Saturday, January 8, 2011

Bibik oh bibik...!

Semalam kami berjumpa dengan Mummy (mak angkat saya) dan K.Leha (org yg nk membantu carikan bibik). Namun apa yang diharapkan nampaknya msh belum ada hasil. Msh lagi tiada bibik yang available setakat ini yg mahu bekerja...:(. Sekiranya ada rezeki kami...insyallah akan dapat bibik yang mahu bekerja sebelum saya bersalin nanti....

Sedikit gusar saya dibuatnya....namun saya akur, bhw perlu bersabar. Kandungan baby sekarang sudah menghampiri ke trimester 3. Msh terngiang2 ditelinga akan pesanan Doc W.Y.C.O tempohari yang saya perlu byk berehat pabila sudah menjengah ke minggu 30. Insyallah, saya akan patuhi nasihat itu....

Byk berehat.....bermakna jangan memaksa diri untuk buat kerja2 yang mungkin menyebabkan saya penat. Kerja2 rumah perlu dilakukan juga disamping extra perhatian tu pengurusan my Inas...Bukan bermakna saya menyatakan rasa tidak sanggup tuk uruskan my Inas, cuma pada saat dan ketika hamil sebegini..saya mmg perlukan bantuan maid tuk melaksanakan keja umah...Kesian sangat tgk En HB yang mmg byk membantu membuat keja2 umah walaupun barangkali dia juga penat yang tidak penat habis.....

Kemudian, my sister ada maklumkan...mungkin boleh dapat bibik yang mahu bekerja sekiranya kami bantu biayai urusan dokumen spt pasport dan lain2. Kami bersetuju...masih bersabar menanti respon drpd pihak sana. Semoga ada rezeki kami kali ini....

Tentang kos dan upah bukan lagi yang kami pikirkan saat ini.....asal dapat meringankan beban keja kami, itu sudah memadai....duit boleh dicari, insyallah!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails