Friday, December 31, 2010

Suka duka 2010....

Sudah berada di ambang permulaan 2011, bermakna sudah boleh menutup novel yang terungkap sepanjang 2010.

~> Perasaan gembira dan teruja yang dinikmati seawal tahun 2010 ini ialah mesti berkenaan dengan kejayaan saya yg mendapat impian utk menurunkan berat badan sehingga ke tahap normal..(walaupun masih tidak mencapai target mpian). Mmg sungguh indah feeling terasa bila badan pun dah ringan dan boleh fit dgn mcm2 fesyen baju....heheheh

~> Awal 2010 juga kami nekad tuk mencuba rawatan terapi di Gedangsa bersama K.Raw yang menggunakan kaedah balutan menggunakan bandage untuk membantu pengaliran darah menjadi lancar pada our precious. bermula pada 8 Jan 2010, tidak putus berulang sehingga 15 kali (every week). Alhamdulillah, berkat kesabaran kami menghadapi karenah our precious sepanjang berulang ke sana...kesannya mungkinlah tidak begitu ketara kelihatan tetapi at least ada nampak perubahan pd our precious ini. Gangguan fit semakin berkurangan.....

 ~> Kami juga mendaftar our precious di PDK. Alhamdulillah, my Inas layak tuk mendapatkan elaun bantuan kewangan sebyk RM150 sebulan.

~> Seawal suku tahun pertama 2010, saya dan keluarga besar sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan adik lelaki saya. Daripada majlis pernikahan di Rembau N9 sehinggalah sempurna majlis menyambut menantu di rumah ibu bapa saya. Penat mmg terasa tapi kami semua berpuas hati setelah selesai majlis.

~> Rezeki bonus 2 kali yang diterima oleh En HB drpd syarikat tempat kerjanya

~> Berpeluang untuk melancong ke Jakarta bersama family members yang lain.

~> En HB turut memulakan rawatan terapi Hep C buat kali yang kedua di HTAA. Alhamdulillah tiada kos rawatan yg dikenakan.

~> Dapat melengkapkan barangan rumah dengan Almari baju 10 x 9 feet, Mesin Basuh Toshiba 9 kg dan Aircond di master bedroom....untuk keselesaan kami sekeluarga

~> Hajat untuk menimang cahayamata kedua tercapai pada Julai 2010, insyallah awal April 2011 akan menyambut ahli keluarga baru sebagai penambah seri lagi dalam keluarga kami

~> Memperkukuhkan lagi plan perancangan kewangan kami dengan membuka 2 lagi OD, dan alhamdulillah tahun 2010 ini kami berjaya membuat simpanan yang paling maksimum di ASB sehingga mencecah ke 20k++...aminnn

~> Sambutan InasHomestay kepunyaan parents saya sangat menggalakkan. Saya berpuas hati dpt membantu mereka mempromosikan homestay itu.

Secara keseluruhan, tahun 2010 mmg memberikan kami cahaya kebahagian...syukur alhamdulillah kepada Yang Maha Kuasa atas nikmat yang diberikan ini. Semoha diberkati dan dirahmati kepada kami sekeluarga...aminnn...

Semoga kedatangan 2011 ini akan memberikan kami peluang yang lebih baik untuk kehidupan yang lebih bermakna.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails