Wednesday, March 17, 2010

Last minit....

Rasanya, x de sapa pun suka ngan pekataan ini kan..-> LAST MINIT....sebabnya sah2 la keadaan yg smooth tdk dpt diharapkan ketika berhadapan dgn situasi ini kan?...huhuhuhu

Saya mungkin betul antara yg sgt2 tidak suka bila berhadapan dgn situasi last minit ini. For me, this is a bad word la to apply. Biasanya, kita perlu bijak tuk handle masa bila betul2 di paksa rela menerima arahan (sbg contoh) dlm situasi ini.

Workload

Politik di ofis, biasa sgt berlaku keadaan ini. Agaknya mmg x boleh nk dielakkan apabila ketika adanya arahan last minit drpd pihak atasan. Apa yg tidak bagus ketaranya, ianya akan effect kepada keperluan melaksanakan tugas2 yg lain ketika bekerja. Sudahnya, hasil belum tentu lagi superb...mungkin hanya ala kadar shj....:(...yang paling penting, emosi setiap drpd yg terlibat for sure mmg terganggu punya...masa tu mulalah kepala rasa berat semacam jer...:(



Personally, saya akan terasa stress juga. Lebih2 lagi kalo ada bos yg seakan mendesak jer...:(.Bila x dapat perform submit seperti dlm jangkamasa yg diharap, mulalah seakan dibengang oleh pihak2 yg berkenaan. Padahal, kami juga tidak termampu menyiapkan sesuatu dlm masa yg sgt2 terhad itu. Sudahnya, akan terdengar2 la suara2 yang mengeluh...mengomel..dan membebal barangkali....salah siapa yer?...x best kan keadaan macam ni....
"Terlalu banyak bekerja itu satu perkara yang bagus.Tapi memaksa diri untuk terus-terusan menyiapkan kerja, itu kurang bagus...."


Holiday

Ni lagi satu sgt kritikal juga pengurusannya kalo last minit jugak. Saya mmg pantang betul la kalo kalut ketika menikmati percutian saya. Seawal mungkin, saya akan mencari dan google plan percutian saya bermula drpd accomodation yg paling utamanya. Tentang pelepasan cuti drpd bos, mmg alhamdulillah saya dan Hb tiada langsung masalah tentang itu. Than barulah tentang bajet dan itenary ketika percutian kami itu...

Penah juga melalui holiday plan yg last minit. Sudahnya, kesukaran yg amat tu mencari tempat penginapan...tanya sana, dah penuh..tanya sini dah penuh...asalnya punca gara2 tiada confirmation awal ( nak ke tak nak) drpd ahli keluarga yg terlibat la...memandangkan kami mempunyai precious Inas ini, seharusnya mmg agak serabut sedikit sekiranya masalah penginapan tidak disettlekan awal2...kesian Inas nk berehat setelah berpenat2 stay dlm keta...boleh buat spoil mood holiday jer....:(

Mmg tak best kan last minit cam situasi cenggini kan?...Sungguh2 menyusahkan :(. Seboleh mungkin saya akan mengelak drpd terjebak dgn situasi ini. Kalau tak mampu nk elak, mmg boleh ada stress dalam diri ini...huhuhu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails