Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, March 19, 2012

A.P.R.E.S.I.A.S.I.....itu penting!

Sebagai seorang pekerja makan gaji, saya memilih untuk bersetuju dan percaya dengan kata "PENGHARGAAN" itu perlu ada....Tak kisahlah datang daripada mana-mana pihak sekalipun. Rupanya ada satu istilah yang lebih manis dan telus didengar iaitu APRESIASI......
"Penghargaan terhadap sumbangan, jasa seseorang atau sesuatu pihak serta penghayatan nilai"
Tapi bukan takat kalo sebagai pekerja sahajakan perlu nak di apresiasi kan...sebagai anak, sebagai ibu, sebagai isteri, sebagai masyarakat...perlu juga diambil perhatian segala bentuk sumbangan / jasa yang telah disalurkan. 

Lainlah kalau seseoarng tu langsung tak ada apa-apa nilai yang disumbangkan...ye dakkk?....

Saturday, February 4, 2012

Suci Dalam Debu

Sambutan sungguh hangat, sampai mcm nk "pecah" auditorium ni....

Bila tau yang Ust Badlishah adalah salah seorang panel yang akan ada dlm program ni. mmg dah pasti pasti sangat menarik program ni...lebih2 lagi adanya kehadiran "Sham Kamikaze" tu pulak....tambah2 lagi dengan fenomena "Ustaz Don" tu jugakkk.....walaupun pada hakikatnya saya x penah pun tgk program ustaz ni kat TV, tapi saya tau...mmg ustaz ni tgh menjadi 'pujaan' ramai sekarang ni...


Saya sendiri pun mmg sanggup berdiri terpacak kat tepi auditorium ni sampai habis prgram, sbbnya input yang dikongsi sgt menarik rasanya...msg2 rasa tak puas untuk mendnegar...dan dengar...dan dengar lagi..


Sham Kamikaze sdg berkongsi cerita dengan semua... 


Program berjalan dalam suasana yang santai membuatkan semua hadirin mmg fokus dan khusyuk mendengar. Antara input utama yang hendak disampaikan ialah :
- 'turning point' untuk berhijrah mendapat hidayah itu boleh hadir dalam pelbagai bentuk
- cabaran2 tuk menjadi BAIK
- hiduplah dalam keadaan sekarang tapi mati itu adalah pasti
- bersangka baik dengan sesiapa jua

Tak puas?...Insyallah akan ada menyusul episod yang ke 2 bersama mereka2 ini pada awal Mac ni. Tungguuuuu!......

Thursday, June 9, 2011

Kaya dengan rumah


Entri kali ni nk coretkan ttg sesuatu yg boleh dikongsi oleh semua. Baru2 ni.saya ada pinjma buku "Kaya Dengan Rumah" ni drpd ofismate...mg menarik dan tertarik tuk dibaca sampai abis...


Saya mmg bersetuju dgn si penulis, bahawa pelaburan yang terbaik pada masa kini ialah pelaburan dalam bentuk aset -> mempunyai rumah. Berbanding dengan mempunyai sederet kereta mewah yang akhirnya, harga kereta akan jatuh...x sama dengan aset mempunyai rumah..makin lama harga rumah makin tinggi....

Antara tip2 yg menarik (ada dlm buku itu) perhatian saya utk dijadikan motivasi...


Pokok pangkalnya, nak melabur untuk jaminan masa depan..perancangan kewangan yang betul, mengikuti teknik2 tertentu....mestilah dilaksanakan. Barulah nampak teratur dan keberkesannya....

Note:..sabar menanti perancangan kami untuk mepunyai rumah yang kedua...persoalannya, rumah pilihan drpd pemaju ataupun diatas tanah rumah rekaan sendiri?....tepuk dada tanya selera okehh!

Thursday, September 2, 2010

Jangan berhenti BERDOA...


Usaha + Doa -> Orang Mukmim
Usaha + Tanpa Doa -> Orang Sombong
Tiada Usaha + Doa -> Orang yang Malas
Pengisian yang sangat bagus daripada Majalah Solusi isu 22 kali ni. Alhamdulillah, rakan sekerja telah memperkenalkan saya dengan majalah ini. Semoga lebih byk ilmu dan manfaat saya perolehi dengan tidak jemu2 membaca majalah ilmiah seperti ini.


 Kupasan kali ini ialah memfokuskan kepada kuasa DOA. Insyallah, saya akan mempraktikan adab berdoa yg telah diperolehi panduan drpd pengisian majalah ini.

Dan...mmg sebetulnya, saya mmg tidakmahu dan tidak akan berhenti untuk berDOA. Lebih2 lagi, ketika keadaan saya seperti sekarang...berbadan dua, menguruskan our precious gift....dan melalui kehidupan bekeluarga yang serba cukup itu dan ini......Alhamdulillah, semoga doa saya utk mengekalkan kebahagian hari ini di restui olehNYa ...aminnnn!

Tuesday, May 25, 2010

Bijak belanja...


Saya rasa saya berada dalam kategori "4 bintang" tuk kes bijak berbelanja ni...hehehe, sendiri perasan.....Sebabnya kalau tgh ada duit berkepuk dalam poket / depan mata...i'll do the listing...trying hard to put the prioroties into NEED & WANTS.....fuhh!

Cara saya...
1. Keperluan mesti didahulukan....saya akan pastikan bajet tuk keperlua didahulukan dgn seberapa segera. Cth pada bajet bulanan kami ialah :
a. Hutang rumah + keta (ngan bank) mmg wajib sgt2 didahulukan, jgn sesekali terlepas due date..kalau tidakk, mmg nahas la!...huhuhu, x mo carik penyakit ada bad record ngan bank...
b. Loan - any loan yang dh guna duit, mesti la kena bayo kan..namanya pun pinjaman, so kenalah lah bayo kan?...(punrelated ngan bank jugak kan..?)
c. Brg2 keperluan dapur dan rumah - saya akan pastikan saya buat list dulu, Sbb 2 menda ni x tetap tiap2 bulan mcm kena spend bayo kat bank.Ada kala bulan yg mcm byk sgt kena spent...ada kdg bulan mcm sikit jer...
d. Brg2 keperluan my Inas....Pampers mesti Huggies..(dh try brand lain tp x sesuai dgn Inas dan hati saya pun tak puas..huhuh) + Susu Enfakids Honey Flavour (x sampai hati nk tukarkan susu yg lebih murah sbb rasa Inas sgt sesuai dgn susu mahal ini...hehehhe)
e. Bagi parents

Okehh...bila dah settle kuarkan RM pada list diatas..barulah saya agak terbuka sikit tuk memikirkan hal2 lain yg jatuh pada situasi kehendak.....hehehehhe

So far, cara belanja saya (bukan keperluan) mmg boleh ditahap yg terkawal....Kebiasaannya saya kontrol belanja dgn cara...

1.  Since saya tgh dlm proses msh x berenti berdiet ni, weekdays mmg saya jarang sgt2 lunch....so my intake meals ialah 2 shake + 1 meals. Bfast n lunch saya shake...than for dinner saya masak. Bukan x penah makan kat luar or beli tapau makanan...tapi saya mmg akan kesal dgn belanja yg agak tinggi sekiranya saya malas tuk memasak...Mmg sgt ketara, belanja makan luar + masak sendiri dirumah...plg lekeh pun sekali ganda lah kosnya...huhuhuhu!...Whatever pun, kita mest setuju dengan tagline..."makan untuk hidup"...so, jgnlah berkira sgt kalau untuk makan apa shj ikutlah selera anda......

** belanja saya tuk HL pun mmg kos yg sgt mahal...huhuhu ( HL hy sementara, bukanlah selama-lamanya...chewahh!..alasan la pulak huhuhu)

2. Barang2 rumah selagi x de yg rosak..selagi itu saya akan gunakan. Dah berjaya juga saiko En Hb supaya amalkan sikap menjaga / mengguna barang dgn sebaiknya. Biarlah nampak barang tu dah buruk benor sekalipun..asal boleh pakai lagi, buat apalah kita nak buang kan...?..Cthnya, kes mesin basuh kami baru2 ni..(ada dlm entri yg lepas)...dah rosak pun, selagi boleh baiki...dan elok msh berfungsi..kami pakai je la.....huhuhuh

3. Yg biasa saya dok leh tahan beria ialah sopink baju...for my Inas n en HB x de masalah sgt sbb purata sopink baju tuk 2 wajah kesayangan hamba ini ialah 2 kali je setahun....dgr mcm ohh byk jimatlah yer tuk spent sopink baju depa, tapi sekali sopink mmg gedebuk ratus-ratus gitu..huhuhuhu. For me lak, x kira masa...kalo dulu saya mmg jelas ada masalah saiz baju...pantang nmpk yg kena dgn saiz badan..terus je decide beli sbb bimbang kut2 dah payah nk jumpa lagi. Dan sekarang pulak...masalah sazi baju itu dh x de....mmg senang lah cari tapi timbul lak alasan, x de baju yg sepadan. Ye lah kan..dulu saiz XXL...now dah leh fit saiz M...sure baju lama mmg x sesuai tuk dipakai...penah juga cuba pakai baju lama tu, mmg jelas gelebeh jer..huhuhu...alasan la tu!


 
Moral of the stori..kalau x de menda keperluan sgt2 yang nak dibeli, jgn kuar jln2 window sopink kata mana mall / mini market / hypermarket sekalipun....sebabnya, drpd x de menda nk beli..tapi bila jejak je kaki tempat2 sebeitu...mmg ada juga duit yg mesti dikeluarkan.....haruuu!

mode:..nak kaya mesti kedekut ke?....ehh! takk..tak...nak kaya mesti kena berjimat!...yes..yes..baru betul..:)

Monday, March 22, 2010

Bahagia itu pilihan

Kalau ditanya "bahagiakah saya dgn kehidupan sekarang?"...Secara tepat, jelas dan pantasnya saya akan mengangguk kan kepala tanda mengiyakan...yesss!..mengiyakan kebahagian yg dirasa sekarang...


how nice bila life kita sentiasa diwarnai seperti kilauan kristal2 ini kan...?


Satu yg saya sgt percayakan...."janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan daripada sesiapa...drpd apa jua keadaan"(walaupun saya ni jenis yg suka menghampiri garis kesempurnaan ketika membuat sesuatu perkara). Lain orang lain sudut kebahagian yg dikecapi...kerana kita perlu sedia maklum bahawa lain oarang juga lain ujian dan dugaan yang dialami.

Bahagia saya

1. Dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah tiada masalah kesihatan yg memerlukan saya bergantung sepenuhnya dgn ubat. Kecuali, adat la kalau sakit pening demam itu adalah sebagai ujian dan peringatan pada dosa2 kecil yg kita lakukan....

2. Ibu bapa yang mengambil berat tentang kehidupan saya. Walaupun saya sudah mempunyai keluarga kecil sendiri, namun saya tetap tahu bhw abah dan mama saya msh lagi prihatin tentang diri saya. Sungguh saya sayangkan mereka...


...."Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik dan panjangkanlah usia kedua ibu bapa ku, semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman"


3. Dikurniakan jodoh dgn seorang suami yang baik. Ya, HB merupakan suami yang baik kepada saya...can't describe makna BAIK seorang suami ini terhadap saya...biarlah hanya saya yg mengetahui nya...


4. Dikurniakan seorang ayah yang baik kepada anak kecil saya. Ya, ayah inas ini cukup baik dalam menjalankan t/jawabnya terhadap Inas. Cuma, mungkin ada sedikit perkara yg terpkasa dialihkan perhatian drpd melayani Inas kerana tuntutan kerja / mencari rezeki. Inas, ayah sibuk mencari rezeki untuk kita juga...harap Inas dapat memahami....

5. Kerjaya yang bagus. Bidang pendidikan yang saya ceburi ini merupakan alam dan bidang terbaik kerana ilmu tidak terbatas sampai bila2. Alhamdulillah, sdh hampir 8 thn bekerja disini...saya tahu..rezeki saya drpd secupak telah semakin hampir utk menjadi segantang...rezeki Inas disini....

inilah pic yg diletakkan di website rasmi kolej....waduhh!, ini ketika masih "sihat segar bugar" gitu....hehehhe

6. Bebas dariada hutang2 yang melampau / mengarut. Semoga jalan/plan yang kami ikuti ini mendapat keberkatannya....

"Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati"

Saturday, December 5, 2009

Forgive & Forget


Dalam hidup..saya percaya pada 2 perkataan ini "Forgive & Forget" akan membawa harapan yg baik utk satu2 keadaan. Bagi saya, memaafkan apa jua adalah jln terbaik tuk menyelesaikan satu2 perkara tanpa berlarutan panjang. Walaupun pada hakikatnya, kesan atau luka yg terpalit selamanya akan meninggalkan parut dihati..namun, itulah shj dgn cara memaafkan kita boleh anggap tidak perlu lagi memikirkan tentang perkara itu.....
Bak bait2 kata motivasi yg saya petik dr blog imotivasi (tqv for sharing)... "Jika kita mahu positif sepenuhnya, kena belajar jadi pemaaf dan lupakan walau nampak kurang adil bagi pihak kita..Saya dah memaafkan diorang dan memenuhkan minda saya dengan kisah-kisah orang berjaya agar semangat sentiasa menyala. Biar kita sibuk memajukan diri dan kalau boleh, lupakan sakit hati, rasa kurang puas hati atau geram. LET GO saja"

Perlu melupakan....let gone be by gone. Jgn sesekali duk mengingati lagi apa yg membuatkan kita tak suka utk mengenangnya.Biasanya, kalau msh lagi minda dan kepala dipenuhi dgn perkara2 lepas yg tidak positif...akan memberi kesan negatif kepada rutin harian kita...Hidup mesti selalu pandang kedepan..bukannya nk brjln kena pandang belakang....

Juga dr blog imotivasi (tqvm lg sekali)..."Melupakan saja apa yang membuat saya geram adalah penyelesaian terbaik, maafkan mereka, pastu GO ON mengejar matlamat kita"

Yang sebenarnya....jauh disudut hati, saya seorang yg mmg boleh memaafkan orang lain...tapi yg agak sukar bagi saya lakukan ialah utk melupakan....adakah mungkin krn saya mempunyai ingatan yg sgt kuat terhadap satu2 perkara? Kalau betul pun boleh lupa...saya tetap akan ingat juga sampai bila2....ermmmm....saya akan cuba melupakan..


Semoga saya dibekalkan dengan semangat yang kuat utk menghadapi segala mcm ujian, dugaan dan cabaran hidup...strong in heart, minda dan jiwa. Choose To Be Strong!

Thursday, November 19, 2009

Thanks very much...motivation for me

"salam, sory for late reply. work politic is everywhere. so u tengok balik pada target u untuk keje u. kalau target u nak keje lama, just forget n forgive. buat tak tau je dengan bos mcm ni. boss is come and go adik. the most, 2 years, then it will replace with somebody else. so don't pun high expectation. rilek je n buat keje. kalau dia marah atau tak favor u pun, paling tinggi dia benci u je, dia tak leh buang keje. u have much more important thing to think off, ur family, ur student. why must worried for unnecessary think. tarik nafas dalam2 dan senyum ye."

Received this meaningful mail from my abg angkat....abg angkat?..yes my truly abg angkat, means bkn abg kandung...bukan abang ipar. Kenal since skul dulu..pastu senya kejap lps dia msk U...than jumpa balik sbb saya masuk U yg sama dia masuk...lak tu di kolej kediaman yang sama..than..senyap lagi pulak sbb dia dah grad dan keja.....n now...dpt jumpa balik hanya kerana FB yg menemukan kami....seperti dia skrg....telah berjaya dgn suksesnya dlm kerjayanya dan menjadi 'somebody' di IPTA itu..alhamdulillah, nice 2 hear....:)

"love your job not your company coz u never know when your company stop loving you "

Dia baik...thanks to Allah krn menemukan saya dgn yang baik2 sepertinya.....Saya doakan dia cepat2 bertemu jodoh..aminnn!




Time ujan2 sejuk cenggini mmg best layan lauk tauge masak lemak ni...(tiba2 jer msk bab makan...huhuhuhu). Tambah pulak ada telur masin n sambal belacan...mmg x pandang kiri kanan la.....huuuuuu punah ranah lagi dietku....
Related Posts with Thumbnails