Monday, March 22, 2010

Bahagia itu pilihan

Kalau ditanya "bahagiakah saya dgn kehidupan sekarang?"...Secara tepat, jelas dan pantasnya saya akan mengangguk kan kepala tanda mengiyakan...yesss!..mengiyakan kebahagian yg dirasa sekarang...


how nice bila life kita sentiasa diwarnai seperti kilauan kristal2 ini kan...?


Satu yg saya sgt percayakan...."janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan daripada sesiapa...drpd apa jua keadaan"(walaupun saya ni jenis yg suka menghampiri garis kesempurnaan ketika membuat sesuatu perkara). Lain orang lain sudut kebahagian yg dikecapi...kerana kita perlu sedia maklum bahawa lain oarang juga lain ujian dan dugaan yang dialami.

Bahagia saya

1. Dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah tiada masalah kesihatan yg memerlukan saya bergantung sepenuhnya dgn ubat. Kecuali, adat la kalau sakit pening demam itu adalah sebagai ujian dan peringatan pada dosa2 kecil yg kita lakukan....

2. Ibu bapa yang mengambil berat tentang kehidupan saya. Walaupun saya sudah mempunyai keluarga kecil sendiri, namun saya tetap tahu bhw abah dan mama saya msh lagi prihatin tentang diri saya. Sungguh saya sayangkan mereka...


...."Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik dan panjangkanlah usia kedua ibu bapa ku, semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman"


3. Dikurniakan jodoh dgn seorang suami yang baik. Ya, HB merupakan suami yang baik kepada saya...can't describe makna BAIK seorang suami ini terhadap saya...biarlah hanya saya yg mengetahui nya...


4. Dikurniakan seorang ayah yang baik kepada anak kecil saya. Ya, ayah inas ini cukup baik dalam menjalankan t/jawabnya terhadap Inas. Cuma, mungkin ada sedikit perkara yg terpkasa dialihkan perhatian drpd melayani Inas kerana tuntutan kerja / mencari rezeki. Inas, ayah sibuk mencari rezeki untuk kita juga...harap Inas dapat memahami....

5. Kerjaya yang bagus. Bidang pendidikan yang saya ceburi ini merupakan alam dan bidang terbaik kerana ilmu tidak terbatas sampai bila2. Alhamdulillah, sdh hampir 8 thn bekerja disini...saya tahu..rezeki saya drpd secupak telah semakin hampir utk menjadi segantang...rezeki Inas disini....

inilah pic yg diletakkan di website rasmi kolej....waduhh!, ini ketika masih "sihat segar bugar" gitu....hehehhe

6. Bebas dariada hutang2 yang melampau / mengarut. Semoga jalan/plan yang kami ikuti ini mendapat keberkatannya....

"Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati"

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails