Saturday, January 29, 2011

Berpantang lah sebaiknya...

Bila tuk kali yg ke 2 nya saya alami keadaan proses bersalin awal, bahkan kali yg ke 2 ni proses bersalin yg dlm keadaan yg lebih mengharukan....serba serbi juga persiapan dan kelengkapan menjadi huru hara :(.

Kenangan lalu...
Haru sgt bila kenangkan smula masa keadaan berpantang saya semasa my Inas dulu. Boleh dikatakan saya hanya berpantang dr segi makan shj kerana mmg sepanjang tempoh 44 hr berpantang saya bermalam di ward HTAA dgn niat utk sentiasa dekat dengan Inas, cinta hati kami (mudah bg saya sentiasa berulang ke nicu tuk melihat perkembanganya). Dlm keadaan tido ber aircond, tanpa bertungku, tanpa berbarut....nk disapu dengan minyak2 panas pun x dibenarkan..:(. Saya hanya berstoking dan bersweater shj....curi kluar tuk pergi berurut shj...Plus lagi bukannya dapat berehat sgt pun kerana mmg byk gangguan spt...bising -> suara nurse + doc yg sdg bertugas, bb2 menangis..dan mcm2 lagilah...kalo betul dikenangkan.....can't describe!!

Bukan sengaja tak sudi
Sekarang, mmg saya tdk sudi lagi bermalam di ward dlm keadan yg tidak perlu. Bukan bermakna saya sengaja atau tak ingin sentiasa dpt melihat perkembangan Iman, tapi mengenangkan betapa pentingnya amalan berpantang untuk kesihatan badan akan datang. Keperluan untuk sentiasa berada di sisi Iman saya akan cuba sekerap mungkin dtg menjenguknya kerana saya tahu dan faham..kehadiran ayah dan ibu disisinya dengan sentuhan yg diberikan mmg dpt membantu bb Iman cepat pulih dan sihat.

Amalan berpantang
a) Berurut
Sebaiknya sehari selepas bersalin, perlu dptkan khidmat berurut ini. Saya berkesempatan dapat berurut pada hari ke 5 setelah bersalin. Alhamdulilah, mmg terasa ringan badan dan agak segar selepas seluruh tenaga dan urat terlibat semasa dlm proses melahirkan bb. Insyallah hari yg ke 20 nnt saya akan ulang lagi beruurut serta har yang ke 40 juga nanti.

b) Mandi daun serum
Kelebihan mandi dengan air rebusan daun serum ini ialah tuk mengembalikan kesegaran pada badan. Mmg byk khasiatnya. Cukup selama 3 hari berturut2 mandi rebusan daun serum ni.

c) Bertungku
Seawal jam 7:00am, mama dah kejutkan saya dan ready dengan tungku yg sudah dibakar, perlu bertungku 2 kali sehari...pagi dan petang untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim. Tungku yg digunakan adalah turun temurun daripada mama gunakan dahulu.

d) Berbarut
Ubat barut yg saya gunakan ialah kapur diperah dengan limau nipis. Terasa sedikit hangat, disapu ke sekeliling perut dan dibalut / barut dengan kain bengkung yang mama jahitkan sendiri. Kemudian, bila saya beli pek 'ubatan dan rawatan slps bersalin' (saya msh tidak memakan sebarang ubatan smentara bb Iman msh diward, bimbang akan efek kpd air susu yg dibetikan pada Iman) gunakan pula rempah yang ada serta didalam itu tuk berbarut. Sudanhnya hanya sempat 10 hari je berbarut, kulit saya mula gatal2...ohh! allergik pulak...

e) Makan -> "...itu boleh makan?..ini boleh makan?"
Mama mmg pantas sediakan apa yang patut dan x patut saya makan. Biasanya yg wajib ialah ikan panggang yang disapu dengan garam kunyit, sup sayur sawi dan renjisan serbuk lada hitam.Sekalisekala ikan distim dengan halia dan juga kuah singgang. Jenis ikan pula mmg pada <20 asik ikan kembung shj... Kemudian, a fews day later bila dah near 20 hari...dah boleh mula makan ayam panggang, ayam singgang.....

Kalau difikirkan, mmg bagus juga jenis masakan sms dlm pantang ni, sbbnya tiada langsung minyak2 (bergoreng) dan juga yang berlemak (santan). Baguskan diet mcm ni..cuma byk menda yg bagusnya juga tak leh makan spt..buah2an langsung mama x bg sentuh....yang masam spt tomyam x boleh...yang akibatkan gatal spt nk cicah budu, telur juga tak boleh....lagi satu, apa2 shj jenis makanan yg hasil drpd cincangan atau tumbuk spt laksa kerepok pun x boleh...pisang nangka x boleh dan juga mee kuning sbb ada kapur pun x boleh....huhuhu, sadis kan..lar hai lamanya nak abis 44 hari berpantang ni...

Air sepang kederang juga wajib diamalkan minum. Mmg pahit tapi banyak khasiatnya. Begitu juga dgn menelan manjakani yang distimkan bersama2 dgn nasi yang baru masak, digumpal dlmnasi dan ditelan...kalo x lepas telan, mmg terasa sgt2 lah kepahitan yang teramat itu......huhuhu

Sudahnya, saya sentiasa akan bertanya "Ma...itu boleh makan tak?.Ini boleh makan tak?.." bila ternampak apa makanan yg ada dpn mata...huhuhu

Last but not least, mama mmg langsung x bg saya angkat menda2 berat especially nk dukung my Inas. Kesian kat kakak Inas bila saya nmapk dia hulurkan tangan ketika saya sdg berdiri.minta diangkat dan didukung, tapi saya mengelak...hanya duduk baring sblahnya dan peluk cium dia ajer...

note: Masa sempat merasa peknen 7 bln tu..berat saya naik hampir 13kg dah. So saya harap, toal 13 kg tu dpt hilang dengan sebetulnya lah...kalo tak, mmg terpaksa mengorder cik HL la smula....uhuk..uhuk...!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails