5 Mei 2013
Jam 4:30pm, terima call dr En Hb yang bekerja pada hari ini -> "Abg accident jatuh, lutut sakit dan bengkak. Datang segera ambil abang". Saya bergegas bersama abah untuk menjemputnya, jarak rumah abah hanya 3.5km ke ofisnya.
Jelas nampak kerut dahi abang menahan kesakitan. Bengkak lututnya semakin ketara, hanya bertahan sakit dengan meletakkan ketulan air sementara malam.
6 Mei 2013
Esoknya, minta dirujuk ke KSH. Doc consultant ortopedik meramalkan bengkak terjadi akibat dari pendarahan didalam. Lepas di X-tray, alhamdulillah tiada tulang yang patah dan jangkaannya tepat, ada berlaku pendarahan didalam. Doc melakukan prosidur membuang darah dengan menyedut....serta merta bengkak lutut itu surut seperti sedia kala. Tapi abang bagitau, tetap rasa sakit yang amat dan sukar untuk berpijak untuk berjalan.
Admitted, untuk Doc terus membuat rawatan. Test MRI dicadangkan untuk mengesan ada sebarang koyakan tisu atau sebagainya. Tiada nasib untuk mendapat bilik single, terpaksa bermalam di bilik 5 katil. Kurang selesa tapi tetap kena bersabar kan?....
Mintak kluar sekejap, balik umah kemas2 barang2 En Hb, jam 9pm htr semula abang ke wad KSH
7 Mei 2013
Hanya berehat sepanjang hari kerana hari ini adalah cuti umum. So tiada apa2 prosidur yang dilakukan.
Petang, abang balik kerumah lagi dan hantar semula ke KSH jam 8:30pm.
8 Mei 2013
Result MRI dah ada, mmg ternyata ada berlaku ligamen putus dan terkoyak. Bad news :(. Schedule for operation to re-construct ligamen tu.
Petang,balik lagi ke rumah, malam dihantar semula balik ke KSH oleh adik saya, lega dan dapat saya berehat hilangkan lenguh2 badan akibat kehulur hilir sana sini...
OMG, glukose abang sangat tinggi 18 okehh!......ermm..
9 Mei 2013
Done operation yang took almost 5 hours. Sgt resah saya menanti dalam kelam kabut urusan anak-anak dan kesana kemari. Lepas maghrib tgk keadaan hubby sgt lemah, kesan dicucuk morphin (ubat tahan sakit) yang sangat kuat. Masih tiada lagi kekosongan bilik single.
En Hb minta dibelikan tongkat untuk mudah ke bilik air. Mujur ada dijual di farmasi hospital dengan harga RM75.
Rasa mcm nak bermalam menemani abang jer di wad, tapi bila mengenangkan dua anak kecil dirumah hanya bersama maid rasa mcm tak patut pulak. My parents tak ada kat sini sebab bercuti ke Kedah-KL, kalau tidak pasti dapat hantar anak2 ke rumah sana untuk menumpang teman tido dan saya dapat berada di sisi En Hb....
10 Mei 2013
Saya mohon EL (kali pertama dalam sejarah kerja) hari ini kerana ingin berada disamping En Hb. Bantu uruskan keperluan dia untuk mandi dan makan minum. Lewat petang alhamdulillah, baru ada kekosongan bilik single. Sangat luas biliknya....
Harap En Hb dapat berehat dengan sebaiknya...
11 Mei 2013
Hanya mampu jam 10am sampai di KSH, belikan hubby nasi lemak dan kuih muih yang dipesannya.
Doc datang visit dengan membuka balutan. Mencuci bahagian jahitan dan menukar balutan. Ohh! tersangat ngeri ok......sempat saya snap berkeping2 juga pics sebagai tanda kenangan nanti....
Petang, bawa our little Iman melawa ayahnya. Mmg sudah diduga, as always dia tetap dengan tahap keaktifan yang macam-macam tu. Tapi, tetap cute sangat.....:)
12 Mei 2013
Pagi beli kuih dan bawa teman my Iman lagi sekali melawat ayahnya. Doc datang visit dan bagi pakai braces (betul ke tak eja nih) untuk dipakai dilututnya sebagai bantu kaedah buat exersice membengkok kan kakinya. Dan boleh discaj hari ini...Alhamdulillah.
Tapi punya lah tunggu, hampir 3 jam baru settle urusan bil dan boleh discaj.
Berat + pening kepala ibu melayan karenah Iman. Disuruhnya tido tapi mcm2 omelan dia....aduhhhaiiii!....
Sebenarnya, jaga orang sakit ini mmg banyak dapat pahala sebabnya kita yang menjaga ni kena banyak bersabar dengan karenah pesakit. Tapi, pengakuan benarnya....bila kita yang sihat ni kononya kena jaga orang yang sakt..secara semulajadinya kita pun turut rasa sakit.....ermm..sakit apa?...macam-macam lahh!....

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...