Showing posts with label buddies fren. Show all posts
Showing posts with label buddies fren. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

Dating with my lovely BFF......muahhh!

Ni masih dalam mood beraya lagi tau...So, ambil peluang untuk mesti jumpa kawan2 baik saya ni....Walaupun kami ni mmg duk setempat kat hometown ni dan jarak pulak memang selinkungan selontar batu ajer, tapi dek kerana komitmen dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, terhadap keluarga dan juga kerjaya maka tidaklah kami sellau dapat bertemu mata.....

Ni kat rumah Fara (kanan sekali). Fulltime housewife Mama yang mempunyai 3 oarang anak yang comel2 dan cerdik. Dia adalah kawan saya sedara kecik lagi, dulu2 kami duk berjiran...sementelah pula mak kami pun berkawan rapat juga coz sama tempat keja....So dari skolah tadika, sek ren, sek men kami mmg membesar bersama2 lah....Banyak kenangan pahit manis dengan nya. Last 2 years, emaknya yang sangat baik itu telah meninggal dunia (Al-Fatihah buat Untie Misah)...semoga rohnya dicucuri rahmat.......aminnnn!

Yang kiri comel lote tengah duk pegang my Iman tu ialah Teacher Zam. Satu-satunya kawan rapat saya yang masih lagi solo n but not available lain dah....(ehem2....). Kami banyak kesana sini berdua especially yang melibatkan kawan2 yang lain. Tak sabar nak tunggu jemputan makan nasi minyak daripada dia ni......cepatlah :), x sabar rasanya sama2 nak meraikan hari bahagianya itu.....aminnn


Riuh rendah juga bila mana selain daripada kami yang nak bersembang itu ini, anak2 kami pun sama naik kecoh. Si Danny anak Fara tu suka sangat ngan my Iman, hamrir kecut perut my Iman nak lari daripada si Danny yang sokmo2 nak terkam dia.....hehehe

Ni pun sama, masih lagi dalam mood beraya jugak. Ni amsa kat umah keluarga Zam pulak, jemputan open house di rumahnya bersekali langsung majlis bertunang adiknya. So, kami pakat lah nak jumpa lagi kat sini...

Ni Wawa, kawan rapat hanya kenal ketika Form 3 di Sek Men. Tapi Alhamdulillah....dia mmg kawan saya antara yang terbaik penah saya jumpa....boleh berkongsi apa sahaja rasa dan perasaan dengannya. Juga menjadi contoh anak yang baik, sanggup korbankan masa dan tenaga berulang alik dengan komitmen kerjaya dan juga menjaga mamanya yang sakit diseran strok. Semoga Tuhan merahmati keikhlasan dia....Semoga Tuhan perkenan doanya untuk menimang cahaya mata......aminnnn


Riuh rendah dan huru hara jugak duk kontrol dan bagi arahan kat anak2 masa nak posing nih...huhhh!


Bahagia je rasanya bila tatap koleksi pics yang ada. Doa saya agar ikatan persahabatan kami ini berkekalan selama-lamanya.....aminn.....

Saturday, April 14, 2012

Dinner jejak kasih bertemu muka

Bersama kawan setia saya....yang masih single & available ni.....:)

Sabar menanti besfren sorang lagi. Kami stuju memilih lokasi Restoran SANTAI ni sebagai tempat bertemu...

Ini dia kawan baik saya masa skolah dulu sampai sekarang ni. Penah ter lost contact selama hampir 7 tahun selepas msg2 melanjutkan pelajaran ke U...

Bertemu kembali dengan kuasa FB yang kami gunakan sebaiknya...mencari semula jejak kawan2 yang ter hilang. Alhamdulillah.....kini kami bertemu muka semula..masih seperti dulu, ikatan persahabatan yang kekal selamanya...

En Hb....dan anak2 serta suami Lily...

Dan...sebagai tanda kenang-kenangan....

Surprise sungguh!....sepapan keronsong dihadiahkan buat saya...Terima kasih kawan.....:). Panjang umur pasti kita akan bertemu lagi.......Insyallah...

Tuesday, March 20, 2012

Lunch at Pappa Rich

Pilih PapaRich 

Honestly speaking, saya tak penah taste selera kat sini. Since ada baru bukak kat Kuantan ni,  saya pun bersibuk2 lah bertanyakan kwn2 di FB apa yang ada kat PPRich ni. Dan mmg terujalah nak try test selera kat sini....:) 


Paparan menunya sangat ekslusif ok!!..mmebuatkan saya bagai mau test selera semua menda...(huhuhu, huduh nya selera)


Excelli pilih nak makan kat sini sempena saya nak last moment bersama2 dengan seorang kwn ofis yang nak berenti keja...So rasa nak belanja dia makan kat sini.


Ni desertnya, Tau Fo Fa ni...

Pappa Curry Laksa, mangkuknya besar...kenyangg!

Ipoh Kuey Teow Sup saya punya ni, not bad.....yummy!

Dim Sum - Teochew Chicken Siew Mai namanya.....

Dry Curry Mee

Bersama kawan saya ni...Kak Fara, semoga success dalam bidang business pulak lepas ni.....Insyallah!

Meriah sungguh kan table kami dengan menu2 yang presentation yang sungguh menarik...

Dannn...inilah hasilnya...huhuhuhu!

Saturday, October 15, 2011

With my BFF...

Semalam ada lunch date with my BFF. Kami ni bukan duk berjauhan pun, malahan selontar batu ajer..tp disebabkan komitmen kerja + keluarga masing2, teramatlah payah nya nk jumpa sokmo2..

Teacher Zam.....teringin gak nak bergaya ala2 pakai anak tudung cam ni, rasa2nya sesuaiakah dgn saya?..hehehe

Mee Curry yg biasa2 juga menjadi pilihan saya bila dtg menjamu selera disini..

Telengkan kepala sikit bila tgk pic ni ya...sebenarnya lbh nk suh fokus kepada menu yg ada atas meja tu...

Our dessert..kami kongsi ni

Sejuk tekak tgk air ni....sekali-sekala sedut air sejuk, huhuhuh

Nak tak?....

Teacger bergaya lagi..:)

Bikins terliur daaa.....

Wednesday, August 31, 2011

Aidilfitri 2011 kami - part 1

Raya Pertama 

Tak cukup meriah pics ni sbb x cukup ahli keluarga. Me with my lovely kids; Inas dan Iman serta my maid je. En Hb kena kurung keja kat ofis. My sis beraya kat KL je sbb 2 days b4 raya dh selamat deliver bb boy, cuma ada wakil my niece Imran dlm pics ni.....

Mcm neves je Iman nk bergambo...


With Pakcik n Auntie Fiza....sama theme kaler lak....hijau pucuk pisang ni.


Iman with Atuk..cantik kaler baju melayu Atuk ni

Senyum jugak ibu dan anak2...(walaupun sebenarnya dlm hati sebu ajer sbb ayah x de...huhuhu)

Lagiii.....excelli hijau ni bukan theme kaler kami pun tuk raya kali ni. Merah sebenarnya...tapi sbb ayah x dpt join, so ibu sarungkanlah dulu baju raya kaler ni....mujur 3 beranak ni jumpa ada baju kaler hijau...

Huru hara sekali nk dapat snap satu pics...huhuhu

Kebiasaannya, lepas Solat Hari Raya, kami akan bertolak ke rumah Tuk Wan pula. Kat sana nk beraya dengan ahli keluarga yang lain pula...jumpalah amai pak sedara + mak sedara dan juga sepupu sepapat.....

Kali ni, saya dan anak2 cuma join setakat kat umah Mak Lang jer, jumpa Tuk Wan kat situ. Rasanya x dptlah kut nk ikut Abah & Mama menziarah dari rumah ke rumah sedara yang lain. Sebabnya risau tak terlayan 2 orang anak sekarang ni tanpa ayah.....ermm, ye, hakikatnya benar begitulah.....

Juadah Raya

Kami sponsor Sate, tempah 300 cucuk...Alhamdulillah, sedap!!!

Ketupat pulut.....ni hidangan wajib ada pada tap kali Hari Raya (juga pada bulan puasa)

Nasi Himpit ( ada org sebut Nasi Kapit.....mana2 jelah) yg versi express punya, brand Nona @ Adabi biasanya ada.....

Taraaaa..jemput makan...:)
Related Posts with Thumbnails