Wednesday, May 30, 2012

Cabaran 50 hari

Tengok tajuk bukan main lagi serius kan. Dan saya benar2 beharap agar saya juga serius menyahut Cabaran 50 hari ini...

Betul2 rasa x sanggup nak tgk pic sendiri sekarang ni lebih2 lagi pics yang dicandid. Sebabnya kalau candid, itulah yg real rupa bentuk kita ye dakkk?....Kalo redy tuk di snap pic, kita dah boleh buat2 berlakon kan...daripada hakikatnya g***k boleh adjust posisi agar nampak kurus comell...hehehehe kan..kan..kan...?

Walaupun hakikatnya seme baju2 yang terkini masih lagi boleh dimuat pakai, tapi in person sebenarnya merasakan mmg mcm g***k. Yang ketara pada saya ialah bahagian muka ngan pipi yang tembam gitu, lar haiii....Dan bila naik atas penimbang, mmg jelas x pun naik kilos yang mendadak. Setakat main toink2 turun naik sekita 1-1.5 kilos ajer......Tapi, sungguh terasa beratlah nak bawak badan ni....

Dan gambar juga mengesahkan bahawa berat terkini ini patut dikurangkan lagi. Walaupun tiada penambahan kilos yg ketara, tapi bentuk fizikal tak berapa nak sedap mata sendiri yang menadang ni...huhuhu

So, diri sendiri yang lancarkan Cabaran 50 hari ni. Mesti boleh buat kan?...kalo ikut history track rekod 2 thun yang lepas, dalam tempoh 50 hari ni saya boleh lost near 10kilos++.....erkkk!..boleh ke ni?.....YAKIN BOLEH!!!...

Breakfast ~ wajib with HL
10:00am : snacking (biskut, buah, kuih)
Lunch ~ with HL or taken *lunch
4-5pm : snacking (biskut, buah, kuih)
Dinner ~ with HL at 8pm or taken *dinner before 7pm

** Nasi putih + sup + ikan/ayam bakar/panggang, NO Goreng2 menu
NO Ais, NO Nasi lemak, NO santan lemak2...... kurang masin...kurang manis...guna minyak naturell.
KIRA KALORI!!!......
note: hari ni dah hari yg ke 3, alhamdulillah.......

My precious demam

Jarang sekali my precious Inas demam. Last time demam yang kena amik antibiotik rasanya 2 thn lepas, kalo demam takat sehari dua makan ubat demam biasa tu pun my precious ni sgt jarang. Sama jugak ngan batuk dan selesema....jarang sekali berlama2 ada pada my Inas. Kalo masa dulu2 kena serangan fit pun, demam kejap sehari lps tu dah ok balik......

Tapi, this time demam dia berlarutan pulak...tapi alhamdulillah sebabnya suhu takat sekitar 37-38 darjah je. Cuma yg x berapa bestnya sbb berlarutan lah tu sehingga kena amik antibiotik. Masuk hari ni dah hari yang ke 6 dia demam. Doc paed ckp, demam selsema batuk biasa ajer. Mungkin penangan main air masa kat Sunway Lagoon minggu lepas, dengan keadaan cuaca panas pi jugak duk celupkan dia dalam air tu. Lagipun mmg dia demam dulu (2 hari sebelum) nak ke Sunway Lagoon tu....

Bila malam, ibu lah yg kena extra care, kejap2 bangun tgk dia...rasa badan dia...lap2kan dengan kain basah....risau juga kalau serangan fit nya itu dtg ketika tengah mlm, kang x sedar mmg bahaya lah. Bila dah amik Transfer Factor ni, alhamdulillah hampir 8 bln dah Inas free daripada kena serangan fit tu. Semoga terus kekal free selamanya. 2 mlm berturut ni pulak ayah keja malam, so mmg ibu berpinar lah mata dan berdenyutlah kepala x berapa nak boleh lena tido. My Iman pulak as always, kejap2 terjaga....mintak juga dilayan tepuk2...huhuh, mmg rasa sungguh2 mencabar.... 

Cepatlah sembuh Inas....

Tuesday, May 29, 2012

Mood swing

Betul2 tatau nak describe how do i feel now....gara2 mendapat 2 berita yang berbeza rasa tuk diluahkan....yang pasti kedua2 berita ini mmg berita yang ditunggu2 oleh kami. tak sangka pulak kedua-dua berita ni muncul serentakkk!.......

Kalau diberi pilihan, mana satu berita yang nak kita tau dulu....yang baik dulu ke yang tak baik?....Dan saya, tdk sempat nak berfikir panjang ketika itu, ter pilih tuk mengathui berita yang x berapa nak best dulu......:(

Bad news : "Menolak rayuan penjagaan......", begitulah bunyi perkara surat yang ada dalam sampul kuning tu. maknanya kandungan rayuan berkenaan untuk menempatkan my precious itu yang saya murnikan dengan begitu jelas tidak diluluskan oleh pihak INTAZ. Apa yang boleh kami perkata kan lagi......? Ini semua ketentuan daripada Allah Taala, mungkin ada rahmat disebaliknya....Dan saya, seboleh mungkin akan tetap nampak tabah dan kuat seperti 8 tahun yg sebelum2 ini......

Walaupun pada hakikatnya, hanya Tuhan yang tahu apa yang sedang bergelodak didalam hati kami ni....

Gud news : Tuntutan daripada syarikat insurans berkenaan dengan proses refinance loan rumah sudah pun cek nya berada didepan mata. Jumlah yang diterima diluar jangkaan kami. Alhamdulillah......rezeki segalanya dari Allah Taala....

Tapi, rasa excited dengan gud news yg diterima itu telah pudar dengan seadaanya bad news yang diterima itu.

Maknanya, Tuhan mahu lihat kami lebih berikhtiar dan berusaha menangani....Demi Inas, kami x akan mudah patah semangat. Nyah segala hasutan negatif yg ada dlm pikiran ini......

Thursday, May 10, 2012

Singgang Sepedas Ikan


Bagi penyediaan yang pantas, bolehlah masak menu ni. Tapi 'sepantas' mana yang dikatakan tu mungkin juga bergantung kepada penyediaan awal bhn2 nya. Kalau mcm saya, bahan memasak seperti bawang merah + putih + halia mmg dah ada stok yg dikisar...Sama juga dengan cili kering kisar (atau ada org panggil cili boh), mmg dipastikan stoknya sentiasa ada....Maka bila bahan utama masakan ini mmg tersedia ada, maka amat mudahlah keja2 didapur saya kan...... 

Ok, utk kaedah penyediaan menu ni ialah masukkan gabungan bawang + halia yang dikisar tadi, sikit cili boh, asam keping, daun kesom, belacan kedalam periuk yang dah diisi air tuk kuahnya. Biar sampai gelegak, masukkan nenas yang dipotong kecik2...masukkan bendi, garam kasar....biar kejap ...kemudian barulah masukkan ikan. Biasanya ikan yang sesuai ialah ikan merah atau ikan kerisi je pun bulehhh!....

Best sangat kalo makan ngan padanan cicah sambal belacan atau budu....huhuhuh!

Wednesday, May 9, 2012

Anak tudung baru


Kali ni nk test pakai anak tudung baru yang ala2 cam gini lah. Tatau lah sesuai ke tak, tapi apa salahnya kalau saya cuba kan....?


Nampak mcm ok je kan...tapi dr segi selesa...mcm x berapa telus je selesanya. Mungkin sbb cara saya pakai anak tudung tu bukan yang mcm seperti sepatutnya....hehehe. Saya try test kan....sbb kalo pakai terus cara yang biasa gitu, mmg jelas nampak x sesuai ngan pipi saya yg semakin bulat dah ni.....haihhh!


Ok lah kan...boleh ajer...:). yang pasti boleh juga bergaya dengan 2-3 pilihan gaya tudung kan....

Borong sakan wehhh!

Tu diaaa......mmg wat pejam mata je borong seme nih. Tak selalu berkebetulan dapat bertembung ngan special price mcm ni. Beza dalam Rm10 setin ni (harga asal kalo yang Iman Setin near RM100++, yang inas near Rm90++) dah dikira sgt berbaloi kalo beli terus sekali harung cenggini. Tapi biasanya, kat Giant n Carrefour aje yang ada tin besar.....so mmg kena cuba2lah pegi window sopink dah jengah harga...kalo bernasib baik....mcm sekarang ni lah......

Insyallah, selagi terdaya dan mampu, kami akan tetap bekalkan anak-anak ini dengan susu yang terbaik. Walaupun ternyata benar harganya mahal, tapi demi sesuatu yang terbaik dan berkualiti...kami akan sanggup berkorban. Lagi pun, kalau kami boleh spend Rm tuk menda lain, tak kanlah keperluan zat untuk anak2 tak boleh kan?...Tak gitu ayah???.....(kannn...sanggup kan aje sebab rokok pun ayah x sanggup tinggal...kan..kan ..kan...?

Hai.....cakkkk!

Saturday, May 5, 2012

Sayur kubis goreng

 

Ni menu biasa2 ajer, x de special apa pun kan. Penyedian yang mudah dan pantas. lagipun saya suka beli kubis ni sebabnya tahan lama, kalo sayur daun hijau biasa hanya takat 2 hr je lepas tu kuyu layu gitu dah x best....

Ni resepi simplenya cuma tumis bwh merah/putih, than masukkan udang kering + bahan perasa sikit...sos tiram sikit + garam...masukkan sayur kubis yang biasanya diserikan dengan karot + lada besar + tomato. Siappp!.....

Kalo makan kat kedai, amik 2 sudu ajer dah kena caj singgit!!.....huhh!

Friday, May 4, 2012

Akhirnya.....dimaklumkan!

Perkara yang kami cuba elakkan untuk dimaklumkan telah pun disampaikan....:(
......................................................
...........................................
.............................
...............
.....
..
..

Membuatkan kami sugul......:(

Membuatkan kami senyum yang dibuat2....:(

TAPI.....

Kami tak akan duduk diam sahaja

Kami tak akan mudah menyerah kalah

KERANA....

Kami tahu masih ramai yang ingin membantu....

Kami tahu bahagian rezeki memang tetap akan ada untuk nya.....

Kami yakin Tuhan itu yang lebih berkuasa menetapkan sesuatu......


INSYALLLAH....

Kami tetap akan terus berjuang demi sebuah kehidupan yang baik untuknya...

Kami tetap akan tabah seperti 8 tahun yang sebelum ini.....

Kami tetap akan sabar dengan setiap ujian yang mendatang....

DOAKAN kami......doakan anak kecil yang tidak berdosa ini.....

Semoga Inas sentiasa dilindungan dan diberikan seribu rahmat daripadaNYa.......Aminnnn!
Related Posts with Thumbnails