Sedari awal, ibu dah sedia maklum…..ibu dah faham yang anak-anak ibu ini perkiraan umurnya "lambat" daripada yang sepatutnya. Dah lahirnya ke dunia ni pun awal kan….so patutnya perlu diteliti perkembangan mengikut umur sebenar….
Alhamdulillah….dalam tempoh seminggu lagi, my IMAN WAFIQAH akan mencicip umurnya setahun yang sebenarnya (dengan umur zahirnya 14 bulan++). Setakat ini, dia membesar tanpa sebarang masalah….tepatkan, percaturan Allah itu yang terbaik..walaupun pada awal2 kelahirannya sungguh dramatik dalam diari hidup seorang ibu ini…
- Hanya sempat menghuni di alam rahim ibu selama 29 minggu sahaja
- Menjengah dunia didalam kereta tempatnya
- Berat lahir hanya 1.35kg
- 66 hari menghuni rumah di hospital
- Sering muntah susu pada 3 bln yang pertama umurnya
Dan sekarang…
- Sedang seronok belajar bertatih
- Merangkak laju kesana kemari meng 'explore' apa sahaja (setelah buleh duduk sendiri dahalu)
- Mulut bising dengan bahasanya sendiri
- 7 batang gigi dengan berat 8.6kg, percapaian kenaikan berat yang stabil dan cemerlang sebenarnya
- Tau merajuk bila dimarah manja
- Seminit pun x duduk diam……haihhh!
Pada kami yang belum ada pengalaman pekembangan anak normal ini, mmg terasa sungguh2 manisnya setelah melalui kepahitan susah pada satu ketika dulu. Tapi tidak bermakna kami kesal dengan adanya kehadiran si kakak Inas dalam hidup kami. Dalam dia, secara tersiratnya…segala bentuk rezeki yang kami ada hari ini mungkin juga kerana dikurniakan anak istmewa sebegini. Alhamdulillah…..kami patut dan harus sentiasa bersyukur kerana menjadi insan terpilih mempunyai anak istimewa ini.
Kami sayang sungguh-sungguh kamu….INAS FANSURI. Semoga Tuhan sentiasa merahmati kamu dan kita sekeluarga…..aminnn!
p/s: X sabar nak bagi hadiah kat kamu yer Inas……. sabar... sabar….:)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...