Saya kan....pelik with people yang agak mcm "pelik" juga. Dah nak msuk ke alam "30s" ni...x nafi mmg ramai dh org yg sy jumpa. Sama ada yg rapat, kenalan biasa...atau pun...org sekeliling kita. Yang pasti, saya faham that kita tak boleh nk jd org lain dan orang lain juga tak boleh nk jd diri kita. Kenal diri sendiri tu kan penting....Apa yg saya fhm tentang saya yang seadaanya ini ialah....
Saya --> Cerewet tentang hal kebersihan dan kekemasan
Teruk sgt kah saya kalau cerewet psl 2 perkara ni? Saya akan merasa tidak selesa sekiranya tapak atau persekitaran pada pandangan mata saya kelihatan kotor dan juga tidak kemas. Rasa serabut dan gelisah tak tentu rasanya. Seboleh mungkin, ruang syurga hidup saya aka rumah saya akan pastikan bersih dan kemas....Sebab itulah, mood saya mudah berubah menjadi'moody' sekiranya mana2 ruang syurga saya itu bersepah2 with brg or tunggang langgang or idak bersih. Saya rela berpenat lelah dgn masa rehat yg sedikit asalkan tenaga dan masa saya dhabiskan dgn mengemas dan membersihkan rumah. Tak tahu la kan....tapi, saya mmg beginilah...
Yang lecehnya, apabila saya ke rumah org lain yang terang2 bersepah2 dan ada ruang yg tidak bersih, my reaction akan menjadi agak -ve. Kalo dirumah anak beranak sendiri, saya tanpa membuang masa akan ligat berkemas dan membersih apa yg patut. Tapii....rumah org tetap rumah orang kan?...Mmg x sama dgn umah sendiri....kejap je kemasnya, kelip mata lip lap....bersepah smula....aduhhh! penatnya....:(
From my personal view, ramai juga yg saya kenal....personaliti mrk tak sama seperti pandangan mata yg kita nmpk. Ada orang, mmg gaya dan cara dressing sgt kemas...serba serbi nmpk sedap mata memandang...tetapi, bila menjengah ke ruang syurga / rumah / bilik mereka...mmg jauh tersasar drpd apa yg kita nmpk dia hr2 depan mata mcm tu. Dgn bilik yg bersepah with baju2 kotor bercampur dgn yg bersih...with katil yg tdk berkemas....sampah kecik besar sana sini...susunan brg lintang pukang.....aduhhh!...mmg cukup memeningkan dan meloyakan saya....Itu brg dijengah dlm kwsn bilik. Kalau satu rumah?...bayangkan lah mcm mana tunggang langgangnya kan?Ada pulak saya kerumah org yg, sampai nk berpijak pun saya terpaksa berjingkit2..apatah lg kalau nk duduk ke..baring ke...lagilah x dapat kan? Rasa2 nya lah...mmg ramai yang nmpk sgt elegance bila berdepan dgn org tp hakikatnya balik umah ibarat mcm duk dlm kapal karam. Kualiti apa yer kita nk kategori org mcm ni?
Mungkin nmpk mcm x adil kan saya je berckp tentang org lain kan? Apa yg saya luah kat sini ialah apa yg saya nmpk dgn mata. Tidak sesekali tu nk mengata or menjatuhkan air muka sesiapa. Saya mengaku, semasa mula2 nk menyesuiakan diri dgn HB ms mula kawin dulu sgt "susah" tuk membentuk dia dgn matchkan cara saya. Daripada HB, saya fhm dan belajar sesuatu bhw...-> "pendidikan bermula daripada rumah". Cara didikan kita drpd kecik oleh asuhan ibu bapa sebenarnya membentuk kita yang hari ini. Ingat lagi masa kecik2 dulu, mama selalu akan suruh dan leterkan saya untuk buat itu ini. Mmg waktu tu rs tension sgt, tp moral of d storynya mmg byk kebaikannya.....
Insyallah, saya seorang yg tahu apa yg saya perlu lakukan. Sekiranya ada ketikanya saya tidak melakukan sesuatu yg biasa dibuat, mesti ada halangan atau kekangan besar. Saya akan rasa bersalah sekiranya :
1. Tidak mengemas terus dapur setelah siap memasak dan makan -> selagi tidak siap, saya tak akan berehat dulu
2. Membiarkan kain baju tidak berlipat sehingga perlu mencapai smula untuk dipakai -> dah lipat pasti kena susun dgn semoleknya
3. Tidak mengemop lantai sekurang2nya seminggu sekali
4. Bilik air tidak dicuci sekurang2nya seminggu sekali -> penting sgt2 nih
5. Membiarkan katil tidak berkemas ketika bangun dr tido -> spy saya mudah terlana dan mendapat keselesaan utk tido pd mlm2 yg berikutnya
6. Hanya menunggu makanan siap dimasak oleh mama untuk dimakan -> saya harus berada di dapur juga menolng apa yg patut
7. Melayangkan baju2 yg hendak dpakai semula merata2 -> ini pantang besar saya...
Kesimpulannya, nak semua jadi mudah...maksudnya nmpk bersih or kemas....petua utama saya ialah...-> "JANGAN SUKA BERTANGGUH untuk membuat sesuatu kerja".....insyallah, kalau diamalkan sikap seperti ini..kt sendiri jg akan merasa nikmatnya....Aminn....
Jalan2 Cari Makan
-
Assalamualaikum... salam sejahtera semua😍
Lama sungguh tak bersiaran.... ramai yang minta kak An kembali menulis
Memandangkan lama berehat, kita panask...
4 years ago
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...