Showing posts with label majlis. Show all posts
Showing posts with label majlis. Show all posts

Saturday, July 14, 2012

Pertemuan keluarga...

Tahniah kepada adik saya dan isterinya dengan kehadiran ahli keluarga barunya setelah hampir 2 tahun menunggu. Baby Nayli, our new family members......so ada majlis kecil cukur jambul yang diadakan untuk ahli keluarga baru ini

Pic kelabu, tapi seronok tgk anak2 kecik ni main sama2.....:)

See...my Iman nak digantung oleh Pakcik gara2 si kenik ini tersangatlah ligat aktifnya....:)

Inilah si comel Nayli


Tetamu yang hadir boleh tahan ramainya, tapi saya x berkesempatan nak ambil pic....(sejak ada si kecil Iman ni). Foodies pun mcm2 ada....(x sempat gak nak amik pics nya....

Lagi pic blurrr..tapi tetap gak nak tepek kat sini.....Kegirangananak2 kecil ini, tetiba syahdu pulak bila my Inas x dapat nak ada kat dalam pic ni....Sian my Inas, masa ni hanya gelak2 tengok dari jauh jer....

Tuesday, May 22, 2012

Hari Ibu dan Hari Guru di PDK

Kali ni kami dijemput untuk memeriahkan program sambutan Hari Ibu & Hari Guru di PDK our precious. Dan saya seboleh mungkin cuba untuk menghadirkan diri....mmg dah pasang niat untuk seboleh mungkin akan melibatkan diri dalam apa jua aktiviti & program yang berkaitan dengan Inas....Insyallah....!





Banyak acara yang dijalankan. Semuanya membuatkan anak2 istimewa ini ceria dan nampak keriangan pada wajah mereka.....termasuklah my Inas juga, excited sgt2...


Inilah kakak aka cikgu2 di PDK ini, jasa mereka menjaga & membimbing anak2 ini sangat besar, juaan terima kasih buat mereka...hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka.....

Dan..ini hadiah yang ibu dapat.....



Inas sedang nak meletop kan belon itu....:), excited sgt diaa..

Monday, May 14, 2012

Alhamdulillah..."Aku terima nikahnya..."


Pada 12 Mei 2012 baru-baru ni...Alhamdulillah.....dah selesai urusan majlis yang mulia ni....semoga semuanya mendapat keberkatan dan rahmat daripadaNya...

Sebahagian daripada barang-barang hantaran dari kedua2 belah pihak. Segan pulak rasanya dengan pihak yang sebelah sana sebab gaya design hantaran mereka nampak cantik dan gah ajer...yang sebelah sini, last minit punya touch up dengan x cukup barang itu ini....so mmg x nampak setanding lah.....(-_-)

Saat-saat yang sungguh bermakna buat kedua2 pasangan ini. Didoakan semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa....Aminnnn


Sunday, May 13, 2012

Projek Apam Pokadot

Bila ada kesempatan dan waktu luang, mmg saya x akan lepaskan peluang nak try meng 'godeh' menda baru. Selama ni mmg geram sgt2 tengok kecomelan apam pokadot ni.....Dah byk kali pending nak try buat....Dan, at last ada juga peluang nak merealisasikan hasrat tu.....best sgt tauuu!...:)

Untuk percubaan kali ni, barang tambahan yang nak kena ada ialah cuma bekas apam plastik, brg2 lain mmg dah ready stok ada. Tataulah naper payah benar saya nak berjumpa ngan bekas apam plastik ni....2-3 tempat kedai pergi baru ada. Tapi saya still x puas hati dengan hasil ketembamam apam ni...kembangnya sungguh semacam ajer.....huhuhu

Nampak x?...hasil design mmg comel2 aje kan...tapi hasil kembangnya tu membuatkan saya x puas hati, mau saiznya kecik cinonet lagi...setelah disiasat, saya agak mungkin puncanya adalah daripada jenis paper cup yang digunakan tu dan juga saiz bekas apam tu yang mempengaruhi hasil apam pokadot ini...


Taraaaa.....nampak x?..ada jugak yang x lulus piawai hasilnya tu...huhuhu. mana yang nampak ala2 kempis dan x penuh cup tu, salah orang yang mendekonyalahh.....

Ni lah bahan-bahannya......Bab kaler2 tu mmg x de masalah sbb saya mmg ada byk stok since mula suka ngan deco2 cup cake dulu.

Ni masa belum masuk periuk kukusan tu, try tuk tamau guna lak bekas apam sebagai tadahan tu sbb konon2 beli cup yang tebal dan mahal sikit....nk tengok hasil dia cemana...dah ready tunggu turn ni

Tak bestlah mata memandang....kembang semacam ajer. Sampaikan mcm bersesak kat dalam loyang nak sbb masing2 nak mengembangkan diri.....huhuhu

Ni pulak try guna alas dengan bekas acuan tart tu...Hasilnya OK lah...

Taraaa....comel sgt bila tengok berkaler2 mcm ni kan...

Dan sebenarnya...adalah niat nak sponspor as a door gift tuk Majlis MIL hari tu......surprise ehhh!....:)

Friday, April 6, 2012

Seminar Inovasi & Kreatif


baru-baru ni saya diminta untuk menghadiri seminar ini. Perkara sebegini adalah baru bagi kami...So mmg tak malu lah mengaku bahawa kami ni baru je nak blaja amik tau tentang hal2 yang macam ni. Mmg ternganga jugaklah kami untuk cuba memahami apa menda ni....hehehhe


Ok..Insyallah, kami akan cuba terus fokus dan mengambil perhatian dalam bidang ini. Sesungguhnya segala yang baik itu adalah datangnya daripada Tuhan.....aminnnn!

Secara keseluruhanya...seminar ini ringkas sahaja tetapi amat berguna pada new beginners mcm kami ni kan...Tapi venue mcm kurang selesa sikit, dewan yang digunakan susun aturnya mcm berselerak sikit...huhuhu

Tuesday, November 8, 2011

AidilAdha yang suram

Sungguh sadis rasanya....selama hampir 32 thn dipinjamkan nyawa tuk bernafas di muka bumi ini, thn inilah kali pertama saya menyambut Hari Raya AidilAdha dengan tiada apa2 perasaan...atau lebih tepat lagi dengan perasaan yang kosong....:(. Begitu sedih mendengarnya kan.....?





Padahal, ketika tiba hari yang mulia ini...saya dikelilingi dengan ahli keluarga yang bertanya khabar dan mengambil berat perihal sesama kami. Walaupun saya masih mampu berlagak biasa, masih mampu tersenyum dengan mereka semua tapi hakikatnya.....apa yang terperam dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Yang benarnya, bila saat saya bersendirian, saya dapat rasakan saya tidak menikmati hari2 yang mulia dan bahagia ini sebenar2nya......:(. Kerana.....fikiran saya telah diganggu dengan keadaan dan kenyataan yang seadaanya begitulah yang saya alami......

"Tak de mood nak raya"
"Tak seronok beraya..."

Yer...itu yang terkeluar daripada mulut2 kami ketika sehari dua sebelum bercuti untuk menyambut Aidiladha ini. Ingatkan, bila sampai harinya...bila terdengar takbir berkumandang...maka timbul lah rasa nikmat untuk menyambut.....Tapi masih pudar perasaan......



Bunga rampai hasilnya...

Hebatnya penangan jiwa dan perasaan yang terkacau ini. Keseronokan rasa yang sepatutnya timbul pabila berpeluang membuat ibadah korban pun langsung tak terlihat pada wajah. Sudahnya, Majlis Akikah Iman berlalu seperti yang dirancangkan tetapi hanya berlalu begitu sahaja tanpa penglibatan seluruh jiwa dan emosi saya. Simpati sgt pada mama saya yang menjadi orang kuat dapur untuk menjayakan majlis itu. Saya hanya sekadar "meminjamkan" bibik kepada mama untuk membantunya.

Sungguh saya kesal dan rasa bersalah......

Maafkan saya...

note:..sekali-sekala saya terbayangkan, tah apa akan terjadi pada perasaan saya sekiranya keadaan ini saya terpaksa lalui ketika dalam tempoh hamil?....seram sejuk dibuatnya....aduhhh! sungguh terbeban....dan kesian pada rakan2 yang sdg hamil skrg...terpaksa lbh byk bersabar bermain dengan emosi....(-_-)

Thursday, September 29, 2011

Majlis Hari Raya Aidilfitri UCSA 2011

Date: 23 September 2011
Venue: Lobby UCSA ( Jamuan Raya UCSA)

Tah bila la saya nak pandai anyam ketupat ni?....

Jamuan Raya ala2 'open house' juga...jemput any ppl yg ada link dgn UCSA....

Apa menunya?....

Kerusi untuk para tetamu menjamu selera

Tangga utama dilobi yang menyambut ketibaan tetamu

Susun atur meja dengan hiasan yang seadanya cantik...Just nice dengan ruan legar lobby yg x seberapa luas mana pun, tapi cukuplah juga menampung kehadiran para tetamu...ALhamdulillah!

Tu diaaa.....gamitan selera kepada semua tetamu....Kambing Panggang Golek. Mmg terbaik lahh....saya sebenarnya tak pasti yg saya ni spesis boleh ke makan banyak daging kambing atau pun tak..sbb ada sesesetengah pendapat mengatakan, daging kambing ni panas...maknanya kalau sistem badan x tahan dgn panas daging ni, mungkin boleh jadi penng dan hanyut je rasa kepala...So, apa saya rasa ehh setelah mengadap 2 pinggang daging ni dicicah dgn air asam tu?......Ohhh!, msh x boleh dt dipastikan jugakk.... huhuhu

Sempat snap je muffin ni, x dpt nak merasa pun...

Ni pulak hadiah2 untuk pemenang2 bagi aktiviti KEKAS


Ni saya punya...Nasi minyak + rendang daging + ayam goreng..+ acar buah ( bukan kesukaan saya pun tp amik jugak sbb nk menjamah)

Ni diaaaa........yummy!, serius sgt sedap daging ni + air asam yang sungguh masyukkk!

Cendol....2 mangkuk saya merasa...huhuh

Sempat jugak snap pic kami ni..:)

Ramainya tetamu kan....selamat menjamu selera buat semua..

Venue : Kafetaria UCSA (Jamuan Raya Program UTM-UCSA)

Menunya....Nasi Himpit + Kuah Kacang + Kuih Muih + Buah-buahan



Tak ramai pensyarah yang menghadirkan diri...T.kasih kepada para pelajar yang menngundang kami
Related Posts with Thumbnails