Showing posts with label My Soulmate. Show all posts
Showing posts with label My Soulmate. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Mei yang diduga lagi....

5 Mei 2013
Jam 4:30pm, terima call dr En Hb yang bekerja pada hari ini -> "Abg accident jatuh, lutut sakit dan bengkak. Datang segera ambil abang". Saya bergegas bersama abah untuk menjemputnya, jarak rumah abah hanya 3.5km ke ofisnya.

Jelas nampak kerut dahi abang menahan kesakitan. Bengkak lututnya semakin ketara, hanya bertahan sakit dengan meletakkan ketulan air sementara malam.

6 Mei 2013
Esoknya, minta dirujuk ke KSH. Doc consultant ortopedik meramalkan bengkak terjadi akibat dari pendarahan didalam. Lepas di X-tray, alhamdulillah tiada tulang yang patah dan jangkaannya tepat, ada berlaku pendarahan didalam. Doc melakukan prosidur membuang darah dengan menyedut....serta merta bengkak lutut itu surut seperti sedia kala. Tapi abang bagitau, tetap rasa sakit yang amat dan sukar untuk berpijak untuk berjalan.

Admitted, untuk Doc terus membuat rawatan. Test MRI dicadangkan untuk mengesan ada sebarang koyakan tisu atau sebagainya. Tiada nasib untuk mendapat bilik single, terpaksa bermalam di bilik 5 katil. Kurang selesa tapi tetap kena bersabar kan?....

Mintak kluar sekejap, balik umah kemas2 barang2 En Hb, jam 9pm htr semula abang ke wad KSH

7 Mei 2013
Hanya berehat sepanjang hari kerana hari ini adalah cuti umum. So tiada apa2 prosidur yang dilakukan.

Petang, abang balik kerumah lagi dan hantar semula ke KSH jam 8:30pm.

8 Mei 2013
Result MRI dah ada, mmg ternyata ada berlaku ligamen putus dan terkoyak. Bad news :(. Schedule for operation to re-construct ligamen tu.

Petang,balik lagi ke rumah, malam dihantar semula balik ke KSH oleh adik saya, lega dan dapat saya berehat hilangkan lenguh2 badan akibat kehulur hilir sana sini...

OMG, glukose abang sangat tinggi 18 okehh!......ermm..

9 Mei 2013 
Done operation yang took almost 5 hours. Sgt resah saya menanti dalam kelam kabut urusan anak-anak dan kesana kemari. Lepas maghrib tgk keadaan hubby sgt lemah, kesan dicucuk morphin (ubat tahan sakit) yang sangat kuat. Masih tiada lagi kekosongan bilik single.

En Hb minta dibelikan tongkat untuk mudah ke bilik air. Mujur ada dijual di farmasi hospital dengan harga RM75.

Rasa mcm nak bermalam menemani abang jer di wad, tapi bila mengenangkan dua anak kecil dirumah hanya bersama maid rasa mcm tak patut pulak. My parents tak ada kat sini sebab bercuti ke Kedah-KL, kalau tidak pasti dapat hantar anak2 ke rumah sana untuk menumpang teman tido dan saya dapat berada di sisi En Hb....

10 Mei 2013
Saya mohon EL (kali pertama dalam sejarah kerja) hari ini kerana ingin berada disamping En Hb. Bantu uruskan keperluan dia untuk mandi dan makan minum. Lewat petang alhamdulillah, baru ada kekosongan bilik single. Sangat luas biliknya....

Harap En Hb dapat berehat dengan sebaiknya...

11 Mei 2013
Hanya mampu jam 10am sampai di KSH, belikan hubby nasi lemak dan kuih muih yang dipesannya.

Doc datang visit dengan membuka balutan. Mencuci bahagian jahitan dan menukar balutan. Ohh! tersangat ngeri ok......sempat saya snap berkeping2 juga pics sebagai tanda kenangan nanti....

Petang, bawa our little Iman melawa ayahnya. Mmg sudah diduga, as always dia tetap dengan tahap keaktifan yang macam-macam tu. Tapi, tetap cute sangat.....:)

12 Mei 2013
Pagi beli kuih dan bawa teman my Iman lagi sekali melawat ayahnya. Doc datang visit dan bagi pakai braces (betul ke tak eja nih) untuk dipakai dilututnya sebagai bantu kaedah buat exersice membengkok kan kakinya. Dan boleh discaj hari ini...Alhamdulillah.

Tapi punya lah tunggu, hampir 3 jam baru settle urusan bil dan boleh discaj.

Berat + pening kepala ibu melayan karenah Iman. Disuruhnya tido tapi mcm2 omelan dia....aduhhhaiiii!....

Sebenarnya, jaga orang sakit ini mmg banyak dapat pahala sebabnya kita yang menjaga ni kena banyak bersabar dengan karenah pesakit. Tapi, pengakuan benarnya....bila kita yang sihat ni kononya kena jaga orang yang sakt..secara semulajadinya kita pun turut rasa sakit.....ermm..sakit apa?...macam-macam lahh!....

Saturday, October 20, 2012

Tuesday, August 7, 2012

Happy Birthday Ayah!....

Kek yang on the spot beli, tiada langsung kesempatan untuk perancangan awal....Tapi, seriusss...cheese cake ini sangat sedappp dan harganya sungguh berpatutan....

Alhamdulillah...Si dia chenta hati saya ni genap berumur 38 tahun pada ulang tahun kelahirannya kali ini. Banyak2 kupanjatkan syukur kepadaNya kerana tulang belakang keluarga kecil ini masih diberikan kesempatan dan peluang untuk menjalani kehidupan bersama2 kami.....Alhamdulillah...




Mujur sempat merakamkan gambar kenangan, walaupun kek ini siap dibawa khas ke rumah Tok Wan....rasa semput jugak terkejar2 kesana sini.....fuhh!..Tengolah aksi si manja kenit yang 2 orang ni...sungguh kalut bila mereka excited duk tengok kek yang comell itu...:)

Doa kami...agar abang / ayah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan.....Semoga kita sama2 bahagia diduni ini dan diakhirat jua nanti.....aminnnn. Kami sayang Ayahhh!......muahh!

Monday, June 11, 2012

Sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2......

Lately sebulan dua ni mcm boleh je nak kata 'bulan melayan emosi' pada saya. Ermm...kalau nak dikata saya mengeluh ke?....saya cuba untuk tidak seperti itu kerana saya sedar masih ramai lagi org yang diluar sana diduga dengan ujian yang lebih lagi.....Maka, setepatnya kita harus bersyukur...ye bersyukur dengan apa seadanya yang kita ada...

Life is up & down.....yer saya setuju dengan quote ini. So, sebagai hambaNya...kita mesti ada perancangan untuk mengatur hidup dengan sebaiknya, walaupun kita patut akur yang ketentuan akhirnya adalah datang daripadaNya....

We luv u so muchh kakak.....

Masalah siapa nak jaga my Inas for day care dah 'hampir' selesai. Alhamdulillah....urusan kami benar2 dipermudahkan olehNya. Hasil pencarian saya bertanyakan kesana kemari, akhirnya saya dipertemukan oleh Kak Bedah (babysitter kwn ofis) yang memperkenalkan saya dengan Cik Ani (jiran Kak Bedah). Walaupun ada rasa x selesa mungkin kerana Cik Ani asalnya dr seberang juga (Indonesia), tapi dia telah lama duduk disini...hampir 15 tahun juga kerana telah berkahwin dengan orang disini....so saya perlu berprasangka baik dan berfikiran positif. Hal bagaimana cara kesesuaian maid saya bersama dengan Cik Ani itu, akan saya jelaskan dengan baik2 kepada kedua2 mereka....semoga semuanya baik2 sahaja, saya tawakkal dan redha.....sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2 -> Itu perihal jagaan Inas

Jagaan Iman terbaik diberikan.....

Maid saya kalau nak diranking pada keseluruhannya boleh lah diberi 7/10 markah. Apsal x boleh nak p lagi markahnya?.....Ok, jelasnya..kalau part buat kerja umah dia ada kurang 1 markah disitu....cuma ada sikit yang sering kena peringatkan dia, seringkali dia terlepas pandang tuk mencuci kotoran habuk yang jarang2 ada, contohnya debu atau habuk yang ada pada plug elektrik, bawah alas pinggan mangkuk, besen mandi iman dan ext...biasanya saya selalu kena tegur dan suruh....itu je lah, yang lain2 part keja umah ok2 ajer. 1 markah kurang yg seterusnya ialah...dia ni selalu mcm ada konflik gaduh ringan ngan suami dia kat sana. Ada je mcm2 hal atau isu yang timbulnya...yang bisanya akan menjejaskan air mukanya, bila dah mcm tu sure lah saya pun rimas melihatnya...:(...part itu mng saya x akan amsuk campur!! 1 markah hilang yang terakhir ialah, saya dah tersilap lebih2 mcm closed dengan dia sehinggakan apa shj perkara mcm nak duk bercerita ngan dia juga. Ermmm...mmg silap besarlah saya mcm tu kan, bukannya apa...saya ni mmg jenis yang suka bercakap..bercerita dengan sesapa ajer...sehinggakan dengan bibik pun nak ber chit chat itu ini itu ini....haihh!, sudahnya saya juga yang rasa kurang selesa sekarang ni kerana adakalanya saya rasakan yang maid ini kdg2 mcm 'lawan tokey' untuk memutuskan kata.....ibarat mcm, kdg2 dia pulak yang buat keputusan (hal2 yg kecik aje)....walhal, patutnya dia hanya perlu patuh saja kan?.....ermmmm.....sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2 -> Itu perihal maid

Love u till end of my life....

En Hb punya treatment Hep C nya msh tergantung begitu shaja. Saya sorang yang duk risau atau dia pun turut risau sama mmg saya x pasti. Dulu pending menantikan ubat yang belum sampai, sekarang pulak ubat dah sampai tapi x de pulak geran support utk kosnya yang hampir seratus ribu tu...blurr! (-_-)....Sudahnya, still pending lagi nk tunggu vaksin pulak. Doc pakar pulak asik2 hanya duk monitor blood testnya yg hanya kejap naik..kejap turun...gitu je ke?...Dalam hati saya, risau kalau keadaan kesihatan hubby akan merosot secara pelan2 nnt....Sekarang ni mmg nmpk mcm under control, tapi tak kanlah x de ikhtiar apa2kan?..Org kata "sediakan payung sebelum hujna"..tak kan bila dah mcm serius br nk gesa2 cari rawatan kan?...risau akan sanggupkah beban uruskan keluarga especially anak2 kecil saya 2 org tu digalas atas bahu saya seorang sepenuhnya?......Kalau saya duk berpikiran jauh, mmg saya akan rasa takut.....Tapi, harus berfikiran positif dan usaha + ikhtiar juga kan....?...Sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2.....!- Ini perihal kesihatan En HB

note 1: setiap ujian yang dikirimkan melalui anak ini, kami sambut dengan rasa penuh tanggungjawab dan syukur, sebagai tanda peringatan untuk lebih mengingatiNya...
note 2: semoga segala layanan baik yang diberikan kepadanya, dihargainya
note 3: masih sabar menanti bila agaknya mahu dicuba rawatan Al-jabbar tu...(-_-)

Tuesday, May 15, 2012

Akhirnya wishlist ini dalam genggaman....:)

Sweet lah sgt bila En HB tanya...ada 3 pilihan hadiah dia nak kasi sempena aniversary kami yang ke 9 baru2 ni...opsss!...bukan sekadar tuk anniversari ajer, tapi katanyasekali harung ngan hadiah Mother's Day dan Birthday sekali....sighhh!...dok aci lahh....

a. Iphone 4s
b. Ipad
c. Samsung Tab...

Wahhh..haruslah saya nak yang ketiga tu. Padahal pilhan pertama atau yang kedua tu pun bukannya saya tau apa2 pun...x de pun survey google kat mana2 pun...Tapi cuma yang pilihan no 3 tu saya dah penah sentuh try guna yang my sister..rasa mcm best lah pulak (walaupun pada ketika itu tatau apa yang best nya...huhuhu)

Tapi sebenarnya, dah x jadik surprise pun pada saya ttg tawaran pilihan hadiah tu...hehehe. Sbb mmg saya pun yakin yang En HB nak sgt2 tukar hphone nya...biasanya kami mmg cuba seadil mungkin, kalau sidia dapat barang baru...sidia itu pun akan dapat jugak barang baru....Barulah rasa harmonikan dalam hubungan suami isteri itu....hehehehe..kan...kan...ye dakk?

Bila saya kata nak yang pilihan no 3, En HB terus bagi taklimat tuk beli yang model 7.7. Wahh..nmpk gayanya dalam diam dia mmg dah survey pun ttg gadget ni. Saya iyakan ajer lah...walaupun sebenarnya dlm hati sgt2lah excited....Tapi dalam diam saya, ada juga terfikir mcm "x membazir ke beli ni....padahal laptop dah ada?..."..... Tapi bila dah guna, barulah tau apa perbezaannya...


Nak pilih book cover ni pun satu hal...jenuh round bandar KT carik kedai (masa tu ada kat kg). At last jumpa yang ni, jenis leather kaler merah cenggini...cantik kan?....:). Harga mmg boleh tahan lah mahal nya, campur ngan plastik laminated tu adalah dalam RM230 jugakk..haihhh!...

Sangat excited bila dah ada dlm genggaman. Ambil pakej ngan Celcom BB. Samsung Tab 7.7 mmg sgt cool......:). Harap2 mmg benar2 memudahkan urusan saya lah....kan..kan..kan...

Dan, En HB telah pun seronok dengan hphone Samsung Galaxy Notes nya itu.......aminnnn!

Friday, May 11, 2012

Selera yang tak kesampaian


Ni lokasi lunch kami hari ni. Sebenarnya lokasinya betul, tapi kedai makannya yang tak betul. Frust betul lahhh!...Sungguh yer berangan nak makan set lunch ala2 thai kat sini, tapi rupanya wat penant panjat bukit ajer....kedai dah bertukar rupanya....:(


Bukanlah bermaksud kedai makan ni tak bagus. Lagipun ni kira baru kali pertama kami test selera kat sini. Cuma tetap rasa frustv sbb x dapat menjamu selera dengan apa yang diingini. Mana lah peginya kedai Lemon Grass tu.....?haihh!....puas dah google, tapi x jumpa lorrr....


Ni saya punya, x ingat dah apa nama menu ni...

Rupanya, Tembeling Resort Janet Cuisine ni restoran ala2 western food. So, terpaksalah jugak kan kami oder apa yang ada walaupun pd ketika ini tekak nak sgt2 makan nasi...huhuhu


Sebenarnya saya teruja sungguh ngan bentuk bowl ni, nak beli jugak lah.....hehehe

Ni En HB punya....

Not bad taste kat sini, tapi harga agak mahal tu rasanya standardlah kut.....


"Nak datang lagi tak ke sini?"...tanya En HB, tapi saya berlalu sahaja tanpa jawapan....hehehehe, mungkin sbb niat asal nak menu Lemon Grass x kesampaian...huhuhu
Related Posts with Thumbnails