Tuesday, June 12, 2012

DIA yang tak seperti biasa...

Lepas baik daripada demam last 2 wks, inas punya reaction x mcm biasa. Ye ke?...ermm tatau nak describe mcmana, tapi mmg rasa mcm dia x mcm sebelum demam tu lah....

Dia mcm x aktif ajer seperti dia yang biasa...kenapa yer?...Kdg2 saya peratikan dia asik mengantuk ajer....asik2 dia mcm nak tido ajer....nak kata kut2 dia mengantuk sbb makan ubat, dah x ada dah ubat yang diberi selain ubat tuk kawal fit tu...itu pun kami dah kurangkan dosnya semenjak amik Transfer Factor (alhamdulillah, since amik TF dah near 8 bln x ada serangan fit tu....moga2, berkekalan selamanya free daripada fit tu..)

Bila mcm ni, kdg2 timbul rasa menyesal bila time penah tinggikan suara pada Inas....bila mana ada masa2 tertentu dia buat saya huru hara melayannya dan juga si adik. Bila dia senyap mcm ni, saya pulak rasa pelik dan x selesa...rasa mcm tak seperti biasa pulakkkk.....So byk kali dah juga saya tanya "Kak Inas ni kenapa....?... merajuk apa?.... lapar ke?..... ngantuk ke?..... letih ke?... sakit kepala ke?"..dan cium serta peluk dia berkali-kali. Sesekali dia senyap membatu....sesekali dia tersenyum manis.....betul2 buat hati saya cair...secair2nya.....

Ye lah kan....
"Kalau lapar tak pandai nak minta....kalau sakit tak pandai nak bagitau....kalau sedih tak siapa yang tahu....."
Ya Allah, kurniakanlah kelapangan dan kegembiraan buat anak ku ini, ku mohon agar peluang untukkan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain....Aminn...

Kak Inas...cepatlah seperti biasa, ibu rindu gelak tawa dan riuh rendah bersama Inas. Ibu rindu Inas mcm dulu....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails