambat" daripada yang sepatutnya. Dah lahirnya ke dunia ni pun awal kan….so patutnya perlu diteliti perkembangan mengikut umur sebenar….


Alhamdulillah….dalam tempoh seminggu lagi, my IMAN WAFIQAH akan mencicip umurnya setahun yang sebenarnya (dengan umur zahirnya 14 bulan++). Setakat ini, dia membesar tanpa sebarang masalah….tepatkan, percaturan Allah itu yang terbaik..walaupun pada awal2 kelahirannya sungguh dramatik dalam diari hidup seorang ibu ini…
  • Hanya sempat menghuni di alam rahim ibu selama 29 minggu sahaja
  • Menjengah dunia didalam kereta tempatnya
  • Berat lahir hanya 1.35kg
  • 66 hari menghuni rumah di hospital
  • Sering muntah susu pada 3 bln yang pertama umurnya
Dan sekarang…
  • Sedang seronok belajar bertatih
  • Merangkak laju kesana kemari meng 'explore' apa sahaja (setelah buleh duduk sendiri dahalu)
  • Mulut bising dengan bahasanya sendiri
  • 7 batang gigi dengan berat 8.6kg, percapaian kenaikan berat yang stabil dan cemerlang sebenarnya
  • Tau merajuk bila dimarah manja
  • Seminit pun x duduk diam……haihhh! 

Pada kami yang belum ada pengalaman pekembangan anak normal ini, mmg terasa sungguh2 manisnya setelah melalui kepahitan susah pada satu ketika dulu. Tapi tidak bermakna kami kesal dengan adanya kehadiran si kakak Inas dalam hidup kami. Dalam dia, secara tersiratnya…segala bentuk rezeki yang kami ada hari ini mungkin juga kerana dikurniakan anak istmewa sebegini. Alhamdulillah…..kami patut dan harus sentiasa bersyukur kerana menjadi insan terpilih mempunyai anak istimewa ini. 


Kami sayang sungguh-sungguh kamu….INAS FANSURI. Semoga Tuhan sentiasa merahmati kamu dan kita sekeluarga…..aminnn!

p/s: X sabar nak bagi hadiah kat kamu yer Inas……. sabar... sabar….:)

Monday, March 5, 2012

Bersiar-siar di Taman Gelora

Si comel kami ini kenapa lah dengan mimik muka yang muncung panjang cenggini?....hehehe, merajuk apa kah?...

"T.A.M.A.N G.E.L.O.R.A"

Begitulah nama diberi tempat rekreasi ini. Tak jauh dari rumah kami sekitar 12km sahaja. Ibu suka datang sini, banyak memori kenagna ibu terpahat disini. Bermula dari alam persekolahan, merentas desa pantai...berjogging, bersenamrobik disini....Menikmati selera Rojak Ayam juga di gerai disini....

Masih jua bermuncung panjan begini....Naper ni Iman?...Sebenarnya ibu tau (tapi sajer wat2 tatau...), dia mau turun dari kenderaan ini......no...no..no...., sebabnya ibu dan ayah x larat mengah semput nnt dukung Iman yang x lekat dipegang nih....huhuhu

Subhanallah...Alhamdulilah...Indahnya ciptaan Tuhan kan?

Haaaa...baru senyum sikit dia.....auuuuu cakkkk! :)

Ayah yg cuba test try bergayut....x sampai seminit pun, huhuhu

Kakak Inas as always, excited bila dibawa bersiar2 mcm ni....riuh rendah dia :)

Dan kenangan itu sekitar 2001, kali pertama bertemu muka dengan ayah juga disekitar2 sini.... ehemm!.... ehemm.... huhuhu

Love u forever.....muahh!

Lentok abis Kak Inas...ramai org bersiar2 sambil berjogging petang ni

Tengok tu....peringatan yang baik bagi kita semua...

Sedap ajer mata memandang kan?.....Teringin nak hampiri air laut tu tapi masa tidak mengizinkan....Insyallah, next time ok..!

Sunday, February 5, 2012

1st holiday with little Iman

Colmar Tropicale Resort

Penah sampai sini?....Dah banyak kali sebenarnya kami panjat Bukit Tinggi ni, cuma this time berpeluang nak menginap kat hotel ni...express booking nihh!

Si adik yang sgt happy tgk keletahnya....1st holiday Iman with us..muahhh!

Si Kakak yang mcm kepenatan jer.....ngantuk ke?

Ibu mcm biasa, akan scan dulu keadaan bilik. Oleh sbb kalo tgk pic hotel ni kat internet bukan main cantik lagi...dan juga dari luaran hotel ni mmg cantik juga...so haruslah apa yang ada didalam juga perlu cantik + selesa...ye takk?

Mcm katil design lama je...

Kalo ada milo kan best...hehehe


Suka sangat saya dapat golek2 atas katil ni...




Time jalan2 makan angin lak kat kawasan sekitar Bukit Tinggi ni...Memula kami jalan petang before senja, ramai jugak pengunjung yang datang masa ni.



View from atas menara (x la tinggi sangat pun menaranya),tapi mmg cantik pemandangannya...

From my Mr Sony punya tugas....:)

Konon malamnya nak lah jugak turun jalan2 lagi, dgr kata ada show...tapi disebabkan kedua2 anakanda ni mcm buat ragam jer...kepenatan gamaknya, maka tidurkan mereka....dan dengan ibu dan ayah sekali hanyut tertidur daaa....

Esoknya pulak....bfast dulu, biasa2 ajer menunya. Samapi bertukar dua tempat meja. Mula2 duk kat dalam... lepas tu kami alih tempat lepak meja kat luar lak...

Kak Inas makan apa tu?...


Senyum mengekek jer si adik ni....behave je adik duk dalam stroller ni, tapi kalo x bergerak tolak..mula lah nampak dia start menggeliat....huhuhu

Thanks to Mr Sony yang byk berjasa rakamkan kenangan kami...





Love u forever.....muahhh!


Mujur jugak bila dah agak puas berlegar2 sekitar sini, br ada tanda2 hujan nak turun....aisehhh!...




Cepat2 menuj ke tempat parking kereta..nak pi round ngan keta lak...ada 2-3 place yang boleh dilawati, sbb dek kerena hujan dah mula rintik2, jawabnya round shjtgk dr dalam kereta lah...


Sungguh seminit pun duk tak diam, her favorite nak dapat pegang stereng cenggini....tak mau lepas daaaa....

Sayang kalian....muahhh!
Related Posts with Thumbnails