Showing posts with label my work. Show all posts
Showing posts with label my work. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

Msc Adobe Training for Trainer

Tetiba ajer...saya terpaksa menjadi pengganti kepada oarng lain yang x dapat nak menghadiri training ini. Mmg pada mulanya mcm minat nak join...lps tu mcm x boleh pulak nak join...lepas tu tetiba boleh pulak nak join....So saya ikut ajerlah, lagipun skrg students tgh bercuti dan dalam hati kata "ok jer lah buleh buat topup dalam assessment KPI nanti...ahaksss!"...

Honestly speaking, saya mmg tatau apa2 pun pasal Adobe ni. Cuma yang membuatkan saya suka nak join training adalah kerana ada minat....tapi x pandai pun...hehehe. So baguslah kan join training ni.....

Dapat free buku, seronok sangat...lepas tu belajar menda baru secara free...sapa tak mau kan?.....

Friday, July 6, 2012

Kudapan bagus tuk diet

Ni biskut favourite saya....mesti wajib ada stok kat dalam laci di ofis. Biasanya mmg beli sekotak besar cengini, biaa dapat beli kat Pasaraya Cowboy...

Baca kandungan nurisi dengan betul. Ohh mmg sgt bagus tuk yang nak berdiet. Dan saya mmg akuinya. Since saya diet bersama HL, mmg biskut ni menjadi pilihan utama snacking tuk saya makan. Kalau makan 3 keping dah terasa mcm penuh je perut......Alhamdulillah....mmg sgt membantu tika perut saya berbunyi pada masa yang x sepatutnya...hehehe


Sajer nak tempek gak pic workstation saya....Nampak x mana saya letak stok2 biskut ni?.....Dalam laci daaa.....Ehh,nampak tak botol F1 HL saya tu....?..:)

Ni mmg direct erus depan mata atas meja saya......

Thursday, June 21, 2012

Musim S.I.B.U.K sudah kembali...

Yer betul...begtulah bunyinya tajuk entri post kali ini....

Bila semester baru sudah bermula, makanya rutin kerja saya sudah back to normal as a seorang lecturer...

  • Study for preparation before masuk nak mengajar
  • Buat soalan kuiz + ujian
  • Semak hasil kerja pelajar, berchinta sungguhlah nak abiskan keja marking paper mereka tu....huhu
  • Hadiri meeting itu...meeting ini...
  • Kena tengok anak-anak PA (Penasihat Akademik) dibawah pemantauan saya
  • Hadiri bengkel sana..bengkel sini....
  • Buat laporan itu..laporan ini....
  • Updatekan profail mengajar dengan apa2 setails yang sepatutnya.....
Fuhhh!...bila dah balik umah sampai kul 6pm mmg sebenarnya energy dah tingal cuma 30% ajer lagi..... Sambung lak wat  masak for dinner dan layan anak2..... makanya, bila sampai masa letak kepala atas bantal mmg betul2 penatnya punya tau....betul penat, ehh kan kalau PENAT bukannya boleh ditupu-tipu...ye dakkk?

Saturday, May 19, 2012

CompTia visit


Kami menyambut ketibaan tetamu daripada CompTia. Mengalu-alukan kedatangan pihak ini atas urusan kerja...






Perbincangan dan kata sepakat cuba untuk dimurnikan dengan baik. Mudah-mudahan akan dapat terjalin kerjasama antara kedua belah pihak...


Semoga cadangan dan usaha dari pihak fakulti kami ini akan emmbuahkan hasil...Insyallah...

Thursday, April 19, 2012

Operasi pindah randah


Sedih nak tinggalkan meja ni....:( (groundfloor)

Seme org tengah bz tahap gaban bergotong royong kemas brg2 sendiri....

Mcm baru shj dilanda tsunami....


After near 7 yrs here (new building, corrected age keja sini dah near 10yrs), this time kami kena berpindah randah secara operasi besar-besaran. Memang pada mulanya kami msg2 rasa macam x suka ajer, pada saya excelli bukan tak suka tapi sebenarnya sedih nak tinggalkan workstation yang dah sebati dan serasii dengan jiwa kerja saya ni. Tapi apakan daya, fikir positif sahaja…..moga dengan kawasan "rumah baru" ini akan membuatkan mood bekerja menjadi lebih bagus…..kan..kan..kan….

Amik napas seketika......

SUPERB TIRED!.....

Sungguh….confirm byk kalori saya yan terbakar hari ini. Yang paling hebat kerahan tenaga pastinya kami lah, dari ground floor naik ke 1st floor. Fuhh!....kalo x silap lebih dari 10 kali saya naik turun tangga mengangkut barang2. Ye lah kan…..keja dag nak masuk 10 tahun…confirm dah brg2nya byk sangat kan…….
Sebelum....

Selepas....


Bila berkemas2 bersungguh ni...jumpa 3 siri my kad ni selama bekerja disini hampir nak 10yrs++....

Biasanya kalau pindah masuk rumah baru, confirm berbunga-bunga dalam hati kan…..Tapi, lain pulak dengan kami ni…sungguh rasa lemau ajer :(


t.h.i.n.k p.o.s.i.t.i.f

Friday, April 6, 2012

Seminar Inovasi & Kreatif


baru-baru ni saya diminta untuk menghadiri seminar ini. Perkara sebegini adalah baru bagi kami...So mmg tak malu lah mengaku bahawa kami ni baru je nak blaja amik tau tentang hal2 yang macam ni. Mmg ternganga jugaklah kami untuk cuba memahami apa menda ni....hehehhe


Ok..Insyallah, kami akan cuba terus fokus dan mengambil perhatian dalam bidang ini. Sesungguhnya segala yang baik itu adalah datangnya daripada Tuhan.....aminnnn!

Secara keseluruhanya...seminar ini ringkas sahaja tetapi amat berguna pada new beginners mcm kami ni kan...Tapi venue mcm kurang selesa sikit, dewan yang digunakan susun aturnya mcm berselerak sikit...huhuhu

Tuesday, March 13, 2012

Lawatan benchmarking at Uitm Pahang


Pada 12 Mac yang lepas, saya dan beberapa orang klik ofis telah menerima jemputan untuk berkunjung ke Uitm Jengka untuk "Lawatan Perkongsian Amalan Terbaik".....gitu bunyinya lawatan seharian kerja kami ni.....:). Lebih kepada operasi "benchmarking" bagi pembangunan dan pewujudan perihal inovasi.

Honestly speaking, saya x penah sampai pun ke Uitm Jengka ni, so selok belok jalan nak ke sana pun mmg lah langsung tatau. Yang pasti cuma jalan nak kesana mmg ada byk laluan. So disebabkan kami akanpilih laluan short cut kononnya...haruslah jalan itu bengkak bengkok masuk kampung....:(, Huhuhu, mmg buleh buat perut serabut + mabuk pening2 daaaa.....


Tapi kan...bila sampai shaja kami disambut dengan sungguh mesra oleh pihak disana walaupun kami dah terlewat hampir sejam jugak (gara-gara sesat sekejap). Pn Sa'diah yang melayan kami sungguh nice orangnya, pada saya dia seorang yang sentiasa berpikiran posiitf untuk memajukan diri serta instituri pendidikan di Malaysia ini. 

Tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang dia ada. Dia membuatkan kami rasa sangat bersemangat tau....hehehehe

antara barang-barang pameran yang diletakkan di Galeri ini...

Tu laptop tau....:)

Tu bukan saya tau.....:), kami menerima cenderahati daripada pihak Uitm Jengka. Terima Kasih daun keladi ya...

Pic kenangan bersama Pn Sa'adiah, thanks to En Guard yang tolong snapkan cic ni (walaupun cam condong dr bawah ke atas...hehehhe)

Rasa tak puas kunjungan separuh hari ke sini, insyallah lain kali kami mau datang lagi untuk berkongsi pengetahuan dan idea. Semoga jalinan hubungan antara kami kolej yang baru mahu berkembang ini dengan pihak Uitm ini kekal selamanya....aminnnn.


Monday, March 12, 2012

Fiesta Konvokesyen UCSA

Simple tapi sedap mata memandang....(sebelum Fiesta)

Alhamdulillah, akhirnya berlangsung jua Majlis Konvokesyen Kali -1 ini. Diadakan selama 3 hari berturut-turut dengan pelbagai aktiviti yang menarik....So, seminggu sebelum berlangsungnya majlis ini, semua orang benar2 sibuk dengan tugasan masing2....fuhhh!


Ada Pertandingan Mewarna untuk adik2 jemputan Taska ini..


Ada Pertandingan Tarian juga untuk adik2 Taska...sungguh kiut miut mereka ini. Dan, terdetik juga dalam hati, kalau my Inas seperti mereka juga...sure boleh terlibat sama kan...?...Ehh!, my Inas dah 8 yrs old dah...sure time ni dia kat sek rendah lah...(hanya impian seorang ibu yang x pernah padam...)


Ada juga aktiviti Klinik Bola Sepak tu....dapat sambutan yang menggalakkan juga....



Hiasan simple tapi mmg nampak kat courtyad tu sangat menarik dngan gantungan sarung lampu ala2 IKEA punya nih....:)


Ada Pertandingan Memasak....dalam diam teringin jugak nak masuk, tapi penyertaan terhad yer...yg mewakili "tuan umah" x boleh terlibat tau....huhuhu


Ada banyak juga gerai2 jualan....Habis terbang RM50 ku sekelip mata ajer.....(beli tudung, asam jeruk dan keronsang)


Sekitar Majlis Konvokesyen itu...bertuah mereka ini kerana diraikan dengan seselesa mcm ni, aminnn...


Tugas saya adalah AJK Makanan bahagianVIP. Fuhh, mmg x menang tangan...mujur juga ada pelajar2 selaku AJK lantikan untuk membantu kami. Walaupun penat susah nak citer, tapi semuanya berjalan dengan lancar....



Lagi, gambar2 sekitar Majlis Konvokesyen itu...


Pameran lukisan pun ada dengan temanya ialah "RASUK". Saya tak pandai nak menilai, tapi pada pandangan mata saya yang bukan org seni ini....mmg nampak CANTIK...:)



Ini buku penghargaanya....Tahniah semua kepada para pelajar yang bergraduat dan yang bakal bergraduat juga. Semoga anda terus cemerlang juga di luar sana ya.....:)


Related Posts with Thumbnails