Saturday, January 1, 2011

She turn to 7th yrs old...

sewaktu berumur 4 bln.....

"1.1.11 ~ Selamat Ulangtahun buat our precious Inas Fansuri....Alhamdulillah dengan kurniaan kesihatan yang baik kepadanya, semoga our precious akan terus memberikan sinar bahagia buat kami...aminnn!"



Tertera di status FB saya seawal detik menjelang 1.1.11....tapi si dia yang nak diraikan sudah sejam tertungging tido, hehehhe. Sedari siang tadi lagi, kami raikan dia dengan nyanyian lagu happy birthday...dan ternyata dia sungguh ceria dgn gelak tawa pabila dengar kami nyanyikan lagu itu...dia mmg mengerti!...


Jauh disudut hati yang paling dalam si ibu ini, saya bersyukur dengan pertambahan usia si dia ini. Menunjukkan bahawa hampir 6 thn ayah dan ibu menjaga si dia ini dengan sebaik seperti apa yang dilihat pada saat ini. Insyallah, kami akan mempertingkatkan lagi usaha untuk membantu our precious menjadi lebih berdikari....semoga Tuhan memperkenankan usaha dan doa kami satu hari nanti.....aminn!


Mmg terkilan bila difikirkan si dia tidak berpeluang bersibuk2 tuk memasuki alam persekolahn seperti anak2 yang lain. Tapi, saya cepat2 berfikir  positif.....mungkin ada rahmat tersembunyi disebalik nikmat kurniaan ini. Siapa tahu, satu hari nanti....Allah akan mengurniakan sesuatu nikmat yang tidak disangka....usaha + doa + sabar adalah kunci kepada rasa syukur nikmat yang ada ini...


Untuk permata hati ayah dan ibu ini.....jangan berhenti tuk terus senyum...untuk terus gelak...untuk terus aktif dengan telatahmu..kerana, segala keceriaan itu yang membangkitkan rasa semangat yang ada dlm diri ibu dan ayah untuk terus berjuang menjaga dan menguruskan Inas dengan sebaiknya. Selagi ada hayat kami...insyallah, Inas akan dijaga dengan sebaiknya.....Terima kasih Allah, atas didikan ujian ini yang akan lebih mematangkan dan menyedarkan kami bahawa hidup ini perlu untuk sentiasa berusaha + berdoa + bersabar...aminn!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails