Monday, June 29, 2009

Sesekali tewas juga kesabaran....

Situasi 1
Mlm tadi, mood dan emosi rsnya biasa2 shj. HB kluar jumpa client dan saya bersama my Inas. Tapi...pelik juga, masa tgh layan my Inas makan...mood saya tiba2 bertukar. Mungkin sbb my Inas tdk memberikan k/sama yang baik ketika menyuap dia makan.

"Inas kena makan, biar cepat besar'
"Duk baik2...kunyah nasi, tgk la uncle aznil tu" (kami sambil menonton 'Uncle Aznil -Jangan Lupa Lirik')
"Cepat2 makan...lepas ni kita main dan tido, esok pegi skul"

Itu semua antara dialog saya dgn Inas.Saya tegur Inas, explain pd dia baik2...tapi, hampa sungguh..Inas tdk memberi k/sama yang baik...

Inas batuk2 kecil serta menyembur kluar nasi yg ada dlm mulutnya sehingga abis bersepah diatas karpet...Dannnnnn....

Saya naik marah dan sedikit lupa diri....Saya marah Inas...marah lagi..dan marah lagi...:(



Situasi 2
Inas menangis..meraung2 dan tersedu2 bila saya marahkan dia.....

Dan saya....

Lepaskan dia seketika, dan dakap kembali....peluk erat2...cium dia bertalu2....(menitis air mata saya). Dlm minda yang pasti masih waras, saya sepatutnya cuba memahami kenapa my Inas tdk memberikan k/sama yang baik. Antaranya mungkin :

- Lauk yg diberikan td memenuhi selera dia
- Cerita yang ditonton di TV tidak menambat hati dia ATAU...
- Tidak berapa lapar...tapi terpaksa rela makan...

Maafkan Ibu....ada masanya ibu tewas jg dgn kesabaran yang ada. Hampir 5thn ++ ibu bersama Inas, susah senang memang Ibu sentiasa bersama Inas. Ibu sayang Inas....Maafkan ibu.

"Tuhan, semoga tabahkan hati..lapangkan dada dan minda ketika saya berdepan dengan Inas. Semoga saya lebih kekuatan untuk memberi lebih sokongan kepada Inas. Semoga Tuhan memberi rahmat kelimpahan rezeki kepada Inas.....Amin, Ya Rabbal Alamin..."

1 comment:

  1. byk2 kan sabar....
    allah sntiasa bsama dgn org yg sabar....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails