Showing posts with label Aidilfitri 2010. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri 2010. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

Tetamu itu membawa rahmat

Sambutan dan meraikan Aidilfitri adalah moments yg paling indah. Mana taknya, masa nilah kita dpt jumpa ramai sgt sedara mara yang mmg selama ini payah benar nk bertemu muka. Maka sessi kunjung mengunjung antara satu sama lain pun mmg sgt meriahlah.....

Konsep Open House iaitu mengadakan jamuan makan-makan dengan menjemput rakan dan sedara mara mmg amat digalakkan. Seingat saya, kali terakhir kami benar2 mengadakan Open House ini ialah pada 3 tahun yang lepas. Mmg seronok dan puas hati sebenarnya sebab berpeluang menraikan tamu yang dtg bertandang dengan juadah yang macam2....Utk tahun2 yg lain itu, kami tetap juga ada meraikan tamu dengan hidangan dan juadah, cuma secara kecil2an sahaja.....Kenapa?....Tak dpt nak buat betul konsep Open House hanyalah kerana our precious...kesiankan dia sbb sepanjang hari..( lebih dr sehari sebenarnya) ibu dan ayahnya mmg wajib busy melayan tetamu, sudahnya dia tdk diberi perhatian....mulalah mood dia x menentu, lasak dan boleh jadi akan mengamuk2 juga mungkin krn mahukan tido yang selesa seperti biasa....

Aidilfitri tahun ini, ibu pula berbadan 2. Hampir genap 3 bulan baby dlm rahim ibu ketika sambutan Syawal kali ini. Walaupun ibu bersyukur sgt..alhamdulillah tiada gangguan dengan masalah morningsickness atau mabuk..tapi ibu sentiasa beringat utk tdk berpenat2an....Namun, hasrat mereka yg ingin berkunjung beraya kerumah tdk lah boleh ditolak begitu shj kan?....sebab kami mmg tahu, setiap tamu yg datang itu akan membawa rahmat kepada seisi rumah kami...insyallah.

Saya tetap akan cuba memasak dan sediakan juadah yg tertentu.....tapi, kalau saya rasa terbeban, seperti hari2 bekerja ada tamu yg ingin dtg bertandang, mmg terang2an saya tidak mampu utk ber silat dan berenyah di dapur siapkan itu ini. Kerana, dalam fikiran saya...bukan setakat mau melayan tamu itu sahaja yg di fikirkan....tetapi tentang pengurusan terhadap my Inas. Mungkin betul, dimata semua orang saya ini adalah seorang ibu yang kuat (agak sahaja)...serba serbi cekap menguruskan anak seperti Inas....tapi, agaknya pernah tak org terfikir, bagaimana susah senangnya saya dan ayahnya menjaga our precious sebaiknya?...

Siapa yg sudi bertandang ke teratak kami...terima kasih dan alhamdulillah krn sudi berkunjung. Serta terima kasih juga keraa memahami situasi kami....:)....Selamat Meraikan Syawal sehingga ke penghujung bulan....

Monday, September 20, 2010

Salam Syawal Aidilfitri 1431H

 

Setelah sebulan umat islam menjalani ibadah puasa, kini tibalah giliran untuk meraikannya di bulan Syawal yang mulia ini. Tahun ini, kami bertiga beranak ini memilih utk gayakan baju raya bertemakan warna oren sebegini. Sebenarnya, saya mmg sukakan warna yang ceria ini.....:)


Kali ini, baju si ibu dan anak kenit x gayakan corak baju yang sama. tapi kalernya tetap matchingkan....si ibu kali ini berpeluang utk gayakan baju kurung daripada kain sutera digital (dh lama x ada baju dari kain sutera, thanks to en hubby krn menghadiahkan kepada saya...heheheh) dan si anak comei ini pulak mengayakan baju ala2 arab gitu yang dibeli khas semasa kunjungan ke Jakarta tempohari. Dan...En Hb pulak, selesa menggayakan baju melayu yang pernah dipakai pada Aidilfitri 2 tahun yang lepas....katanya x perlulah buat baju melayu baru sbb yg ini pun msh nampak baru lagi......betul kan?....x perlu membazir...:)

Berjaya juga dptkan beberapa pose bersama...sbbnya our precious ni mmg sgt2 susah tuk bg kerjasama dgn pose yg cun ketika bergambar....dia bisanya sungguh excited sekali, maka habis berteraburlah fokus tuk dia memandang kamera...huhuhu


 
Tahun depan tema kaler apa pulak ehh?.....Rasa2nya dah tau nak kaler apa...hehehe
Related Posts with Thumbnails