Showing posts with label Real life. Show all posts
Showing posts with label Real life. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Some times...WE just have to HOPE

* Lanjutan daripada entri Berlegar2 difikiran

Saya rasa saya tak dapat nk sembunyi di wajah...tentang kerisauan yang sedang berlegar2 di dalam diri saya ini :(. Bila di coret atas kertas.....sungguh saya terasa lagi dengan ujian daripadaNya untuk kesekian kalinya ini. Mencuba untuk bertenang tanpa terlalu serius memikirkan...ermm, mungkin pada orang lain (yg semestinya tdk berada ditempat saya), ini semua adalah perkara kecil sahaja....tapi tidak kecil pada kami yang benar2 berada dibahu yang memikul ini.

As per stori dalam entri sebelum ini, "siapa yang nak jaga Inas 2012 dan seterusnya nanti?" msh lagi tergantung begitu. Dan kami sendiri msh belum mendapatkan pengesahan drpd kedua pihak (INTAZ & PDK Teruntum tu) berkenaan dengan hal ini. Honestly speaking, bukan kerana saya rasa msh lambat lagi untuk mendapatkan pengesahan...tetapi yg sebenarnya ialah saya lebih risaukan tentang pengesahan yang mungkin....ya..mungkin...tidak berpihak kepada kami :(. Ya Allah, moga Kau permudahkan urusan kami nanti.....

Yang seterusnya.......perkara yang menduga, bilamana panel insurans di syarikat En HB tidak lagi mahu membiayai perubatan follow up checkup dan ambilan ubat Inas (Epilim + Tegretol) di KSH. Mereka secara jelas sudah menarik balik tanggungan every mth yang hampir RM400++ sebulan bagi bekalan ubat Inas tu dengan alasan masalah penyakit ini adalah penyakit kekal. Agaknya pihak insurans perasan yang selama ini hampir 3 tahun lamanya ditanggung kos bekalan ubatan Inas ini. Maknanya, kami perlu beralih arah ke GH untuk menyambung rawatan dan ubatan Inas ini.....Sabarlah, Tuhan masih menduga kita......

Yang seterusnya.....syarat baru untuk mendapatkan elaun di PDK ialah perlu hadir ke PDK sekurangnya 8 kali sebulan...berbanding hanya 4 kali sebulan sebelum ini. Selama ini pun, ayah yg byk mainkan peranan menghantar Inas ke PDK yang hanya separuh hari itu...kemudian separuh hari lagi ke INTAZ. Bermakna, kami kena berikan komitmen sekali ganda lagi untuk tambahan 4 hari lagi dalam sebulan.....Bagi parents yang tidak bekerja ( ayah wajib bekerja...mana ada parents yg mmg ayah dan ibu x bekerja kan?), mmg boleh bg komitmen sepenuh masa...tapi bagi kami yang dua2 bekerja ini....mmg terasa agak ketat syarat ini. Elaun yang diterima RM150 (RM140 yang diberikan shj) sebenarnya mmg hak Inas, so mmg bernilai untuk menampung keperluan (diapers terutamanya) Inas. Walaupun, pada pandangan mata kasar, ayah dan ibunya bekerja...tapi ketahuilah keperluan untuk urusan anak istimewa ini perlu diutamakan. Tentang keadaan di PDK itu....tak perlulah saya kupaskan satu persatu, yang nyatanya mmg tdk memenuh standard yang diharapkan......

Memang bingung...memang speechless dibuatnya....:(. Harapan mmg bergunung....tapi tidak bermakna kami meminta simpati daripada orang, cukuplah sekadar minta memahami keadaan...

Semangat yang tinggal sekarang ni.....saya perlu tenang dan sabar dengan ujian ini. Ayah dan ibu kena kuat....untuk menghadapi apa jua yg berlaku. Insyallah, Tuhan akan menjanjikan rahmat buat umatnya yang diuji....Buat Inas, semoga sentiasa sihat dan damai bersama keluarga kita ini......

Wednesday, June 29, 2011

Bersabarlah...jgn berhenti ikhtiar

Kisah 1
Lately..bila feeling saya dh cool down with "others" yg serabut2...(alhamdulillah...), saya didatangi 2-3 khabar drpd teman2 yang "sunyi n sepi" tanpa hilai tawa anak....


Sbg seorang kawan, saya bersedia utk mendengar dan berkongsi rasa dengan mereka. Saling ingat mengingati antara satu sama lain yang bahawa SABAR itu INDAH, "indah" yang dalam ertikata sukar untuk digambarkan bagaimana rasa itu...hanya mereka2 yang diuji shj merasai "indah"nya sabar itu....

"Untung juga awak...walaupun lalui pengalaman yang sungguh "dasyat" utk melahirkan...sekurang2nya msh dikurniakan ada rezeki anak...tapi kami, dah letih mencuba..:(", begitulah kata2 seorang teman (bkn seorang tp 2-3 org yg alami nasib yg sama) kepada saya.....(tapi mereka tak tahu betapa ada juga yg menjelik + pelik sbb saya ada anak yang istimewa...(-_-) )

Yg sering sy katakan kpd mereka ialah...."Sabar byk2...jgn berenti usaha, insyallah rezeki ttp akan menyusul..cuma cepat atau lambat shj...."....

Cuba sedaya mungkin meletakkan diri ini (saya seorang ibu yang melalui pengalaman yang sungguh mahal utk menikmati saat2 yg diidamkan mempunyai cahayamata) berada di tempat mereka yang sekian lamanya berusaha utk mendapatkan anugerah cahayamata itu...mendalami perasaan mereka yg suram pabila diasak pertanyaan demi pertanyaan drpd org keliling....kdg2, x phm juga ngan org sekeliling ni, esp golongan makcik/pakcik kan..direct je ty plus bg komen2 yang x patut2 didengar...kan ke perkara ni sensitif?...huhuhuhu, tatau nk ckp lah...kan ke menda ni semuanya adalah kuasa Tuhan......ohh, jgnlah sampai kita pulak mcm "menidakkan" kuasa Tuhan itu..nauzubillah.....

Kisah 2
Lagi satu, lately juga ramai teman seangkatan yang sama rezeki dikurniakan ahli keluarga baru. Terdengar pulak desas desus ada ant mrk yg kechiwa krn impian nk bb girl..dpt bb boy...yg nk bb boy dpt bb girl...huhuhu, sampaikan ada yg emo terlebih sehingga menangis......aduhh!...mcm2 kan....Pada saya, asal bb sihat dan dpt membesar dgn baik tu dh cuku bagus...girl or boy sama saje kan?.....(ye ke sama?..hehehe)

Ternyata, untung nasib dan rezeki kita adalah ketentuan daripadaNya. Sebagai hambanya yg kerdil, kita perlu terus berusaha dan berdoa tanpa putus asa. 

Thursday, June 9, 2011

Kaya dengan rumah


Entri kali ni nk coretkan ttg sesuatu yg boleh dikongsi oleh semua. Baru2 ni.saya ada pinjma buku "Kaya Dengan Rumah" ni drpd ofismate...mg menarik dan tertarik tuk dibaca sampai abis...


Saya mmg bersetuju dgn si penulis, bahawa pelaburan yang terbaik pada masa kini ialah pelaburan dalam bentuk aset -> mempunyai rumah. Berbanding dengan mempunyai sederet kereta mewah yang akhirnya, harga kereta akan jatuh...x sama dengan aset mempunyai rumah..makin lama harga rumah makin tinggi....

Antara tip2 yg menarik (ada dlm buku itu) perhatian saya utk dijadikan motivasi...


Pokok pangkalnya, nak melabur untuk jaminan masa depan..perancangan kewangan yang betul, mengikuti teknik2 tertentu....mestilah dilaksanakan. Barulah nampak teratur dan keberkesannya....

Note:..sabar menanti perancangan kami untuk mepunyai rumah yang kedua...persoalannya, rumah pilihan drpd pemaju ataupun diatas tanah rumah rekaan sendiri?....tepuk dada tanya selera okehh!

Wednesday, January 5, 2011

Kita semua serupa sahaja

Senario 1
Baru ni, saya ada terlihat iklan di TV mengenai quote "Kita semua serupa sahaja" mengenai kisah seorang pekerja OKU yang bekerja di sebuah company. Dia mendapat pujian dan perhatian yang sebaiknya drpd rakan sekerja serta majikannya. Pandangan rakan sekerjanya bahawa dia tiada beza memberikan komitmen terhadap kerjanya berbanding dengan mereka yang normal. Terbukti kelemahan (bisu) yang ada pada dirinya tidak langsung membuktikan bahawa kelemahan yang ada itu bukanlah kekurangan sebenarnya......

Senario 2
Sms berkunjung berjumpa my Gyne br2 ni, Doc Ita as always suka berkongsi apa shj dengan patientnya. Berkebetulan pula kami ni mempunyai "kisah" yang boleh berkongsi feeling. Citernya, dia telah menegur sepasang couple yang bakal menjadi parents tdk lama lagi. sewaktu ujian ultrasound keatas kandungan isterinya. For information, suaminya beerja di Kompleks Penyayang JKM.

Suami : Kaki anak saya normal tak?
Doc: Ermm....so far yes,normal..tiada masalah. Kenapa?
Suami : Betul ke Doc? (tanya lg utk pengesahan)
Doc:..A'ah yer betul..drpd pemerhatian saya setakat ni tiada masalah. Kalau nak nmpk lebih clear lagi, boleh pegi buat scan 4D. Kenapa bertanya sebenarnya?
Suami : Nak confirm je...errr takut ada "terkenan"....
Doc :..Ohh!...kenapa perlu takaut "terkenan"...."kita semua kan serupa sahaja"?
Suami : ~ sambil memuncungkan mulut kearah isterinya....adakah isterinya, atau ahli keluarga mereka?....
Doc : Kenapa nak pikir jauh sampai ke situ. Terkenan atau tidak bukanlah urusan kita yang menentukan. Semua kejadian adalah ciptaan Tuhan. So, tak patut kita menghina mereka2 yang istimewa itu.
Suami & Isteri : ~ hanya mendiamkan diri....
Doc : Cacat atau sempurna seseorang itu semua adalah ciptaan daripada Tuhan. Kalau kita mempertikaikan setiap kejadian Tuhan yang ada keistimewaan masing2 tu..bermakna akidah kita mmg dah x betul lah dan bermakna juga, kita yang kononnya normal ni lah yang cacat dari segi pemikiran. 
Suami & Isteri : ~ masih mendiamkan diri....
Doc : So lepas ni, bagitaulah kepada mereka2...ahli keluarga waima parents / PIL sendiri tentang hal ini. Berdoa yang terbaik adalah yg sepatutnya daripada duk memikirkan tentang yg bukan persoalan hak kejadian ciptaan mahkluk Tuhan.

Itu kisahnya.....dan saya mmg mengiyakan kisah2 sebegitu krn kami sendiri pun telah lali dengan anggapan "terkenan" itu. Mmg ada juga rasa terkilan dan sedih...tapi kami yg telah "berhati kering" ini mmg hanya mampu buat tak tahu sahaja. Dan mmg tak dinafikan juga, kdg2 bunyi2an kata yg sebegini adalah datangnya daripada kaum kerabat sendiri.....

Ketahuilah, berat mata orang luar yang memandang...berat lagi bahu yang amanah ini memikul. Kalau pun tak dapat membantu meredakan kelegaan...cukuplah sekadar jangan lah menambahkan lagi beban kegusaran di hati kami....

Terima Kasih....

Friday, November 19, 2010

Perkembangan janin dalam rahim "ibu"



Subhanalllah...rakaman video ini benar2 menyentuh kalbu. Sungguh indah kuasa ciptaan Allah ini. Semoga kita sama2 menginsafi asal usul kejadian dan nikmat hidup yang diberikan...aminnn..!

Wednesday, October 6, 2010

You are lucky....aminn!

Semalam masa lunch together with kwn2 seopis, mcm biasalah kami sembang2 mcm2 citer. Mcm2 kisah kami share...

Kisah 1
Saya : Last wk pi check-up, buat urine test ada sikit gula...hehehhe sbb b4 jumpa doc saya makan aiskrim..hehhehe, en hubby saya duk menjeling je...
Puan H : Bestnya pi check-up hubby temankan....(lorr..saya ingat dia nk komen psl gula saya tu...)
Saya : so far alhamdulillah..dr mula peknen sampai skrg mmg dia sokmo nk temankan
Puan H :..Saya sampai bwk perut 9 bulan pun, kena pi check up sorang2 jer......:( (sian kat dia..)

Moral of d story : alhamdulillah, En HB saya always nk temankan saya pi check-up....seboleh mungkin mmg akan luang masa tuk menemani saya....bagus juga, biar dia pun sama tahu ttg perkembangan baby kami ni kan...

Kisah 2
Puan Y : Ngantuk, x cukup rest sbb baby bangun byk kali mlm tadi
Saya : Ayah dia x tolong bangun jugak ke?
Puan Y : Mmg  x tolong, bahkan saya dan baby tido bilik lain?
Saya:...ooo..psl tido bilik lain?
Puan Y : Baby mcm sejuk tido bilik aircond, ayah dia tetap gak nak tido dlm aircond..so terpaksa lah tido bilik lain....(sambil muncung dia berkata)
Saya :..alaaa..siannya.....

Moral of d story : Berilah perhatian pada si kecil itu sewajarnya dan juga kepada si ibu yg turut bekerja itu....hehehe :). Pada saya, kalau En HB berada di rumah...saya akan ada lebih masa terluang tuk buat keja umah dan juga mendapat rehat yang sama adil dengannya...alhamdulllah...

Kisah 3
Puan A :..Hubby saya mintak tolong pegang n tgkkan baby pun mcm liat jer..
Saya :..Ishh!..naper lak?...x kan lah takat nk tlg tgkkan anak pun x boleh?
Puan A :..sbb ayah dia kata " x per, kan ke neneknya ada....bibik ada..."
Saya : Ohh psl tu..sbb ur hubby nmpk ada org lain yg boleh tolong, so dia buat derkk je lah....
Puan A:...gerammnya saya...
Saya : X de niat nk duk berdikari lepas kawin?...means x tinggal sebumbung ngan parents ke?
Puan A: Tak biasa duk berdua (skrg bertiga lah sbb ada baby kecik), takunt sunyi pulak....
Saya :..sorri yer..maaf cakaplah..saya rasa sbb awak duk bersama family lah yg ur hubby buat mcm tu..sbb dia fikir, kalau dia x buat..ada org lain dlm umah tu yg akan buat.....dia penah x tolong awak buat keja umah?
Puan :...X penah pun.......:(
Saya :..kan betul.......

Moral of d story : Berdikari itu lebih bermakna dalam menentukan keserasian hidup dalam alam berumahtangga. Yang lebih penting, rasa tanggungjawab untuk memberi perhatian dan bekerjsama antara satu sama lain itu adalah yang lebih dititik beratkan....Kami, seawal masa peringkat bertunang lagi En HB dah carikan rumah (sewa ketika itu, hanya selepas setahun br memlangkah ke rumah sendiri) dan sebaik sahaja di ijabkabul terus melangkah berdkari di rumah sendiri. mmg sgt terasa "nikmat" menguruskan sendiri keluarga dan khususnya rumahtangga kami..aminnn....

Kpd kawan2 saya yg demikian..saya sentiasa doakan kalian agar sentiasa aman bahagia didalam melayari alam rumahtangga...Semoga setiap keselesaan yang didambakan akan menjadi impian satu hari nanti....

Monday, September 13, 2010

Kau pergi jua....Al-Fatihah

 bersama arwah last yr semasa meraikan perpisahan pelajar praktikal...(sila abaikan yg tudung hijau kunng tu yerrr..huhuhu)

Salam Takziah untuk keluarga (khusus kepada En Faizal suaminya serta anakanda Qaseh Nurraihan) sahabatku Suria Wardah Hashim yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 9 September 2010 bersamaan dengan 30 Ramadhan 1431H. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan diberkati sempena jemputan Ilahi di hari dan di bulan yang mulia ini.

semasa sukaneka bersama pelajar2

semasa high tea kekas....

semasa kami berpiknik di pantai batu hitam...last yr (sila abaikan juga pemerhatian terhadap yang paling kanan tu..huhu)

kenangan abadi bersamamu...

bersama rakan2 sekerja...

kenangan terakhir yg ditinggalkan...awal september semasa Family Day Kekas di Cherating...

Kembalinya secara tiba-tiba. Namun kami semua redha dengan pemergiannya.....

Monday, July 26, 2010

Ambil iktibar

Saya msh sedar..dlm meniti hidup hari2..makin lama..makin manyak menda yg kita pelajari....dan makin kita belajar..makin kita kenal dan tahu tentang "kebodohan" diri.....

Saya masih sedar...msh manyak menda perlu untuk perbaiki diri..hidup tidak semudah yg disangka..kalau kita amik mudah, mmg kenikmatan hidup susah nak capai....

Lately...ada few things yg saya rs perlu amik iktibar dr pemerhatian....sekadar tuk mengingat diri sendiri sebenanya sbb apa yg dilihat adalah sesuatu realiti yang mungkin 'banyak' berlaku..atau pun 'biasa' berlaku...Mungkin juga secuit kesedaran yg ada pd saya ini disebabkan dengan my life yg sentiasa perlu "tepat" masa dlm menguruskan my precious..agaknya, munkin ada yg berkata..-> "kalau saya punyai anak yg normal, saya juga seperti mereka?....."..wallahualam....Maha Besar Allah yang memberikan saya ujian dan sekaligus nikmat tuk kesedaran ini...aminnn....

Kes 1
Mereka punyai anak2 yang comel..pintar...dan semestinya normal. Namun, didik dengan herdikan dan rungutan meletihkan melayan karenah mereka...dianggap sangat komplicated....saya selaku ibu kepada seorg anak kecil yang istimewa sebegini, cukup terkilan, hanya mampu menelan air liur shj pabila melihat telatah mereka ibu bapa yg sebegini....anak lasak dianggap degil x mendengar kata....anak lapar dibuat tatau sahja?...Ohh kejam sgt bunyinya kan?...sedangkan anak2 dlm peringkat yg sedang membesar, perlukan nutrisi dan makanan yg secukupnya sebagai tenaga tambahan kepada mereka...namun, ada ibu bapa yg endah tak endah dgn waktu makan anak2?..Bukannya anak2 itu perlu disuap mengikut masa tepat seperti anakku itu?...wajarkah?....Sgt simpati saya kepada anak2 yg mengharapkan simpati drpd org lain hanya semata2 tuk makan?...."ibunya mana?" tanya saya..., jwb mereka "ibu tido, tgk tv"....ohh!...wajarkah sedangkan tikaitu anak2 lapar meminta utk makan?.....bukan alasan "tak mampu" yg kita nk dengar...tapi sekurang2nya...sediakan makanan walaupun seringaks mana tuk mereka....Apa nak kata ya?..jangankan kata nak sediakan makanan pd anak, bila utk suapan makan ke mulut sendiri pun bagai mengharap org lain yg hulurkan..Apakah benar tidak mampu?..tepuk dada tanyalah selera.....

Kes 2
Penyakit "M" mmg sgt kritikal. Ada masanya saya turut juga dijangkiti virus itu...namun cepat2 kena sedar diri semula sbb sentiasa beringat that penyakit kalau dibiarkan mmg sangat bahaya. Bukanlah saya nak merungut, tapi sekadar ingin menilai..dimana letaknya kesedaran dan kesyukuran di hati dan dalam diri2 mereka2 yang tidak diduga seperti saya untuk bangkit memajukan diri. Bila diperhatikan ada berlakunya kes seperti ini, saya mmg bersyukur sgt2 dengan ujian dan nikmat yg saya perolehi ini. Sekurang2nya...ujian yg kami hadapi ini sebenarnya pakej 2 dalam 1...ujian + nikmat kehidupan....so again repeated " Don't be SAD"...

Apa yang penting bagi saya, anggap semua yang ada disekeliling adalah sgt beharga..keluarga, kwn2, kerjaya + harta adalah sesuatu yg perlu dijaga dengan penuh perasaan..sekiranya ada sedikit tempelan yang negatif, cepat2lah kita berubah untuk ke arah yg baik2 shj....jangan mengharapkan apa balasan yg kita dapat, tapi lakukanlah apa shj dengan seikhlas nya..insyallah, segala yg baik2 itu akan dibalas baik jua...

menayangkan gigi rongaknya...hehehe

Untuk Our Precious..selagi ada hayat ibu...ayah, kami akan tunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya padamu..hanya Tuhan shaja yang tahu betapa susah dan senangnya hati kami memilikimu.....

Thursday, June 24, 2010

Hidup untuk masa depan...

Saya selalu peringatkan diri sendiri....that  segala rasa "susah" yg saya alami ini hanyalah ujian untuk saya menilai segala anugerah dan kesenangan yang saya ada. Dalam erti kata yg lebih mudah, saya sebenarnya tidak cukup "susah" kalo nk dibandingkan dengan og lain yang mungkin lagi betul2 "susah" drpd saya...

Cuma kadang2, saya ni manusia biasa....punyai juga perasan yang cuak dan lintasan fikir yg negatif ada juga mengundang dlm diri. Tapi mujuraya msh ada rasa "sedar diri"...kalau tak, mungkin langsung x boleh nk majukan diri sendiri...Moral of the stori...setiap drpd kita, telah ditetapkan..telah dikurniakan kelebihan dan kekurangan pada diri masing2....So, repeated again...-> Don't be so sad okehh!....

Hiduplah untuk masa depan...jangan buang masa untuk teruskan hidup dengan mengenangkan segala masa silam yg dah lepas tu....kalau di kenang something past yg bagus2 it's gud for reference...but kalo duk ngenangkan something past yg bad things.owhhh! itu namanya membuang masa emas yg ada....

As for me, saya sering dan x akan berenti berusaha utk memikirkan apakat NEXT usaha utk pulihkan Inas. Yg pasti, kami mmg dah realistik that my precious mmg x boleh 100% nk jadi normal mcm kanak2 lain..but at least....a big hope g boleh letakkan ialah kalau dapat pulih 50% pun it's gud enough for us...setiap sesuatu perkembangan yg br ditunjukkan oleh our precious is kelebihan yg tiada bandingan di mata kami....alhamdulillah....OUR PRECIOUS is OUR UJIAN -> kekurangan dalam kenikmatan anugerah yg kami terima...

Rata2, berdasarkan perkongsian dan penglibatan dengan oang lain, lain orang lain ujiannya. As for us..alhamdulillah, kami 'tidak lengkap sempurna" pada bahagian our precious...masalah kesihatan En Hb yang terakwal...tapi kami tiada masalah hidup lain yg dianggap rasa "susah....(insyallah setakat ini.....)...Hasil drpd pekongsian dengan orang, saya rasa "seram" juga bila mengingatkan kesusahan mereka....

Kisah 1
Hura hara hidup for mother of 2 kids bila suaminya "hilang" for 3 mths without any news. Drpd kisahnya, suaminya mmg ada kes affair with others...so mcm2 dugaan yg dia alami termasuklah mengalami perut busung (org dolu2 kata hsl buatan orang)....dia bukan menantu pilihan dan sudah tentu selalu disisihkan. Ohh..mmg lagi parah rasanya ujian dia drpd ujian yg kami lalui....Now, everyting is fine setelah dia bersusah payah mcm2 yg dia cuba lakukan utk jernihkan keadaa..itupun setelah dia mempunyai kerja yg tetap dan bejawatan sedikit (berduit)..ermmm

Dan kisah hidup seseorang yg lain pula..lbh kurang sama iaitu her ex-husband ada affair with ramai. Sudah sampai tahap tidak kenal apa itu dosa...main pakai bekasah ajer...tahap kaki tangan sudah naik ke badan isteri...nafkah ister dan anak2 tah kemana2..fuhh!..mmg seram kalau saya berada di tempatnya. setelah bercerai...nafkah pd anak2 langsung terabai....dan dia bekerja siang malam (full time n part time) utkmencari duit yg secukupnya bg tampung keperluan mereka 3 beranak...ohh! sedihnya kan..? but now, she's getting married with married man...errr, dah jodoh dia...semoga berbahagia selamnya di doakan....

Ada setengah org yg lain, kalau suami x dapat nk hulurkan tangan buat kerja umah atau x tolong jaga anak pun dh dianggap sebagai satu kesusahan pada mereka...datang keja pun muka monyok ajer..pulak yu boleh bad temper x tentu pasal.....iu pun salah satu bentuk uian juga, tapi itu msh dikira ujian yg kecik sgt....dah depa rasa mcm hidup huru hara sangat...huhh!...

Saya alhamdulillah, dikurniakan suami yang baik...baik dalam erti kata bertanggungjawabnya dia..Terima kasih abang, atas perhatian yang diberikan....

Kisah 2
Berkisar pada anak2 istimewa yg lain....Lbh dugaan pada parents mereka bila mereka dianugerahkan dengan anak2 yg hanya mampu terlantar tanpa bergerak..(seolah2 macam mayat hidup)..tdk mampu makan, hanya minum susu sahaja...tiada respon langsung...tentu double sedih kan...?..kena pulak yg ahli keluarga terdekat pun endah tak endah sahaja....

Sebab tulah, kalau saya jumpa dengan mereka2 yg nmpk mcm worst sgt dengan rs "susah" mereka itu..mmg lah mengundang rs simpati, tapi kdg2 cuak juga. Cubalah mereka tangani dengan sebaiknya....kalau nk dbandingkan dengan kesusahan org lain, tahap2 kita ni sebenarnya belum cukup susah lagi, belum sampai tahap perlu diratapi sungguh2 pun....setakat anak degil tak dengar kata dan melawan cakap pun dh rasa mcm seksanya hdp...huhh!...setakat anak tak mau makan pun dh rs tension tahap gaban..huh!..setakat anak demam meracau mlm2 pun dah rasa mcm bagai nk pitam..huhh!..belum lagi melalui pengalaman macam kami...yang our precious x 100% fhm apa kita cakap (tapi dia oleh faham 80% yg kita cakap.)...yang our precious setiap waktu makan perlu tepat dan perlu disuap...yang sakit demamnya akan mengundang serangan fit sekiranya tak cukup rehat sebetul....tapi kam lalui dengan tenang dan sebaiknya..segalanya pengalaman yg mengajar kami erti pengorbanan sebenarnya...

So, Don't be sad again.....itulah lumrah dan ketentuan daripadaNya..."Tuhan turunkan ujian pada mereka2 yang mampu untuk menghadapinya.."...rahmat dan balasan yang dijanjikan di akhirat kelak akan menjadi pelepas beban kita semua...Insyallah, redhalah dengan apa yang diterima dengan lapang dada...aminnn....

psst...ada yang berkata -> "awak selalu nmpk happy, life awak nmpk ok...pegi holiday sana sini...masak itu ini..berkumpul ngan family itu ini..ber potluck happy dengan kwn2 ofis...x nampak pun gaya awak ada masalah anak mcm ni....(merujuk kepada my precious)"..ermm..apa yang patut saya jawab ehh?...

Thursday, June 10, 2010

Apa MESTI atau BOLEH saya buat?


Antara sedar dengan tidak..saya sebenarnya berada dalam situasi yang serba salah dan dilema antara 2 persimpangan mungkin...chewahh!...

Kisahnya....bila kita OK...berada dtgh2 orang2 yang tak OK sesama mereka....ermmm, boleh faham x?..tak kanlah saya nk buat tatau jer yg kononnya "it's not my problem"..so x yah masuk campur..betul ke gitu?...Kalau tak betul...apa yang MESTI dan BOLEH saya buat...

Niat dihati mmg tamau la dikatakan masuk campur ke...menyibuk ke...tapi sebagai seorang manusia...sebagai muslim sebeulnya, mestilah saya punyai t/jawab + peranan yang sewajarnya kan?..Mana boleh nk buat pejam mata je kan...Kan ke besar pahala kalau kita membantu merapatkan balik silaturahim sesama umat...?....

Tapi, saya benar2 buntu...bagaimana HARUS saya membantu mereka?.....grrrrrrrr, help me...help me...plsss...

Tuesday, May 25, 2010

Bijak belanja...


Saya rasa saya berada dalam kategori "4 bintang" tuk kes bijak berbelanja ni...hehehe, sendiri perasan.....Sebabnya kalau tgh ada duit berkepuk dalam poket / depan mata...i'll do the listing...trying hard to put the prioroties into NEED & WANTS.....fuhh!

Cara saya...
1. Keperluan mesti didahulukan....saya akan pastikan bajet tuk keperlua didahulukan dgn seberapa segera. Cth pada bajet bulanan kami ialah :
a. Hutang rumah + keta (ngan bank) mmg wajib sgt2 didahulukan, jgn sesekali terlepas due date..kalau tidakk, mmg nahas la!...huhuhu, x mo carik penyakit ada bad record ngan bank...
b. Loan - any loan yang dh guna duit, mesti la kena bayo kan..namanya pun pinjaman, so kenalah lah bayo kan?...(punrelated ngan bank jugak kan..?)
c. Brg2 keperluan dapur dan rumah - saya akan pastikan saya buat list dulu, Sbb 2 menda ni x tetap tiap2 bulan mcm kena spend bayo kat bank.Ada kala bulan yg mcm byk sgt kena spent...ada kdg bulan mcm sikit jer...
d. Brg2 keperluan my Inas....Pampers mesti Huggies..(dh try brand lain tp x sesuai dgn Inas dan hati saya pun tak puas..huhuh) + Susu Enfakids Honey Flavour (x sampai hati nk tukarkan susu yg lebih murah sbb rasa Inas sgt sesuai dgn susu mahal ini...hehehhe)
e. Bagi parents

Okehh...bila dah settle kuarkan RM pada list diatas..barulah saya agak terbuka sikit tuk memikirkan hal2 lain yg jatuh pada situasi kehendak.....hehehehhe

So far, cara belanja saya (bukan keperluan) mmg boleh ditahap yg terkawal....Kebiasaannya saya kontrol belanja dgn cara...

1.  Since saya tgh dlm proses msh x berenti berdiet ni, weekdays mmg saya jarang sgt2 lunch....so my intake meals ialah 2 shake + 1 meals. Bfast n lunch saya shake...than for dinner saya masak. Bukan x penah makan kat luar or beli tapau makanan...tapi saya mmg akan kesal dgn belanja yg agak tinggi sekiranya saya malas tuk memasak...Mmg sgt ketara, belanja makan luar + masak sendiri dirumah...plg lekeh pun sekali ganda lah kosnya...huhuhuhu!...Whatever pun, kita mest setuju dengan tagline..."makan untuk hidup"...so, jgnlah berkira sgt kalau untuk makan apa shj ikutlah selera anda......

** belanja saya tuk HL pun mmg kos yg sgt mahal...huhuhu ( HL hy sementara, bukanlah selama-lamanya...chewahh!..alasan la pulak huhuhu)

2. Barang2 rumah selagi x de yg rosak..selagi itu saya akan gunakan. Dah berjaya juga saiko En Hb supaya amalkan sikap menjaga / mengguna barang dgn sebaiknya. Biarlah nampak barang tu dah buruk benor sekalipun..asal boleh pakai lagi, buat apalah kita nak buang kan...?..Cthnya, kes mesin basuh kami baru2 ni..(ada dlm entri yg lepas)...dah rosak pun, selagi boleh baiki...dan elok msh berfungsi..kami pakai je la.....huhuhuh

3. Yg biasa saya dok leh tahan beria ialah sopink baju...for my Inas n en HB x de masalah sgt sbb purata sopink baju tuk 2 wajah kesayangan hamba ini ialah 2 kali je setahun....dgr mcm ohh byk jimatlah yer tuk spent sopink baju depa, tapi sekali sopink mmg gedebuk ratus-ratus gitu..huhuhuhu. For me lak, x kira masa...kalo dulu saya mmg jelas ada masalah saiz baju...pantang nmpk yg kena dgn saiz badan..terus je decide beli sbb bimbang kut2 dah payah nk jumpa lagi. Dan sekarang pulak...masalah sazi baju itu dh x de....mmg senang lah cari tapi timbul lak alasan, x de baju yg sepadan. Ye lah kan..dulu saiz XXL...now dah leh fit saiz M...sure baju lama mmg x sesuai tuk dipakai...penah juga cuba pakai baju lama tu, mmg jelas gelebeh jer..huhuhu...alasan la tu!


 
Moral of the stori..kalau x de menda keperluan sgt2 yang nak dibeli, jgn kuar jln2 window sopink kata mana mall / mini market / hypermarket sekalipun....sebabnya, drpd x de menda nk beli..tapi bila jejak je kaki tempat2 sebeitu...mmg ada juga duit yg mesti dikeluarkan.....haruuu!

mode:..nak kaya mesti kedekut ke?....ehh! takk..tak...nak kaya mesti kena berjimat!...yes..yes..baru betul..:)

Tuesday, April 20, 2010

Perlu ke maid?

Maid....kehendak atau keperluan?....Mana satu yang sebetulnya...?....Dan perlukan lagi satu jawapan untuk status kemampuan lak.....so 3 perkara asas nih kena dikaji betul2....bukannya apa, tak mo lah nnt hasilnya nmpk mcm satu pembaziran pulak....


Kehendak

Rasa2nya...semua org especially working mums mmg inginkan beban keja umah mereka diringankan. Betul tak?...So, no woner lah kalau dikaji drpd aspek kehendak ni...semua org nak kan pembantu. Tapi kan...jgnlah pulak berlebih2 kehendaknya sehinggakan nmpk mcm betul2 amik kesempatan pulak....Mana tak nya, mentang2 lah ada maid...hinggakan katil tempat tido sendiri pun x boleh nk dikemaskan sendiri.....malulah sgt kan kalo sehinggakan keja mengemas katil pun dilepaskan kpd maid......


Keperluan

Ini adalah point plg tepat utk diberi perhatian dlm membantu doing decision tuk amik maid ni. Kalau family besar, means anak ramai (lebih dr 2 la kut..) rasanya berbaloi amik maid. Sbbnya drpd segi kos baby sitter mmg dah bleh membantu diringankan. Tapi, kalau dlm my situasi....ada anak yg memerlukan perhatian double care mmg la tersgt perlukan maid pabila ada lagi rezeki menambah anak.
So far, saya mmg boleh handle lagi tuk uruskan diri sendiri, uruskan keperluan keluarga (my luv Hb n Inas) dan keadaan rumah kami. Adakalanya, bila kena timing yg saya mcm x boleh nk lakukan...saya akan mencari tempoh "bertenang"....tangguh kan dulu buat sementara waktu sahaja...(bukan selama2 nya....i hate sikap "bertangguh")...lepas tu mulalah saya mcm lipas kudung buat seme keja2 tuh...huhuhu
Tapi....nmpk canggung tak bila ada housewife yg msh perlukan maid?.......ermmmmm
Kemampuan
Point yg ni bole disatukan dgn point keperluan tadi. Kalo rasa perlu, tapi x mampu pun rsnya x sesuai juga kan?...Tapi kalo dah mampu...asal rasa perlu so baiklah dipersetujui shj kan?...sbbnya kos tuk mengambil maid (bibik - bkn org tempatan) kalo ikut prosedur betul mmg tahap ribu raban jugak kan?....lan lah kalo maid itu adalah dikalangan org tempatan kita, boleh lah kita riki2 brp nk bayor kat dia kan....ni dr segi kemampuan kos.
Kalo dr segi kemampuan kawalan 'emosi' juga penting. Sbbnya, dah sedia maklum lah maid kan adalah org luar..(terkecuali kalo maid drpd kalangan anak beranak sedara sendiri). Surelah boleh timbul pelbagai masalah sikap atau pun disiplin diri mereka. Dah byk juga kan kes yg mcm2 kita dgr...yg tahap ngeri pun ada kan?....huhh!...nauzubillah, minta dijauhkan.
Privasi
Kdg2...bila dirumah sendiri, kita sgt memerlukan situasi privasi ini. Cthnya, ada masanya kita nk bersantai mesra dgn pasangan sambil menonton tv, nk bebas memakai pakaian yg selesa (seksi sikit..hehehe) tuk dirumah....ada tetamu bertandang especially kaum keluarga sendiri...sudah tentu kita nakkan masa privasi kan? So, kalo ada maid...mmg kena bersedia dan maklumlah kita akan hilang suasana privasi mcm nih....huhuhuhu, wat to do...:(...Melainkan kalo maid itu becuti atau pun sng kira kita amik maid yg bayor upah daily....(kalo maid daily rsnya lagi mahal kan kos nya?....huhh!)
So, kesimpulannya...decision tuk amik maid ni bukanlah semudah memakan kacang je layaknya. Kena fikir masak2 agar semua aspek dpt nmpk teratur kemas walaupun bukan perfect. Tak maulah pulak nnt niat asal ada maid sbb nk menyenangkan perasaan byk keadaan...tapi boleh pulak bertukar menjadi menyesakkan perasaan...huhuhuhu, x sanggup rasanya!
mode:..yg kena tepat point pada saya...kehendak (confirm..hehehe), keperluan (50-50), kemampuan (70/100), privasi (70/100).....so, jwpnnya....belum sampai masa perlu ada maid lagi, hahahahaha

Monday, March 22, 2010

Bahagia itu pilihan

Kalau ditanya "bahagiakah saya dgn kehidupan sekarang?"...Secara tepat, jelas dan pantasnya saya akan mengangguk kan kepala tanda mengiyakan...yesss!..mengiyakan kebahagian yg dirasa sekarang...


how nice bila life kita sentiasa diwarnai seperti kilauan kristal2 ini kan...?


Satu yg saya sgt percayakan...."janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan daripada sesiapa...drpd apa jua keadaan"(walaupun saya ni jenis yg suka menghampiri garis kesempurnaan ketika membuat sesuatu perkara). Lain orang lain sudut kebahagian yg dikecapi...kerana kita perlu sedia maklum bahawa lain oarang juga lain ujian dan dugaan yang dialami.

Bahagia saya

1. Dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah tiada masalah kesihatan yg memerlukan saya bergantung sepenuhnya dgn ubat. Kecuali, adat la kalau sakit pening demam itu adalah sebagai ujian dan peringatan pada dosa2 kecil yg kita lakukan....

2. Ibu bapa yang mengambil berat tentang kehidupan saya. Walaupun saya sudah mempunyai keluarga kecil sendiri, namun saya tetap tahu bhw abah dan mama saya msh lagi prihatin tentang diri saya. Sungguh saya sayangkan mereka...


...."Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik dan panjangkanlah usia kedua ibu bapa ku, semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman"


3. Dikurniakan jodoh dgn seorang suami yang baik. Ya, HB merupakan suami yang baik kepada saya...can't describe makna BAIK seorang suami ini terhadap saya...biarlah hanya saya yg mengetahui nya...


4. Dikurniakan seorang ayah yang baik kepada anak kecil saya. Ya, ayah inas ini cukup baik dalam menjalankan t/jawabnya terhadap Inas. Cuma, mungkin ada sedikit perkara yg terpkasa dialihkan perhatian drpd melayani Inas kerana tuntutan kerja / mencari rezeki. Inas, ayah sibuk mencari rezeki untuk kita juga...harap Inas dapat memahami....

5. Kerjaya yang bagus. Bidang pendidikan yang saya ceburi ini merupakan alam dan bidang terbaik kerana ilmu tidak terbatas sampai bila2. Alhamdulillah, sdh hampir 8 thn bekerja disini...saya tahu..rezeki saya drpd secupak telah semakin hampir utk menjadi segantang...rezeki Inas disini....

inilah pic yg diletakkan di website rasmi kolej....waduhh!, ini ketika masih "sihat segar bugar" gitu....hehehhe

6. Bebas dariada hutang2 yang melampau / mengarut. Semoga jalan/plan yang kami ikuti ini mendapat keberkatannya....

"Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati"

Friday, March 19, 2010

Kredibiliti seorang doktor itu....

Sebelum mula nk buka hujah2 ku ini, ingin sekali aku ucapkan terlebih dahulu jutaan terima kasih pada seseorang yg bergelar doktor itu. Since kami mempunyai precious Inas ini, kami secara langsung dan jua tidak langsung mengenali watak2 yg ada dalam diri seorang doktor itu....

Sgt besar jasa seorang doktor itu mmg tak boleh langsung utk dinafikan...memberi bantuan yg sewajarnya agar my Inas ini dapat berpeluang menikmati hidup seperti orang lain....thanks again for them!....excelli don't know how to balas jasa mereka...really appreciate them!...

Apa yg nak dikongsi disini, bukanlah bertujuan utk nk salah2 kan sapa ke...nk propa apa2 ke...atau nak perlekehkan sapa2 ke....cuma sekadar utk renungan dan berkongsi pengalaman je.

Since 6yrs ++ kami berkorban apa saja menjaga sebaiknya our precious, mmg dah byk sudah kuar masuk hospital (admit/appoinment/treatment). Dan secara logiknya dah ramai juga kami deal dgn doktor yg drpd pelbagai bidang (berkaitan dgn Inas). Pelbagai 'ragam' dan kredibiliti yg dipamerkan oleh mereka.

Honestly speaking, peluang bertemu dan deal dgn para doktor membuatkan kami juga byk dapat pengetahuan dlm bidang medical juga. Ada masanya mcm sendiri2 nk diagnosis jer....huhuhuh, melampau la pulak....Bunyi mcm ak patut la saya nk ckp mcm tu, tapinya ada situasi kdg2 "meng iya kan" juga rasanya...

Penah berdepan dgn Doc yg tatau nk ckp apa...:(. Bila jumpa senyap jer, hanya sepatah dua je yg terkeluar drpd mulut dia. Ada juga yg angkat muka dgn patient pun tidak...huhh!...apsal erkk?....adakah krn ketika itu tahap confidence mereka berterabur entah kemana?...(tak mo la anggap mrk tak ada confidence langsung...)...atau, mungkin juga neves kut kalo2 patience dok tanya mcm2?...tah la, hy mereka yg ada jwpn ttg itu....

Ada pulak doc yg sama naik panik dgn kita....kalut semacam jer. Sudahnya mmg x dpt nk bertindak dgn pantas kalo berdepan dgn situasi kecemasan. Penah ada pengalaman, kami membawa Inas yg tgh fit dan for sure memerlukan action segera (serangan fit x boleh dibiarkan lama)..tapi doc duty (klinik biasa) ketika itu mcm blur jer. Lantas kami yg meminta itu ini drpd pembantu klinik..."ubat valium, oksigen...tiarapkan Inas, sedut air liur"....huhh! sungguh 'penat' kan?...terbalik pulak kan, doc yg diharapkan handle kes itu tetapi kami pulak yg ambil alih?...Lps dah settle, siap Doctu boleh mention lagi that dia kagum ngan kami.....huhuhu, kagum pasal apa erkk?.....:)

Citer lain pulak....selalu juga kami x berpuas hati dgn explaination yg Doc berikan. Ada ketika bila berdepan dgn Doc, kami yg byk memberikan input serta info (hsl drpd reading n google from intenet biasanya)...dan yang paling bestnya :) Doc yg berkenaan itu cepat2 jer mengiyakan juga dan terus2 je mencatit report tersebut dlm file...hahahah, siapa yg blaja medical sebenarnya ni?...kami ke Doc itu...?...Kalau menharapakn penjelasan drpd Doc, alamatnya mmg lps 2-3 kali follow up pun agaknya kami msh lagi tiada diberikan info dan input yg sewajarnya...jauh sekali kalo mengharapkan nasihat dan pandangan secara ilmiah...ermmm. From myself experience yg sampai ke hari ini saya ingat depan mata berlaku sikap Doc yg memilih patient utk diberi penerangan. Sbg contoh kalo patient tu nampak gaya mcm dtg drpd kg ke...mcm org susah ke...agaknya tak perlu Doc tu nk explain apa2 sgt :(....termangu2 depa tu duk mengharapkan sesuatu kluar drpd mulut Doc. Tapi kalo patient/family's tu nampak gaya mcm terpelajar jer...or org berduit jer...mmg boleh la kut diberi penerangan....ermmmm, atas dasar apakah layanan sebegini?

Seperkara lagi, kalo kami ni jenis yg tak prihatin dan tak telus ttg kepentingan jagaan Inas ni mmg agaknya huru hara jadinya. Mana kan tidaknya, bila bertemu dgn Doc 1 diberi nasihat 'sebegini'...tapi bila refer lakpada Doc 2, diberi pulak nasihat 'sebegitu' yang sebaliknya. Sudah berlaku konflik pahaman bagi kami....mana satu yang betul?...mana satu yg kena ikut ni?...Perghh!..mmg konfius kan?...




Namun begitu, sgt bohong lah kalau kami x penah ada terjumpa dgn Doc yang bagus. Ramai yang bagus sebenarnya dan benar2 mempamerkan kredibiliti sbg seorang yg memegang status "DOKTOR". Terima kasih kepada semua para doktor yang mengajar erti kesabaran....:)

Thursday, March 18, 2010

Memendam rasa


Kenapa perlu memendam rasa?.....mungkin krn tidak terluahkan dgn kata2?...Saya tak pasti pada orang lain..tetap pada saya, bersebab sbnrnya....

Ada ketika my mood is up and down. Perasaan kita sebagai manusia mmg sentiasa berubah2. Indahnya perubahan perasaan ini kalau dilayan dengan betul....Ada ketikanya, saya juga melayan perasaan memendam rasa ini...:(.

Tidak terluah dgn kata2?...mungkin yg pertama: sbb saya dah malas dan bosan tuk berkata2 psl perkara yg sama berulang3 kali banyaknya...saya akan byk berdiam diri (tandanya tgh menjeruk perasaan la tu dan tidak mahu keruhkan keadaan sebenarnya). Yang kedua: apa yang saya nak tak tercapai setelah berusaha keras tuk mendapatkannya (tp x bermakna saya putus asa, cuma layan je kejap perasaan yang monyok itu...). Yang ketiga : bila tidak bersetuju dengan sesuatu (diam sebagai tanda memberi peluang utk berfikir juga sebenarnya...)
" i hate myself" bila berada dlm situasi ini. Sebabnya saya tak bole nk berckp itu ini. FIY, saya mmg org yg agak 'bising'...dan bila dah terpaksa rela mengunci mulut cenggini..mak aii, rasa bosan nya lah hidup...huhuhu. Seboleh mungkin, mmg akan cuba kawal sebaiknya dan tak mau keadaan yg tak best cenggini berpanjangan....

Saya tahu, Hb akan cepat alert sekiranya terjadi hal seperti ini. Yang paling ketaranya, saya terharu dan tersentuh juga melihatkan perilakunya yg serba serbi membuat sesuatu segalanya utk mengambil/menjaga hati saya semula....Saya dah lama redha yg saya tidak mempunyai seorang suami yang pakar dalam bidang pujuk memujuk scr romantik. Tapi, the way he showing his feeling towards me...i deeply know that dia sedang memujuk saya sebenarnya....:)

Ini ada artikel yg saya jumpa di website seseorang. tqvm for sharing, saya nk paste kat sini...(minta izin yer tuan tanah..)...

Berikut adalah akibat yang timbul sekiranya anda terlalu memendam rasa:

1. Hidup anda dalam tekanan.

2. Wajah anda muram. Senyuman anda kelihatan tidak ikhlas.

3. Fikiran anda runsing dan hati anda tidak tenang.

4. Banyak perkara negatif yang akan bermain-main di fikiran anda.

5. Anda tidak mempercayai kawan, maka kawan-kawan anda juga tidak mempercayai anda.

6. Tindakan anda tidak rasional dalam menyelesaikan masalah.

7. Kelakuan anda juga kelihatan kasar.

8. Anda sering merasa letih dan tidak bersemangat.

9. Paling teruk, anda mungkin membunuh diri.


Yang highlight with green kaler tu, ada tanda2 itu pd saya ketika sedang memendam rasa...huhh! tak bagus sungguh kan?.....
"Tenang tu maksudnya mahir mengawal emosi, kata-katanya terkawal, tindakannya terkawal, ideanya bernas, pendapatnya tepat.adakah kita ni orang yang tenang?"
mode : sehari 2 ni mmg tengah memendam rasa pun....uhuk..uhuk!

Wednesday, March 17, 2010

Last minit....

Rasanya, x de sapa pun suka ngan pekataan ini kan..-> LAST MINIT....sebabnya sah2 la keadaan yg smooth tdk dpt diharapkan ketika berhadapan dgn situasi ini kan?...huhuhuhu

Saya mungkin betul antara yg sgt2 tidak suka bila berhadapan dgn situasi last minit ini. For me, this is a bad word la to apply. Biasanya, kita perlu bijak tuk handle masa bila betul2 di paksa rela menerima arahan (sbg contoh) dlm situasi ini.

Workload

Politik di ofis, biasa sgt berlaku keadaan ini. Agaknya mmg x boleh nk dielakkan apabila ketika adanya arahan last minit drpd pihak atasan. Apa yg tidak bagus ketaranya, ianya akan effect kepada keperluan melaksanakan tugas2 yg lain ketika bekerja. Sudahnya, hasil belum tentu lagi superb...mungkin hanya ala kadar shj....:(...yang paling penting, emosi setiap drpd yg terlibat for sure mmg terganggu punya...masa tu mulalah kepala rasa berat semacam jer...:(



Personally, saya akan terasa stress juga. Lebih2 lagi kalo ada bos yg seakan mendesak jer...:(.Bila x dapat perform submit seperti dlm jangkamasa yg diharap, mulalah seakan dibengang oleh pihak2 yg berkenaan. Padahal, kami juga tidak termampu menyiapkan sesuatu dlm masa yg sgt2 terhad itu. Sudahnya, akan terdengar2 la suara2 yang mengeluh...mengomel..dan membebal barangkali....salah siapa yer?...x best kan keadaan macam ni....
"Terlalu banyak bekerja itu satu perkara yang bagus.Tapi memaksa diri untuk terus-terusan menyiapkan kerja, itu kurang bagus...."


Holiday

Ni lagi satu sgt kritikal juga pengurusannya kalo last minit jugak. Saya mmg pantang betul la kalo kalut ketika menikmati percutian saya. Seawal mungkin, saya akan mencari dan google plan percutian saya bermula drpd accomodation yg paling utamanya. Tentang pelepasan cuti drpd bos, mmg alhamdulillah saya dan Hb tiada langsung masalah tentang itu. Than barulah tentang bajet dan itenary ketika percutian kami itu...

Penah juga melalui holiday plan yg last minit. Sudahnya, kesukaran yg amat tu mencari tempat penginapan...tanya sana, dah penuh..tanya sini dah penuh...asalnya punca gara2 tiada confirmation awal ( nak ke tak nak) drpd ahli keluarga yg terlibat la...memandangkan kami mempunyai precious Inas ini, seharusnya mmg agak serabut sedikit sekiranya masalah penginapan tidak disettlekan awal2...kesian Inas nk berehat setelah berpenat2 stay dlm keta...boleh buat spoil mood holiday jer....:(

Mmg tak best kan last minit cam situasi cenggini kan?...Sungguh2 menyusahkan :(. Seboleh mungkin saya akan mengelak drpd terjebak dgn situasi ini. Kalau tak mampu nk elak, mmg boleh ada stress dalam diri ini...huhuhu

Tuesday, March 16, 2010

Belanja tanpa had..tapi perlu beringat

Tgk tajuk mcm serius je bunyi nya kan?..huhuhu

Makan

So far, kami sama2 kena jaga diet yg betul. For me, sbb nk maintainkan my ideal berat skrg ni. For HB, mmg sgt2 kena jaga diet disebabkan dah ada record diabetes tu. Dlm diam2 bangga juga dgn HB yg dapat turun kandungan gula hanya dlm sebulan jer kontrol diet (manis2 food intake). For Inas, mmg kena folow selera makan dia..asal ada sesuatu yg dimakannya. Menu Inas tidaklah susah mana pun, peberet dia ailah nasi goreng telur ala2 cina, ayam drumnet goreng, nasi lemak ngan telur jer, nasi with masak lemak n telo dadar.....


Saya mmg suka memasak dan seboleh mungkin akan pastikan 3/4 masa makan adalah seleranya di rumah. Tapi, hobi dan minat kami sama iaitu "jln2 cari makan" versi kami la. Mmg byk koleksi pics ketika kami menikmati makanan di luar. Pasal mahak atau murah mmg patut juga diambil kira..biasanyakami akan comparekan setelah mencuba masakan di merat2 tempat itu.

Alhamdulillah, kalo bab makan..kami mmg x berkira sgt brp banyak pun RM yg kluar....rezeki kan harus dinikmati dgn setelusnya..:)

Pakai

Since saya dah byk berubah..(berubah bentuk fizikal ya...), so mmg layak la bertukar wardrobe :) . Baju lama mana yg leh pakai, mmg msh dipakai. Tak kan lah nk membazir pulak kan?..Dan baju2 baru juga harus dibeli...:). HB pula mmg x amik port sgt dan percaya pada saya tentang berbelanja tanpa had.Asal cukup belanja tuk makan pakai..sudah memadai. Dan saya pula, perlulah bijak membeli kan? Setakat ini, saya mmg x penah miss tuk singgah menyambar sepasang dua helai pakaian sekiranya hadir di jln TAR at KL. Kedainya mmg sgt murah...(bukan lagi berpatutan..tapi murah beb!)....anyway, thousand thanks to HB :)

HB lak pakaian nya simple sajer. Tak selesa memakai sluar slack. Koleksinya ialah jeans teruatamya jenama Levis. Mmg branded sikit dan pretty sure mahal kan tap berbaloi sebbnya dia hy akan berbelanja setahun 2 kali je kut..begitu juga dgn baju2nya..hy selesa dgn t-shirt kemana2...kemeja kdg2 jer. Yg saya cuak tentang dressing code HB ni..suka sgt la capai baju yg sama2 berulang kali...walaupun saya dh susun molek2 yg patut dicapai, tp yg susah dcapai...yg suka dipakai itu jugalah yg diamiknya.....huhh! Sudahnya, tiap kali kalo saya nk tgk dia pakai baju g dah lama tak pakai..saya akan amik kan siap2 tuk dia......(agaknya mmg mcm tu lah kan..perlukan perhatian dan layanan drpd saya...hehehehe)

Inas...byk jugak ler koleksi baju si comel kami ini. Mmg agak payah saya nk kontrol nafsu membeli baju2 Inas sbb kebiasaan baju2 kanak2 mmg sgt2 comel semua. Impian saya, bila lah agaknya dapat melihat Inas memakai gaun2 yg cantik....sabar yer, insyallah satu hari nnt. Ayah Inas pun x kisah juga kalo ibu asik2 duk telek2 je baju Inas kat mall...huhuhu

Bercuti

Mmg wajib bagi kami bercuti ni....Alhamdulillah, saya dan Hb mempunyai interest yg sama psl bercuti ni. Seboleh mungkin akan curi juga masa utk pergi bercuti..tak kiralah dimana asalkan keluarga kecil kami ini pergi bersama2....

Yang penting mesti ada bajet kan?...kalo tarak bajet, plan yg avoc pun tak guna...huhuhu dan nikmat bercuti pun tak terasa....sudahnya akan terasa rugi la pulak masa yg dah terluang tu....

Koleksi barang

Saya jenis yg boleh bertahan...bertahan apa yer?..untuk membeli sesuatu barang. Tunggu sampai ada bajet dulu, barulah boleh beli. Mmg x suka terburu2 sbbnya bila dah dapat brg tu saya akan jaga dgn sebetulnya. Msh ingat lagi...perlatan rumah kami beli sikit2. Asal berbaloi biarlah lambat pun dibelinya....umpama ketika mahu membeli sofa...nk yg Fella Design punya tau....hehehe, thanks again to Hb..

Next, saya mau wardrobe....mesti mcm pelik je bunyinya kan?..Since near 7 yrs kawin, mpy my lovely home..tapi wardrobe pun tarak!..huhuhu skrg ni saya hanya menggunakan pakai dgn sebijaknya almari bujang Hb dulu, set drawer dan juga rak ampaian baju. Tapi, lately mmg mcm nk sgt wardrobe...sbb muatan pakaian sdh seakan tdk boleh ditampung oleh tempat storage yg sekarang...

sabar menanti...kunjungan April ini...:)....
p/s:..pics tertera tiada kena mengena langsung dgn title entry ni...maap!...hehehhe

Friday, March 12, 2010

Learn something...

Lately slalu dok baca email automatik from imotivasi blog seseorang..(tqvm sbb sharing with me..)...Alhamdulillah, mmg byk menda yg dpt membuatkan saya lbh bermotivasi drpd yg sebelum2 ini....

Sgt2 stuju dgn pandangan yg diberikan....iaitu proses belajar bukanlah perlu didalam keadaan yang formal shaja. Yang menarik perhatian saya ialah....kita secara langsung dan tidak langsung banyak menda leh blaja drpd keadaan persekitaran dan sekeliling kita.

Kali ni, cuma nk sentuh drpd satu aspek....iaitu "apa yg kita boleh belajar drpd pandangan kasar kita terhadap perwatakan seseorang?"..bukanlah niat nk menilai org lain sbbnya saya juga akur...bahawa sebelum nk menilai org lain, kita patut nilai betul2 diri sendiri dulu....betul tak?...

Watak 1

Panas baran


Bila dia marah, mak aii...langsung tdk dpt mengawal emosi terutamanya drpd segi tutur katanya. Sungguh tersentak dan terkejut dgn setiap bait kata2 yg terkeluar itu...ibarat kata, maki hamun mmg dah menjadi kebiasaan ketika dia marah....fuhh!...

Tapi, bab2 menasihati org..bukan main pandai lagi....saya mmg agak tidak selesa utk mendekati kwn yg sebegini. Cukuplah sekadar, menjadi kawan..tapi bukanlah kawan rapat.....huhuhu

mode:..alhamdulillah, saya masih sedar dri ketika marah....msh dpt kawal emosi dgn baik...


Watak 2

Excited




Mampu kendalikan apa2 projek dan program dgn sewajarnya. Cuma kadangkala, sifat excited tu yg membuatkan org sekeliling boleh menggelengkan kepala dgn idea2 yg kdg kala gila2 juga. Tapi, tentu ada juga org2 yg td selesa dgn sikap excited nya itu....yg mungkin dianggap agak keterlaluan..mengada2..or terlebih sudu drpd kuah....ermmm, for me...ada baiknya kita jumpa dgn org2 sebegini krn biasanya mereka ini sgt bersungguh2 kalau membuat sesuatu perkara. Drpd ada yg membuat sekadar ala kadar sahaja atau sambil lewa....atau pun langsung x reti nk buat apa2....yang hanya tau duk goyang kaki jer....menyakit kan hati juga kan?...


Watak 3

Pemalas




Kenapa ada sikap mcm ni?...Keja umah x boleh nk buat. Allergik ke apa?...x kan la kain baju sendiri pakai...pun x boleh nk basuh, jemur, lipat sendiri? Pinggan mangkuk yg sendiri guna tu makan pun x boleh nk basuh sendiri...dannn, yg paling dashatnya...katil, bantal selimut yg digunakan sepanjang malam tuk tido berulit mimpi pun x boleh nk dikemaskan sendiri?....huhuhu, hodohnya rs perangai mcm tu...bukannya kita perlu buatkan seme keja ni tuk org lain...kan utk diri sendiri juga. Tapi kalo bab bergaya bila kluar umah, bukannya main alert lagi psl pandangan org pada kita....adahal, kalo jenguk umah...mak aiii..mmg leh berpinar biji mata punya!....

Mmg banyak saya temui situasi seperti watak begini....minta dijauhkan sebab watak ini adalah sgt2 negatif utk dipraktikkan......bila dah jadi tabiat, agak susah tuk ditanganinya....

Watak 4

Tidak reti "berbahasa"

Terang2 ketika dia susah, ada tangan yg menghulurkan bantuan. Tapi, langsung tidak tahu utk menghargai...bukanlah dminta utk dibalas...tapi sekurang2nya jgnlah sampai dianggap "tidak mengenang budi.."....:(

Watak 5

Play Safe



Tidak bersifat melindungi...lbh kurang mcm pentingkan diri sendiri juga. Tidak bagus untuk kesejahteraan hubungan diantara kawan mahupun ahli keluarga juga...Selalu nk elakkan drpd dipersalahkan sebenarnya...:(

Cukuplah dulu setakat 5 watak disekeliling saya ini....agak2nyalah, watak saya pula bagaimana erkk?...Perlukan org lain lak menilai saya ini.....mungkin En HB saya kut leh nilai saya ni dgn sewajarnya...huhuhuhu

Tuesday, January 26, 2010

Salam 1Malaysia....

Tgh duk hangat dengan laungan 1Malaysia skrg ni....nk share juga kisah 1Malaysia yg berlaku depan mata sendiri ni...
Kisah satu...
Bilik di hotel bajet (cina owner) telah dibook tapi last minit dicancel hanya krn kami lambat tiba oleh tokey amoi tu. Walaupun telah "merayu" dgn memberitahu keadaan kami yg datang dr jauh dan membawa my Inas untuk berubat kesana, tetap juga dgn sombongnya ditolak mentah2. My personal view, sungguh "tamak" amoi ni....x sabar tuk menanti kami yg sememnagnya akan sampai lewat hampir 12am disana..:(. Langsung tiada sifat bertimbang rasa tuk membantu atau pun cuba memahami situasi kami...sgt kecewa....sgt kechewa.....ohh, sangat kecewa..
Inikah semangat 1Malaysia kita?
Kisah dua...
Seorang pengawal keselamatan (melayu kita) di bank Maybank meninggikan suara kepada seorang pelanggan bank (cina) yang terkial2 tuk memasukkan cek menggunakan cek deposit machine (mungkin kali pertama). Sepatutnya, cuba membantu dengan sebaiknya....bukannya sambil marah2 dan manjatuhkan air mukanya didepan ramai pelanggan lain yg turut membantu....(rs cam nak "se*ak" jer pengawal tu....huhuhu)
sungguh saya malu rasanya dikatakan rakyat 1Malaysia...:(
Kisah tiga...
My Inas dibawah jagaan seorang kakak india di INTAZ. Alhamdulillah, walaupun bukan kaum melayu sendiri..tetapi keikhlasannya membantu memberi perhatian kepada my precious merupakan sebuah rahmat kepada saya. Kakak2 yg lain disitu (melayu) seakan buat (bukan semua) endah tak endah shj kepada my Inas spt cth:..kalau saya tiba sambil mendukung inas dan begnya, kdg2 kak Malika tiada (belum sampai atau ada keja lain)..tidaklah biasanya disambut di depan pintu itu...:(.
Dan saya, tidaklah lokek langsung untuk memberi "apa2" brg sekalipun padanya....bulan posa thn lepas, selainkami mensedekahkan sedikit brg2 keperluan kepada golongan yg kurang berkemampuan, saya juga ada hulurkan kepada beliau dan keluarga. Saya telah merujuk kpd yg berkenaan tentang niat saya, difahamkan..tidaklah saya mendapat pahala bersedekah (krn hanya tuk yg beragama islam shj) sekiranya saya memberikan kepada keluarga kak malika..tetapi niat membantu saya sbg seseorang kpd seseorang yg lain....harus juga dituntut...insyallah.....
dan...yg seterusnya, saya akan tetap perhatikan situasi 1Malaysia ini...nnt saya kongsikan lagi..to be continue....

Saturday, December 5, 2009

Forgive & Forget


Dalam hidup..saya percaya pada 2 perkataan ini "Forgive & Forget" akan membawa harapan yg baik utk satu2 keadaan. Bagi saya, memaafkan apa jua adalah jln terbaik tuk menyelesaikan satu2 perkara tanpa berlarutan panjang. Walaupun pada hakikatnya, kesan atau luka yg terpalit selamanya akan meninggalkan parut dihati..namun, itulah shj dgn cara memaafkan kita boleh anggap tidak perlu lagi memikirkan tentang perkara itu.....
Bak bait2 kata motivasi yg saya petik dr blog imotivasi (tqv for sharing)... "Jika kita mahu positif sepenuhnya, kena belajar jadi pemaaf dan lupakan walau nampak kurang adil bagi pihak kita..Saya dah memaafkan diorang dan memenuhkan minda saya dengan kisah-kisah orang berjaya agar semangat sentiasa menyala. Biar kita sibuk memajukan diri dan kalau boleh, lupakan sakit hati, rasa kurang puas hati atau geram. LET GO saja"

Perlu melupakan....let gone be by gone. Jgn sesekali duk mengingati lagi apa yg membuatkan kita tak suka utk mengenangnya.Biasanya, kalau msh lagi minda dan kepala dipenuhi dgn perkara2 lepas yg tidak positif...akan memberi kesan negatif kepada rutin harian kita...Hidup mesti selalu pandang kedepan..bukannya nk brjln kena pandang belakang....

Juga dr blog imotivasi (tqvm lg sekali)..."Melupakan saja apa yang membuat saya geram adalah penyelesaian terbaik, maafkan mereka, pastu GO ON mengejar matlamat kita"

Yang sebenarnya....jauh disudut hati, saya seorang yg mmg boleh memaafkan orang lain...tapi yg agak sukar bagi saya lakukan ialah utk melupakan....adakah mungkin krn saya mempunyai ingatan yg sgt kuat terhadap satu2 perkara? Kalau betul pun boleh lupa...saya tetap akan ingat juga sampai bila2....ermmmm....saya akan cuba melupakan..


Semoga saya dibekalkan dengan semangat yang kuat utk menghadapi segala mcm ujian, dugaan dan cabaran hidup...strong in heart, minda dan jiwa. Choose To Be Strong!
Related Posts with Thumbnails