Monday, December 20, 2010

Pengajaran : Mohon maaf

Terima kasih atas teguran yang membina secara profesional yang saya terima. Daripada penjelasan, memang ternyata saya ada melakukan kesilapan. Saya menerima dengan hati yang terbuka...dengan lapang dada...dengan menyedari ketidakwajaran saya yang memang adakalanya bertindak mengikut tekanan emosi...

Kadang kala, saya sebagai manusia biasa...saya akur yang saya mudah terlupa dengan menjaga hak kepentingan orang lain juga adalah sama penting dengan menjaga hak peribadi sendiri. Tapi, Alhamdulillah....saya masih lagi diberikan kesempatan untuk diberikan kesedaran sebelum saya lebih jauh lalai lagi.

Kepada pihak yang ada tersinggung dengan catitan saya disini, saya dengan rasa rendah hati memohon ampun dan maaf. Penulisan disini hanyalah semata2 untuk catitan peribadi dan untuk rujukan sendiri sahaja, namun saya akur dan menerima teguran bahawa disini ialah bukannya platform yang terbaik untuk meluahkan rasa hati pandangan peribadi itu.  

Terima kasih atas kesedaran dan nasihat yang diberikan. Semoga dengan pengajaran yang saya terima ini akan dapat memberikan tauladan kepada semua demi kesejahteraan kita sesama agama. Sekali lagi saya mohon maaf khususnya kepada pihak PUSRATU dan turut ber terima kasih kerana masih lagi membuka peluang kepada kami untuk berikhtiar membuat rawatan disini. 

Semoga saya sentiasa beringat....bahawa "setiap yang baik itu adalah datangnya daripada Tuhan, dan segala kelemahan itu adalah daripada ketidaksempurnaan saya sendiri...."....aminn ya rabbal al-amin....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails