Lately sebulan dua ni mcm boleh je nak kata 'bulan melayan emosi' pada saya. Ermm...kalau nak dikata saya mengeluh ke?....saya cuba untuk tidak seperti itu kerana saya sedar masih ramai lagi org yang diluar sana diduga dengan ujian yang lebih lagi.....Maka, setepatnya kita harus bersyukur...ye bersyukur dengan apa seadanya yang kita ada...
Life is up & down.....yer saya setuju dengan quote ini. So, sebagai hambaNya...kita mesti ada perancangan untuk mengatur hidup dengan sebaiknya, walaupun kita patut akur yang ketentuan akhirnya adalah datang daripadaNya....
Masalah siapa nak jaga my Inas for day care dah 'hampir' selesai. Alhamdulillah....urusan kami benar2 dipermudahkan olehNya. Hasil pencarian saya bertanyakan kesana kemari, akhirnya saya dipertemukan oleh Kak Bedah (babysitter kwn ofis) yang memperkenalkan saya dengan Cik Ani (jiran Kak Bedah). Walaupun ada rasa x selesa mungkin kerana Cik Ani asalnya dr seberang juga (Indonesia), tapi dia telah lama duduk disini...hampir 15 tahun juga kerana telah berkahwin dengan orang disini....so saya perlu berprasangka baik dan berfikiran positif. Hal bagaimana cara kesesuaian maid saya bersama dengan Cik Ani itu, akan saya jelaskan dengan baik2 kepada kedua2 mereka....semoga semuanya baik2 sahaja, saya tawakkal dan redha.....sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2 -> Itu perihal jagaan Inas
Maid saya kalau nak diranking pada keseluruhannya boleh lah diberi 7/10 markah. Apsal x boleh nak p lagi markahnya?.....Ok, jelasnya..kalau part buat kerja umah dia ada kurang 1 markah disitu....cuma ada sikit yang sering kena peringatkan dia, seringkali dia terlepas pandang tuk mencuci kotoran habuk yang jarang2 ada, contohnya debu atau habuk yang ada pada plug elektrik, bawah alas pinggan mangkuk, besen mandi iman dan ext...biasanya saya selalu kena tegur dan suruh....itu je lah, yang lain2 part keja umah ok2 ajer. 1 markah kurang yg seterusnya ialah...dia ni selalu mcm ada konflik gaduh ringan ngan suami dia kat sana. Ada je mcm2 hal atau isu yang timbulnya...yang bisanya akan menjejaskan air mukanya, bila dah mcm tu sure lah saya pun rimas melihatnya...:(...part itu mng saya x akan amsuk campur!! 1 markah hilang yang terakhir ialah, saya dah tersilap lebih2 mcm closed dengan dia sehinggakan apa shj perkara mcm nak duk bercerita ngan dia juga. Ermmm...mmg silap besarlah saya mcm tu kan, bukannya apa...saya ni mmg jenis yang suka bercakap..bercerita dengan sesapa ajer...sehinggakan dengan bibik pun nak ber chit chat itu ini itu ini....haihh!, sudahnya saya juga yang rasa kurang selesa sekarang ni kerana adakalanya saya rasakan yang maid ini kdg2 mcm 'lawan tokey' untuk memutuskan kata.....ibarat mcm, kdg2 dia pulak yang buat keputusan (hal2 yg kecik aje)....walhal, patutnya dia hanya perlu patuh saja kan?.....ermmmm.....sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2 -> Itu perihal maid
En Hb punya treatment Hep C nya msh tergantung begitu shaja. Saya sorang yang duk risau atau dia pun turut risau sama mmg saya x pasti. Dulu pending menantikan ubat yang belum sampai, sekarang pulak ubat dah sampai tapi x de pulak geran support utk kosnya yang hampir seratus ribu tu...blurr! (-_-)....Sudahnya, still pending lagi nk tunggu vaksin pulak. Doc pakar pulak asik2 hanya duk monitor blood testnya yg hanya kejap naik..kejap turun...gitu je ke?...Dalam hati saya, risau kalau keadaan kesihatan hubby akan merosot secara pelan2 nnt....Sekarang ni mmg nmpk mcm under control, tapi tak kanlah x de ikhtiar apa2kan?..Org kata "sediakan payung sebelum hujna"..tak kan bila dah mcm serius br nk gesa2 cari rawatan kan?...risau akan sanggupkah beban uruskan keluarga especially anak2 kecil saya 2 org tu digalas atas bahu saya seorang sepenuhnya?......Kalau saya duk berpikiran jauh, mmg saya akan rasa takut.....Tapi, harus berfikiran positif dan usaha + ikhtiar juga kan....?...Sesungguhnya saya tamau pikirkan lebih2.....!- Ini perihal kesihatan En HB
note 1: setiap ujian yang dikirimkan melalui anak ini, kami sambut dengan rasa penuh tanggungjawab dan syukur, sebagai tanda peringatan untuk lebih mengingatiNya...
note 2: semoga segala layanan baik yang diberikan kepadanya, dihargainya
note 3: masih sabar menanti bila agaknya mahu dicuba rawatan Al-jabbar tu...(-_-)
note 1: setiap ujian yang dikirimkan melalui anak ini, kami sambut dengan rasa penuh tanggungjawab dan syukur, sebagai tanda peringatan untuk lebih mengingatiNya...
note 2: semoga segala layanan baik yang diberikan kepadanya, dihargainya
note 3: masih sabar menanti bila agaknya mahu dicuba rawatan Al-jabbar tu...(-_-)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...