Tuesday, March 16, 2010

Adakah benar bersedia?


Penah terdetik...penah terluah..atau lebih tepat lagi penah bertekad masa hujung/awal tahun hr tu tuk menambahkan ahli keluarga kami yg sedia ada kecil ini. Pelbagai andaian dan jangkaan yg terfikir dlm benak fikiran ini....

Umur makin meningkat...sementara msh lagi dlm fasa 'diboleh' kan utk mempunyai cahayamata lagi..rsnya tak perlu lagi difikir panjang utk tujuan itu...From bottom of my heart, mmg sgt2 teringin utk mempunyai permata hati yg ramai...(hehehe...impian je tau..). Impian kononnya mau sehingga 5 org yg permata hati ibu dan ayah.

Mmg ada terbit rasa jeles dan rendah diri je bila ada dgr kwn2 yg selamat menambah melahirkan cahayamata mereka.....

Kenapa berlengah?
Yaa...kenapa berlengah? Sedangkan saya dah agak bosan dgn ckp2 org sekeliling "kenapa tak mahu menambah lagi?". Dlm entry sebelum ini pun, mmg dah ada yg saya luahkan psl hal ini...pedulikanlah ckp2 org tu erkk....


Berlengah demi my Inas....itulah jwpn yg sebenarnya.Titik!

Perancangan...
2010, insyallah. Dah set mind akan sempurnakan hajat yg tertangguh itu. Persoalannya sekarang, adakah saya benar2 bersedia? Frankly speaking, saya dah cuba letak jauh2 persoalan mengenai Inas (bukan bermakna saya tak fikirkan tentang kepentingan Inas) krn saya tetap tahu t/jawab pd Inas walau apa keadaan sekalipun, tapii...bila saya betul2 fokus, apa yg saya fikirkan ialah tentang keadaan diri saya....

Trauma...tepatkan sebegitu sebenarnya apa yg saya rasa? Membayangkan semula waktu2 "susah" kami ketika 66 hr admit di HTAA, mmg membuatkan saya bagai hilang arah sebenarnya. Namun, rasa bangga juga dpt mengharungi segalanya dengan baik sehinggalah keadaan kami seperti hari ini....

Melalui hari2 utk penentuan yg sebenarnya ini, saya byk2 kan membaca artikel motivasi untuk sentiasa mahu menjadi org yg positif. Saya tahu, utk melalui lagi proses sebegini...bukan calang2 org boleh melaluinya setelah melalui "episod2 duka dan sedih"...(tak mo lagi sedih2....). Kekuatan semangat sgt2 diperlukan.....

Sebagai seorang isteri kepada suami yang baik, sebagai seorang ibu kepada anak kecil itu....saya MESTI POSITIF.....dan redha melalui segala ketentuanNya....Insyallah, saya akan sanggup hadapi semua ujian yg seterusnya.....


Untuk HB, sama2 kita teruskan niat yg murni ini....semoga ada sinar bahagia juga utk permata hati kita Inas dgn kehadiran ahli keluarga baru nnt...Insyallah!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails