Wednesday, October 31, 2012

Bercakap tentang kesihatan

Lama menyepi...tetiba nak muncul dengan entri pasal kesihatan....

Pentingkan kalau kita amik tau pasal kesihatan ni....Pada saya, bila kita sihat banyak perkara yang kita boleh buat...banyak menda boleh kita uruskan....Lebih2 lagi pada saya yang semestinya perlu berkeadaan sihat demi anak2 saya yang masih kecil terutamnya my angel Inas tu...

Walaupun kesedaran tentang kesihatan ni datang pada saya bukanlah daripada awal remaja, tapi sekurang-nya saya bermula dengan kesedaran itu tidaklah terlalu lewat. Usai akhir umur 20an (nak masuk angka 30an) saya mula sibuk mengambil berat tentang tahap kesihatan badan......


Saya bermula dengan niat tuk menurunkan berat badan ketika itu....Dan alhamdulillah, dengan rezeki yang ada saya berjaya turun sebanyak 20kilo++ dalam masa 6 bulan dengan diet HL. Walaupun pada hakikatnya saya percaa, "bila kurus tak semestinya sihat tapi bila gemuk sudah pasti berisiko untuk tidak sihat kan..?" Kemudian, saya sentiasa pemantau tahap kesihatan menerusi ujian darah. Sentiasa pastikan tekanan darah berada dalam status yang normal. Mahu memantau kadar glukose dalam badan. Maklumlah, dalam salasilah keluarga memang terbukti keluarga saya mempunyai keturunan diabetis ini. En Hb saya mmg dah sahlah pengidap diabetis....disebelah keluarganya pun memang ada keturunan diabetis tu. Sepanjang mengandung kedua anak saya pun, alhamdulillah masih lagi berada di dalam situasi yang terkawal....Cantik sahaja bacaan nya.

Mac 2012, result blood test saya agak tidak menggembirakan. Tahap kolestrol dalam badan saya naik melepasi bar yang normal. Agak gugup dan surprise saya dibuatnya. Mulalah saya menggunakan pakcik Google tuk menambah info yang ada mengenai pengawalan kolestrol ini. Walaupun baru sahaja sikit melepasi tahap bar itu, hati sudah tidak tenang....:(. 

Tanpa mengambil apa2 ubatan, saya mengulangi lagi pemeriksaan ujian darah pada September 2012. Nahh!!...lagi sekali saya terpukul dan panik dibuatnya...Bila mana bacaan glukose saya ketika berpuasa ialah 7.1 dan tahap kolestrol masih lagi meningkat sedikit daripada bacaan yang lama itu....Ermmm..! sungguh membuatkan saya tak tidur malam 3 hari. Sungguh risau tahap yang tatau nak describe mcmana.....ohhhh! nak menjerit...nak menangis pun ada tauu....terus terbayangkan wajah anak2 saya yang masih kecil berdua tu.....

Esoknya saya nekad tuk mengulangi pemeriksaan bacaan glukose di klinik biasa, tapi melalui bacaan di hujung jari dicucuk tu sahajalah.....4.9, seminggu kemudian 6.1, 2 minggu kemudian 6.6 dan 2 hari selepas itu 5.8......FBS. Agak lega walaupun tidak 100%. Dari bacaan ini, saya masih lagi tdk berada dalam golongan Diabetis tetapi sudah diparas berisiko tuk mengidap penyakit ini......So, perluberingat dan berhati-hati mulai sekaranggg...jangan tangguh2 lagi...

From reading sana sini, saya perlu kurangkan pengambilan karbohidrat. Jangan salah faham, diabetis bukan sahaja berpunca dari makanan manis bergula, tapi sebenarnya jenis makanan berkarbohidrat yang menjadi penyumbang utama tahap glukose dalam badan naik mendadak. Dan juga info yang baru juga saya tahu, kalau kita berada dalam keadaan stress juga boleh menyebabkan kadar glukose naik mendadak......huhh!...

So, saya mula mengumpulkan bahan bagaimana nak elakkan pengurangan karbohidrat dalam makanan yang diambil. Jeng...jenggg....!.....

** Kisah diet akan menyusul nanti....
** Nak citer pasal Kolestrol jugakk...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails