Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

Menahan rasa yang sebu daaa.....(-_-)

Tak bestnya lah kan....Sajer nak express feeling sorang2 kan...(kalau x de sapa yang baca kat sini lah...)

Tapi lately itulah yang saya rasakan pada banyak perkara....
  • Aliran kluar masuk duit macam agak huru hara. Bukan tak cukup sana sini, tapi disebabkan kelewatan menerima "upah" yang sepatutnya
          Kenapalah saya ber sopink tah apa2 lah sekarang ni.....walaupun brg yg dibeli tu mmg berguna tapi, keperluannya tidak lah urgent sgt2......cm buat tambah koleksi ajer....(baju, tudung, tupperware, buku) @_@. Luckily En HB mmg xpenah amik kisah mengenai apa yang saya nak beli, x penahlah persoalkan itu ini. Kalau tanya pendapat dia pun, mesti jawapannya "beli lah...ada duit kan?..."...ermm.. (-_-)
  • Tahap kesihatan tak berapa bagus, kolestrol tinggi + pra-diabetis. So mmg agak tolak tariklah menu tuk berdiet nak kurus. Kekadang tu mmg rasa hampa sgt2 bila rasa mcm dah gemuk smula....:(.
          Target tuk tempoh 2 bulan, suplement wajib amik ialah Omega Fish Oil 2x + TF 2x2 + Yeast Red Rice 1x, Oat 2x+Susu Omega Nestle 2x untuk tuurnkan kadar kolestrol yang tinggi nihh...So mmg ganggu plan diet with HL saya.

          #Atkins Diet mmg saya "haramkan" untuk ikuti dalam tempoh waktu sekarang ni....
  • Tak cukup tidor - sepenuhnya uruskan inas tanpa my other half...mmg terasa sangat2 sakit badan. kadang2 rasa mcm nak menangis pun ada...
          Dah tau x cukup tido, sukalah pulak tgk tv bg rancangan yang di record guna Astro Beyond recoder tu pulak....sekarang ni duk kumpul citer Korea Bravo My Heart tu....

          Halangan terbesar ialah, bila dah ready atas katil nak lelap, mesti layan Candy Crush dulu..haihh, rasanya mcm nak kasik kat org je STG tu...huhuhu


Friday, May 17, 2013

Jiwa kacau: Kolestrol jahat itu.....huhh!

Semalam, saya follow En Hb tuk membuat ujian darah bagi keperluan temujanji doktor di HTAA ptg ni. Bisanya, saya amik juga peluang ni untuk hulurkan jugak lengan bagi dibuat juga beberapa ujian darah. Last sekali ialah pada akhir Sep 2012 thn lepas. Tika tu, kandungan gula dan paras kolestral adalah melebihi dari pagar yang sepatut......(-_-)

Usai dah amik darah, sangat berdebar ok tuk menunggu hasil ujian itu. Jam 3pm, En Hb sms me...

Cholestrol 7.41 (00 - 5.2)

LDL Cholestrol 5.72 (00 - 4.1)
FBS Glucose 69 (4.1 - 5.9)


Memang tak happy lah kan....(-_-). Balik rumah terus geledah carik smula result blood test yang last 2 time. Jumpa..dan mmg ternyata paras kolestrol tu mmg makin lama makin naik...dalam tempoh 1 thn 2 bln....dari 6.3 - 6.7 - 7.4...gulppp!.....Betul2 buat saya tak tido malam tadi...

Risau sangat bila duk google...mcm2 info dpt...especially bila bab citer ada kaitan ngan penyakit jantung tu mana lah tak risau tahap gaban kan...sbbnya dalam keluarga mmg ada keturunan sakit jantung ni....Tokki dan Mama saya pesakit jantung.....Mmg minta dijauhkan sangat.......takut sangattt!..

So, hari ni mulalah crk info dengan googling sana sini lagi. Bertanya kpd kwn2 yg penah alami tngi kolestrol ini dan berjaya turunkan semula. Akhirnya, yang terbaik adalah perlu mengamalkan pemakanan dengan Oat...Honestly speaking, tekak saya mmg tak berapa nak beri laluan tuk telan Oat.....adoiiii!

Hasilnya, selepas terpaksa rela mengalah....saya tergesa2 jugak mencari Quaker Oat ini. Doakan saya agar (target dalam masa 3 bulan) konsisten dapat mengambil Oat sbagai pemakanan utama demi menurunkan paras kolestrol saya untuk kesiahatan yang lebih baik. Insyallah....

Thursday, May 16, 2013

Cerita tentang semangat yang goyah

Lately terbit rasa upset dengan diri sendiri. Kenapa?...

Tentang diet dan weight loss challenge yang tak menjadi-jadi punggg.....:(
    Sendiri menyampah bila tengok pics yang diambil. Rasa mcm rupa masa berat nanang 80kilos++ dulu-dulu (walaupun hakikatnya sekarang berat naik sikit-skit ajer, tapi lepasi BMI normal lahh...). So bila mcm tu, mulalah keyakinan diri pun agak merosot jugak. Tak bagus kan?

    Seringkali niat untuk betul-betul berdiet itu hadir dengan bertubi-tubi. Selalu ingatkan diri sendiri "Kalau dulu boleh berdisiplin, kenapa sekarang tak boleh kan"?....Tapi....bila sampai time makan, dah banyak kali saya tewas dengan nafsu makan yang luar biasa seleranya :(.

Mungkin kerana :
  •     Memasak untuk suami dan anak-anak, bila ada depan mata asal niat nak rasa sikit tapi biasanya memang kecundang jugaklah makan sampai kenyang
  •     Tak mau sentuh nasi, tapi bila datang suara bisik-bisik kata " lauk tu sangat sedap kalau lawan ngan nasi, rugi kalau tak jamah"....(-_-)
  •     Minat dan hobi untuk mencuba pelbagai menu dan resepi baru, membuatkan saya sentiasa kalah dengan alasan "sekali ini saja, tak pe kan..?"...(-_-). Especially, tengah jadik trend sekarang ni ramai yang mencuba aneka kek dan savory 
  •     Bila bertandang ke rumah parent, biasanya mmg x dapat nak tahan juga selera bila terpandang menu masakan mama, air tangan mama memang sentiasa terbaik....
  •     Duk google sana sini pasal blog masakan, mmglah buatkan saya rasa tak sabar-sabar nak cuba hasilkan masakan dengan air tangan sendiri.....
  •     Cuaca panas, mmg saya selalu juga tewas dengan air batu...
Rasa byk sangat dah alasan nihhh......

Wednesday, October 31, 2012

Bercakap tentang kesihatan

Lama menyepi...tetiba nak muncul dengan entri pasal kesihatan....

Pentingkan kalau kita amik tau pasal kesihatan ni....Pada saya, bila kita sihat banyak perkara yang kita boleh buat...banyak menda boleh kita uruskan....Lebih2 lagi pada saya yang semestinya perlu berkeadaan sihat demi anak2 saya yang masih kecil terutamnya my angel Inas tu...

Walaupun kesedaran tentang kesihatan ni datang pada saya bukanlah daripada awal remaja, tapi sekurang-nya saya bermula dengan kesedaran itu tidaklah terlalu lewat. Usai akhir umur 20an (nak masuk angka 30an) saya mula sibuk mengambil berat tentang tahap kesihatan badan......


Saya bermula dengan niat tuk menurunkan berat badan ketika itu....Dan alhamdulillah, dengan rezeki yang ada saya berjaya turun sebanyak 20kilo++ dalam masa 6 bulan dengan diet HL. Walaupun pada hakikatnya saya percaa, "bila kurus tak semestinya sihat tapi bila gemuk sudah pasti berisiko untuk tidak sihat kan..?" Kemudian, saya sentiasa pemantau tahap kesihatan menerusi ujian darah. Sentiasa pastikan tekanan darah berada dalam status yang normal. Mahu memantau kadar glukose dalam badan. Maklumlah, dalam salasilah keluarga memang terbukti keluarga saya mempunyai keturunan diabetis ini. En Hb saya mmg dah sahlah pengidap diabetis....disebelah keluarganya pun memang ada keturunan diabetis tu. Sepanjang mengandung kedua anak saya pun, alhamdulillah masih lagi berada di dalam situasi yang terkawal....Cantik sahaja bacaan nya.

Mac 2012, result blood test saya agak tidak menggembirakan. Tahap kolestrol dalam badan saya naik melepasi bar yang normal. Agak gugup dan surprise saya dibuatnya. Mulalah saya menggunakan pakcik Google tuk menambah info yang ada mengenai pengawalan kolestrol ini. Walaupun baru sahaja sikit melepasi tahap bar itu, hati sudah tidak tenang....:(. 

Tanpa mengambil apa2 ubatan, saya mengulangi lagi pemeriksaan ujian darah pada September 2012. Nahh!!...lagi sekali saya terpukul dan panik dibuatnya...Bila mana bacaan glukose saya ketika berpuasa ialah 7.1 dan tahap kolestrol masih lagi meningkat sedikit daripada bacaan yang lama itu....Ermmm..! sungguh membuatkan saya tak tidur malam 3 hari. Sungguh risau tahap yang tatau nak describe mcmana.....ohhhh! nak menjerit...nak menangis pun ada tauu....terus terbayangkan wajah anak2 saya yang masih kecil berdua tu.....

Esoknya saya nekad tuk mengulangi pemeriksaan bacaan glukose di klinik biasa, tapi melalui bacaan di hujung jari dicucuk tu sahajalah.....4.9, seminggu kemudian 6.1, 2 minggu kemudian 6.6 dan 2 hari selepas itu 5.8......FBS. Agak lega walaupun tidak 100%. Dari bacaan ini, saya masih lagi tdk berada dalam golongan Diabetis tetapi sudah diparas berisiko tuk mengidap penyakit ini......So, perluberingat dan berhati-hati mulai sekaranggg...jangan tangguh2 lagi...

From reading sana sini, saya perlu kurangkan pengambilan karbohidrat. Jangan salah faham, diabetis bukan sahaja berpunca dari makanan manis bergula, tapi sebenarnya jenis makanan berkarbohidrat yang menjadi penyumbang utama tahap glukose dalam badan naik mendadak. Dan juga info yang baru juga saya tahu, kalau kita berada dalam keadaan stress juga boleh menyebabkan kadar glukose naik mendadak......huhh!...

So, saya mula mengumpulkan bahan bagaimana nak elakkan pengurangan karbohidrat dalam makanan yang diambil. Jeng...jenggg....!.....

** Kisah diet akan menyusul nanti....
** Nak citer pasal Kolestrol jugakk...

Thursday, October 4, 2012

Dari sisi tepi....



Banyak rupanya pics saya yang terakam dari sisi tepi sebegini......nampak mcm kurus lah sikit kononnya hehehehe....

Hakikatnya?......Waaaaaaa......berat saya mcm mengalami simptom PLATEAU lahh!.....Dan part pipi yang tembam tu mmg membuatkan saya risau sgt2 jadik menci bila tgk pics sendiri....

Huhuhu....kena mula berbuat sesuatu....

jeng..jeng...jeng!!

Sunday, September 30, 2012

Kesan STRESSFULL


a. Merajuk ngan chenta hatiku....:(

b. My Precious Inas cirit birit yang dasyat (tak dapat pasti apa sebabnya...:(..)

c. Siapkan carrymark students dengan perihal students yang mcm2 menyebabkan kerja2 saya ada yg tertangguh...

Disebabkan 3 perkara ini, mmg saya akui saya rasa cukup stress sangat minggu ini. Bila stress, sakit2 badan pun terasa....kepala sangat berattt!....

Dan...

~ Kitaran pusingan period x teratur...:(....kali ni x on time la pulakk + rasa senggugut pulakkk! (saya jarang rasa senggugut nihh..)

Kemudian, pegi pulak buat full check-up blood test (mmg saya selalu jalani rutin check-up setiap 6 mths)
Resultnya....
~ Kandungan gula naik mendadak...7.1 with Fasting Blood Sugar...Gulpsss!!!...

Tak percaya langsunggg!....

Tiramisu Crepe - Part 1




Setelah lama dah mengidam nak join KML ni, akhirnya kali ni termakbul hajat itu. So, kelas 1st ni belajar membuat Aneka Crepe. Ada 3 jenis crepe yang diajar. Kelas mula jam 9am-5:30pm, lunch disediakan dan tempat solat pun selesa.




Satu group 4 orang, tapi grup kami hanya 3 ajer. Teruja tengok keadaan kelas ini yang cukup lengkap dengan peralatan untuk kelas memasak ni. Pendek kata, mmg sesuai betullah untuk belajar memasak kat sini.   

Dikendalikan oleh Kak Lin dan suaminya Encik Izad. Pada saya, mmg berpuas hati dengan cara kendalian kelas oleh Kak Lin ni, dia benar2 namapak macam ikhlas dan bertanggunjawab dengan kami yang datang belajar ni...






Ok, review skit pasal Tiramisu Crepe ni. For me, rasanya biasa2 ajer, agak kurang manis sebabnya Kak Lin pun da abagitau yang dalam resepi dia ni mmg dia kurangkan gula...so next time kalau nak bikin sendiri bolehlah tambah sikit gula biar manisnya seimbang kan....

Dapat kawan baru, Ummi dan K.Nik yang friendly :). Ada gak geng suka bergambar....

Friday, September 28, 2012

Result blood test - SURPRISE!

Last week, follow En HB nak amik darah buat rutin blood test dia. Biasanya saya akan menyibuk juga nak check darah jugak, sbb mmg ada kenal Abg Syed yang keja lab tu...so dah ada kemudahan why not kan hulur jugak lengan tuk dicucuk amik darah...(padahal sangat ngeri ok!...huhu)

So dah ada resultnya....mmg kali ni agak surprise sangat....Sampai saya susah hati dibuatnya :(, pulak tu En HB mcm seirius ajer discuss menda ni ngan saya...(haihh, En HBku ni mmg pesakit Diabetis yer.....)
~ FBS Glucose 7.1
~ Cholesterol 6++ (dah lepas tahap normal)
~ Indirect bilirubin (pun lepas tahap normal)
Hasil dari result ini, saya pun duk google sana sini....banyak jugak info yg saya jumpa. Antaranya :

Glusoce dalam badan juga boleh naik kalau....
- tengah stress dan susah hati...ohh, baru saya tahu ni...So, lately ni mmg saya stress ngan keja sangat2....:(
- sehari sebelum duk pulun makanan manis, a'ah yer..a day before saya ada pulun makan durian
- keturunan, yes betul saya mempunyai keturunan ada diabetis...
- pengambilan makan karbohidrat yang lebih2.....mungkin ya juga kekadang saya out of control...(-_-)

Sebab terkejut dan x puas hati punya hal, esoknya saya ke klnik biasa pulak mintak doktor cucuk hujung jari untuk test lagi sekali......haaaa see resultnya 6.6 jer (-_-), buleh lah kiranya senyum sikit kan walaupun faham yang test cucu hujung jari x berapa nak accurate compare than amik darah kut lengan n htr ke lab.....

Dan mintak advice psl kolestrol pulak, dia bagitau as a women lebih sikit dr normal tu it's OK...sbb kita pompuan ni ada satu hormon yang org lelaki x de yang boleh cover taha kolestrol berlebih tu...tapi tetap x bagus kan bila dah lebih paras normal?..ye tak?.....So, gogle lah jugak pasal kolestrol ni, cr petua cam ner nak kawal suh turun secara semulajadi.....antaranya minum susu Nestle Omega tu...ermmmm!

Indirect bilirubin tuh...dah google jugak tapi x berapa nak ph lah. Bila tanya doktor, dia bagitau mungkin lately ni sebab saya suka mengunyah food like kerepek2 tuh....ahh yes, saya mmg kerepek lover...huhu!

Risau sangat bila result blood test tak cantik nih...:(.....

Saya sayang suami dan anak-anak comel saya, so saya mesti jaga kesihatan!!!...TITIK!

Monday, September 24, 2012

Merajuk lagi

Kadang-kadang...bukanlah sengaja nak makan hati...nak kecik hati...atau nak pendam perasaan mcm ni....Tapi adakalanya rasa bagus juga layan perasaan mcm ni....perasan merajuk mcm ni...

Sebabnya...

Biar orang tau...menilai dan menghormati perasaan orang lain juga kan....

Bersabarlah......kerana dengan bersabar itu adalah sifat yang paling mulia.....

Aminnn...


Wednesday, July 18, 2012

My 33th day of me

16 Julai is my 33th day of me...Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi berpeluang untuk terus hidup bersama keluarga tercinta....menguruskan hal ehwal duniawi mahupun mengejar ganjaran untuk keselesaan di akhirat nanti...

Bulan Julai ni, separuh tahun 2012 kedua sudah pun bermula. kalau nak reverse balik tgk apa citer di sepearuh masa pertama (Jan-Jun), tersangat sarat dgn pelbagai cerita, pengalaman mahupun juga dengan ujian dan rezeki yang melimpah ruah daripadaNya...Alhamdulillah, syukur atas segalanya...




En HB dah byk kali duk tanya, "Mahu Hadiah apa?"...Saya hanya senyum dan senyum saja.....:). Bukannya jual mahal, tapi rasanya setakat ini dah cukup benarlah apa yang ada sekarang ni...maknanya kalau ikut pada "keperluan", rasanya serba seri dah ada.....tapi kalau ikutkan pada "kehendak".....wahhh!....mcm2 yg terlintas dalam kepala ni....mau satu lori penuh yang hendaknya....hehehe

Sampai ke hari ini saya masih tersenyum sahaja lagi bila En HB bertanyakan...biarkan sahaja dulu, sebabnya mau sekali harung mintak saing masa nak ber sopink for Hari Raya nanti....huhuhuh :)


Thank En HB, sbb beria2 nak belaja saya dinner with our precious kids yang comel tu. Siap nak jugak belikan ibu kek walaupun da last minit singgah kedai....(bila ayah nak belikan kek SR ibu pulak kata "tak yah lah sbb kek tu mahal sgt, sayang duit la..."....)....Dan juga, my parents ada berikan hadiah RM kepada saya, walaupun dah beria menolak..tetapi akhirnya ambil juga.....T.kasih Abah dan Mama yang sentiasa baik ada saya.....pada kami semua anak-anaknya...


Hadiah yang paling bermakna sbnrnya bila dapat luangkan masa dengan amannya bersama keluarga....sihat gembira tanpa sebarang masalah kan......aminnn......

Thursday, June 21, 2012

Musim S.I.B.U.K sudah kembali...

Yer betul...begtulah bunyinya tajuk entri post kali ini....

Bila semester baru sudah bermula, makanya rutin kerja saya sudah back to normal as a seorang lecturer...

  • Study for preparation before masuk nak mengajar
  • Buat soalan kuiz + ujian
  • Semak hasil kerja pelajar, berchinta sungguhlah nak abiskan keja marking paper mereka tu....huhu
  • Hadiri meeting itu...meeting ini...
  • Kena tengok anak-anak PA (Penasihat Akademik) dibawah pemantauan saya
  • Hadiri bengkel sana..bengkel sini....
  • Buat laporan itu..laporan ini....
  • Updatekan profail mengajar dengan apa2 setails yang sepatutnya.....
Fuhhh!...bila dah balik umah sampai kul 6pm mmg sebenarnya energy dah tingal cuma 30% ajer lagi..... Sambung lak wat  masak for dinner dan layan anak2..... makanya, bila sampai masa letak kepala atas bantal mmg betul2 penatnya punya tau....betul penat, ehh kan kalau PENAT bukannya boleh ditupu-tipu...ye dakkk?

Tuesday, June 5, 2012

Cheerless....:(

Seminggu dua ni sedang melayan perasaan cheerless mcm ni....:(. Tak best sungguh kan, x bagus sebenarnya tuk penampilan diri secara dalaman dan juga luaran. Secara dalam sedar, saya masih lagi mampu nak senyum dan bercakap dengan orang lain, atau senang citer saya masih mampu menyorok kan perasaan sugul saya ni pada pandangan mata kasar org lain.....Tapi, mungkin juga, pada pandangan mata halus oarng lain, tak pasti pula kalau2 ada yang boleh baca dan membuat telahan apa yang sedang saya fikirkan / alami.....:(

Tapi, saya msh sedar diri...sengaja nak bagi peluang tuk diri sendiri berkonflik secara personal macam ni seketika. Cuba memahami kenapa perasaan mcm ni menimpa saya.....mengadu dan ingat sentiasa pada Allah, itu sepatutnya kesimpulan yang saya perlu fokuskan...

Yang sebenarnya...ada 2-3 perkara yang masih P.E.N.D.I.N.G berlegar2 difikiran saya ketika ini. Perkara2 yang belum nampak apa kesudahannya....Bukan langsung x cari jalan ikhtiar utk selesaikan, tapi belum nampak apa jalan keluarnya. Adakah mungkin perlu tunggu "when times come....will see what happen..."...gitu kah?...

"Ya Allah, please give a strenght......give me a guidance...give me a way......."

Wednesday, May 30, 2012

Cabaran 50 hari

Tengok tajuk bukan main lagi serius kan. Dan saya benar2 beharap agar saya juga serius menyahut Cabaran 50 hari ini...

Betul2 rasa x sanggup nak tgk pic sendiri sekarang ni lebih2 lagi pics yang dicandid. Sebabnya kalau candid, itulah yg real rupa bentuk kita ye dakkk?....Kalo redy tuk di snap pic, kita dah boleh buat2 berlakon kan...daripada hakikatnya g***k boleh adjust posisi agar nampak kurus comell...hehehehe kan..kan..kan...?

Walaupun hakikatnya seme baju2 yang terkini masih lagi boleh dimuat pakai, tapi in person sebenarnya merasakan mmg mcm g***k. Yang ketara pada saya ialah bahagian muka ngan pipi yang tembam gitu, lar haiii....Dan bila naik atas penimbang, mmg jelas x pun naik kilos yang mendadak. Setakat main toink2 turun naik sekita 1-1.5 kilos ajer......Tapi, sungguh terasa beratlah nak bawak badan ni....

Dan gambar juga mengesahkan bahawa berat terkini ini patut dikurangkan lagi. Walaupun tiada penambahan kilos yg ketara, tapi bentuk fizikal tak berapa nak sedap mata sendiri yang menadang ni...huhuhu

So, diri sendiri yang lancarkan Cabaran 50 hari ni. Mesti boleh buat kan?...kalo ikut history track rekod 2 thun yang lepas, dalam tempoh 50 hari ni saya boleh lost near 10kilos++.....erkkk!..boleh ke ni?.....YAKIN BOLEH!!!...

Breakfast ~ wajib with HL
10:00am : snacking (biskut, buah, kuih)
Lunch ~ with HL or taken *lunch
4-5pm : snacking (biskut, buah, kuih)
Dinner ~ with HL at 8pm or taken *dinner before 7pm

** Nasi putih + sup + ikan/ayam bakar/panggang, NO Goreng2 menu
NO Ais, NO Nasi lemak, NO santan lemak2...... kurang masin...kurang manis...guna minyak naturell.
KIRA KALORI!!!......
note: hari ni dah hari yg ke 3, alhamdulillah.......

Wednesday, May 9, 2012

Anak tudung baru


Kali ni nk test pakai anak tudung baru yang ala2 cam gini lah. Tatau lah sesuai ke tak, tapi apa salahnya kalau saya cuba kan....?


Nampak mcm ok je kan...tapi dr segi selesa...mcm x berapa telus je selesanya. Mungkin sbb cara saya pakai anak tudung tu bukan yang mcm seperti sepatutnya....hehehe. Saya try test kan....sbb kalo pakai terus cara yang biasa gitu, mmg jelas nampak x sesuai ngan pipi saya yg semakin bulat dah ni.....haihhh!


Ok lah kan...boleh ajer...:). yang pasti boleh juga bergaya dengan 2-3 pilihan gaya tudung kan....

Sunday, April 22, 2012

Musim gila tudung bawal printed


1st time bila terpandang dan terpegang tudung bawal printed ni...(ye ke ni nama jenisnya?...tah...) saya terus je teringat semula moment masa belajar kat U dulu2...tudung ni dah kembali semula skrg after 10yrs++....cuma penampilan lebih menarik dengan adanya corak rambu ramba di bahagian tepinya tu......hehehe


Saya rasa, saya mmg sesuai sgt bila mengenakan tudung jenis bawal printed ni. Materialnya yg x panas...dan tidak mudah berkedut itu mmg ciri2 idaman tudung yang saya suka. Yang paling penting, bila saya pakai tudung jenis ni, ketembamam pipi saya tu tidak terserlah sgt....malah lebih nampak maintain kurus je macamnya...huhuhu (tah ye tah tidak, perasan lerr)


Buat masa ni, asik2 duk memborong melalui kwn opis yang tiap2 minggu ke KL sbb dia ada kelas master, alang2 tu dia mmg pegi ke jalan TAR tuk membawa balik mcm2 corak tudung bawak printed ni. @ helai RM7, kalo selai RM10....Tak sabar saya nak gi KL nnt, nak borong byk terus, sbb saya percaya kalo beli sebundle 20 helai tu, selai boleh jadik RM3-4 jer...tak percaya?...nnt saya baawak balik dan citer yer...hehehe

Monday, April 9, 2012

Jasamu dikenang ~ Sweet Honda C70


Kali ni share sesuatu yang mmg besar jasanya kepada saya selama saya menuntut pengajian di UPM 1997-2001. Walaupu tidaklah se gah mana, tapi apa yang penting jasanya itu mmg benar2 membantu dan meringankan beban tenaga saya ketika belajar disana dulu...hehehe

Asalnya ni motor abah bawak ulang alik gi keja dia melawat ladang kelapa sawit (keja ngan Felda). Lepas tu mama pulak bwk ulang alik gi keja, masa tu klinik mama tu hanya 300meter dari rumah jer. Bila mama dah upgrade beli motor Kriss (jenama terkenal moto buatan Malaysia pada masa tu hehehe), dapatlah saya peluang guna motor kapcai Honda C70 ni......muahhh! Memang tak kisah pun nak motor yang mcmmana, asal ada pengankutan dah cukup bersyukur...aminnn

Masih ingat lagi, masa setahun dua yang pertama menunggang motor ni saya mmg x berani langsung nak bawak kluar dari kawasan UPM tu, apatah lagi nak merempit yer...hehehe. Mmg semata2 mcm niat murni yang asal lah...perlukan motor untuk nak pegi kuliah, sbbnya kawsan UPM tersangat luas. Dari kolej kediaman nak gi ke kawasan kuliah/fakulti mak aii adalah dalam jarak 500-1km kut. Fuhh!, mmg sahihlah boleh berpeluh lecak baju dibuangnya kalo cuaca panas terik. pulak ditambah lagi dengan adanya struktur jalan yang ada sikit kena panjat/turun bukit...huhuhuu....Biasanya, kwn baik coursemate saya iaitu Jue (lama dah x dgr berita dia....apa citer ye skrg ni?) yang menjadi pembonceng setia untuk ulang alik ke kuliah.

Lepas 2 tahun kut, barulah berani berjalan jauh sikit bawak kluar dari UPM. Tu pun takat nak ulang alik ke stesen komuter, senang nak kluar ke KL atau time nak balik kampung. Fuhh!...mencabar jugak sessi perjalanan nak balik kampung masa tu....motor yang kdg2 Jue (dia x de lesen yer...:D) tu tolong htrkan (kdg2 ada naik bas tambang milo 50sen UPM)-komuter-bas express-abah jemput - sampai umah...... Sekali sekala kalo nak pi melepak kat The Mines Shopping Mall tu mmg mudahlah kan.....(sekarang ni lalauan komuter Serdang - TMSM tu dah terlalu sibuk bangattt!....

Sungguh saya terhutang budi....nampak x sticker Kolej Kediaman 5 UPM dan sticker P saya dulu tu masih ada kekal ditampal disitu.....

Sekarang ni, my sweet Honda C70 ni masih lagi berkhidmat dengan setia bersama keluarga kami. Dah hampir 4 tahun sekarang berkhidmat dengan y BIL pulak, dia wat ulang alik ke stesen komuter tuk pegi keja lak.....Wahhh!...mmg sungguh bersar jasanya bukan?...

Sunday, March 25, 2012

Kalau tidak sekarang, bila lagi?

Bagus sebenarnya ungkapan macam tajuk yang diatas nun...Pada saya, kata-kata sebegini sebagai penyuntik positif untuk kita menggerakkan sesuatu yang mungkin selama ini menjadi impian atau harapan yang diinginkan. Saya sendiri masih ada beberapa senaai wishlist yang seharusnya ada target untuk disudahkan.....

1. Habiskan pengajian master saya yang sudah tertangguh selama hampir 8 tahun ni......(rugi sgt besar kalau tak dihabiskan). Jangan fikirkan apa halangan dan alasan sekalipun.......

2. Lakukan sebanyak mungkin exercise physical terhadap Inas untuk membolehkan dia "berdikari"..paling tidak pun dapat duduk dan berdiri.....(anak ini perlukan kami untuk terus berjuang untuk hidup...). Ibu selalu macam kalah dengan masa. bebanan kerja mmg tidak pernah akan habis...itupun beban keja umah telah hampir 70% disempurnakan oleh maid....tapi, selalu kena cakap pada diri sendiri...faktor kerja dan masa bukanlah penyebab utama.......ibu dan ayah mesti tolong Inas...mesti bantu Inas.....Ya Allah!, permudahkanlah urusan kami......

Mmg ini 2 impian besar dan harapan yang perlukan tindakan segera untuk digerakkan.....


"kalau tidak sekarang, bila lagi?"

Sunday, March 18, 2012

Mimpi yang tidak diundang

Nama pun MIMPI kan....mmglah kita tak pernah undang pun,kalau ia nak hadir dalam lena kita...bila-bila masa boleh hadir kan...Ingat x bila last sekali kita bermimpi? Kadang2 tiap kali tido ada mimpi datang..kdg2 jarang sekali kan..?

Orang kata, salah satu punca kita dapat mimpi mungkin sbb sebelum tutup mata tido tu dalam kepala tgh duk fokus tentang pekara tersebut. Langsungnya dia kekal dalam minda dan berlakulah penceritaan dalam scene mimpi tadi. Boleh percaya ke?...

Tapikan, baru-baru ni saya didatangi mimpi...yang mmg confirm sebelum lelap mata tu langsung saya x de mikirkan tentang perkara itu....Yang membuatkan saya teringat2 akan mipi tu ialah kerana itu adalah mimpi dengan enceritaan yang sungguh indah..:), membuatkan hati saya berbunga-bunga, membuatkan saya ingin terus tersenyum sepanjang hari.....

TAPI...mimpi kan hanya mainan tido?.....Percaya ke pada firasat mimpi?.....

p/s: Biarlah hanya saya yang tahu apa mimpi indah saya itu ya....

Thursday, March 15, 2012

Currently me...:)

Senyum ajer kan.....:)

Ni sekitar sebulan inilah saya. Berat seakan statik ajer...toink!..toink!...Sekali sekala tgk pic sendiri mcm nak delete ajer...tap sekali sekala yang lainnya...rasa mcm nk tenung lama2 pulak....haihhh!...sepatutnya SYUKUR kan.....aminnnnn!


Kalo gaya ngan tudung yg berawning tu mesti terserlah tembam pipi tu kan?...hikhikhihik...(dah mmg tembam tamau ngaku pulak, sighhh!...Nampak tak botol air kaler biru tu?..Ko ada?....hehehehe

Jeling apa tu...?...heheheh

Ni junior saya...sama x?...

Nak kurus lagi kan?....sabaryer, kena disiplin betul-betul tau...betul-betul disiplin tauu!........

Wednesday, February 15, 2012

Insyallah.....1 Hari 1 Resepi kan....:)

Alhamdulillah, rupanya saya masih layak lagi mendapat dan merasai vocher buku BR1M sbb masih lagi diiktiraf student master yang telah berlapuk lama tak grad2 lagi....huhuhu. So dalam kepala dah plan macam2 apa yg saya nak beli ngan vocher RM200 tu......(sengih je memanjang bila vocher dah ada kat tangan)

Ni hasil untuk RM100 vocher yg pertama...Terpaksa pendamkan rasa ghairah nak berbelanja di kedai buku kerana Kedai Buku Popular yang berlokasi di Kuantan tidak byk barang2 target saya yg ada disitu...especially Buku 1H1R itu....nampak tak?.....

Akhirnya, buku ini dijumpai di Kedai Buku Popular at MesraMall Kertih...fuhh! mujur ada lagi stok....kalau tidak tentu saya kecewa yang amat sangat......hehehe

Sgt best tau...T.Kasih daun keladi pada Chef Hanieliza atas daya usahanya menghasilkan buku resepi yang mcm ni. Dengan panduan langkah yang mudah dan penyediaan bahan2 yang teratur, mmg akan menjadikan kerja memasak kita menjadi begitu mudah.....Mmg saya rasa berbaloi2 bila memiliki buku resepi ini... 

Insyallah, saya akan sedaya upaya menjadikan buku ini sebagai panduan yang utama, semoga dengan perkongsian daripada Chef Hanieliza ini dapat memberi manfaat kepada kita semua....

Sungguh berbaloi....:)
Related Posts with Thumbnails