Wednesday, January 26, 2011

Day 2 : It's God will...

Ibu admit di KSH, keadaan ibu stabil...alhamdulillah, sama seeprti ibu2 lain yang melahirkan zuriat mereka. Mungkin ramai yg tdk menyangka bhw ibu tetap kena juga jahit di bahagian 'bawah' walaupun melahirkan anak yang kecik saiznya, mempunyai berat kelahiran hanya 1.33kg. Mengenangkan kembali keadaan proses kelahiran didalam kereta dlm keadaan posisi yang entah mcm mana nak digambarkan.....

Bertemu dengan Dr K disini, sessi 'post mortem' dilakukan. Menurut beliau, ibu sepatutnya di tahan oleh Doc yang berkenaan setelah ibu pergi follow up ttg keadaan 'show bleeding' tempohari. Serta patut diberikan suntikan 'matangkan paru-paru baby' krn possibility utk lahirkan baby prem mmg ada. "Kenapa tak check-up dan refer dengan pakar?"...persoalan itu mmg tak terjawab oleh saya.....dan saya pasti untuk kesekian kali ini, itulah persoalan kepada jawapan kelahiran anakanda ke 2 sebegini.....sebagai salah satu penyebab....mungkin..:(.  Tapi saya tetap perlu akur dan sedar...Tuhan Maha Mengetahui dan memutuskan segala2nya......

Di KSH ini, mmg ternyata kakitangan disini adalah mesra pesakit belaka. Mmg layanan terbaik saya tak nafikan disini. Berbual dengan seorang nurse disini yang saya lihat name tagnya "Rosalind"..bukan bangsa melayu, sungguh buat saya respect padanya. As always, saya byk menerima pesanan drpd org sekeliling untuk banyakkan bersabar...sama juga seperti dengan Madam Rosalind ni juga. Tapi apa yang buat saya lebih terkesan ialah kata2nya...." It's God will....kalau kita tahu apa yang akan jadi pada kita, tentu kita tak perlukan Tuhan kan?....so, kuasa Tuhan adalah segala-galanya....sepatutnya kita bersyukur".....

Saya mahu rehat....mahu cuba memetakan minda agar cuba untuk terima hakikat keadaan sekarang...cuba untuk pertahankan perilaku tenang....baby di NICU HTAA msh saya tdk jengah, hanya En HB yang berulang kesana....sabar baby, ibu perlu rehat seketika....mahu untuk lemparkan kerunsingan jauh2....ibu tahu baby disana ada yang membantu.....ibu sayang baby...

Dr K berikan saya menelan ubat tidur supaya saya benar2 dapat rehat yg sepatutnya......

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails