Sunday, May 16, 2010

Love to be ur mum..

Ibu...ibu...ibu.....saya sangat dambakan dan teringin untuk mendengar dgn jelas my Inas memanggil dgn pangiilan yang cukup menyentuh kalbu ini. Takat ni, mmg ada dgr my precious menyebut bu..bu..bu...., cukup membuatkan timbul girang dihati....dan saya mmg acapkali juga x jemu2 mengajar Inas untuk menyebut perkataan itu, mmg jelas juga kelihatan Inas cuba sedaya mungkin menggerakkan mulutnya utk mengikut sebutan saya....dan seperti biasa diakhiri dengan senyuman dan gelakkan daripadanya...terima kasih Inas....

Hati seorang ibu ini....
Kisah 1 (kawan at FB)
Kak I : Aida..maaf tanya sikit yer..your inas nampak kurus ..dia sakit ke?
Me: Salam Kak I...It's fine...no harm tuk bertanya :). Inas is special akak. Born as a prematured baby, and lack of oxsigen masa kluar. So, doc diagnoss she has a delay development....
She is a gift from ABOVE for me....:) .
Kak I : Ic..tpi nampak aida n hubby jaga dia dgn baik..g holiday sama2..bagus mcm tu..semoga awak n family sentiasa dimurahkan rezeki n your inas sihat sentiasa ..
Me: Yes....pretty sure we've give 150% attention to her....syukur dengan apa yang ada :)...Thanks Kak I for ur support..

Entah mengapa, sewaktu saya sedang membalas msg tersebut. air mata saya mengalir tanpa disuruh2. Barangkali, hati ibu ini tersentuh dengan keperihatinan org luar terhadap my Inas...kerna mmg saya maklum tak semua yang tahu that my Inas is special.....

Kisah 2 (Salesgirl)

Miss X : Dia boleh cakap tak kak?..
Me:..Masih belum boleh...hanya sebutan tertentu sahaja(dalam hati...sebutan yang hanya ibu dan ayah shj yang fhm..)
Miss X : berapa umur dia?
Me: ...6 tahun
Miss X : tapi dia macam budak darjah 2 la..
Me:..ermm, yup becoz dia tinggi kan..kurus...
- dan salesgirl tu terus mengusik Inas yang duk tergelak senyum jer...

Membuatkan mood saya swing kejap...Saya sedang asik masyuk membelek pakaian yang hendak dibeli..salesgirl ni duk asik memandang ke my Inas yg seperti biasa happy bila pegi ke kedai kain....

Kisah 3 (Someone yang prihatin..)

Someone yang prihatin: buat untuk belanja dia...(sambil menghulur RM ke dlm genggaman my Inas)
Me:..errr, terima kasih....

Sewaktu saya sedang fokus menyuapkan my precious makan KFC yang mmg sentiasa menjadi dambaan dia di sebuah foodcourt di KT. Saya mmg perasan, that my Inas ada tersenyum2 dan mengangguk kepala...biasanya bila reaksi dia mcm tu tandanya ada orang yg sedang 'melayan' dia. Tapi, saya tidak sedikit pun berpaling untuk melihat dengan siapakah Inas sedang melayan reaksi.

Jauh disudut hati kecil ini, semoga orang tersebut sentiasa dimurahkan rezeki yang berlipat kali gandanya dengan kebaikan bersedekah kepada anak kecil ini....terima kasih....

Apa perlukah saya melayan emosi yang sememangnya pasti tersentuh?....Nasihat saya kepada diri sendiri, perlua lebih kental hati untuk berdepan dengan segala macam reaksi yg sebegini...kerana, selagi ada hayat, insyallah...selama2nya my precious akan dijaga dengan sebaiknya....

Untuk mama Puan Khatijah Abu Bakar yang sangat saya sayang...Terima kasih atas segala perhatian dan pengorbanan untuk membesarkan saya selama ini. Segala tunjuk ajar dan pengaalamn hidup yang di berikan menjadikan saya seorang yang seperti hari ini. Sayang mama sangat2....

Selamat meraikan Hari Ibu untuk saya....semoga segala pengorbanan yang saya berikan kepada Inas dirahmati olehNya.Terima kasih kepada En HB yg tercinta...walaupun ada berlaku sedikit kelakar sebab En Hubby tersilap date...hehehe, beria2 dia nak belanja dinner for me...(patutlah saya x de feel sgt tuk rasa nak makan apa....huhuhu)..anyway....For Inas, i really love to being ur mum....muahhh!

mode:...masih teringat betapa segala susah payah dan keperitan ketika melahirkan seorang anak...peringatan untuk diri sendiri, anak yang menderhaka kepada ibu bakal di tempatkan dalam api neraka yang laknat...subhanallah!

1 comment:

  1. Salam Aida...saya tertarik dengn blog anda dan terus membaca dam membaca.Tersentuh hati keibuan saya. Saya kira saya cukup malang bila anak saya diuji dengan epilipsy.Tetapi,bila melihatkan kekuatan Inas dan Aida sama-sama redha dgn ujianNya...Saya jadi Insaf...sama-samalah kita berdoa semoga anak-anak kita dilindungi oleh Allah S.W.T...saya betul2 insaf..sekurang2nya puteri saya diujian dengan secuit ujian jika dibandingkan dengan Inas...Inas,kamulah permata anugerah paling bermakna utk Ibu dan ayah...semoga Allah merahmati kamu...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails