Showing posts with label Kisah Inas. Show all posts
Showing posts with label Kisah Inas. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

Inas turns to 9YO - Happy Birthday sayang...

Kek beli ni...

Alhamdulillah......

Masih diberi peluang untuk melihat sidia ini gembira dan bahagia dengan caranya tersendiri...

Masih diberi peluang untuk ibu dan ayah menikmati rasa kasih sayang untuk anak ini....

Masih diberi peluang sentiasa mendekatkan diri denganNya agar diberi petunjuk atas usaha dan ikhtiar menggalas amanah mendidik anak ini....



Selamat UlangTahun ke-9 sayang Inas......Doa ibu, agar Inas sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan dan menjadi penyeri dalam keluarga ini. Ayah, ibu dan adik sayang ketat-ketat Kak Inas.....





Untuk buat rasa happy Inas...(yg sebenarnya lebih kepada nak buat ibu yang tamau ada rasa sayu), bertungkus lumus juga ibu siapkan cupcake ni dengan bantuan maid yang as always bersedia membantu tu. Kali ni nak guna kaler garang sikt...lebih nak nampak ceria kan?....(*_*)




Kalaulah Inas memahami semua ni, mest dia happy sangat kan?....teruja entunya bila tiap kali ulangtahunnya ibu mmg beria nak buatkan dia kek...ayah beria nak ajak atuk n tukma makan besar diluar....ibu  atuk excited nak bergambar sakan......


Tapi dari reaksi kak Inas...ibu tahu yang kak inas faham dan excited juga sebenarnya. Lebih2 lagi bila dengar lagu Happy Birthday....sungguh dia ceria gelak sakan........

Ceria dia tengok adik Iman dia duk bersakan main kat playground....(*_*)

Apa pun dugaannya.....Inas tetap anugerah terindah. Syukur Alhamdulillah.....

Friday, October 5, 2012

Kerana dia anakku


Bila hadir bergaya dengan stroller mahal ni....ramai rupanya orang perasan that stroller ni bukan yang calang-calang punya...

Soalan biasa ditanya :
1. Beli kat mana stroller ni?...Beli online dari US, google sana sini dan akhirnya dapat jumpa yang sesuai macam ni
2. Berapa harga?...RM6k++, terus sampai depan pintu rumah dalam 20 hari bekerja....titik!

Yang tulisan merah tu adalah jawapan yang kami berikan.

Reaksi susulan mereka setelah mendengar jawapan kami :
1. Tak pe lah mak ayah dia banyak duit....Alhamdulilah, setakat ni memang rezeki sentiasa ada untuk anak ini
2. Kenapa susah payah beli jauh-jauh....kat Malaysia ni tak ada ke?..TAKDE, kalau ada kami pun tamau susah payah order dengan pihak yang tak penah berurusan, apatah lagi nak bertemu mata
3. Bayar sendiri ya?..Kenapa tak minta bantuan dari mana-mana pihak?.....Bagitau kami, berapa banyak pihak yang betul-betul telus boleh bantu tanpa mengira kepentingan itu ini?....Sudah 9 tahun kami berdiri atas kaki sendiri tanpa dapat pun bantuan dari mana-mana yang kononnya dikatakan ada peruntukan untuk mereka ini hanya kerana disebabkan jawapannya : 

1. Tak layak sebab kedua-dua ibu bapa bekerja
2. Tak layak sebab pendapatan isi rumah lebih RM3k
3. Tak layak sebab tanggungan keluarga tak ramai....

Huhhh!.....


Kalau anda ditempat kami, adakah perlu melarat selamanya hanya untuk nak tunggu bantuan jatuh ke riba? 

Kerana dia anankku...maka berusaha dan ikhtiarlah tanpa henti untuk memberikan keselesaan dan kebahagian kepadanya tanpa mengharapkan perhatian dari orang lain... Insyallah.....

Sunday, September 23, 2012

Allergik susu rupanya

After taken a long time.....barulah saya mendapat idea apalah puncanya my Inas asik2 cirit birit ni...?...Dah hampir 4-5 hari dia mcm tu, sehinggakan hampir 5 kali sehari dia cirit birit yang dashat, sampai abis meleleh keluar.....Kdg2 boleh jadik ayah stress x ingat apa sbb asik duk ulang alik kena cucikan....ermmm....



Semua tekaan meleset sama sekali......
~ Ayah meneka kononnya punca daripada air minum...dibelikan air mineral berbotol2...ermmm, tapi still jugak CB tuh...(kalo punca air, mesti si adik iman pun sama jugak kena CB kan...?...Tapi iman ok ajer...0

~ Kemudian pastikan botol susunya dibasuh dengan cermat....ermmm, sama jugakk...CB lagi...

~ Ibu pastikan sediakan meal tuk inas yang fresh...tamau yang beli diluar dan jugak makanan yang disimpan kemudian dipanaskan....ermmm tapi tetap jugak CB

Last teka.....
Mungkin susu brand Mead Johnson Enfakids yang mmg my precious minum dari baby tulah yang menjadi puncanya?....Mungkin betul...sebab ibu tetiba ajer teringat citer kwn opis yg anaknya kena warded sbb CB tatau apa apa puncanya....at last Doc suh try tukar susu base Soya, n mmg ternyata CB akibat alahan dengan susu formula base lembu tu.....huhhh!...pantas sajer saya pun kekedai mau belikan Inas susu base Soya juga...

Dannn....mmg tepatlah ini juga yang menjadi puncanya. So, try susu Isolac Similac for 1-10yrs ni...boleh tahan jugaklah harganya....tapi hanya plan nak try for 2wks sajer dulu, lps tu akan turn back pada susu Enfakids tu, harap2 x berulanglah kes CB pada inas...

Tapi...Kalau masih berulang juga CB tu mcm mana?.....Ermmmmmm

Monday, September 10, 2012

Saving plan for my kids


At last, lega bila dah settle menabungkan duit raya for my kids. Prinsip kami, amatlah penting mengamalkan sikap menabung daripada awal. Banyak faedahnya kan terutamanya tika kos hidup sekarang makin lama makin tinggi deh....huhh!

Selain dari ASB yang dikatakan tiada risiko bankrap ni....kalau menabung di akaun Tabung Haji pun bagus juga. Insyallah nnt kalau ada rezeki nak juga buka akaun mereka di TH. Sekarang ni, duit simpanan anak2 ada kat 3 akaun dah. Mula di saham B.Rakyat, kemudian ada di Koperasi permodalan Felda dan seterusnya di ASB ni...

Alhamdulillah.....aminnn.

Note: Terima kasih kepada mereka yang bermurah hati memberikan duit raya kepada my kids. Semoga Tuhan memurahkan lagi rezeki kalian....aminnnn

Monday, August 13, 2012

Tertunai hasrat untuk si dia ini...

Bergaya gitu....So my precious ni pun nak jugak jadi model, now sangat sesuai untuk menjadi model nagi Stollet Trotter Mobility yang baru jer dirasmikan ini....

Alhamdulillah, setelah ampit 1mth++ menunggu, akhirnya special Stroller ni sampai juga ke depan pintu umah ramai. Macam x percaya kan, dalam rasa tak yakin saya...tetap juga google dan order serta terus ajer buat payment pembelian online stroller ni. Mesti ramai yang argue "Ehh!...tak takut ke kena tipu?.."  "Berani yer awak beli online barang mahal macam ni..."...Yerrr...harga keseluruhan untuk Stroller ini sampai didepan pintu rumah ailah bersamaan dengan 2x gaji kasar ibunya ini....ok titik!!...

Ermmm, kalau anda ditempat kami, apa pilihan yang anda ada untuk mendapatkan Stroller yang sesuai dengan keperluan our precious ni yang mmg sah-sah TIADA boleh didapati di negara Malaysia yang tercinta ini.........(^_^)

Wahh..steady sungguh our precious siap duk bersila comel lagi....:)

Duit bukanlah persoalannya...yang penting our precious selesa dan tidak hanya melepak di rumah sahaja, dia juga perlukan persekitaran luar untuk membesar.....kan....?

Tuesday, July 10, 2012

DONE booking!...

Booking apakah?....
Kalau DONE booking pasal tiket flight ke....hotel / resort ke...kan ke nyaman best ajer kan..kan..kan...?...hehehe

Tapi ni sebenarnya al-kisah booking sesuatu yang penting sesangat istmewa buat our precious Inas....Kali pertama berurusan untuk membuat tempahan dan membeli daripada especialneeds.com salah satu syarikat international bagi pembekalan peralatan bagi keperluan khusus unuk golongan2 istimewa. Bukan mudah bagi kami mendapatkan peralatan yang setepatnya kalau sekadar sekitar di Malaysia. Mujurlah dengana adanya kemudahan internet sekarang ni, maka pencarian dan peluang untuk mendapatkan info terbuka luas buat kami.

Harga asal bagi pakej standard ialah usd1172, tapi kami ada add on beberapa lagi accesories yang lain (seperti dalam pic)

Sebenarnya, dah hampir 2 bulan lebih kami membuat pencarian perincian maklumat sebelum membuat keputusan nak membeli Stroller untuk Inas ni. Ini adalah salah satu wishlist saya untuk tahun 2012 ni demi untuk keselesaan Inas. Memandangkan urusan pembelian ini adalah dengan syarikat di luar negara, maka isu bajet adalah sangat2 penting untuk diambil kira....Namun Alhamdulillah, rezeki anak seistimewa Inas ni sentiasa ada bahagian untuknya...

Yang menariknya tentang syarikat ini, urusan untuk komunikasinya adalah mudah. Saya hanya berkomunikasi mendapatkan maklumat melalui live chart bersama staff dari sana dlm tempoh working hours nya. Kemudian, diselang selikan dengan email apa2 shaja file yang diperlukan seperti quotation / invoice. Dan, untuk membuat tempahan serta pembayaran juga semudah melalui chatting session itu sahaja....Total kos yang dibayar ialah usd1780 = RM5720....

Sekarang, kami hanya sabar menanti product yang diorder itu sampai ke tangan. Kalau semuanya urusan berjalan dengan lancar, dalam tempoh 15 hari bekerja insyallah Inas telah pun mempunya stroller yang baru lebih sesuai dengan keperluan dia sekarang. Harapan besar saya, setelah mengumpul maklumat selama 2 bln lebih ini, stroller yang bakal dietrima itu benar2 memenuhi keperluan spesifikasi Inas......sayang Inas sangat2...muahhh!

Tak sabar nak tunggu ni......

Tuesday, June 12, 2012

DIA yang tak seperti biasa...

Lepas baik daripada demam last 2 wks, inas punya reaction x mcm biasa. Ye ke?...ermm tatau nak describe mcmana, tapi mmg rasa mcm dia x mcm sebelum demam tu lah....

Dia mcm x aktif ajer seperti dia yang biasa...kenapa yer?...Kdg2 saya peratikan dia asik mengantuk ajer....asik2 dia mcm nak tido ajer....nak kata kut2 dia mengantuk sbb makan ubat, dah x ada dah ubat yang diberi selain ubat tuk kawal fit tu...itu pun kami dah kurangkan dosnya semenjak amik Transfer Factor (alhamdulillah, since amik TF dah near 8 bln x ada serangan fit tu....moga2, berkekalan selamanya free daripada fit tu..)

Bila mcm ni, kdg2 timbul rasa menyesal bila time penah tinggikan suara pada Inas....bila mana ada masa2 tertentu dia buat saya huru hara melayannya dan juga si adik. Bila dia senyap mcm ni, saya pulak rasa pelik dan x selesa...rasa mcm tak seperti biasa pulakkkk.....So byk kali dah juga saya tanya "Kak Inas ni kenapa....?... merajuk apa?.... lapar ke?..... ngantuk ke?..... letih ke?... sakit kepala ke?"..dan cium serta peluk dia berkali-kali. Sesekali dia senyap membatu....sesekali dia tersenyum manis.....betul2 buat hati saya cair...secair2nya.....

Ye lah kan....
"Kalau lapar tak pandai nak minta....kalau sakit tak pandai nak bagitau....kalau sedih tak siapa yang tahu....."
Ya Allah, kurniakanlah kelapangan dan kegembiraan buat anak ku ini, ku mohon agar peluang untukkan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain....Aminn...

Kak Inas...cepatlah seperti biasa, ibu rindu gelak tawa dan riuh rendah bersama Inas. Ibu rindu Inas mcm dulu....

Monday, June 11, 2012

Sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2......

Lately sebulan dua ni mcm boleh je nak kata 'bulan melayan emosi' pada saya. Ermm...kalau nak dikata saya mengeluh ke?....saya cuba untuk tidak seperti itu kerana saya sedar masih ramai lagi org yang diluar sana diduga dengan ujian yang lebih lagi.....Maka, setepatnya kita harus bersyukur...ye bersyukur dengan apa seadanya yang kita ada...

Life is up & down.....yer saya setuju dengan quote ini. So, sebagai hambaNya...kita mesti ada perancangan untuk mengatur hidup dengan sebaiknya, walaupun kita patut akur yang ketentuan akhirnya adalah datang daripadaNya....

We luv u so muchh kakak.....

Masalah siapa nak jaga my Inas for day care dah 'hampir' selesai. Alhamdulillah....urusan kami benar2 dipermudahkan olehNya. Hasil pencarian saya bertanyakan kesana kemari, akhirnya saya dipertemukan oleh Kak Bedah (babysitter kwn ofis) yang memperkenalkan saya dengan Cik Ani (jiran Kak Bedah). Walaupun ada rasa x selesa mungkin kerana Cik Ani asalnya dr seberang juga (Indonesia), tapi dia telah lama duduk disini...hampir 15 tahun juga kerana telah berkahwin dengan orang disini....so saya perlu berprasangka baik dan berfikiran positif. Hal bagaimana cara kesesuaian maid saya bersama dengan Cik Ani itu, akan saya jelaskan dengan baik2 kepada kedua2 mereka....semoga semuanya baik2 sahaja, saya tawakkal dan redha.....sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2 -> Itu perihal jagaan Inas

Jagaan Iman terbaik diberikan.....

Maid saya kalau nak diranking pada keseluruhannya boleh lah diberi 7/10 markah. Apsal x boleh nak p lagi markahnya?.....Ok, jelasnya..kalau part buat kerja umah dia ada kurang 1 markah disitu....cuma ada sikit yang sering kena peringatkan dia, seringkali dia terlepas pandang tuk mencuci kotoran habuk yang jarang2 ada, contohnya debu atau habuk yang ada pada plug elektrik, bawah alas pinggan mangkuk, besen mandi iman dan ext...biasanya saya selalu kena tegur dan suruh....itu je lah, yang lain2 part keja umah ok2 ajer. 1 markah kurang yg seterusnya ialah...dia ni selalu mcm ada konflik gaduh ringan ngan suami dia kat sana. Ada je mcm2 hal atau isu yang timbulnya...yang bisanya akan menjejaskan air mukanya, bila dah mcm tu sure lah saya pun rimas melihatnya...:(...part itu mng saya x akan amsuk campur!! 1 markah hilang yang terakhir ialah, saya dah tersilap lebih2 mcm closed dengan dia sehinggakan apa shj perkara mcm nak duk bercerita ngan dia juga. Ermmm...mmg silap besarlah saya mcm tu kan, bukannya apa...saya ni mmg jenis yang suka bercakap..bercerita dengan sesapa ajer...sehinggakan dengan bibik pun nak ber chit chat itu ini itu ini....haihh!, sudahnya saya juga yang rasa kurang selesa sekarang ni kerana adakalanya saya rasakan yang maid ini kdg2 mcm 'lawan tokey' untuk memutuskan kata.....ibarat mcm, kdg2 dia pulak yang buat keputusan (hal2 yg kecik aje)....walhal, patutnya dia hanya perlu patuh saja kan?.....ermmmm.....sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2 -> Itu perihal maid

Love u till end of my life....

En Hb punya treatment Hep C nya msh tergantung begitu shaja. Saya sorang yang duk risau atau dia pun turut risau sama mmg saya x pasti. Dulu pending menantikan ubat yang belum sampai, sekarang pulak ubat dah sampai tapi x de pulak geran support utk kosnya yang hampir seratus ribu tu...blurr! (-_-)....Sudahnya, still pending lagi nk tunggu vaksin pulak. Doc pakar pulak asik2 hanya duk monitor blood testnya yg hanya kejap naik..kejap turun...gitu je ke?...Dalam hati saya, risau kalau keadaan kesihatan hubby akan merosot secara pelan2 nnt....Sekarang ni mmg nmpk mcm under control, tapi tak kanlah x de ikhtiar apa2kan?..Org kata "sediakan payung sebelum hujna"..tak kan bila dah mcm serius br nk gesa2 cari rawatan kan?...risau akan sanggupkah beban uruskan keluarga especially anak2 kecil saya 2 org tu digalas atas bahu saya seorang sepenuhnya?......Kalau saya duk berpikiran jauh, mmg saya akan rasa takut.....Tapi, harus berfikiran positif dan usaha + ikhtiar juga kan....?...Sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2.....!- Ini perihal kesihatan En HB

note 1: setiap ujian yang dikirimkan melalui anak ini, kami sambut dengan rasa penuh tanggungjawab dan syukur, sebagai tanda peringatan untuk lebih mengingatiNya...
note 2: semoga segala layanan baik yang diberikan kepadanya, dihargainya
note 3: masih sabar menanti bila agaknya mahu dicuba rawatan Al-jabbar tu...(-_-)

Wednesday, May 30, 2012

My precious demam

Jarang sekali my precious Inas demam. Last time demam yang kena amik antibiotik rasanya 2 thn lepas, kalo demam takat sehari dua makan ubat demam biasa tu pun my precious ni sgt jarang. Sama jugak ngan batuk dan selesema....jarang sekali berlama2 ada pada my Inas. Kalo masa dulu2 kena serangan fit pun, demam kejap sehari lps tu dah ok balik......

Tapi, this time demam dia berlarutan pulak...tapi alhamdulillah sebabnya suhu takat sekitar 37-38 darjah je. Cuma yg x berapa bestnya sbb berlarutan lah tu sehingga kena amik antibiotik. Masuk hari ni dah hari yang ke 6 dia demam. Doc paed ckp, demam selsema batuk biasa ajer. Mungkin penangan main air masa kat Sunway Lagoon minggu lepas, dengan keadaan cuaca panas pi jugak duk celupkan dia dalam air tu. Lagipun mmg dia demam dulu (2 hari sebelum) nak ke Sunway Lagoon tu....

Bila malam, ibu lah yg kena extra care, kejap2 bangun tgk dia...rasa badan dia...lap2kan dengan kain basah....risau juga kalau serangan fit nya itu dtg ketika tengah mlm, kang x sedar mmg bahaya lah. Bila dah amik Transfer Factor ni, alhamdulillah hampir 8 bln dah Inas free daripada kena serangan fit tu. Semoga terus kekal free selamanya. 2 mlm berturut ni pulak ayah keja malam, so mmg ibu berpinar lah mata dan berdenyutlah kepala x berapa nak boleh lena tido. My Iman pulak as always, kejap2 terjaga....mintak juga dilayan tepuk2...huhuh, mmg rasa sungguh2 mencabar.... 

Cepatlah sembuh Inas....

Tuesday, May 29, 2012

Mood swing

Betul2 tatau nak describe how do i feel now....gara2 mendapat 2 berita yang berbeza rasa tuk diluahkan....yang pasti kedua2 berita ini mmg berita yang ditunggu2 oleh kami. tak sangka pulak kedua-dua berita ni muncul serentakkk!.......

Kalau diberi pilihan, mana satu berita yang nak kita tau dulu....yang baik dulu ke yang tak baik?....Dan saya, tdk sempat nak berfikir panjang ketika itu, ter pilih tuk mengathui berita yang x berapa nak best dulu......:(

Bad news : "Menolak rayuan penjagaan......", begitulah bunyi perkara surat yang ada dalam sampul kuning tu. maknanya kandungan rayuan berkenaan untuk menempatkan my precious itu yang saya murnikan dengan begitu jelas tidak diluluskan oleh pihak INTAZ. Apa yang boleh kami perkata kan lagi......? Ini semua ketentuan daripada Allah Taala, mungkin ada rahmat disebaliknya....Dan saya, seboleh mungkin akan tetap nampak tabah dan kuat seperti 8 tahun yg sebelum2 ini......

Walaupun pada hakikatnya, hanya Tuhan yang tahu apa yang sedang bergelodak didalam hati kami ni....

Gud news : Tuntutan daripada syarikat insurans berkenaan dengan proses refinance loan rumah sudah pun cek nya berada didepan mata. Jumlah yang diterima diluar jangkaan kami. Alhamdulillah......rezeki segalanya dari Allah Taala....

Tapi, rasa excited dengan gud news yg diterima itu telah pudar dengan seadaanya bad news yang diterima itu.

Maknanya, Tuhan mahu lihat kami lebih berikhtiar dan berusaha menangani....Demi Inas, kami x akan mudah patah semangat. Nyah segala hasutan negatif yg ada dlm pikiran ini......

Tuesday, May 22, 2012

Hari Ibu dan Hari Guru di PDK

Kali ni kami dijemput untuk memeriahkan program sambutan Hari Ibu & Hari Guru di PDK our precious. Dan saya seboleh mungkin cuba untuk menghadirkan diri....mmg dah pasang niat untuk seboleh mungkin akan melibatkan diri dalam apa jua aktiviti & program yang berkaitan dengan Inas....Insyallah....!





Banyak acara yang dijalankan. Semuanya membuatkan anak2 istimewa ini ceria dan nampak keriangan pada wajah mereka.....termasuklah my Inas juga, excited sgt2...


Inilah kakak aka cikgu2 di PDK ini, jasa mereka menjaga & membimbing anak2 ini sangat besar, juaan terima kasih buat mereka...hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka.....

Dan..ini hadiah yang ibu dapat.....



Inas sedang nak meletop kan belon itu....:), excited sgt diaa..

Thursday, May 17, 2012

Terharu.....

Kisah Mother's Day...

So touching my feeling bila dapat kad ni (yang direka khas oleh kakak di PDKInas) ....buatkan saya menitiskan air mata seketika. Walaupun pada hakikatnya ini bukanlah coretan sebenar daripada Inas, tapi saya pasti kalau Inas seperti kanak-kanak yang lain mmg inilah yang dia akan ucapkan buat saya. Bila saya baca kad ni, terus ajer saya pandang Inas....peluk cium dia berkali2, dan dia seperti bila mengekek gelak, comell sangat dia....

"Happy Mother;s Day ibu"...simple aje ayat yang tiba2 dituturkan oleh En HB sambil menggenggam erat tangan saya membuatkan saya tersentak dan merasa terharu menyelip didalam hati.Saya balas dengan senyuman yang semanis mungkin....(gaya tersengih ye jugak...hehehe)....Ye saya seorang ibu yang melahirkan 2 orang anak prematured. Seorang istimewa dan seorang lagi tipikal. Alhamdulillah, ini rezeki dari Tuhan buat saya merasai dan menikmati erti sebenar rasa seorang ibu. Walaupun dengan cara yang berbeza dengan ibu2 yang lain, tapi sekurang2nya saya berpeluang untuk menjadi seorang ibu....yang diperlukan oleh anak2 saya untuk dikasihi dan disayangi dari lubuk hati yang paling dalam....

Kerana.....sekeliling saya, masih ramai kawan2 atau ahli keluarga sedara mara yang masih mendambakan gelaran 'ibu' ini....(masih belum dikurniakan rezeki cahayamata)...nilai rasa seorang ibu mmg tiada kata yang dapat digambarkan...

Kisah Teacher's Day

Ini memang kebiasaan saya tiap2 tahun menyediakan cenderahati untuk "kakak2 cikgu" Inas di sekolah. Rasanya ini bentuk hadiah yang plg simple penyediaannya tapi cukup untuk membuatkan cikgu terharu kan...?.. Bagi saya ibu yang menyediakan cenderahati ini buat "kakak2 cikgu" tu, turut juga rasa terharu dengan tema hadiah ini....."Selamat Hari Guru"....tak ternilai jasa mereka yang sanggup melayan dan memberi perhatian kepada seorang anak yang istimewa begini,,,,

Terima Kasih Cikgu...diatas segala kebaikan dan jasa yang diberikan kepada Inas...

Wednesday, May 9, 2012

Borong sakan wehhh!

Tu diaaa......mmg wat pejam mata je borong seme nih. Tak selalu berkebetulan dapat bertembung ngan special price mcm ni. Beza dalam Rm10 setin ni (harga asal kalo yang Iman Setin near RM100++, yang inas near Rm90++) dah dikira sgt berbaloi kalo beli terus sekali harung cenggini. Tapi biasanya, kat Giant n Carrefour aje yang ada tin besar.....so mmg kena cuba2lah pegi window sopink dah jengah harga...kalo bernasib baik....mcm sekarang ni lah......

Insyallah, selagi terdaya dan mampu, kami akan tetap bekalkan anak-anak ini dengan susu yang terbaik. Walaupun ternyata benar harganya mahal, tapi demi sesuatu yang terbaik dan berkualiti...kami akan sanggup berkorban. Lagi pun, kalau kami boleh spend Rm tuk menda lain, tak kanlah keperluan zat untuk anak2 tak boleh kan?...Tak gitu ayah???.....(kannn...sanggup kan aje sebab rokok pun ayah x sanggup tinggal...kan..kan ..kan...?

Hai.....cakkkk!

Friday, May 4, 2012

Akhirnya.....dimaklumkan!

Perkara yang kami cuba elakkan untuk dimaklumkan telah pun disampaikan....:(
......................................................
...........................................
.............................
...............
.....
..
..

Membuatkan kami sugul......:(

Membuatkan kami senyum yang dibuat2....:(

TAPI.....

Kami tak akan duduk diam sahaja

Kami tak akan mudah menyerah kalah

KERANA....

Kami tahu masih ramai yang ingin membantu....

Kami tahu bahagian rezeki memang tetap akan ada untuk nya.....

Kami yakin Tuhan itu yang lebih berkuasa menetapkan sesuatu......


INSYALLLAH....

Kami tetap akan terus berjuang demi sebuah kehidupan yang baik untuknya...

Kami tetap akan tabah seperti 8 tahun yang sebelum ini.....

Kami tetap akan sabar dengan setiap ujian yang mendatang....

DOAKAN kami......doakan anak kecil yang tidak berdosa ini.....

Semoga Inas sentiasa dilindungan dan diberikan seribu rahmat daripadaNYa.......Aminnnn!

Saturday, March 31, 2012

Indahnya percaturan Allah


Sedari awal, ibu dah sedia maklum…..ibu dah faham yang anak-anak ibu ini perkiraan umurnya "lambat" daripada yang sepatutnya. Dah lahirnya ke dunia ni pun awal kan….so patutnya perlu diteliti perkembangan mengikut umur sebenar….


Alhamdulillah….dalam tempoh seminggu lagi, my IMAN WAFIQAH akan mencicip umurnya setahun yang sebenarnya (dengan umur zahirnya 14 bulan++). Setakat ini, dia membesar tanpa sebarang masalah….tepatkan, percaturan Allah itu yang terbaik..walaupun pada awal2 kelahirannya sungguh dramatik dalam diari hidup seorang ibu ini…
  • Hanya sempat menghuni di alam rahim ibu selama 29 minggu sahaja
  • Menjengah dunia didalam kereta tempatnya
  • Berat lahir hanya 1.35kg
  • 66 hari menghuni rumah di hospital
  • Sering muntah susu pada 3 bln yang pertama umurnya
Dan sekarang…
  • Sedang seronok belajar bertatih
  • Merangkak laju kesana kemari meng 'explore' apa sahaja (setelah buleh duduk sendiri dahalu)
  • Mulut bising dengan bahasanya sendiri
  • 7 batang gigi dengan berat 8.6kg, percapaian kenaikan berat yang stabil dan cemerlang sebenarnya
  • Tau merajuk bila dimarah manja
  • Seminit pun x duduk diam……haihhh! 

Pada kami yang belum ada pengalaman pekembangan anak normal ini, mmg terasa sungguh2 manisnya setelah melalui kepahitan susah pada satu ketika dulu. Tapi tidak bermakna kami kesal dengan adanya kehadiran si kakak Inas dalam hidup kami. Dalam dia, secara tersiratnya…segala bentuk rezeki yang kami ada hari ini mungkin juga kerana dikurniakan anak istmewa sebegini. Alhamdulillah…..kami patut dan harus sentiasa bersyukur kerana menjadi insan terpilih mempunyai anak istimewa ini. 


Kami sayang sungguh-sungguh kamu….INAS FANSURI. Semoga Tuhan sentiasa merahmati kamu dan kita sekeluarga…..aminnn!

p/s: X sabar nak bagi hadiah kat kamu yer Inas……. sabar... sabar….:)
Related Posts with Thumbnails