Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, May 17, 2013

Jiwa kacau: Kolestrol jahat itu.....huhh!

Semalam, saya follow En Hb tuk membuat ujian darah bagi keperluan temujanji doktor di HTAA ptg ni. Bisanya, saya amik juga peluang ni untuk hulurkan jugak lengan bagi dibuat juga beberapa ujian darah. Last sekali ialah pada akhir Sep 2012 thn lepas. Tika tu, kandungan gula dan paras kolestral adalah melebihi dari pagar yang sepatut......(-_-)

Usai dah amik darah, sangat berdebar ok tuk menunggu hasil ujian itu. Jam 3pm, En Hb sms me...

Cholestrol 7.41 (00 - 5.2)

LDL Cholestrol 5.72 (00 - 4.1)
FBS Glucose 69 (4.1 - 5.9)


Memang tak happy lah kan....(-_-). Balik rumah terus geledah carik smula result blood test yang last 2 time. Jumpa..dan mmg ternyata paras kolestrol tu mmg makin lama makin naik...dalam tempoh 1 thn 2 bln....dari 6.3 - 6.7 - 7.4...gulppp!.....Betul2 buat saya tak tido malam tadi...

Risau sangat bila duk google...mcm2 info dpt...especially bila bab citer ada kaitan ngan penyakit jantung tu mana lah tak risau tahap gaban kan...sbbnya dalam keluarga mmg ada keturunan sakit jantung ni....Tokki dan Mama saya pesakit jantung.....Mmg minta dijauhkan sangat.......takut sangattt!..

So, hari ni mulalah crk info dengan googling sana sini lagi. Bertanya kpd kwn2 yg penah alami tngi kolestrol ini dan berjaya turunkan semula. Akhirnya, yang terbaik adalah perlu mengamalkan pemakanan dengan Oat...Honestly speaking, tekak saya mmg tak berapa nak beri laluan tuk telan Oat.....adoiiii!

Hasilnya, selepas terpaksa rela mengalah....saya tergesa2 jugak mencari Quaker Oat ini. Doakan saya agar (target dalam masa 3 bulan) konsisten dapat mengambil Oat sbagai pemakanan utama demi menurunkan paras kolestrol saya untuk kesiahatan yang lebih baik. Insyallah....

Wednesday, October 31, 2012

Bercakap tentang kesihatan

Lama menyepi...tetiba nak muncul dengan entri pasal kesihatan....

Pentingkan kalau kita amik tau pasal kesihatan ni....Pada saya, bila kita sihat banyak perkara yang kita boleh buat...banyak menda boleh kita uruskan....Lebih2 lagi pada saya yang semestinya perlu berkeadaan sihat demi anak2 saya yang masih kecil terutamnya my angel Inas tu...

Walaupun kesedaran tentang kesihatan ni datang pada saya bukanlah daripada awal remaja, tapi sekurang-nya saya bermula dengan kesedaran itu tidaklah terlalu lewat. Usai akhir umur 20an (nak masuk angka 30an) saya mula sibuk mengambil berat tentang tahap kesihatan badan......


Saya bermula dengan niat tuk menurunkan berat badan ketika itu....Dan alhamdulillah, dengan rezeki yang ada saya berjaya turun sebanyak 20kilo++ dalam masa 6 bulan dengan diet HL. Walaupun pada hakikatnya saya percaa, "bila kurus tak semestinya sihat tapi bila gemuk sudah pasti berisiko untuk tidak sihat kan..?" Kemudian, saya sentiasa pemantau tahap kesihatan menerusi ujian darah. Sentiasa pastikan tekanan darah berada dalam status yang normal. Mahu memantau kadar glukose dalam badan. Maklumlah, dalam salasilah keluarga memang terbukti keluarga saya mempunyai keturunan diabetis ini. En Hb saya mmg dah sahlah pengidap diabetis....disebelah keluarganya pun memang ada keturunan diabetis tu. Sepanjang mengandung kedua anak saya pun, alhamdulillah masih lagi berada di dalam situasi yang terkawal....Cantik sahaja bacaan nya.

Mac 2012, result blood test saya agak tidak menggembirakan. Tahap kolestrol dalam badan saya naik melepasi bar yang normal. Agak gugup dan surprise saya dibuatnya. Mulalah saya menggunakan pakcik Google tuk menambah info yang ada mengenai pengawalan kolestrol ini. Walaupun baru sahaja sikit melepasi tahap bar itu, hati sudah tidak tenang....:(. 

Tanpa mengambil apa2 ubatan, saya mengulangi lagi pemeriksaan ujian darah pada September 2012. Nahh!!...lagi sekali saya terpukul dan panik dibuatnya...Bila mana bacaan glukose saya ketika berpuasa ialah 7.1 dan tahap kolestrol masih lagi meningkat sedikit daripada bacaan yang lama itu....Ermmm..! sungguh membuatkan saya tak tidur malam 3 hari. Sungguh risau tahap yang tatau nak describe mcmana.....ohhhh! nak menjerit...nak menangis pun ada tauu....terus terbayangkan wajah anak2 saya yang masih kecil berdua tu.....

Esoknya saya nekad tuk mengulangi pemeriksaan bacaan glukose di klinik biasa, tapi melalui bacaan di hujung jari dicucuk tu sahajalah.....4.9, seminggu kemudian 6.1, 2 minggu kemudian 6.6 dan 2 hari selepas itu 5.8......FBS. Agak lega walaupun tidak 100%. Dari bacaan ini, saya masih lagi tdk berada dalam golongan Diabetis tetapi sudah diparas berisiko tuk mengidap penyakit ini......So, perluberingat dan berhati-hati mulai sekaranggg...jangan tangguh2 lagi...

From reading sana sini, saya perlu kurangkan pengambilan karbohidrat. Jangan salah faham, diabetis bukan sahaja berpunca dari makanan manis bergula, tapi sebenarnya jenis makanan berkarbohidrat yang menjadi penyumbang utama tahap glukose dalam badan naik mendadak. Dan juga info yang baru juga saya tahu, kalau kita berada dalam keadaan stress juga boleh menyebabkan kadar glukose naik mendadak......huhh!...

So, saya mula mengumpulkan bahan bagaimana nak elakkan pengurangan karbohidrat dalam makanan yang diambil. Jeng...jenggg....!.....

** Kisah diet akan menyusul nanti....
** Nak citer pasal Kolestrol jugakk...

Friday, September 28, 2012

Result blood test - SURPRISE!

Last week, follow En HB nak amik darah buat rutin blood test dia. Biasanya saya akan menyibuk juga nak check darah jugak, sbb mmg ada kenal Abg Syed yang keja lab tu...so dah ada kemudahan why not kan hulur jugak lengan tuk dicucuk amik darah...(padahal sangat ngeri ok!...huhu)

So dah ada resultnya....mmg kali ni agak surprise sangat....Sampai saya susah hati dibuatnya :(, pulak tu En HB mcm seirius ajer discuss menda ni ngan saya...(haihh, En HBku ni mmg pesakit Diabetis yer.....)
~ FBS Glucose 7.1
~ Cholesterol 6++ (dah lepas tahap normal)
~ Indirect bilirubin (pun lepas tahap normal)
Hasil dari result ini, saya pun duk google sana sini....banyak jugak info yg saya jumpa. Antaranya :

Glusoce dalam badan juga boleh naik kalau....
- tengah stress dan susah hati...ohh, baru saya tahu ni...So, lately ni mmg saya stress ngan keja sangat2....:(
- sehari sebelum duk pulun makanan manis, a'ah yer..a day before saya ada pulun makan durian
- keturunan, yes betul saya mempunyai keturunan ada diabetis...
- pengambilan makan karbohidrat yang lebih2.....mungkin ya juga kekadang saya out of control...(-_-)

Sebab terkejut dan x puas hati punya hal, esoknya saya ke klnik biasa pulak mintak doktor cucuk hujung jari untuk test lagi sekali......haaaa see resultnya 6.6 jer (-_-), buleh lah kiranya senyum sikit kan walaupun faham yang test cucu hujung jari x berapa nak accurate compare than amik darah kut lengan n htr ke lab.....

Dan mintak advice psl kolestrol pulak, dia bagitau as a women lebih sikit dr normal tu it's OK...sbb kita pompuan ni ada satu hormon yang org lelaki x de yang boleh cover taha kolestrol berlebih tu...tapi tetap x bagus kan bila dah lebih paras normal?..ye tak?.....So, gogle lah jugak pasal kolestrol ni, cr petua cam ner nak kawal suh turun secara semulajadi.....antaranya minum susu Nestle Omega tu...ermmmm!

Indirect bilirubin tuh...dah google jugak tapi x berapa nak ph lah. Bila tanya doktor, dia bagitau mungkin lately ni sebab saya suka mengunyah food like kerepek2 tuh....ahh yes, saya mmg kerepek lover...huhu!

Risau sangat bila result blood test tak cantik nih...:(.....

Saya sayang suami dan anak-anak comel saya, so saya mesti jaga kesihatan!!!...TITIK!

Sunday, September 23, 2012

Allergik susu rupanya

After taken a long time.....barulah saya mendapat idea apalah puncanya my Inas asik2 cirit birit ni...?...Dah hampir 4-5 hari dia mcm tu, sehinggakan hampir 5 kali sehari dia cirit birit yang dashat, sampai abis meleleh keluar.....Kdg2 boleh jadik ayah stress x ingat apa sbb asik duk ulang alik kena cucikan....ermmm....



Semua tekaan meleset sama sekali......
~ Ayah meneka kononnya punca daripada air minum...dibelikan air mineral berbotol2...ermmm, tapi still jugak CB tuh...(kalo punca air, mesti si adik iman pun sama jugak kena CB kan...?...Tapi iman ok ajer...0

~ Kemudian pastikan botol susunya dibasuh dengan cermat....ermmm, sama jugakk...CB lagi...

~ Ibu pastikan sediakan meal tuk inas yang fresh...tamau yang beli diluar dan jugak makanan yang disimpan kemudian dipanaskan....ermmm tapi tetap jugak CB

Last teka.....
Mungkin susu brand Mead Johnson Enfakids yang mmg my precious minum dari baby tulah yang menjadi puncanya?....Mungkin betul...sebab ibu tetiba ajer teringat citer kwn opis yg anaknya kena warded sbb CB tatau apa apa puncanya....at last Doc suh try tukar susu base Soya, n mmg ternyata CB akibat alahan dengan susu formula base lembu tu.....huhhh!...pantas sajer saya pun kekedai mau belikan Inas susu base Soya juga...

Dannn....mmg tepatlah ini juga yang menjadi puncanya. So, try susu Isolac Similac for 1-10yrs ni...boleh tahan jugaklah harganya....tapi hanya plan nak try for 2wks sajer dulu, lps tu akan turn back pada susu Enfakids tu, harap2 x berulanglah kes CB pada inas...

Tapi...Kalau masih berulang juga CB tu mcm mana?.....Ermmmmmm

Wednesday, January 25, 2012

Heading to 60


Target saya 60 tau....

Tapi bila yer....?

Adehhh!......serius saya nak hit 60....

Untuk kesihatan....+ keyakinan diri juga.....

Doakan saya yer.....Aminn.....!

Monday, January 16, 2012

Pray for speedy recovery


First time berada di sekitar sini. Mmg sgt teruja dengan keadaan disini, selesa dengan persekitaran yg ala2 mcm kat hospital private ajer.....IJN ni semi govermentkan?......ehh ye ke?....



Sebenarnya, tujuan kami ada kat sini ialah nk bg support to my dear sister yang jalani operation kat sini. For some reason, dia terpaksa melalui episod pembedahan yang mcm ni. Mungkin ada hikmah dah rahmat disebalik semua ujian ini. Ermm...x apa lah, yang penting kami doakan semuanya berjalan dgn lancar....


Semoga my sis kuat semangat, dan cepat2 sembuh serta aktif cergas seperti dia yang seadanya itu...:). Yang penting, she's mmg dapatkan reference yang sebaiknya untuk mengambil keputusan menjalani pembedahan ini. Kami semua akan doakan yang terbaik......aminnnn

Thursday, November 10, 2011

Is a MUST monthly therapy...

ni tuk mandi jakuzi, x penah try lagi....

Dah byk sy rekomen kat org salon + spa ni....Ayunie Pesona Beauty, satu hala jalan nk balik ke umah saya (senang kan...hehehe) sbb saya rekomen?....saya sukakan dengan hasil servis kat sini. Pada saya, satu2nya pekerja kat sini - si cantik Nomie ni mmg buat keja dgn bagus. Senang citer, mmg berbaloilah dgn bayaran yg mmg x mahal pun (kalau nk bandingkan dgn mana2 salon / spa kat Kuantan ni) senarai theraphy + servis yang diberikan....

ni bedrest tuk servis2 spt nk wat facial, massage, body scrub

ni port tuk wat facial

Saya merupakan pelanggan tetap kat sini. Tiap2 bulan kebiasaan yg saya perlukan ialah tuk wat massage therapy. It's really works for me aft badan penat...kepala berat...stress mode...lps berkunjung ke sini mmg rasa ringan sikit...Selain dr tu, facial pun mesti juga buat. Sbb kdg2 due to bz mode, mmg x ter fokus betul2 ttg penjagaan kulit muka....so, penting lah buat facial ni....:)




ni tuk wat sauna, saya penah cuba beberapa kali, mmg puas hatilah ngan kebasahan peluh yg kuar..huhuhuhu

ni tuk wat bertangas...saya penah juga cuba, dan khasiatnya sgt bagus especially tuk kesihatan dalaman wanita

dan...plain water ini disediakan juga :)

Friday, October 14, 2011

Mau C.E.R.G.A.S kembali...

Seingat saya, dulu2 semasa msh lagi dlm lingkungan umur anak dara...saya mmg jenis seorang yg x boleh duduk diam. Ada saja perkara yg mesti dilakukan....tak kiralah berkenaan dgn apa saja, keja umah..keja kat ofis...keja dapur, keja kenduri kendara...alhamdulillah....pendek kata, C.E.R.G.A.S lah.....

Lepas tu, bila dah sampai jodoh at age 24..(kalo nk banding ngan trend skrg ni, kira age 24 ni kategri kawin awal la erkkk..), pulak tu terus ada rezeki dapat baby, our precious Inas....bermakna komitmen terhadap keluarga dh termaktub ada....bila ada komitmen, prestasi kesihatan pun mula diuji kan....ye lah, bila fokus ngan keja yg dibuat....sure ada rasa penat....dan sure mesti kena ada waktu rehat yg cukup kan....bila x dpt cukup rehat..maka akan timbullah keadaan kesihatan yg x menentu....

"Apsal skrg ni mcm l**b*p ajer, awak dh x mcm dulu lah..dulu cergas je buat keja?"....penah my mom menegur saya begitu.....Saya jawab, "a'ahkan..saya pun tau saya dah x secergas dulu lagi, naper erkk?"...sambil tersengih2.....hehehe

Dan sekarang pula...
Bila dah ada anak dua ni, saya lebih2 lagi sering x berapa cergas. Senang citer, saya mudah sangat berada dalam keadaan "tidak sihat"....amat mudah untuk diserang batuk + selsema....kalau x cepat2 amik rawatan, sudah tentu diserang demam + bengkak tonsil pula....ohh! tidak....so far takat bulan 10 ni...seingat saya dah 2 round demam + bengkak tonsil...dah 3 round diserang batuk + selsema....

Padahal kan..keja umah saya dah ada helper yg buatkan.....(-_-)...

Yang penting, saya akan dapatkan pemeriksaan blood test nanti, bagus kan tuk pantau tahap kesihatan kita?....

Adakah ini yg dikatakan, demam anak 2?...alaaaa...br anak 2 dah rasa huru hara...cemanlah nk ada anak ramai ni?...huhuhu

it's curently me, pic taken 2 hari yg lalu....:)

Saya mesti cari supplement + formula bagaimana nak C.E.R.G.A.S semula...demi anak2...demi En HB yg tersayang......muahhh!

Thursday, October 6, 2011

Bagus ke Transfer Factor?

Masa Iman admit kat KMC hari tu, ibu adalah join ayah dan inas dinner kat kedai mamak Restoran Alif kat depan KMC tu. layan my Inas makan Roti Nan Ayam Merah yg sedap tu.....than, as always, mmg ramai yg menegur Inas...ada satu keluarga tu nak ajak bersembang ngan kami....

Memula tanya2 psl Inas, than rupanya dia nk intro psl Transfer Factor...kami mengiyakan sahaja....



Kisah TF ni...
Excelli, 3 thn yg lepas, kami dah penah dgr berkenaan kebagusan (sesuai ke perkataan ni?...) menda ni. Siap dientertain belanja berbuka puasa kat Hotel Swiss Garden (masa tu bulan puasa) lagi dgn pengedar TF yg sah2 kami x kenal pun...Tapi masa tu, kami masih lagi tak mampu nak membelinya....:(...M.A.H.A.L tauu......


So, sambung smula kisah lepas jumpa orang yg duk citer2 psl TF kat restoran Aliff tu......bila balik ke umah, saya duk tertarik dlm fikiran ni nk mencuba guna supplement ni tuk my Inas dan juga tuk En HB as well....manalah tau kan...kut2 serasi dgn supplement ni tuk 2 org wajah kesayangan hamba ni....(skrg ni alhamdulillah, dah mcm mampu tuk menggunakan produk mahal ni....)


Diusulkan pada En HB, dia pun bersetuju, so utk permulaan kami beli pakej yg ini dulu. Yang kapsul 2 botol tu khusus tuk Inas dan yg 2 botol lagi tuk tuk ayah. Bagi 2 beranak ni try dulu....pada Inas kami nk tgk adakah serangan s***n nya makin berkurangan atau pun hilang terus...dan pada ayah kami mau tgk ujian darah tuk Hep C nya itu adakah boleh menurun tahap ketinggiian nya...Insyallah, kami cuba berikhtiar....

Bila google byk2 kat internet ni, mmg tau TF ni mmg bagus...bukan tujuan asalnya nak memnyembuhkan penyakit..tapi sebagai supllement terbaik untuk ketahanan badan.....Dan buat survey kat FB, pun ramai kata TF ni bagus...so, kami cuba!!!...

Monday, May 30, 2011

Masih lemau x sihat...:(

Seingat saya, ni 1st time saya berada dlm keadaan x sihat yg sungguh lama berlarutan...Dh near 3 minggu saya msh lagi x fresh...selsema msh ada, tekak x selesa, kdg2 kering (padahal dh byk minum air) kdg2 mcm ada kahak..batuk2 ada juga sekali-sekala...dan pening kepala juga..:(.

Ubat dah 2 round pi klinik abis makan, siap request antibiotik lg....rehat rasanya cukup (sbb keja umah seme maid yg uruskan) kecuali waktu tido mlm mmg x lena sepanjangnya mlm sbb ada anak kecik kan...

Cepatlah sembuh sepenuhnya....harap sgt my Iman "kebal" dan x jangkit padanya, walaupun mmg dh ada sign yg dia pun ada selsema tu....sian kat Iman, sekali-sekala dgr mcm ada juga kahak tu....ermmm!....

Sunday, May 22, 2011

Ayah & Iman

Ayah main ngan Iman...

i'm so happy dpt duk atas penimbang ni...:)

angkat tangan mintak dukung dah...

Senyum bila pandang kamera...

lokasi di Specialist Paedtric Clinic YAW....

Datang sini sbb risau bila tg mcm hidung Iman tersumbat ajer..sesekali ada nampak mcm hidungnya berair...(not really hingus). Dan Doc pun kata it's just selsema ringan ajer so tamau beri ubat makan. Just diberikan spray "air garam" katanya utk legakan hidun yg tersumbat.

It's realy work to my Iman...alhamdulillah.Dan mintak juga ubat selsema + cairkan kahak tuk my Inas. Kesian kakak yg nmpknya dah batuk2 juga..:(

Note:..ibu kena cepat2 sihat, sian kat anak2 ibu ni...(masa ni tinggal kak Inas with my maid jap kat umah..)

Friday, May 20, 2011

Selsema....plss stay away from my life

Dah hampir seminggu saya selsema. B4 this ada tanda sakit tekak mcm nak ada tonsil...dh cepat2 terus mintak antibitik "erycthromycin" namanya..)je ngan doc..sbb dah tau kalo just ubat biasa..ubat kemam tu mmg x baik punya tonsil tu. 

Bila dah ada baby kecik ni, mmg kalo x sihat x leh lah tangguh2 tuk nk makan ubat. Sbbnya possibility tinggi nk dpt jangkit kat baby. Seboleh mungkin, x mau dedahkan Iman dgn apa2 virus yg boleh sebabkan dia x sihat...Kesian sgt pada dia kan.....

Tapi, now dh seminggu berlalu..alhamdulillah sakit tekak dah hilang, tonsil tu x menjadi....tapinya selsema saya masih lagi x baik2....:(. Aduhh!....kesian kat Iman yg saya nampak hidungnya mcm tersumbat juga...tanda2 awal nk selsema lah tu...(-_-)...mesti ter jangkit juga drpd saya..:(...Yang paling saya risaukan, kalo2 Iman x mau feeding...x selesa bila feeding nanti...aduh!..mmg sungguh merisaukan saya......

Si kakak pula, mmg dah sah ada berjangkit juga..tapi mujur cepat recover bila dah diberikan ubat....

Ya Allah!..semoga kau lindungi kami sekeluarga drpd sebarang masalah kesihatan...dan semoga anak2 kuberada dalam keadaan kesihatan yang terpelihara...aminnnn

Monday, July 6, 2009

Liver Tonix - Al Jabbar

I managed to get this information....


Setiap Kapsul 500mg mengandungi:

Zingiber Officinale Rhizome

Folium Hydrocotyle Asiatica

Folium Morinda Elliptica

Citrus Hystrix Fructus

Follium Silybum Marinum


Khasiat Tonik Hati Hidayah HB PLUS

- Melemah dan membasmi virus yang menjadi punca utama penyakit hepatitis.
- Menguatkan sistem imunisasi badan dan membekal serta membantu menghidupkan antibody
yang kuat.
- Menguat, membaiki dan menjaga fungsi organ hati dan membaiki kerosakan sel-sel hati.
- Menghilangkan gejala akut dan gejala kronik pesakit hepatitis.
- Menyuburkan pertumbuhan sel-sel hepatosit (sel-sel hati) yang baru mengikut susunan yang
teratur dan lengkap.
- Mencuci darah daripada pelbagai bahan kimia, toksik, dan bahan-bahan berat yang lain.
- Membantu menghilangkan dan menyembuhkan segala gejala-gejala hepatitis/ radang hati.
- Merawat dan menyembuhkan penyakit hepatitis.

Peringkat Penyembuhan

Hasil kajian yang mendalam beserta debgan rekod-rekod pesakit yang lepas,proses penyembuhan mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hari,namun ada pesakit yang sembuh sebelum mencapai 100 hari dan ada setengah pesakit akan sembuh pada hari ke 120 dan sebagainya.

Domain
Setelah Jabbar Hidayah HB Plus (tonik Hati) memasuki aliran darah,ubat ini akan bekerja untuk membaiki dan membina hati pesakit yang telah rosak(hati membengkak) akibat daripada pertumbuhan selyang tidak teratur disebabkan oleh hati yang di serang virus.Pada ketka ini,pesakit kemungkinan akan merasa sedikit simptom sampingan seperti mengantuk.
Di dalam prinsip rawatan jabbar hidayah HB Plus,peringkat ini dikenali sebagai peringjat domain,Di mana tahap domain ini adalah tahap permulaan rawatan untuk penyembuhan hepatatis,pada peringkat ini ,ubat akan "mengacau"kedudukan virus di luar hati,di bawah hati atau di dalam sel-sel hati.Virus ini akn "bertebaran"dan memasuki aliran darah.

Natural
Pada peringkat ini,untuk mula membasmi sebahagian besar virus,hati bebas daripada virus dan mula subur membiak.ubat ini telah memperbetulkan kembali susunan sel-sel hepatosit yang sebelum ini tidak teratur.Pada tahap ini jika pesakit itu mempunyai hati yang bengkak,baisanya ianya ia sudah kembali normal atau sembuh dan telah membekalkan antibodi tubuh.
Pesakit mula bertenaga,sihat dan cergas,Ada juga pesakit sudah mengangap mereka telah sembuh sepenuhnya.Ada di antara mereka telah meniggalkan ubat atau makan ubat secara tidak teratur dan tidak berdisplin.Faktor ini menyebabkan ada pesakit mendakwa mereka lambat sembuh.

Negatif
Kebanyakan pesakit hampir bebas daripada pembawa kronik kepada pasif(apabila HbeAg(+) bertukar kepada Hbe(-))danjumlah virus berada di bawa paras 100,000 copies.Penurunan virus juga boleh menurun secara mendadak sehingga mencapai kurang <200 copies.Untuk hati kanser proses penyembuhan mungkin mengambil masa yang panjang,pengambilan ubat secara berterusan perlu bagi pesakit yang sudah mencapai tahap kronik.

Berminat nak dapatkan produk ni untuk rawatan "liver function" HB yang tak berapa cantik resultnya. Suspect to get -> Hepatitis C. Semoga HB kuat semangat

Wednesday, June 24, 2009

Tak sihat..

Siang td dah pi klnik sbb 2 tujuan :

1. Sambung ubat tuk hilang kebas dan tuk saraf dihujung ibu jari tangan ni. Dah masuk 2 minggu lbh msh x baik betul lagi. Penangan duk nolong2 kenduri kendara kawin baru ni. A big hope..cepat2 la baik...x de la menggangu sgt fokus nk buat kerja..

2. Again..saya mcm sakit tekak + batuk + bersin dh byk kali. Sgt takut sama itu tonsil. So drpd merebak dgn parag, cepat2 amik ubat. Doc cuma kasik ubat kemam jer tuk ilang sakit tekak. Moga cepat sembuh...tamau lagi berjangkit kat my Inas. alo ikut perkiraan, br je tgh bln 5 br ni saya x sihat demam + batuk2....ermm, terfikir juga..adakah penangan or side efek HL...owhh, harap tidak la.....


ini ais krim sedap yang pizza hut punya yer, yg saya makan muarh2je beli kat Giant..hehehe
Balik umah, buka fridge than jenguk ada lak aiskrim. Teringat masa penah kena tonsil membengkak teruk...ms tu leganya dgn makan dan makandan makan ais krim. So terpaksa pendam dulu niat nk pantang ais krim sbb maalah kesihatan ni. Abis cup of aiskrim, than mkn epal separuh bijik. Mlm skit nt nak shake...

Than prepare bhn tuk wat nasi goreng HB. Than mandi n niat nk take rest jap, tp terlajak la pulak sampi bear kul 9 mlm. Cpt2 bangun, gorengkan nasi tuk HB, prepare things tuk esok dan...tolong HB apa yg patut psl this coming seminar...hope sambutannya mcm goreng pisang panasla....

Now dah near kul 1am, mata msh cerah mungkin sbb td dah dt nap 2 jam. So, layan FB, FP dan blogging la apa lagi...
Related Posts with Thumbnails