Si DIA akan meragam bila....
1. Kejut bangun pagi...kes tak puas tido. Dahnya malam tido lambat, biasanya sebab dia duk layan citer PRamlee yang sentiasa menjadi pujaan dia. Ibu pun pelik sbb si dia ini mampu untuk mempunyai seorang karakter yang menjadi pujaannya. Ini bermakna dia ni mmg ok kan?..sama berperasaan mcm kanak2 lain yang ada addicted dengan karakter2 yg tertentu.....cuma bezanya si dia ini suka kan versi filem hitam putih ni...hehehehe
kejap je lekat topi tu atas kepala..lepas tu dia campak je, rimas gamaknya...
2. Nak ikut ayah atau ibu keluar. Tak kisahlah keluar pegi keja ke..keluar kemana2 ke yg mmg x niat nk bawak dia. Mmg dasyat gaklah ragam dia..mendayu2 nangisnya ibarat mcm menahan sakit jer...padahal sebab kena tingal jer....
suka benar main dgn selendang ibu tu..
3. Nak tido tapi x de orang layan....Kes mmg mau ditepuk2 dan didodoikan lah ni. Kalau dia tak lena betul, janganlah berhenti menepuk dia...sure dia akan bukak mata dan menceceh manja..kalo x dilayan jawabnya mmg start meragam mcm bunyi radio buruk yg memainkan lagu rosak.....lagi parah kalo waktu tidonya sudah tersasar.....cthnya tengahari buta bisanya time dia tido, tapi masa tu ada kat tempat kenduri....adoiii!..bersabar jelah dengan ragam dia...
spek besor..gigi pun besor..huhuhu
4. Nak bergurau main..tapi org buat derkk jer....pastu mintak orang dukung dia. Fuhh!...ni yang ibu ayah x larat, sebabnya cara gurau si dia ni sebenarnya agak kasar sikit.....hehehe. Mmg siap mcm nak bersilatlah orang yang melayan dia ni. Tapi x kisahlah....asal dia nampak happy dan kdg2 mcm terlebih excited pulak. kalo orang buat derkk tu yang akan menjadikan dia letih meragam......
5. Dan...kdg2 boleh jadi juga selalu sgt bila time amik dia kat INTAZ otw nk balik umah, mmg kerap juga dia mengamuk dlm keta. kalau ibu penat sgt, mmg boleh rs tension....tp kena beringatlah, mungkin ada sebab kenapa dia mengamuk..salah satu yg pastinya ialah Inas lapar....sampai umah terus je ibu bg susu atau pun singgah beli kuih muih minum petang kat mana2....cepat je abis dia makan....so, confirm kan dia lapar?...sedih rasa tiap kali tgk keadaan mcm ni....:(
That's ALL..rasanya setakat 5 keadaan yang dinyatakan itu...tidaklah seteruk mana sidia ini ber 'peel' kan? Kalau si dia tak sedap badan sekalipun, mmg jarang2 sangat menambahkan resah gelisah hati ibu dan ayah dengan ragam tangisnya. Biasanya mmg mudah diuruskan ketika dia tak sihat berbanding dengan gaya ragam seperti yang diatas...Alhamdulillah, menjaga si dia ini tdklah sesusah mana yang dibayangkan oleh orang lain pun.....kan....
Si Dia ibu ayah inilah...our precious gift from above...!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...