Wednesday, March 31, 2010

Sedangkan lidah lagi tergigit...

Ini adalah sekadar coretan utk penambahbaikan perasaan saya sebagai seorang isteri untuk sayang pada seorang suami. Adakalanya, perlu juga situasi2 yg mengiyakan peribahasa "sedangkan lidah lagi tergigit ini.."..

Near 8 thn (kejap je rasanya masa berlalu) kami kahwin..rasanya mmg x terbilang dgn jari dah betapa kami penah melalui situasi berbeza pendapat...yg seterusnya mengakibatkan suasana "merajuk" di hati saya dan sidia..:). Agak tak bernasib baik..(bukannya malang)....bagi saya si isteri yg dikurniakan seorang suami yang tidak ada bakat memujuk.Sudahnya...saya yg akan bawa diri dan hati....pujuk2 diri sendiri la jawabnya....mula2 selalu juga rasa mcm sedih sgt2..bila kita merajuk tapi tiada siapa ygpujuk. lebih2 lagi insan tersayang kita...tapi, lama kelamaan...saya seharusnya terbuka hati utk menerima sikap 'cinta hati saya' yg sememangnya mcm itu..terima seadanya.....




Last 2 day...berlaku lagi perbezaan pendapat antara kami. Kali ini, saya mmg terang2 cuba utk bertahan drpd situasi boleh 'naik darah'..dan saya berjaya juga kawal mood tuk tidak mengambil hati yg biasa2nya akan menjadi rajuk. Puncanya ialah berkenaan dgn structure financial kami tuk akhir bulan ini...kemahuan yg HB ingin lakukan tidak berbinang baik2 dgn saya dahulu. Terus2 shj buatkan saya seperti 'lembu yg dicucuk hidung..diheret kemana sahaja"..mau saya tak naik angin kan?...Saya terpinga2...tidak faham..dan sudah pasti tidak bersetuju...


kami sentiasa mencari masa untuk keluar dgn hanya 'berdua sahaja'..


Bila saya cuba pertahankan hak saya...HB mmg nmpk mcm bengang. Dan saya juga berhak bengang kan?... Dan akhirnya HB akur dgn kekerasan saya utk tidak bersetuju...saya dah explain baik2 knp saya x bersetuju ketika itu...(bukannya x bersetuju terus dgn apa yg Hb nk lakukan)...

Impaknya....HB kata dia tak merajuk....tapi, kelihatan jelas dia byk mendiamkan diri..tamau sembang2 seperti bisa dgn saya :(. For me..itu sign merajuk...terbalik sudahhh!....biasa2 saya yg merajuk dulu....huhuhuhuhu. Sampaikan spoil my mood n his mood too (i think) tuk memilih booking wardrobe yg didamkan......huhuhuhuhu, nasib lah...sudahnya, tiada decision yg dibuat dan saya membawa balik gambaran katalog terlebh dahulu.....haihh!
Mungkin benar ada yg mengatakan...kita mungkin 'belum cukup kenal dengan mendalam lagi pasangan kita...'..saya tidak teragak2 untuk bersetuju..benar sama sekali....

Rasanya, situasi seperti ini biasa berlaku dalam alam rumahtangga kan?....semoga setiap yg berlaku diangga sebagai asam garam pahit manis alam rumahtangga...mana yang baik dijadikan teladan, dan mana yang tak elok..jadikan sempadan...

Feeling UP & DOWN..

Fuhh!...dihujung bulan Mac 2010 ni...ada perkabaran yg best dan juga yg x best diterima...

Yang best...
1. Sedang x sabar menanti 'surat rasmi' mengenai perkabaran nilai reward yg bakal En HB terima dihujung April nnt. Behalf of my HB, sudah tentu saya dan our precious kenit ni akan mendapat 'habuan'nya juga....doa2kanlah yer....:)

2. Sudah benar2 bersedia untuk menyempurnakan janji sbg seorang isteri dan seorg ibu. Insyallah, telah mulakan dengan perancangan yg sebaiknya. Doakan saya semoga brd dalam perhatian yang sewajarnya oleh Yang Maha Esa....
Perasaan sudah 'bersedia' ini membuatkan saya terbuai2 dgn naluri seorg ibu kepada seorang anak kecil...."terbayang depan mata how nice saya menguruskan anak kecil yg sihat...bermain2 difkiran ttg nama2 indah untuk anak kecil itu....dan yg paling penting..setiap gerak laku sy sentiasa beringat agar tidak terlalu 'kasar' sehingga boleh menyebabkan ketidakselesaan di perut ini...."..owhh!..how nice perasaan itu pabila saya betul2 sah +ve nani...sabar ye Inas, insyallah Inas akan hapy dan bertambah sihat dan ceria dgn ahli beru kelarga kita nanti...ibu tetap sayang Inas as always...muahh!
Yang x best...
1. Our financial is not smooth as before. Bila diteliti balik, hsl yg sgt ketara begini adalah atas sbb 3 faktor...

a. Expense yg agak tinggi ke Gedangsa (every wk must to spend near RM300, kalo sebulan dh brp?)



b. Supplement kad OCBC Power Credit telah ditamatkan servisnya (bkn kemahuan fikiran..:()


c. Kehendak sopink yg tah apa2....(mmg salah sendiri....bad habit!)


'Not smooth' bukannya bermaksud tidak cukup..tapi cuma rekod saving dan cash flow agak tidak cantik sikit. For sure kami brd dlm keadaan yg tidak selesa kan?...skrg ni tgh2 revise n structure smula dgn sebaiknya....

2. Sambutan terhadap program anjuran kami seakan tidak mendapat sambutan seperti biasa. Agak resah juga kalo difikirkan krn hy dengan kendalian program ini sbnrnya dpt membantu kami tuk mencari pendapatn lebih. Penyebab utamanya ialah mungkin situasi peserta2 lama yg yg tidak dpt merekomen ttg program ini dr sudut yg positif....:(. So far, kami cuba bertenang....namun, takat penyertaan yg dah sedia ada confirm ini..kami ttp besyukur. Selebihnya, kami beserah padaNya....
Peringatan yg sgt bagus untuk kami...
Cukup lah 2 yg best dan 2 yg tak best..kalo byk ngat listnya, nmpk sgt plak mcm huru-haranya life kami....hahahhaha( kasi can gelak kuat2 la....)

Sunday, March 28, 2010

Fesbuk oh fesbuk!....

Sekarang ni tgh kegilaan pada mereka2 yg addict with intenet tuk fokus kepada menda alah FESBUK nih..termasuklah saya....hehehhehe



Lately, my frenlist makin hari makin bertambah....alhamdulillah, from the +ve side mmg bagus lah kan kita menambahkan kawan disamping mengeratkan lagi silaturrahim....dpt berkongsi juga info2 yg bagus sesama kita...ada juga bukan drpd kenalan yg mg saya kenal, tapi mmg baru kami berkenalan di fesbuk ini da akhirnya boleh menjadi mesra.....tqvm to them..!
***********************************

Tapi yang agak 'letih' nya ialah dr sudut -ve side tu. Amik cth yg paling mudahlah..rata2 ramai yg salah gunakan fungsi "status update' disitu...mereka letakkan status yg berbunyi ala2 tuk bergosip atau pun menyindir sesiapa yg berkenaan. Seolah2 menjadikan status disitu sebagai tempat tuk meluahkan rasa2 yang "kelat" mereka terhadap sesiapa yg berkenaan la...Phm2 sahajalah, bila dah ada yg mulakan...ramai lah yg akan letakkan komen2 yg berpadanan dgn satu2 'status' yg hot sebegitu...tak ke menjadi sebagai medan umpatan pula?....

**********************************

Dlm my fren list, mmg ada terdapat kwn2 yg sebegini...:(. Frankly speaking, saya tidak selesa sebenarnya dgn depa2 ini....Memulakan dgn meletakan status yg panas2...kemudian menjadi lebih panas lagi dgn berlawanan komen sesama mereka...sehinggakan kelihatan seperti bertekak atau pun bergaduh mulut.(mmg bolehjadi kalo bertemu mata)....owhh! sungguh tidak bagus kan?...

**********************************


Etika penggunaan sudah menjadi tidak betul....sesuka hati shj meletakkan komen tanpa memikirkan ayat2 itu adalah privasi atau pun tidak...ayat2 itu boleh menjatuhkan air muka org lain atau pun idak...apakah tidak faham bhw fesbuk ini bukanlah tatapan peribadi kita shaja..bahkan boleh jadi (boleh juga diseting sbg privasi segolongan) tatapan kepada umum juga. So, why ada people yg boleh suka2 hati jer -> meletakkan 'ayat2' yg tidak seharusnya disitu...

***********************************


Umpama kata bidalan juga...-> kerana pulut santan binasa, kerana mult badan boleh jadi binasa.

"saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook - Ustaz Zaharuddin"

Jadi, selamat beramal dan fikir-fikirkan lah....

Baking cake

Minat juga nak baking kek..tapi amat jrg2 melakukan xtvt ini krn daku sendiri tdaklah craving sgt tuk nk mengadap beria kek2 yg semestinya manis2 belaka ni. So mmg x de byk sgt la koleksi pic peribadi menu dr dapur ku ini berkaitan dgn kek..

Mula2 dulu slalu gak wat kek coklat ala2 basah2 gitu tapi guna stail bakar. Personnally x penah lagi try wat guna cara kukus tu. Merasa kek kukus coklat moist yg kwn2 duk buat mmg sungguh melazatkan...yummmy..

Pastu try test wat cheesecake lak yg guna resepi paling sempoi rasanya. Alhamdulillah, terasa juga sedapnya kek cheese saya nih...

Pastu cuba2 lak bubuh topping cenggini...kalo tgk pic yg ini mmg nampak comot abis kan?....huhuhu

Pastu cuba lagi nk sponsor kek masa my cuosin kawin base cheese juga. Dah temanya kaler ijau, so cuba2 la reka buh topping ngan kiwi paste, astu try2 la tepek jer bunga gula ready made beli kat bakeri tu..Cantik juga kan?...hehehe

Yg ini pun sama cheesecake jugak....cuba try la buat deco2 cengini special for birthday abah....

As i said before, saya bukanlah pengemar kek sgt sbbnya saya bukan juga jenis ska fodies yg manis2 ini.....Jd, ketagihan tuk membaking kek itu semestinya kurengg...Kalo teraa nk makan sgt, order je lah ngan kwn2 kat opis..ramai yg buat bisnes baking kek ni.

"AKU ini wanita biasa"

"Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga"
1.Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar untuk cari alasan yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(oleh sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

"Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana"
6. Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidak tau bagai mana dia menerima pujian.

7. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

8. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

9. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik nya telefon diletakkan dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh menit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

10. Jangan sesekali menebak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

"Maafkan aku bila hasratku keliru
Surut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku"

11.Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

12. Satu ucapan ‘Hi…….’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

13. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

14. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata berselingkuh dengan kawan mereka yang paling cantik.

15. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

"Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa"

16. Semua wanita maukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

17. Senjata wanita adalah air mata!!

18. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

19. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil risiko tentang mereka dan tentunyabaik terhadapnya.So,kalau pgen memikat wanita pandai-pandailah dlm bertindak…

20. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

"Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana"

Saturday, March 27, 2010

Gedangsa - Part 10

Genap 10 kali kami berulang ke Gedangsa pada tarikh 27 Mac 10. Sebelum nk stori pjg lebar....satu persoalan yg rasanya bisa dijawab ialah "Apa perubahan yg ada pada Inas?" ......(siapa yg patut jawab nih?..)...jawapan nya akan cuba dijelaskan di akhir entry...

Yg seronok minggu ke 10 ni.....sampai ke our home sweet home seawal jam 2pm. Rasanya nilah 1st time boleh sampai awal cenggini..dan kalo nk diperati betul2, x sampai 24 jam pun kami. Turn no kali ni ialah no 4 mandi....hr ni kuar terlewat 15 min skit dr minggu lps...sampai near kul 7am, dah byk giler keta duk parking here...calon2 (anak2) menunggu tuk nk kena mandi dah bersibuk2 membuat persiapan penyediaan air masjid....

Lps dah setle psl mandi Inas, saya dgn kepantasan dan kecekapan seperti ibu Inas yg seadanya ini..terus je suakan Inas susu...target bila abis bg susu, terus jer nk kenyangkan Inas dgn nasi lemak pula. Pengalaman last week Inas dimandi + dibalut tanpa perut yg kenyang membuatkan ragam dia sgt hebat...so this week mmg target saya nk kenyangkan perut dia dulu...Alhamdulillah, everything went well..siap je bg makan..tunggu dlm 15-10 min terus je turn kami dilayan K.Raw....kami mmg agak 'pantang' juga sekiranya di potong queue oleh org lain..:( (tiada siapa yg happy rasanya kan..?)
Inas is really fine 2day. Terima kasih Inas krn memahami perasaan ibu dan ayah utk melayani Inas....Disebabkan minggu2 yg sudah Inas meragam tahap gaban..membuatkan saya berdoa acap kali sgt2 tuk kali ni jangan lah Inas meragam yg bukan2 lagi. Mlm sebelum tido, saya siap ulang kali berckp2 dgn Inas...."Esok bila kena balut dgn K.Raw, Inas kena tahan sikit....buat tatau jer kalau rasa panas ke, rasa ketat ke...sbbnya itu rawatan tuk Inas...jgn mcm2 ragam....Inas kan budak baik." Dan hasilnya, sgt2 membuatkan saya teruja krn Inas really put in mood tentang apa yg saya pesan mlm td. Hampir 70% ragam didalam kereta tdk seperti minggu2 yg lalu....dan saya bisa tetido2 ayam dgn agak selesa bila Inas memberikan kerjasama sebegini....TQVM Inas, becoz u make happy for my day......
Yang agak tidak seronoknya, saya tension dgn calling out to ppl at there. Ayu yg saya harapkan tuk amik no tu payah sgt tuk manjawab panggilan call saya. Membuatkan saya ilang sabar juga cuma kewarasan akal je yg msh membuatakan saya terkawal. Patut ke saya bengang?....Saya sepatutnya ber "terima kasih daun keladi" kepadanya kan?....So, minta bertenang dan bawa bersabar2 banyak2.....
"Apa perubahan yang ada pada Inas?"...personally, kami selaku parents kpd Inas mmg x dpt nk jelaskan dgn setepatnya ttg perubahan perkembangan Inas selama 10 kali mendapatkan khidmat rawatan K.Raw ini. Satu sbb yg ketaranya, mngkin krn kami sentiasa bersama Inas 7/24 so kalo dh depan mata tiap2 hari..mmg tak ternampak juga ketara perubahannya. Ada baiknya kalo org lain yg jarang2 jumpa Inas, than bila now dpt jumpa..tentu ada menda yg "lain" kelihatan pada Inas. Betul tak ke guane?...
Ada 2 yg saya perasan, 1st berat dia bertambah...tak la naik mendadak but at least berat naik since dh lama rsnya duk menten b4 this.2nd lak daya tahan drpd serangan fit mmg kebal la...b4 ikut treatment balut2 ngan K.Raw ni...if my precious x cukup time tido..or meals intake mcm x o time jer (punca fit) saya mmg gelabah dan kena always alert esp ketika dia sedang tido. But now...mmg jelas if 2 punca tu msh terjadi, tapi fit's attack mmg x de....cthnya, ms 2 minggu (musim kenduri adik saya) off ke Gedangsa, than my Inas berpenat2an pulak..terjadi la fit's attack tu....:(...dan mcm biasa, saya akan berikan laporan itu ke Doc in charge at KSH, dan seperti yg diduga jawapan "nnt kita buat blood test, mau tgk dos ubat cukup atau tidak"...ermmm, no komen!...(dh luahkan dlm entry yg lepas2..)
Drpd HB punya observation lak, Inas dah x slalu genggamkan tangannya (bukan juga selalu tapi ada masa dia akan buat begitu). Dan jrg sudah kelihatan dia mengeraskan anggota badannya...alhamdulilah
Drpd aspek lain.."dah boleh dudukkah dia?"...dan "dah mau berdirikah dia?"...so far mmg tiada progres yg cemerlang lagi. Kami akan sabar sepertimana dah 6 thn ++ sebelum ini bersabar menguruskan Inas...(tp mcm org lain lak yg tak bleh bersabar?..huhh!)
Mengikut teori kata K.Raw, byk step yg akan dilakukan pada Inas...mmg amik masa yg agak lama sbb Inas dah besar. Takat ini, step guna bola dan dah 2 kali mandi air masjid serta 2 kali juga step "tolak tulang". Hanya masa dan kuasa Tuhan yg akan menentukan..aminn

Kejap je rasanya dah 10 kali berulang kesana. Masa, kos dan penat tubuh badan mmg x boleh nk digambarkan. Tapi demi hanya kerana Inas...kami pejamkan mata keringkan hati tuk melalui semua2 ini. "Kenapa tak berulang drpd awal lagi?", ada juga yg mempersoalkan itu. Jawapannya hy kami yg mengetahui....yang pasti, pada ketika kami mengetahui kewujudan rawatan K.Raw ini ketika awal thn 2008, tapi x dpt nak pegi atas faktor lokasi yg jauh (drive thru near 4hrs ++) dan juga peruntukan bajet (sekali trip near RM300..kalo sebulan berapa? adakah sapa2 yg boleh tolong hulurkan bantuan?)....
Now, 2010 msh ada/baru ada peluang tuk rawatan disana. Mempunyai kemudahan kereta Wish yg selesa (especially tuk Inas) dan juga financial yg semakin kukuh membolehkan kami tegar tuk berulang alik kesana selagi terdaya sehinggalah pada suatu ketika yg tak pasti bila..doakan sahaja yang terbaik tuk Inas.....Ibu sayang Inas...

Friday, March 26, 2010

Roti Prata Gulung with telur....+ kari ayam


Bila buat lawatan rasmi di bog2 kwn2 cyber nih..byk benor yg dk tempek pics psl Roti Prata ni. Saya secara peribadinya, selalu gak wat menu ni..tapi dgn cara dan aksi tersendiri je la...

Bila ada kwn2 cyber yg sudi berkongsi idea tempek pics menu2 dgn food presentation yg sunguh menarik perhatianku....apa lagi, scr otomatiknya keinginan tuk melakukan perkara yg serupa membuak2 la.....




Biarpun kualiti gambo mmg kurang memuaskan...(tapi keenakkan roti prata hasil tangan saya ini tetap marvelousss!..kata HB la..) al maklumlah, saya hy menggunakan camera Cik SONY Cyber Shot dgn power 7.2 megapixels shj...Manalah sama kualiti kalo nk dibandingkan dgn DSLR..mmg bagai langit ngan bumi la....


No Matter how...saya sangat sayang kan kamu wahai Cik SONY Cyber Shot ku......(pemberian drpd HB sempena hadiah harijadiku yg ke 29)

Thursday, March 25, 2010

Empty feeling

rcv this note kat cermin depan my Wira, ketika ini saya park my car at ruang 'org lain'..tapi, saya juga staff di ofis ini..salah saya juga ka?....minta maaf sahajalah....


Penah kan berada dlm situasi ber'perasaan kosong' seperti saya alami...?...atau ckp kasarnya sikit macam 'tiada apa2 perasaan'...melihat dan melakukan sesuatu perkara itu dgn hanyalah sekadarnya sahaja....ermmmm..


serius?


For me, bila dtg perasaan kosong mcm ni adalah disebabkan penat yang terlampau.....mmg boleh buat abis spoil mood2 yg cantik dan excited (excited -> one of my character...may be!). Mulalah saya menjadi berat mulut utk bercakap..ohh tidakk!..itu bukanlah character saya yg sebenarnya. Saya kenal diri saya sebagai seorg yg suka bercakap....:)


upset?

Perasaan yang membuak2 terhadap satu2 perkara juga menjadi boring semacam ajer.Kebiasaanya, perkara yg sering kali dilakukan menjadi satu xtvt yg sungguh menarik..tapi bila timbul situasi 'tidak berperasaan' ini...segalanya ibarat cukup hambar....


2010 ini saya mungkin terlebih bz drpd tahun2 yg sebelumnya. Keadaan busy ini sedikit sebanyak membuatkan saya rasa tidak cukup 24 jam. Tapi mana mungkin utk saya boleh ditambah2 kan masa itukan....? Seharusnya saya tidakmensiaka2 setiap detik masa yg berlalu dgn hal2 yg tidak sepatutnya....Menjadikan, hari2 bekerja rutin saya bertambah sendat dg keja2 yg sepatutnya....

Jadi, mana mungkin saya sewenangnya2 membiarkan hujung minggu yg sepatutnya dikhaskan oleh majikan tuk berehat saya bazirkan dgn tanpa membuat2 apa2 yg sewajarnya....


happy?


Situasi yg paling saya sedar ialah, saya seolah2 'tidak berperasaan' tuk berlama2 dirumah orang lebih2 lagi ketika hari2 emas saya yg sepatutnya saya luangkan dirumah tuk berehat. termasuklah dirumah orang tua saya sendiri.....huh! x patut kan?....tapi honestly speaking, itulah yg saya rs sejak akhir2 ini di tahun 2010......


????....hehehe

Jgn pula salah anggap.Kan saya dah maklumkan...kesedaran 'tidak berperasaan' ini mungkn disebabkan oleh faktor pencarian masa emas saya tuk berehat setelah berpenat2an malalui rutin seharian..

"Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.." .....BENARKAH?


Wednesday, March 24, 2010

Terkial-kial mencari...



Entah kenapa...lately saya tidak begitu pantas bangat mencari lokasi dan peluang terbaik tuk pegi berholiday kemana semestinya bersama keluarga tercinta..

Bukannya x meng'google' sana sini...dah rasanya puas dan jenuh juga..tapi msh tiada yg confirmation tuk di booking....kenapa yer?

Antara perkara yg boleh dijadikan sbbnya mungkin ialah :...

1. Kepentingan Inas yg mungkin letih ketika travel. Ataupun pengurusan terhadap Inas. Sekiranya berholiday jauh means perlu menaiki flight, Inas tidak akan selesa ketika didalam flight. Senang kata, dia tdk akan duduk diam yg boleh membuatkan ibu dan ayahnya akan mabuk....huhuhuhu (kalo teringatkan kembali last yr trip ke Bandung, sungguh2 rs ngeri...huhuhu)


2. Keseronokan bercuti bersama keluarga besar dirasakan lebih meriah berbanding dgn hanya kami bertiga shj. Tetapi bila mau dikumpul ahli keluarga besar yg bersetuju dgn satu2 masa yg ditetapkan ini teramatlah payahnya....yer lah kan, msg2 ada komitmen tersendiri....:(

3. Ketidakcukupan rehat dalam erti kata sebenarnya....setakat ini, sudah hampir 9 minggu kami berulang alik ke Gedangsa. Means, every fri sudah memecut kereta ke KL dan seawal subuh sudah memecut kereta pula ke Gedangsa. Melayani ragam Inas yg memberontak sambil travel balik semasa dlm kereta adalah perkara yg plg perit dan paling tabah utk dihadapi. Sudahnya, cuti hujung minggu kami tdk dpt dihayati dengan sebaiknya.....:(...mana nk cari masa tuk curi pergi bercuti pula?????...


Masalah meluangkan masa atau cuti yg diperlukan adalah hal kecil bagi saya dan HB. Ini kerana sepanjang hampir 8 thn (saya) dan 11 thn(HB) bekerja di syarikat swasta ini, cuti yg dipohon tiada masalah tuk di approvedkan. Mungkin juga kerana Inas secara tidak langsung tiada melibatkan waktu cuti persekolahan seprti anak2 yg lain.

Seawal Mac 2010 ini, baru satu destinasi percutian kami (Melaka bandaraya bersejarah). Itupun setelah sambil menyelam minum air iaitu ketika ikuti rombongan perkahwinan adik saya tempohari...

Niat dihati ingin ke Pulau menghayati keindahan dasar lautan (sayangnya..tidak mendapat kerjasama yg baik drpd FIL :(...) teringin juga ke Jakarta bersama AirAsia lagi...ermmm....tapi jari jemariku ini tidak terklik lagi mana2 destiansi seterusnya....Langkawi juga mungkin teringin (last visit yr 2005)....

Ada apa pada nama?

Keserasian..kemesraan boleh timbul drpd panggilan nama kita...betul tak?..ke guana?

As myself, byk juga panggilan yg ditujukan kpd saya. Semua panggilan itu adalah tuk saya....Tapi, ada juga yg bertanya.."ada apakah pada nama?"....

K.ngah / Angah
Ini panggilan mesra tuk saya khas drpd ahli keluarga. Bukan takat ahli keluarga yg terdekat shj...bahkan ahli keluarga yg jauh2 juga (umpamanya sepupu sepapat, mak2 sedara). Merujuk kepada tradisi org melayu kita, panggilan ini merujuk kepada anak yg kedua didalam keluarga...sayalah itu...:)


Fida
Ini panggilan dan juga gelaran saya sendiri kepada HB. Msh ingat lagi, 1st time berkenalan HB tersalah sebut panggilan "Fida" ini....(tah kenapa dia salah sebut...huhuhuu) dan terus2 je berkekalan panggilan itu sampailah sekarang. Juga "Fida" ini dikenali oleh semua kaum kerabat disebelah keluarga mertua saya..:). dan saya juga, scr otomatiknya bila berckp dgn HB mmg membahasakan diri sendiri dgn "Fida"....hehehehhe.

Saya dikurniakan dgn seorg suami yg tdk pandai (benarkah?) tuk menunjuk2 kan reaksi romantisnya huhuhu. Justeru itu, panggilan manja terhadap saya pun tiadalah scr terang2an bunyinya romantis lbh2 lag ketika ada org lain bersama kami. Sesekali, ketika berdua....kedengaran juga panggilan "Yanggg.." terbit drpd mulutnya. Cukuplah kan membuatkan erasaan saya berbunga2 sekali-sekala....hehehhe

Aida




Ini panggilan mesra yg paling kerap digunakan oleh kawan2 saya sekalian...ada juga yg mesra dengan hanya memanggil "Da.." shj. Biasanya panggilan yg lebih mesra itu adalah drpd kwn2 /kenalan rapat saya....

Untie



Ini panggilan khas drpd mulut2 comeii anak2 sedaraku...dan ade juga drpd anak2 sepupuku(kira dua pupu la ngan saya)....


Ibu...
khas utk anak2 ku...(ops, br anak sorang...hehehe)...special for my lovely Inas. Pandai Inas cr ibu, sesekali terdgr juga rengekannya 'bu...bu..bu..' drpd mulutnya. How nice kan kalo saya dpt mendengar setiap hari panggil "ibu" ini drpd mulut sicomel ini....:)...sabar2...insyallah dpt measa nikmat indahnya panggilan itu. Ada masanya, ayah inas juga memanggil saya dgn panggilan "ibu"...huhuhu




Lain2...

"Seri"....saya suka nama ni. Kdg2 gunakan juga ketika saya berkomunikasi melalui internet. Ala2 nickname / nama samaran la gitu. Bila ada yg tahu that "seri" ni saya, ada juga yg lekat memanggil saya dgn nama itu...hehehhe

"Kilat"....ini nama freshie masa minggu orientasi ketika saya mula2 melangkah masa ke asrama lbh kurang 17 thn yg lalu. Mujur jua nama ini tidak lekat panggilannya utk saya...:)

Tuesday, March 23, 2010

Bila hati tidak tenteram....

Tah apa la 'penyakit' saya ni....selalu juga duk terlintas atau membayangkan sesuatu yang tak elok berlaku..sesuatu mengarut lah yg lagi tepat kurasa.....:(...

Bila hati tidak tenteram....
Adakah sebab sbg langkah berjaga2 atau berhati2?....Cthnya, ketika driving...mmg fokus diutamakan tetapi dlm fikiran mesti terlintas membayangkan kalo accident mcm mana?...nmpk lori didepan nk memotong...kalo selisih rapat mcm mana?....nmpk motosikal kalo terlanggar buntut dia mcm mana?....kalo terbabas mcmana?....ishhhhhhh!....minta dijauhkan, saya msh ada suami dan anak kecil yg perlu diberi perhatian.....tapiii, frankly speaking...mmg biasa juga terfikir perkara2 spt itu.....for me, bila ngeri membayangkan hal2 itu membuatkan saya akan lebih extra berhati2 ketika memandu....

Bila hati tidak tenteram....
Tatau nk fikir jauh2 sgt mcmana dgn 'penjagaan' & 'pengurusan' Inas utk hari2 yg mendatang. Ye lah, Inas makin lama makin besar....for sure makin berat. Syukur alahmdulilah, drpd segi perkembangan fizikal mmg Inas x de masalah kecuali kurus keding jer...makan so far boleh kata selera bagus juga tapi tu lah..x menjadi isi pd badanna. Since follow rawatan dgn K.Raw ni, berat ada la naik 1kg...(adakah sbb rawatan itu sebenarnya?..)...now Inas dah 13.5 kg...


Nak dukung dia...nak mandikan dia yg perlukan kederat. Kalau dah makin besar dan makin berat......??????...seriously, saya tatau nk komen apa skrg ni....now, saya tgh mula berusaha tuk dapatkan Inas seorang adik...bila saya dah peknen nnt, adakah saya mampu angkat/dukung Inas lagi?...HB keja shift hour....pd hr2 tertentu (sewaktu HB keja siang), mmg sayalah 100% akan uruskan Inas seawal pagi sehinggalah malam sblm HB balik keja....

Mulalah menda2 yg mengarut terlintas di fikiran saya. Saya tak sanggup...(x de yg sanggup rasanya..) tuk melalui trauma peknen lagi tuk kali ke 2 ini. Sekiranya saya 100% menguruskan Inas, adakah menjejaskan keadaan kesihatan saya dan bakal baby didalam perut itu?...Owhhh!, x patutkan saya memikirkan hal2 begini...sehaursnya saya berdoa, dan bertawakkal kepada Allah....segala yang berlaku adalah hanya kerana ketentuanNya....

Jln yang saya nampak....seharusnya saya mencari 'helper' atau 'bibik' semata2 tuk membantu uruskan Inas demi kesihatan dan penjagaan kandungan saya....Soal maha murah kosnya terpaksa kami tolak tepi...Harap2 segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya....

Bila hati tidak tenteram...
Hakikatnya, rekod kesihatan HB ada 2 yg tercatat sekarang. Hep C dan Diabetis (terbaru). Hep C nampak gayanya tidak menjalani apa2 rawatan disebabkan doc memberitahu 'tiada rawatan yg perlu kerana parut virus telah ada dan melekat...'...adakah maksudnya, kalau diberikan rawatan juga sebenarnya adalah membazir ajer?.....tak gitu?...:(. Tapi, penjelasan tentang risiko2 yg bakal diterima sekiranya tidak menjalani apa2 rawatan tidak pula diberitahu dgn sejelasnya...:(.Saya cukup tidak puas hati.....dan HB pula seakan tdk mengambil serius (pd pandangan saya...dlm hatinya saya tak pasti)...kelihatan ubat 'jetepar' tuk hati..(fungsi sebenar saya tak pasti) pun tidak diulang makan oleh HB. Bila ditanya, HB kata doc ada bagitau that ubat juga kdg kala boleh menyebabkan bacaan ujian darah yg berkenaan makin naik....ermmmmm, tah la...mmg keliru sgt2 saya dibuatnya...:(...


Secara logiknya, menda2 yg mengarut (tentang risiko) byk kali juga terlintas difikiran saya. Hasil drdp saya google di internet, saya mmg ada byk info tentang risiko Hep C ini. Mmg sgt2 ngeri pabila membayangkan risiko2 ini.....Ya Allah, minta kami dijauhkan dgn perkara2 ini....

Esok, HB ada temujanji dgn doc psl Hep C ini. Harapan besar saya, ada berita yg menarik dan sedap tuk didengar. Kalo ikutkan hati, mmg saya ingin menemani HB bersama2 hadir tuk temujanji itu...tapi bila mengenangkan keperitan betapa byknya masa saya terbuang dgn hy kena menunggu..menunggu..menunggu giliran di GH itu...saya beserah sahaja kpd kebijaksanaan HB tuk berbincang apa yg sepatutnya dgn doc....."Fida nak abang jelas dgn perbincangan tentang penyakit ini, Fida nk abang sihat...Fida nak kita sama2 sihat tuk membina keluarga kecil (insyallah akan menjadi keluarga besar) kita ini selama2 nya...."......

*********************************************

"Kalau kita nak kan sesuatu, kita kena sentiasa fikirkannya..sehinggalah apa yg kita nak kan itu berada dalam genggaman..."....adakah petikan motivasi ini betul2 relevan?.....

Monday, March 22, 2010

Bahagia itu pilihan

Kalau ditanya "bahagiakah saya dgn kehidupan sekarang?"...Secara tepat, jelas dan pantasnya saya akan mengangguk kan kepala tanda mengiyakan...yesss!..mengiyakan kebahagian yg dirasa sekarang...


how nice bila life kita sentiasa diwarnai seperti kilauan kristal2 ini kan...?


Satu yg saya sgt percayakan...."janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan daripada sesiapa...drpd apa jua keadaan"(walaupun saya ni jenis yg suka menghampiri garis kesempurnaan ketika membuat sesuatu perkara). Lain orang lain sudut kebahagian yg dikecapi...kerana kita perlu sedia maklum bahawa lain oarang juga lain ujian dan dugaan yang dialami.

Bahagia saya

1. Dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah tiada masalah kesihatan yg memerlukan saya bergantung sepenuhnya dgn ubat. Kecuali, adat la kalau sakit pening demam itu adalah sebagai ujian dan peringatan pada dosa2 kecil yg kita lakukan....

2. Ibu bapa yang mengambil berat tentang kehidupan saya. Walaupun saya sudah mempunyai keluarga kecil sendiri, namun saya tetap tahu bhw abah dan mama saya msh lagi prihatin tentang diri saya. Sungguh saya sayangkan mereka...


...."Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik dan panjangkanlah usia kedua ibu bapa ku, semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman"


3. Dikurniakan jodoh dgn seorang suami yang baik. Ya, HB merupakan suami yang baik kepada saya...can't describe makna BAIK seorang suami ini terhadap saya...biarlah hanya saya yg mengetahui nya...


4. Dikurniakan seorang ayah yang baik kepada anak kecil saya. Ya, ayah inas ini cukup baik dalam menjalankan t/jawabnya terhadap Inas. Cuma, mungkin ada sedikit perkara yg terpkasa dialihkan perhatian drpd melayani Inas kerana tuntutan kerja / mencari rezeki. Inas, ayah sibuk mencari rezeki untuk kita juga...harap Inas dapat memahami....

5. Kerjaya yang bagus. Bidang pendidikan yang saya ceburi ini merupakan alam dan bidang terbaik kerana ilmu tidak terbatas sampai bila2. Alhamdulillah, sdh hampir 8 thn bekerja disini...saya tahu..rezeki saya drpd secupak telah semakin hampir utk menjadi segantang...rezeki Inas disini....

inilah pic yg diletakkan di website rasmi kolej....waduhh!, ini ketika masih "sihat segar bugar" gitu....hehehhe

6. Bebas dariada hutang2 yang melampau / mengarut. Semoga jalan/plan yang kami ikuti ini mendapat keberkatannya....

"Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati"

Gedangsa - Part 9


Kali ni, agak mencabar sedikit sbnya seawal 5am kami dah kena bangun. Sbbnya, this wk my Inas 1st time kena mandi dgn air 5-masjid. Jam 8:15 kami dah sampai Setiawangsa....plan mesti tido awal....lagipun sungguh teruja sbb kali ini kami dpt turn no 1...yer, no 1....

Bila dlm kepala dah set mesti awal..jgn sampai lambat kat sana...K.Raw dh pesan seawal 6:30am mesti get ready sbb dia akan mandkan anak b4 matahari naik, means agak2 b4 jam 8am. Kami dpt ready awal sbbnya x perlu nk bersiap2kan Inas (mandi dan beri susu)...sharp 5:45am dah bertolak ke sana..Hb dgn gaya konfidence nya memecut ke Gedangsa dgn level 140-160 km/j...huhuhu, sgt stabil perasaan ku....

Sampai jam 6:30am...br ada 2 bijik keta. Sempat lg beri Inas susu sebotol dulu...bila dh kul 7am org makin ramai dah...disbbkan kami 1ft time nk handle psl air masjid tuk mandi Inas ni...so agak terkial2 juga lah...."Nama anak saya Inas Fansuri..dan saya ayahnya Yusnazre...dan saya ibunya Aida.........."...begitulah lafaz yg K.Raw minta kami jelaskan dgn kuat. Byk kali juga kena ulang sbbnya 1st time. Insyallah next 4 times kami dapat ikut dgn sempurna.....Lihat gaya simbah pada Inas, mcm selamba jer...tapi insyallah, yakin dgn cara kerja K.Raw ni. Tak dibagi lapkan tubuh Inas tu...biarkan kering dibadan gitu terus.....


No 1...tapi x dpt laksanaan pun giliran itu. Terbit juga rs cuak dgn org2 yg memotong giliran. Alasan yg diberikan, "sbb ada hal..."...Dan lagi satu ada juga yg seolah tiada no pun sebenarnya....:( Kecewakah saya?...yer, sejujurnya ada rs kecewa itu....membuatkan saya "diam seribu bahasa..dgn muka yg x brp manis gamaknya..."..bukannya sengaja..tetapi serius ckp sbb rs mcm kecewa juga...at last kul 8:3am jugak kami dilayan K.Raw....

Aduuhhh Inas...
2-3 kali yg terakhir ini, kelantangan Inas meronta2 bagai x boleh dikontrol. Hampir sepenuh masa selagi ikatan balutan x dibuka Inas jua tak jemu2 meronta menangis minta belas kasihan utk dilepaskan ikatan itu...sepanjang perjalanan balik ke S/wangsa, ketika dibeikan makan...ketika diulit utk tido...mmg x henti2 dia merengek...meronta....Frankly speaking, dlm pada saya berhati kering buat derk jer...kdg2 timbul jg rs geram yg amat...rasa kecamuk yang amat...rasa kesian sgt2 pada Inas...tapi bila scr waras berfikir, kenapa saya mesti marah?..sepatutnya saya buang jauh2 rasa itu...saya tak sepatutnya mengikut perasaan marah yg langsung tiada untungnya itu....

Seharusnya, saya memahami sungguh2 keadaan Inas. Anak kecil ini tidak sanggup menanggung keperitan ini tetapi inilah yang terbaik untukmu Inas....sedari kecil lagi ujian ini telah di atur untukmu, bersyukur Inas..kerana kita masih belum cukup susah seperti orang2 lain....bersyukur Inas...

"Ya Allah Ya Tuhanku, terapkanlah rasa kesabaran yang tinggi dlm diriku..pertahankanlah semangat yang luhur dalam diriku...demi untuk melayani dan menguruskan anak kecil ku ini..."


Walau apa terjadi...ibu tetap bangga ada Inas...ibu tetap sayang Inas...

Friday, March 19, 2010

KAMI terjah dan jelajah



U n Me....means saya dan HB mmg boleh dkatakan berkongsi citarasa tanpa ada keraguan pun...hehehe. Apa kisah sebenarnya ni?...


Alaa..psl terjah dan jelajah restoran/ kedai makan/gerai makan dalam agenda 'jalan-jalan cari makan' kami la. Mmg la kan..bila dah pegi berjalan..pastu rasa lapar...pastu prety sure la mesti cari makan kan?....


Mujur sgt kami berdua ni mmg ngam la bab2 nk menge'test' selera ni. Bab makan, psl bajet kita tolak tepi dulu..asal apa yg dimakan u sedap dan muahhhhh! mesti menyelerakan for sure la rs berbaloi kan?..


Secara tak langsung, my koleksi pics dlm album 'jln2 cari makan' difesbuk saya juga makin lama makin bertambah...dan kelihatan juga mendapat sambutan komen yg hangat drpd kwn2 di fesbuk sana...:)


Kalo pi holiday mana2, salah satu agenda yg wajib pegi ialah sessi terjah dan jelajah tempat makan yang menarik. Bagi kami, satu kepuasan bila dapat merasai nikmat rezeki di tempat orang..:)

Sila layan ya antara menu2 yg menambat selera kami.....
Related Posts with Thumbnails