Friday, May 31, 2013

Gila Tupperware.....!!

Tajuk entry ni bunyiknya agak terlampau kan...huhuhu!...

Itulah hakikat sebenarnya semenjak awal tahun 2013 hari tu....Semuanya bermula ketika saya sign up menjadi ahli dan layak mendapat diskaun 25% dari harga retail @ promosi. Sebelum itu, ada juga membeli barang Tupperware ni dengan kaedah main kutu...bayaran 2-3 kali...hehehe, maklumlah....harga nya boleh tahan mahal juga...

Mahal?....Mungkin ya tapi bila dah terbukti dengan kualitinya membuatkan saya tidak teragak2 atau berkira untuk membelinya. Asalkan design berkenan dihati dan keperluannya untuk diguna pakai, mmg sah lah saya mesti nak dapatkan koleksinya. Huhuhu...harap2 ini benar dengan kata pepatah "alah membeli menang memakai"...

Memang koleksi dah agak banyak....Tapi dengan harapan saya nak guna dengan sebaiknya, bukan sekadar buat koleksi untuk disimpan sahaja. Cuma, ada sikit kelecehan....tiada tempat yang sesuai untuk disimpan, untuk senang dicapai bagi kegunaannya. So, terpaksalah selit sana...selit sini untuk simpan. Kalau tak, hanya letak dlm kotak mmg lah jawabnya payah nak tarik keluar untuk guna. Salah satu wishlist 2013 ialah nak tambah kitchen kabinet, tapi nampak gayanya....dah near setengah tahun pertama ini, wishlist itu terpaksa di pendam dulu...-> ada perkara lain yang lebih penting tuk didahulukan.....

Sedar ke tak....purata dalam sebulan at least RM100 spend beli bekas Tupperware ni....Tapi ada jugak yang terlebih bajet.....melampau tak?.....Adoiiiih!....

Saper nak?....Boleh beli dengan saya dengan harga diskaun 25% juga tau......@_@. Manalah tau kan...kut2 satu hari nnt saya jadik businesswomen Tupperware yang berjaya....jom kumpul modal beratus ribu raban dulu...huhuhu!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails