Showing posts with label feeling. Show all posts
Showing posts with label feeling. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

Menahan rasa yang sebu daaa.....(-_-)

Tak bestnya lah kan....Sajer nak express feeling sorang2 kan...(kalau x de sapa yang baca kat sini lah...)

Tapi lately itulah yang saya rasakan pada banyak perkara....
  • Aliran kluar masuk duit macam agak huru hara. Bukan tak cukup sana sini, tapi disebabkan kelewatan menerima "upah" yang sepatutnya
          Kenapalah saya ber sopink tah apa2 lah sekarang ni.....walaupun brg yg dibeli tu mmg berguna tapi, keperluannya tidak lah urgent sgt2......cm buat tambah koleksi ajer....(baju, tudung, tupperware, buku) @_@. Luckily En HB mmg xpenah amik kisah mengenai apa yang saya nak beli, x penahlah persoalkan itu ini. Kalau tanya pendapat dia pun, mesti jawapannya "beli lah...ada duit kan?..."...ermm.. (-_-)
  • Tahap kesihatan tak berapa bagus, kolestrol tinggi + pra-diabetis. So mmg agak tolak tariklah menu tuk berdiet nak kurus. Kekadang tu mmg rasa hampa sgt2 bila rasa mcm dah gemuk smula....:(.
          Target tuk tempoh 2 bulan, suplement wajib amik ialah Omega Fish Oil 2x + TF 2x2 + Yeast Red Rice 1x, Oat 2x+Susu Omega Nestle 2x untuk tuurnkan kadar kolestrol yang tinggi nihh...So mmg ganggu plan diet with HL saya.

          #Atkins Diet mmg saya "haramkan" untuk ikuti dalam tempoh waktu sekarang ni....
  • Tak cukup tidor - sepenuhnya uruskan inas tanpa my other half...mmg terasa sangat2 sakit badan. kadang2 rasa mcm nak menangis pun ada...
          Dah tau x cukup tido, sukalah pulak tgk tv bg rancangan yang di record guna Astro Beyond recoder tu pulak....sekarang ni duk kumpul citer Korea Bravo My Heart tu....

          Halangan terbesar ialah, bila dah ready atas katil nak lelap, mesti layan Candy Crush dulu..haihh, rasanya mcm nak kasik kat org je STG tu...huhuhu


Thursday, May 16, 2013

Cerita tentang semangat yang goyah

Lately terbit rasa upset dengan diri sendiri. Kenapa?...

Tentang diet dan weight loss challenge yang tak menjadi-jadi punggg.....:(
    Sendiri menyampah bila tengok pics yang diambil. Rasa mcm rupa masa berat nanang 80kilos++ dulu-dulu (walaupun hakikatnya sekarang berat naik sikit-skit ajer, tapi lepasi BMI normal lahh...). So bila mcm tu, mulalah keyakinan diri pun agak merosot jugak. Tak bagus kan?

    Seringkali niat untuk betul-betul berdiet itu hadir dengan bertubi-tubi. Selalu ingatkan diri sendiri "Kalau dulu boleh berdisiplin, kenapa sekarang tak boleh kan"?....Tapi....bila sampai time makan, dah banyak kali saya tewas dengan nafsu makan yang luar biasa seleranya :(.

Mungkin kerana :
  •     Memasak untuk suami dan anak-anak, bila ada depan mata asal niat nak rasa sikit tapi biasanya memang kecundang jugaklah makan sampai kenyang
  •     Tak mau sentuh nasi, tapi bila datang suara bisik-bisik kata " lauk tu sangat sedap kalau lawan ngan nasi, rugi kalau tak jamah"....(-_-)
  •     Minat dan hobi untuk mencuba pelbagai menu dan resepi baru, membuatkan saya sentiasa kalah dengan alasan "sekali ini saja, tak pe kan..?"...(-_-). Especially, tengah jadik trend sekarang ni ramai yang mencuba aneka kek dan savory 
  •     Bila bertandang ke rumah parent, biasanya mmg x dapat nak tahan juga selera bila terpandang menu masakan mama, air tangan mama memang sentiasa terbaik....
  •     Duk google sana sini pasal blog masakan, mmglah buatkan saya rasa tak sabar-sabar nak cuba hasilkan masakan dengan air tangan sendiri.....
  •     Cuaca panas, mmg saya selalu juga tewas dengan air batu...
Rasa byk sangat dah alasan nihhh......

Thursday, November 15, 2012

Hati tersentap.....:(


Minggu ni patut hati rasa happy dan best ajer sebabnya lama cuti. Ada public holiday 2 hari so dari 10-15 hb , 6 hari saya bercuti panjang lah daripada memikirkan hal keja.

Tapinya kan....hati boleh pulak tetiba tersentap!!!.....Kenapa?....

Barang kesayangan saya rosak......susah nak describe feeling bila sedih yang teramat sangat. Mungkin sebab rosak tu atas kelalaian sendiri juga...:(. Kalau ianya rosak dengan sendirinya, mungkin hati tak lah tersentap hebat sangat kan?.......huhhhh!
"Aida Surieany Othman saya nih...jenis yang "setia" orangnya bila menggunakan apa2 barang sekalipun (chewahhh!)....sbb tu lah bila dah sampai masa rosak barang tersebut, aduhhh!...sedih hati bukan kepalang...bukannya apa, sungguh terkenang "jasanya" yg begitu besar tak ternilai pada saya...."

Setelah hampir 4 yrs++ tidak berenggang daripada saya, mungkinkah dah sampai masanya perlu bertukar kepada yang baru?....Mmg pernah ada saya terkeluar kata " Alahhhh...bila dah rosak barulah kita beli yang lain...."....haaaa,kan dah jadik betul........

Bila terjunam jatuh dalam pasir pantai, mmg haruslah rosak kan?....

Sedih...sedih......:(

Tuesday, November 13, 2012

Adam dan Hawa episod 45

Lagi....saya betul2 terkesan dengan emosi yang Ain dan Adam bawakan dalam episod ini. Terasa bagai Adam ni seorang lelaki yang sangat sabar....sabar dengan perasaan yang sungguh penyayang dan romantik sebagai seorang lelaki yang bersalah.....(salah sebab mendiamkan diri ajer masa kena nikah paksa tu...)

Scene masa Ain discuss & share feeling frust ngan kawan baik dia tu bersama Am dalam kereta tu sungguh-sungguh membuatkan saya langsung tak berpaling muka kearah lain. Sampaikan si adik Iman melompat-lompat naik sofa pun saya buat dekkk...aduhh!..parahhhhh...

Dapat rasa, Ain sungguh kecewa sebab kawan baik sendiri telah membelakangi dan mcm tikam dia dari belakang. Tapi mungkin juga 20% dia sedih dan kecewa jugak dengan Johan...walaupun dia betul2 tahu dia dah ada Am.....

Dan reaksi Am, sungguh....tenang serta macho mengendalikan perasaan dia dan Ain......haihh!..betul2 macholah dia ni...

Kadang-kadang.....si hero Adam ni mmg boleh buat ramai yang cair...cair dengan watak yang dibawakan itu dan saya percaya ramai perempuan nak kan seorang lelaki yang sabar macam ni......dan saya percaya jua, mmg ada lelaki yang macam ni....kan..kan..kan...

Dari sisi AA yang sebenarnya, my personal view mmg saya rasa AA adalah family man yang sungguh baik Mmg sgt bertuah badan isteri dan keluarganya mempunya seorang lelaki mcm AA ni. Saya doakan agar AA dan keluarga kekal bahagia hingga ke akhir usia. Dan juga, saya doakan agar AA sentiasa bebas dari sebarang kontroversi yang tidak sihat.....

Pada saya...tak ramai pelakon yang saya minat. Tapi kalau saya dah minat...(mutu lakonan) antara yang saya boleh senaraikan ialah :

Pelakon Lelaki: Rosyam Noor, Fahrin Ahmad, Aaron Aziz

Pelakon Perempuan: Rita Rudani, Fasha Sandha, Aida Rahim

Kalau boleh, setiap citer yang ada lakonan depa ni, saya mesti nak tengok.......di luar watak yang mereka bawakan tu, akalu ada sikap2 yang tak molek...saya x kisah apa pun....hehehehe

Monday, October 29, 2012

Adam & Hawa episod 11

Semalam, bila saya sedang menonton AH episod 11 tu, mmg dapat sgt terasa emosi yang dibawakan oleh Ain ketika dia marah + menentang ttg pernikahan paksa akibat kena tangkap khalwat. Betul2 dapat rasakan betapa kecewa & marah yang Ain rasa tu adalah diperingkat yang maksimum.....huhuhu!

Sedih yang sangat2...saya pun kalah untuk tidak ter mengalirkan air mata.....huhuhu Ain ni mmg betul2 menjiwai watak itu.......

Haihhh!, kalau betul saya dapat rasakan emosi dan situasi itu hadir dalam diri saya ini...Sungguh-sungguh saya pun mengakui bahawa kalau saya berada di tempatnya itu, mmg sah jugaklah saya meraban meroyan marah + kecewa sedemikian rupa jugak....

Sampai keesokan pagi, masih lagi saya terbayang2kan emosi dan perasaan Ain itu....hingga ke opis tau...!....

Huhuhu...emosi..emosi sungguhh!.....

Monday, September 24, 2012

Merajuk lagi

Kadang-kadang...bukanlah sengaja nak makan hati...nak kecik hati...atau nak pendam perasaan mcm ni....Tapi adakalanya rasa bagus juga layan perasaan mcm ni....perasan merajuk mcm ni...

Sebabnya...

Biar orang tau...menilai dan menghormati perasaan orang lain juga kan....

Bersabarlah......kerana dengan bersabar itu adalah sifat yang paling mulia.....

Aminnn...


Monday, June 11, 2012

Sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2......

Lately sebulan dua ni mcm boleh je nak kata 'bulan melayan emosi' pada saya. Ermm...kalau nak dikata saya mengeluh ke?....saya cuba untuk tidak seperti itu kerana saya sedar masih ramai lagi org yang diluar sana diduga dengan ujian yang lebih lagi.....Maka, setepatnya kita harus bersyukur...ye bersyukur dengan apa seadanya yang kita ada...

Life is up & down.....yer saya setuju dengan quote ini. So, sebagai hambaNya...kita mesti ada perancangan untuk mengatur hidup dengan sebaiknya, walaupun kita patut akur yang ketentuan akhirnya adalah datang daripadaNya....

We luv u so muchh kakak.....

Masalah siapa nak jaga my Inas for day care dah 'hampir' selesai. Alhamdulillah....urusan kami benar2 dipermudahkan olehNya. Hasil pencarian saya bertanyakan kesana kemari, akhirnya saya dipertemukan oleh Kak Bedah (babysitter kwn ofis) yang memperkenalkan saya dengan Cik Ani (jiran Kak Bedah). Walaupun ada rasa x selesa mungkin kerana Cik Ani asalnya dr seberang juga (Indonesia), tapi dia telah lama duduk disini...hampir 15 tahun juga kerana telah berkahwin dengan orang disini....so saya perlu berprasangka baik dan berfikiran positif. Hal bagaimana cara kesesuaian maid saya bersama dengan Cik Ani itu, akan saya jelaskan dengan baik2 kepada kedua2 mereka....semoga semuanya baik2 sahaja, saya tawakkal dan redha.....sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2 -> Itu perihal jagaan Inas

Jagaan Iman terbaik diberikan.....

Maid saya kalau nak diranking pada keseluruhannya boleh lah diberi 7/10 markah. Apsal x boleh nak p lagi markahnya?.....Ok, jelasnya..kalau part buat kerja umah dia ada kurang 1 markah disitu....cuma ada sikit yang sering kena peringatkan dia, seringkali dia terlepas pandang tuk mencuci kotoran habuk yang jarang2 ada, contohnya debu atau habuk yang ada pada plug elektrik, bawah alas pinggan mangkuk, besen mandi iman dan ext...biasanya saya selalu kena tegur dan suruh....itu je lah, yang lain2 part keja umah ok2 ajer. 1 markah kurang yg seterusnya ialah...dia ni selalu mcm ada konflik gaduh ringan ngan suami dia kat sana. Ada je mcm2 hal atau isu yang timbulnya...yang bisanya akan menjejaskan air mukanya, bila dah mcm tu sure lah saya pun rimas melihatnya...:(...part itu mng saya x akan amsuk campur!! 1 markah hilang yang terakhir ialah, saya dah tersilap lebih2 mcm closed dengan dia sehinggakan apa shj perkara mcm nak duk bercerita ngan dia juga. Ermmm...mmg silap besarlah saya mcm tu kan, bukannya apa...saya ni mmg jenis yang suka bercakap..bercerita dengan sesapa ajer...sehinggakan dengan bibik pun nak ber chit chat itu ini itu ini....haihh!, sudahnya saya juga yang rasa kurang selesa sekarang ni kerana adakalanya saya rasakan yang maid ini kdg2 mcm 'lawan tokey' untuk memutuskan kata.....ibarat mcm, kdg2 dia pulak yang buat keputusan (hal2 yg kecik aje)....walhal, patutnya dia hanya perlu patuh saja kan?.....ermmmm.....sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2 -> Itu perihal maid

Love u till end of my life....

En Hb punya treatment Hep C nya msh tergantung begitu shaja. Saya sorang yang duk risau atau dia pun turut risau sama mmg saya x pasti. Dulu pending menantikan ubat yang belum sampai, sekarang pulak ubat dah sampai tapi x de pulak geran support utk kosnya yang hampir seratus ribu tu...blurr! (-_-)....Sudahnya, still pending lagi nk tunggu vaksin pulak. Doc pakar pulak asik2 hanya duk monitor blood testnya yg hanya kejap naik..kejap turun...gitu je ke?...Dalam hati saya, risau kalau keadaan kesihatan hubby akan merosot secara pelan2 nnt....Sekarang ni mmg nmpk mcm under control, tapi tak kanlah x de ikhtiar apa2kan?..Org kata "sediakan payung sebelum hujna"..tak kan bila dah mcm serius br nk gesa2 cari rawatan kan?...risau akan sanggupkah beban uruskan keluarga especially anak2 kecil saya 2 org tu digalas atas bahu saya seorang sepenuhnya?......Kalau saya duk berpikiran jauh, mmg saya akan rasa takut.....Tapi, harus berfikiran positif dan usaha + ikhtiar juga kan....?...Sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2.....!- Ini perihal kesihatan En HB

note 1: setiap ujian yang dikirimkan melalui anak ini, kami sambut dengan rasa penuh tanggungjawab dan syukur, sebagai tanda peringatan untuk lebih mengingatiNya...
note 2: semoga segala layanan baik yang diberikan kepadanya, dihargainya
note 3: masih sabar menanti bila agaknya mahu dicuba rawatan Al-jabbar tu...(-_-)

Tuesday, June 5, 2012

Cheerless....:(

Seminggu dua ni sedang melayan perasaan cheerless mcm ni....:(. Tak best sungguh kan, x bagus sebenarnya tuk penampilan diri secara dalaman dan juga luaran. Secara dalam sedar, saya masih lagi mampu nak senyum dan bercakap dengan orang lain, atau senang citer saya masih mampu menyorok kan perasaan sugul saya ni pada pandangan mata kasar org lain.....Tapi, mungkin juga, pada pandangan mata halus oarng lain, tak pasti pula kalau2 ada yang boleh baca dan membuat telahan apa yang sedang saya fikirkan / alami.....:(

Tapi, saya msh sedar diri...sengaja nak bagi peluang tuk diri sendiri berkonflik secara personal macam ni seketika. Cuba memahami kenapa perasaan mcm ni menimpa saya.....mengadu dan ingat sentiasa pada Allah, itu sepatutnya kesimpulan yang saya perlu fokuskan...

Yang sebenarnya...ada 2-3 perkara yang masih P.E.N.D.I.N.G berlegar2 difikiran saya ketika ini. Perkara2 yang belum nampak apa kesudahannya....Bukan langsung x cari jalan ikhtiar utk selesaikan, tapi belum nampak apa jalan keluarnya. Adakah mungkin perlu tunggu "when times come....will see what happen..."...gitu kah?...

"Ya Allah, please give a strenght......give me a guidance...give me a way......."

Tuesday, May 29, 2012

Mood swing

Betul2 tatau nak describe how do i feel now....gara2 mendapat 2 berita yang berbeza rasa tuk diluahkan....yang pasti kedua2 berita ini mmg berita yang ditunggu2 oleh kami. tak sangka pulak kedua-dua berita ni muncul serentakkk!.......

Kalau diberi pilihan, mana satu berita yang nak kita tau dulu....yang baik dulu ke yang tak baik?....Dan saya, tdk sempat nak berfikir panjang ketika itu, ter pilih tuk mengathui berita yang x berapa nak best dulu......:(

Bad news : "Menolak rayuan penjagaan......", begitulah bunyi perkara surat yang ada dalam sampul kuning tu. maknanya kandungan rayuan berkenaan untuk menempatkan my precious itu yang saya murnikan dengan begitu jelas tidak diluluskan oleh pihak INTAZ. Apa yang boleh kami perkata kan lagi......? Ini semua ketentuan daripada Allah Taala, mungkin ada rahmat disebaliknya....Dan saya, seboleh mungkin akan tetap nampak tabah dan kuat seperti 8 tahun yg sebelum2 ini......

Walaupun pada hakikatnya, hanya Tuhan yang tahu apa yang sedang bergelodak didalam hati kami ni....

Gud news : Tuntutan daripada syarikat insurans berkenaan dengan proses refinance loan rumah sudah pun cek nya berada didepan mata. Jumlah yang diterima diluar jangkaan kami. Alhamdulillah......rezeki segalanya dari Allah Taala....

Tapi, rasa excited dengan gud news yg diterima itu telah pudar dengan seadaanya bad news yang diterima itu.

Maknanya, Tuhan mahu lihat kami lebih berikhtiar dan berusaha menangani....Demi Inas, kami x akan mudah patah semangat. Nyah segala hasutan negatif yg ada dlm pikiran ini......

Thursday, May 17, 2012

Terharu.....

Kisah Mother's Day...

So touching my feeling bila dapat kad ni (yang direka khas oleh kakak di PDKInas) ....buatkan saya menitiskan air mata seketika. Walaupun pada hakikatnya ini bukanlah coretan sebenar daripada Inas, tapi saya pasti kalau Inas seperti kanak-kanak yang lain mmg inilah yang dia akan ucapkan buat saya. Bila saya baca kad ni, terus ajer saya pandang Inas....peluk cium dia berkali2, dan dia seperti bila mengekek gelak, comell sangat dia....

"Happy Mother;s Day ibu"...simple aje ayat yang tiba2 dituturkan oleh En HB sambil menggenggam erat tangan saya membuatkan saya tersentak dan merasa terharu menyelip didalam hati.Saya balas dengan senyuman yang semanis mungkin....(gaya tersengih ye jugak...hehehe)....Ye saya seorang ibu yang melahirkan 2 orang anak prematured. Seorang istimewa dan seorang lagi tipikal. Alhamdulillah, ini rezeki dari Tuhan buat saya merasai dan menikmati erti sebenar rasa seorang ibu. Walaupun dengan cara yang berbeza dengan ibu2 yang lain, tapi sekurang2nya saya berpeluang untuk menjadi seorang ibu....yang diperlukan oleh anak2 saya untuk dikasihi dan disayangi dari lubuk hati yang paling dalam....

Kerana.....sekeliling saya, masih ramai kawan2 atau ahli keluarga sedara mara yang masih mendambakan gelaran 'ibu' ini....(masih belum dikurniakan rezeki cahayamata)...nilai rasa seorang ibu mmg tiada kata yang dapat digambarkan...

Kisah Teacher's Day

Ini memang kebiasaan saya tiap2 tahun menyediakan cenderahati untuk "kakak2 cikgu" Inas di sekolah. Rasanya ini bentuk hadiah yang plg simple penyediaannya tapi cukup untuk membuatkan cikgu terharu kan...?.. Bagi saya ibu yang menyediakan cenderahati ini buat "kakak2 cikgu" tu, turut juga rasa terharu dengan tema hadiah ini....."Selamat Hari Guru"....tak ternilai jasa mereka yang sanggup melayan dan memberi perhatian kepada seorang anak yang istimewa begini,,,,

Terima Kasih Cikgu...diatas segala kebaikan dan jasa yang diberikan kepada Inas...

Tuesday, April 3, 2012

Sabar menunggu ‘bintang-bintang’ jatuh ke riba……


Wahhh!...kali ni panjang lebar sikit tajuknya…hehehhe

Dalam hati ni sedang berbunga-bunga….tgh duk berangan sabar menanti sesuatu sebenarnya. Sesuatu yang telah dijangka akan tiba tapi kepastiannya tak dapat nak digambarkan setepatnya. Sabar kan….kan ke sabar itu adalah satu perkara yang baik…..kan…kan..kan..

Tipulah kalau kata x excited, tapi kalau nak excited terlebih pun x bagus jugak. Dalam kepala ni mcm-mcm menda dah fikir dahh…Harap2 kami tidak terlalu ghairah kan….(wahh! Bunyi mcm serius benar…heheheh)

Alhamdulilillah….segala bentuk rezeki yang diterima ini adalah datangnya dari Yang Maha Berkuasa. Aminn…syukur nikmat!

Sunday, March 18, 2012

Mimpi yang tidak diundang

Nama pun MIMPI kan....mmglah kita tak pernah undang pun,kalau ia nak hadir dalam lena kita...bila-bila masa boleh hadir kan...Ingat x bila last sekali kita bermimpi? Kadang2 tiap kali tido ada mimpi datang..kdg2 jarang sekali kan..?

Orang kata, salah satu punca kita dapat mimpi mungkin sbb sebelum tutup mata tido tu dalam kepala tgh duk fokus tentang pekara tersebut. Langsungnya dia kekal dalam minda dan berlakulah penceritaan dalam scene mimpi tadi. Boleh percaya ke?...

Tapikan, baru-baru ni saya didatangi mimpi...yang mmg confirm sebelum lelap mata tu langsung saya x de mikirkan tentang perkara itu....Yang membuatkan saya teringat2 akan mipi tu ialah kerana itu adalah mimpi dengan enceritaan yang sungguh indah..:), membuatkan hati saya berbunga-bunga, membuatkan saya ingin terus tersenyum sepanjang hari.....

TAPI...mimpi kan hanya mainan tido?.....Percaya ke pada firasat mimpi?.....

p/s: Biarlah hanya saya yang tahu apa mimpi indah saya itu ya....

Friday, March 2, 2012

Do or Die?....

Amacam bila baca tajuk entri saya kali ni?..Bunyi mcm orang yang dah betul2 blurr je kan?...

Mesti buat...kalo tak buat?.......

Isteri: Abang, saya kena kerja weekend Sabtu Ahad ni....tapi tiada cuti ganti"
Suami : Habis tu, kan ke weekend ni abang punya shift keja, so mcm mana anak2?....
Isteri: --------- *diam*
Suami: tak kan abang kena amik cuti lagi...dah berapa kali weekend kena cuti......:(
Isteri : Nak buat mcm mana :( (kalau tak kerana "terpaksa" mengkut arahan, x de saya suka2 nak kerja di hari minggu, pulak tu tak diberi cuti ganti :(...*dalam hati*)

Betul2 dalam dilema kan?....

warghhhhh!....feel like to cry lahhhh!...............

note: rasa bersalah sgt2 dengan suami dan anak2....tapi tanggungjawab saya terhadap kerja juga perlu diambil kira kan?...

Friday, February 24, 2012

Edisi luahan rasa

Tatau nak mulakan ayat mcm mana. Nak pikir letak title tuk post ni pun serba salah....:(

Naper?...Semuanya berkaitan pasal kerja sebenarnya. Nak ulas panjang lebar, rasanya 3h3m pun x akan habis...Sebabnya byk menda sgt yang akhir2 ni cukup memeningkan kepala....

tembam smula kan pipi saya tu?.....huhu

Pening kepala sebabnya perlu buat keja tapi libatkan hal personal + family. Bunyi mcm x baguslah kan?....Tapi, selalu sahaja saya tewas dengan situasi NO CHOICE. Tewas kerana terpaksa korbankan sesuatu untk dapatkan sesuatu yang lain.......haihhhhh!......

Keselesaan di persekitaran tempat kerja sudah tidak "semewah" dulu. Mungkin sbb dah biasa berada dlm "zon selesa" maka bila hampir semua keselesaan itu ditarik balik...maka keseronokan untuk bekerja sudah drop hampir 50%. Banyak kan...separuh rasa drop!!!....Huhuhuhu....bila keja menimbun, x penah habis...dan peruntukan cuti tidak lagi semewah dulu maka mmg rasa mcm selalu berada dalam keadaan huru hara. Masa bersama keluarga pun semput2 ajer bila mana terpaksa membawa balik kerja ke rumah...Kesian anak2 saya, byk masa mereka yang telah saya curi...kalai pinjam masih lagi boleh diganti semula kan? Tapi lately byk masa bersama mereka saya telah gunakan untuk membuat kerja2 itu......Rasa mcm nak nangis kan?.....


Kena pulak situasi kami, En HB yang bekerja jadual shift....ada weekend yang turn dia kena bekerja. Bila mana weekend saya pula diperlukan untuk memberi komitmen terhadap kerja....hadiri bengkel / kursus, bertugas tuk apa program ofis..amatlah menimbulkan rasa konflik dalam jiwa En HB yang terpaksa korbankan cutinya tuk menjaga our precious Inas....Iman masih boleh dibawah jagaan bibik. Nak tinggalkan bibik dengan 2 orang anakanda saya ni amat mustahil kerana pasti tidak tertanggung dia dgn karenah kedua2 anak ini....
"Iman yang semakin aktif tdk lekat dipegang...yang langsung x boleh berenggang, kalau tidak pasti menjerit mengamuk minta perhatian....Si kakak pula yang kdg kala anginnya baik hanya behave dengan menonton tv, tapi adakalanya juga menuntut perhatian ingin juga didekati sentiasa, perlu disuap makannya...perlu diuruskan berak kencingnya........"
Mungkin kalau atuk dan tukmanya ada disini, tdk menjadi perkara ini terlalu resah dan dilema bagi kami kerana msh boleh ditinggalkan kejap2 bersama mereka tika ayah bekerja dan ibu kena bekerja juga di hari minggu kan...?.....Bila atuk & tukma  nak balik smula sini?.....

Semuanya semata ibu yang terpaksa berikan 150% komitmen terhadap kerja sekarang? Semuanya kerana KPI kah? Menggunakan masa emas bersama family tuk kerja2 ibu itu, tapi tiada pula diberikan ganti masa itu.....sungguh rasa x patut kan?...

So, jalan terbaik bagaimana?...Daya yan saya ada sekarang ni hanyalah beserah kepada Allah, semoga Dia mempermudahkan urusan kami.....aminnnn!

note: saya tidak mengharapkan agar dibayar lebih tuk setiap masa saya yang diambil, cukuplah sekadar menggantikan semula masa itu......kan...?

Monday, February 6, 2012

Kena gertak atau apakah...?

Baru ni, aft 2-3 hari welcome back to our home sweet home aft berlama-lama lepakking kat KL due to treatment HBOT my Inas, kami di'gertak' atau apakahhhh......?...jenggg..jengg...jengg.....sapa yang gertak kami tu?

Gini citernya....our maid bagitau kat saya, yang dia nak mintak cuti balik ke sana selama 2 weeks.....opsss!, saya buat2 cool n calm ajer padahal dlm hati ni sungguh gemuruh jiwa raga dibuatnya.....huhhhh! Siap kasik idea suh sita brg2 dia yg ada kat sini...."Alasannya ialah kerana suaminya kata nak kawin lain kalau dia tak pulang kesana....so nk berdepan lah kononnya ngan husband dia tuk ajak bincang....."grrrrrr! apa hal la pulak kan?....Mula dulu beria sgt kasik isterinya ni cari rezeki kat sini, tp skrg bagitau gitu lak....Masa ni tgk air mukanya mmg keruh giler lah....:(

So, saya pun dgn penuh diplomasi berckp dgn dia. Ajak bincang elok2....ckp psl kontrak 2 thnnya bersama kami...ckp psl my Iman tu x de sapa yang boleh jaga kalau betul dia cuti....ckp psl anggapan / ramalan ttg apa yang suami dia bagitau tu.....adakah sekadar propa atau betul?...Lps bagi dia advice sikit, suh dia bincang molek2 dgn husband dia tu....siap bagi idea lagi apa yang patut dia ckp ngan husband dia tu.....huhuhuu, majikan tetap kena nampak maintain cool....

Pastu bila saya citer kat En HB, selamba je En HB jawab...."tu mungkin sajer dia nak trick / reka citer, nak start wat perangai lah tu"...huhuhu. Bila fikir smula, a'ah yer...mungkin jugak kut...dia nak test tgk majikan dia punya reaction....marah ker...mmg senang je ke kasik dia balik.....ermmmmm kann...?

Lepas bagi dia cuti 2 hari, suh pi jumpa makcik dia mintak pendapat...than balik smula ke rumah ni...saya buat tatau jer. Nampak dia biasa shj....x de lah muka keruh...dan dia yg mula bagitau yang dah settle lahh, suaminya minta maaf sbb tercakap mcm, konon tension ngan ada pompuan lain yg goda dia.......haaa, tu dia....maka dalam hati majikannya ini tersangatlah leganya...lalalalalala :)

What do u think?....Hrp2 betullah perkara u bkn betul2 terjadi, sbbnya tamaulah dia akan sentiasa keruh dan emosional x tentu psl nnt. Tapi kalau betul dia hanya sekadar nak gertak kami...mmg jenis bijaklah bibik saya ni....huhuh. Tapi, silap oranglah, majikan dia ni bkn mudah pun org nak perlekehkan......huhuhu!

Dari sudut yg lain pula, saya berpendapat mungkin kami kena tgk smula apa2 kebajikan yang diberikan keoadanya...Adakah rehatnya cukup?..adakah kerjanya tersgt menimbun byk?....adakah dia selesa bersama kami?.....ada apakah yg dia tak puas hati?....Kan...perlu juga kita pastikan semua itu teratur.......

note:...apalah sgt nak suh sia barang2 dia tu, bkn ada yg beharga pun....mcmlah kita tatau, niat sebenarnya dia nak dapatkan pasportnya itu.....kan..kan...kan...

Thursday, February 2, 2012

Dah Februari....

Time flew so fast kan?......Dah Februari rupanya, apa agaknya yg "dibuat" sepanjang Januari tu?....rasa2nya kelip2 mata ajer melayan Januari kan.........fuhhh!...

For this time being, saya mmg bz tahap gaban dihambat dgn keja2 opis...mmg x cukup kaki tangan....apatah lagi mmg tak cukup pun rasanya tempoh 24 jam sehari yg diperuntukkan ni...tapi, persoalannnya...adakah kalau diberi masa yg lebih pun....akan rasa cukup?...jawapannya mcm dah tau....tetap ada rasa x cukup jugak kan?....huhuhu, ni lah lumrah manusia, x penah puas dgn apa yg ada......toink!..toink!...

Selagi namanya bekerja, perlu laksanakan dgn amanah dan penuh rasa tanggungjawab.....walaupun ada rasa tak puas hati sana sini, tapi terimalah dgn lapang dada.....Insyallah

Keluarga tetap di hati saya...berbunga2 hati bila lihat my little Iman membesar dgn sebaiknya.....my Inas sihat alhamdulillah msh "dipinjamkan" kepada kami tuk menggalas amanah daripadaNya. Si suami yg setia tika susah dan senang bersama2......my siblings yg take a gud care for each other...my parents yg sihat dan happy dikelilingi anak2 dan cucu.....aminnnn!

pstt...:...alaaaaaa, bila nk hit ke 60 ni?....

Sunday, January 22, 2012

S.A.L.A.H tak mungkin boleh kata B.E.T.U.L

Sepertimana yang termaktub...dalil mengatakan yang haram tetap haram, mana mungkin boleh dikatakan halal.....kan...

Sama juga dengan satu keadaan yang SALAH mana mungkin boleh dikatakan BETUL....

Hanya MAAF sahaja sebagai penutup emosi bagi yang menjadi mangsa keadaan itu. Dan ternyata, saya baru shaja melelaui saat2 itu..sebagai MANGSA KEADAAN.....:(

Serba salah itu ada....tapi mungkin lebih kepada perlu bersikap positif kerana jika tidak begitu, maka terpaksa pula melayan emosi "diluah mati emak, ditelan mati bapak".......

Yang lebih sadisnya, yang bertindak itu adalah "kawan" sendiri yang tak sepatutnyalah layan kawan dia sebagai "mangsa keadaan" itu kan....~ Sampai hati ya....

note:..kalau anda berada di tempat saya, apa yang korang buat agaknya?....Saya hanya diamkan diri sahaja kerana rasa itulah jalan terbaik untuk tidak mengeruhkan keadaan walaupun dlm hati rasa kecamuk hanya Tuhan sahaja yang tahu.... Doa saya agar si kawan ini, tidak menjadikan tabiat dia itu berpanjangan..... menyusahkan hidup orang lain..TITIK!

Friday, December 30, 2011

...Kompilasi episod cinta 2011

Saat2 terakhir sebelum munculnya Tahun Baru.....yang dianggap oleh ramai orang untuk menutup buku lama, memulakan buku baru...saya cuba mencoretkan moment2 sepanjang tahun 2011 ini...Sebagai tatapan kenangan selamanya.....

Januari 2011
Usai awal tahun, saya cuba menahan rasa sebak dan lesu bila memnadang wajah our precious yang menjangkau 7 Tahun...yang tdk berkesempatan melangkah masuk ke sekolah seperti kanak-kanak yang lain...Saya perlu akur bahawa anak inilah rezeki dan amanah Allah kepada kami.

Saya masih menikmati pengalaman sebagai seorang preggy mom....mengandungkan anak kedua kami memasuki usia 6 bulan menghuni dialam rahim....Namun perancangan Allah adalah yang terbaik, adik Inas lahir pada usianya 29 minggu dialam rahim dengan tragedi kelahiran didalam kereta Wish kami dengan berat 1.3kg.....Ya Allah, Maha Besar kuasa mu.....Menangislah sekuat hati dan semahu, tapi redha itu lebih perlu....

Februari 2011
Saya melalui saat2 berpantang 40 hari dengan seadanya tanpa baby disisi. Tapi kali ini semangat dan perasaan saya lebih terkawal. Setiap hari berdoa....agar anak kecil saya yang diberi nama Iman Wafiqah selamat daripada segala-galanya...En HB, sanggup bercuti selama sebulan lamanya semata2 untuk memberi perhatian kepada Inas dan menjaga saya..Terima Kasih Tuhan...

Mac 2011
Saya dah tamat berpantang dengan berat badan yang masih lagi tdk dapat seperti asal sebelum pregnant...huhh!, plan tuk amik unpaid leave dlm ms sebulan tapi urusan dgn pihak opis nampaknya agak cerewet...At last, Iman is home after 63 hari berumah di HTAA. En HB kotakan hasratnya untuk membeli TV LED.....

April 2011
Kehadiran bibik melegakan saya....sempat berpeluang dlm masa sebulan ini untuk train bibik buat keja umah dan uruskan baby Iman. Byk kali juga Iman asik2 muntah, sebab kenyang atau pun ada gangguan lain?.....

Mei 2011
Raikan cinta Anniversary 8th kami di Restoran Berputar KL Tower. Saya dah masuk keja semula after 100 hari genap bercuti. Resah dgn bunyi "hukkk" yg dengar daripada baby Iman, Doc kata itu adalah "stridor".....so dibuat prosedur 'scope bronchoscopy', tapi alhamdulilah..everything is fine...

Jun 2011
Iman 1st time travel ke Batu Pahat at 2 mths corrected age, baby baik2 sahaja. Diadakan juga majlis cukur jambul Iman, dan Iman dibotakkan...so cute :). Saya perlu byk sedarkan diri dengan bersabar melayan dan menguruskan Inas.....

Julai 2011
It's my 32th Birthday, syukur alhamdulillah sebab masih lagi diberi peluang bernafas dan bahagia bersama-sama dengan keluarga tercinta ini. Saya mula resah dengan berat badan yang mcm sgt2 payah tuk diturunkan....silap sendiri kan?...Baby Iman dah mula start with her solid food at 6mths old. Dan saya mula terasa bahang kebizian tahap gaban di opis....sgt2 semput ok!...bulan ini juga bermula pembayaran parking oleh MPK di tempat keja saya, so kena spend RM52.50 tuk tiap2 bulan selepas ini..:(. 

Ogos 2011
Ramadhan menjengah...menjalani ibadat puasa tanpa abah dan mama yang mengerjakan umrah pada 2 minggu pertama puasa. 1st berholiday santai di Legend Cherating. Mood menyambut Raya yang sgt lemau kerana En HB berturutan kerja.....:( tapi bersabar je lah. Kelahiran baby Ian Hadef, anak ke 3 my lovely sister....Iman mula meniarap at 7mths...Alhamdulillah, aminn

September 2011
Iman admitted 7 days at KMC due to high fever infection kuman....ING pula tdk lagi mahu meneruskan pembiayaan kos ambilan ubat Epilepsy ~ Epilim & Tegretol our precious Inas, kecewa tapi kami pasrah shj...(-_-)

Oktober 2011
Ujian dan dugaan buat saya....ini bulan sedih lagi...kalah juga dengan perasaan, menangis lagi sekuat hati dan semahu bila terasa pedihnya apabila "cinta dan kesetian telah dikhianati"....sungguh2 terluka :(. Kami juga di beri penringatan agar menjaga Inas dengan sebaik2nya....bukannya mensia2 kan anugerah ini.....Ya Allah, terima kasih....Dapat berita yang my lovely sister admitted due to her heart problem....Kami doakan agar dia cepat sembuh..aminnn

November 2011
Kesinambungan kisah "separuh JIWA ku pergi..."...episod yg sungguh menyayatkan hati untuk dikenang, dan mmg tak akan dilupakan sampai akhir hayat. Menjadikan suasana sambutan Hari Raya AidilAdha saya agak suram juga...walaupun Majlis Akikah Iman dan Ian berlansung dengan lancar, tapi perasaan saya mcm kosong jer...8 Nov melapor diri di deparment baru :(. Bercuti di CH, bersama parents dan MIL....byk sekali gambar yg terakam.....Iman dah tumbuh 2 batang gigi at 7 mths corrected age....selera makannya sungguh hebat sekali....Alhamdulillah

Plan 2 perkara untuk Inas....HBOT dan Special Needs Stroller

December 2011
Iman mula menjulur kedepan..dan bergerak aktif didalam walker. Ya Allah, terima kasih diatas kurniaan kesihatan kepada anak2 ku ini. Inas memulakan rawatan terapi HBOT nya pada 19 Dec - 14 Jan 2012. Terharu dengan sumbangan atuk & tukma serta moyang untuk Inas. Semoga rawatan ini memberikan perkembangan dan perubahan yang sewajarnya kepada Inas.....Hope2Walk for Inas....ibu sentiasa doakan.....Penghujung tahun Iman dengan berat 7.6kg, alhamdulilah...a big achievement!

Rezeki kami msh berpanjangan dengan hasil dividen ASB yang kami terima...Alhamdulilah!....

Selamat Tinggal 2011...Selamat Datang 2012....

Tuesday, November 8, 2011

My new journey

"What is it that you like doing? If you don’t like it, get out of it, because you’ll be 
lousy at it. You don’t have to stay with a job for the rest of your life, because if you 
don’t like it you’ll never be successful in it." - Lee Iaccocca  

Day 1: Bos baru OK. Walaupun mmg kami bekerja dibawah satu bumbung yg sama, tapi disebabkan kami berlainan bidang, maka "jiwa" sah2 berbeza.....Berkebetulan pula kami mmg sudah mengenali antara satu sama lain sejak kecik lagi "kami  sekampung" jelasnya pada kwn2 yg lain pabila dia kelihatan seringkali asik2 menyebut nama saya jer.... Sessi briefing 30min begitu menyenangkan hati saya dengan kata2 positif yang dikongsi bersama. Sekurang2nya, dengan briefing ringkas ini tdk lah membuatkan kami berterusan "blur" ajer termangu2 tatau apa job description kami walaupun kenyataan kami x diberikan lagi secara black n white ttg job description tu 

Hari ini, perlu memulakan fasa baru dalam life kerjaya saya. Walaupun fasa baru ini tidak diperjelaskan dengan sejelas2 yang betul nya...yang pasti, perubahan mmg berlaku....

** New working hours 8:30am-5:30pm ~ masa 1st 5yrs , plg lmbt masuk 10am plg awal leh balik 2:30pm, pastu dah kena ubah ke masuk keja kul 9am plg awal leh balik kul 3:30pm...dan sekarang seme nikmat2 tu dh ditarik balik.....ramai yang "blur", dan mempersoalkan mudah ke nak implemenkan perkara ini secara mendadak sungguh ni?....Saya mmg malas nk memikirkan perihal overtime yg dikenakan di skolah Inas, sekurang2nya pada hari En HB bekerja shift siang shj sy akan jemput Inas lewat petang.

** Break ikut lunch time 12:30pm-2:00pm..Tapi x pasti pun ini ke time yg betulnya...tahhh!, x de pun dibriefing apa time yang sebetulnya.....asal ada masa tuk menunaikan solat Zohor itu adalah perlu sgt2. Lunch hour tu sy x kisah mana pun sbb saya dh terbiasa amik shake HL, yg perlu sgt2 plain water 2liter saya tu mesti ada bersama2. Saya nekad, mau kembali berdiet ke pangkal jalan, lately mmg terasa tak suka nk tgk pic n diri sendiri di cermin.....(sori, tetiba lari sikit drpd topik..hehehe)

** Cuba mempelajari perkara baru...memahami tanggungjawab adalah dibahu semua yang berada di bawah bumbung tempat keja yg sama. Katanya, nnt br kita tau...untuk disini gah berdiri mcm ni...bukanlah keja satu pihak shj, sebenarnya perlukan komitmen drpd seme pihakkkkkkkkkkkkk!........

Motivasi: cuba untuk memahami maksud tersirat mereka2 yang berjaya....antaranya "saat paling tepat untuk kita lebih maju ialah, kita berhenti melakukan sesuatu ketika nama sedang naik, itulah masa terbaik untuk kita berubah angin...."....orang yang berjaya ialah orang sanggup menempah risiko......

Amin....feeling saya sudah agak stabil, tapi belum pulih 100%. Sudah hampir boleh terima kenyataan cuma perlukan sedit masa untuk feeling itu menjadi lebih OK!.....

AidilAdha yang suram

Sungguh sadis rasanya....selama hampir 32 thn dipinjamkan nyawa tuk bernafas di muka bumi ini, thn inilah kali pertama saya menyambut Hari Raya AidilAdha dengan tiada apa2 perasaan...atau lebih tepat lagi dengan perasaan yang kosong....:(. Begitu sedih mendengarnya kan.....?





Padahal, ketika tiba hari yang mulia ini...saya dikelilingi dengan ahli keluarga yang bertanya khabar dan mengambil berat perihal sesama kami. Walaupun saya masih mampu berlagak biasa, masih mampu tersenyum dengan mereka semua tapi hakikatnya.....apa yang terperam dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Yang benarnya, bila saat saya bersendirian, saya dapat rasakan saya tidak menikmati hari2 yang mulia dan bahagia ini sebenar2nya......:(. Kerana.....fikiran saya telah diganggu dengan keadaan dan kenyataan yang seadaanya begitulah yang saya alami......

"Tak de mood nak raya"
"Tak seronok beraya..."

Yer...itu yang terkeluar daripada mulut2 kami ketika sehari dua sebelum bercuti untuk menyambut Aidiladha ini. Ingatkan, bila sampai harinya...bila terdengar takbir berkumandang...maka timbul lah rasa nikmat untuk menyambut.....Tapi masih pudar perasaan......



Bunga rampai hasilnya...

Hebatnya penangan jiwa dan perasaan yang terkacau ini. Keseronokan rasa yang sepatutnya timbul pabila berpeluang membuat ibadah korban pun langsung tak terlihat pada wajah. Sudahnya, Majlis Akikah Iman berlalu seperti yang dirancangkan tetapi hanya berlalu begitu sahaja tanpa penglibatan seluruh jiwa dan emosi saya. Simpati sgt pada mama saya yang menjadi orang kuat dapur untuk menjayakan majlis itu. Saya hanya sekadar "meminjamkan" bibik kepada mama untuk membantunya.

Sungguh saya kesal dan rasa bersalah......

Maafkan saya...

note:..sekali-sekala saya terbayangkan, tah apa akan terjadi pada perasaan saya sekiranya keadaan ini saya terpaksa lalui ketika dalam tempoh hamil?....seram sejuk dibuatnya....aduhhh! sungguh terbeban....dan kesian pada rakan2 yang sdg hamil skrg...terpaksa lbh byk bersabar bermain dengan emosi....(-_-)
Related Posts with Thumbnails