Thursday, January 27, 2011

Day 3: Menahan rasa yang rawan

Mlm td ibu x dapat tido. Penat dah rasanya memejamkan mata, namun x dpt pun rsnya melelapkan mata. Awal pagi dh dpt call drpd nurse NICU HTAA, mrk minta agar ibu perahkan susu dan htr ke sana. Baby dah mula mau diberikan susu. So, pagi2 lagi, ibu dah trying hard tuk perahkan susu, guna breast pump letrik kat sini. 

Td, Doc K ada visit..mention to him that semlm ibu x dpt tido, sudahnya hr ni mmg rs lesu sgt. Doc K is very fatherly type person. Tutur katanya sgt mendamaikan...tqvm to him for all comforting words. Nmpknya mlm ni lagi semalam ibu akan berehat di KSH, Doc K berikan lagi sekali pada ibu ubat tido.

Kwn ofis ibu ada melawat hari ini. Kongsikan pengalaman bersamanya, sure dia akan bawa balik story ni berkongsi pula dgn kwn2 di ofis. Terima juga kunjungan daripada mak2 saudara dr kemaman. Terima kasih kpd semua yang memberi sokongan.

Ptg, ayah ajak ibu pergi melawat bb. Ibu cuba untuk tenang. Sampai di NICU, terserempak dgn Doc S yang dahulunya ada juga merawat Inas (kisah 2004 yg lalu). Masih kenal dan ingat lagi dia pada ibu. Masuk ke dlm NICU, berjumpa pula dgn nurse yang penah juga membantu menjaga Inas dulu...

Kali pertama menatap wajah bb, ibu cuba bertenang dan tamau bb tahu yang ibu cuba menahan rasa sedih. Ada respon daripd bb bila ibu sentuh dan pegang bb. Ibu selawat banyak2 dan mendoakan agar anak ibu ini diberikan perlindungan yang terbaik daripada Yang Maha Kuasa...aminn..

note: ketahuan yang my SIL pun bersalin pd date yang sama dengan bb saya, alhamdulillah. Semoga tiada apa2 perbandingan dan 'bunyian burung2 yang berkicau' tentang bb saya dan bbnya nanti...aminnn

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails