Tuesday, October 5, 2010

Nota Hati Ibu - Part 3


Salam Aida...saya tertarik dengn blog anda dan terus membaca dam membaca.Tersentuh hati keibuan saya. Saya kira saya cukup malang bila anak saya diuji dengan epilipsy.Tetapi,bila melihatkan kekuatan Inas dan Aida sama-sama redha dgn ujianNya...Saya jadi Insaf...sama-samalah kita berdoa semoga anak-anak kita dilindungi oleh Allah S.W.T...saya betul2 insaf..sekurang2nya puteri saya diujian dengan secuit ujian jika dibandingkan dengan Inas...Inas,kamulah permata anugerah paling bermakna utk Ibu dan ayah...semoga Allah merahmati kamu... - petikan dari komen "i am a mother"

Accidentally came over your blog when looking for info about my former school in Gedangsa.
Puan ,I really was moved by your sacrifices for your daughter Inas.It reminds me of my niece.If all mothers are like you,no children would be deprived of love and care.
Hope Allah would answer your prayers and your child would recover.
May God bless you.-mokjadeandell

Dah lama rupanya 2 isi komen ini brd didalam ruang komen entry post saya. Tapi kan br semalam je saya perasan....maafkan saya kerana terlepas pandang..atau sebenarnya saya mmg x alert langsung dgn komen yang masuk...sebabnya sangkaan saya x de sapa pun yg nk visit blog saya....(sangkaan sajer tau...hehehe). Anyway, thanks so much kpd "i am a mother" & "mokejadeandell"krn sudi menjadi pelawat kpd blog saya yang hanya seadanya shaja ini...saya cuba untuk menjadikan minat mencatat segala isi kehidupan sebagai dapat dijadikan rujukan dan panduan semula di masa2 akan datang...(selagi blogspot ni masih free....heheheh)

Lama dah rasanya sepi citer pasal my litte one Inas. Bukan x de citer, malahan citer psl my precious ini mmmg sentiasa banyak dan mcm2 citer ttg si dia seorang ini. Entri kali ni, mmg tersedia ttg segalanya psl dia. Pulak tu bila ibu terperasan ada dpt komen seperti yg diatas...(terima kasih lagi sekali buat tuan empunya kiriman...)

Rawatan baru
PUSRATU....?...Penah dengar?..Saya br je dengar. T.kasih byk2 kepada Diela Mama Riyadh yg meruapakan kenalan saya ketika sama2 berjuang membawa sikecil kami mendapat rawatan dengan K. Raw di Gedangsa. PUSRATU ialah Pusat Rawatan Tanpa Ubat kaedahnya. Saya dah pun visit websitenya. dan drpd perkongsian drpd Diela, byk juga info yg saya dapat. Mmg terdetik dalam hati utk mencuba. Lega sikit rasa hati sebabnya PUSRATU ini mempunyai cawangannya di Kuantan ini. Diela juga ada mendapatkan no ctc cawangan di sini. Saya dah pun khabarkan kepada En HB, dan mmg ternyata kami akan pergi mencuba. Cuma masa dan keadaan sekarang ni tdk mengizinkan lagi krn tuntutan kerja. En HB msh tight with his work schedule. Ke Gedangsa pun kami dah off hampir sebulan....tapi msh lagi berniat tuk kesana krn melihat hasil dan perkembangan pada my precious, biar pun kesannya sgt perlahan tapi cukup baik pada kami daripada tiada apa2 langsung perubahan...setuju tak?...

Saya masih lagi seorang ibu yang masih mempunyai perasaan ingin melihat anak yang dikandung membesar dengan sempurna. Walaupun saya tahu, hakikat "membesar dengan sempurna" untuk si dia kecil ini tdk boleh terlalu mengharap..(berdasarkan diagnosis doc)..tetapi harapan tuk melihat dia sempurna tetap akan ada di hati seorang ibu dan ayah seperti kami. Kini, sidia kecil kami ini telah pun berumur 6 thn 10 bulan. hanya sejengkal lagi masa utk mendekatkan dirinya dengan angka 7 thn yang sepatutnya telah pun mendaftar sekolah utk Tahun 1. Bukanlah saya mahu men 'demotivated' kan diri kami sendiri...malahan jauh sekali tuk tdk memandang rendah pada keupayaan Inas..tapi saya sebenarnya lebih kepada mahu utk tdk merasa kecewa hanya semata si dia kecil ini tdk boleh pergi ke sekolah kerana ketidak upayaan dirinya. Sebagai ibu dan ayah yang bertanggungjawab melahirkan dia ke dunia ini....kami akan cuba utk lebih realistik menerima seadaanya...

Terima seadanya...bukanlah bermakna kami hanya duduk bersimpuh mangharapkan keajaiban berlaku didepan mata. Bukanlah bermakna kami hanya tahu menadah tangan berdoa dan hanya terus berdoa tanpa apa2 usaha. Bukanlah bermakna kami hanya menjaga dan menguruskan makan minum dan tidonya sahaja. Tapi setakat masih ada kudrat dan rezeki wang ringgit yang kami cari selama ini, kami tdk putus2 usaha tuk mencari rawatan ke serata ceruk tempat...

Tinggal lagi, kami mungkin masih kurang usaha utk mendapatkan sokongan drpd semua orang. Dlm hal ini, kami mmg harus utk sentiasa berhati kering. Cuba utk tdk mempedulikan kata2 yang langsung tdk membantu kami dalam berusaha utk membesar Inas menjadi sempurna setakat yg dia mampu...Mana mungkin saya mahu melawan takdir...mahu sidia kecil ini terus boleh berdiri tanpa berjalan terlebih dahulu?...Mustahil bukan?....Tapi jauh di sudut hati saya...saya tetap mahukan keadaan itu.....

Adakalanya, saya hampir berang bila mengetahui ada ibu & bapa yang sangat garang dgn anak2...memukul mereka yang sememangnya tgh membesar nakal...bila mengetahui ada ibu & bapa yang mengeluh sbb x dpt nak kawal anak2 yang terlalu buas berlari ketika window shopping di mall...ada ibu dan bapa yang marah2 anak memilih makanan....Kenapa saya turut berang?...Pada saya, mereka tdk merasa duduk ditempat kami yang jauh lebih ada bebanan drpd beban yg mereka rasa. Belum lagi perlu setiap waktu makan anak disuap...dipastikan makanan itu adalah betul2 penuhi selera anak..belum lagi perlu didukung atau wajib membawa stroller dan car seat kemana2....perlu sentiasa bercakap berulang kali agar anak memahami..(syukur sgt bila our precious hampir 90% memahami bicara sekeliling). Agaknya....kalau berpeluang bertukar tempat duduk dgn kami...adakah mereka2 ibu bapa itu sanggup?......Bersyukurlah kita dgn apa yang ada...anda semua belum cukup mengenali erti susah hanya setakat anak anak tidak mendengar kata sahaja....

"Hidup tak perlu dalam keadaan terlalu senang...sebab kelak akan lupa diri dan tak sanggup menghadapi waktu susah"

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails