Saturday, January 5, 2013

Inas turns to 9YO - Happy Birthday sayang...

Kek beli ni...

Alhamdulillah......

Masih diberi peluang untuk melihat sidia ini gembira dan bahagia dengan caranya tersendiri...

Masih diberi peluang untuk ibu dan ayah menikmati rasa kasih sayang untuk anak ini....

Masih diberi peluang sentiasa mendekatkan diri denganNya agar diberi petunjuk atas usaha dan ikhtiar menggalas amanah mendidik anak ini....



Selamat UlangTahun ke-9 sayang Inas......Doa ibu, agar Inas sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan dan menjadi penyeri dalam keluarga ini. Ayah, ibu dan adik sayang ketat-ketat Kak Inas.....





Untuk buat rasa happy Inas...(yg sebenarnya lebih kepada nak buat ibu yang tamau ada rasa sayu), bertungkus lumus juga ibu siapkan cupcake ni dengan bantuan maid yang as always bersedia membantu tu. Kali ni nak guna kaler garang sikt...lebih nak nampak ceria kan?....(*_*)




Kalaulah Inas memahami semua ni, mest dia happy sangat kan?....teruja entunya bila tiap kali ulangtahunnya ibu mmg beria nak buatkan dia kek...ayah beria nak ajak atuk n tukma makan besar diluar....ibu  atuk excited nak bergambar sakan......


Tapi dari reaksi kak Inas...ibu tahu yang kak inas faham dan excited juga sebenarnya. Lebih2 lagi bila dengar lagu Happy Birthday....sungguh dia ceria gelak sakan........

Ceria dia tengok adik Iman dia duk bersakan main kat playground....(*_*)

Apa pun dugaannya.....Inas tetap anugerah terindah. Syukur Alhamdulillah.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails