Simple tapi sedap mata memandang....(sebelum Fiesta)
Alhamdulillah, akhirnya berlangsung jua Majlis Konvokesyen Kali -1 ini. Diadakan selama 3 hari berturut-turut dengan pelbagai aktiviti yang menarik....So, seminggu sebelum berlangsungnya majlis ini, semua orang benar2 sibuk dengan tugasan masing2....fuhhh!
Ada Pertandingan Mewarna untuk adik2 jemputan Taska ini..
Ada Pertandingan Tarian juga untuk adik2 Taska...sungguh kiut miut mereka ini. Dan, terdetik juga dalam hati, kalau my Inas seperti mereka juga...sure boleh terlibat sama kan...?...Ehh!, my Inas dah 8 yrs old dah...sure time ni dia kat sek rendah lah...(hanya impian seorang ibu yang x pernah padam...)
Ada juga aktiviti Klinik Bola Sepak tu....dapat sambutan yang menggalakkan juga....
Hiasan simple tapi mmg nampak kat courtyad tu sangat menarik dngan gantungan sarung lampu ala2 IKEA punya nih....:)
Ada Pertandingan Memasak....dalam diam teringin jugak nak masuk, tapi penyertaan terhad yer...yg mewakili "tuan umah" x boleh terlibat tau....huhuhu
Ada banyak juga gerai2 jualan....Habis terbang RM50 ku sekelip mata ajer.....(beli tudung, asam jeruk dan keronsang)
Sekitar Majlis Konvokesyen itu...bertuah mereka ini kerana diraikan dengan seselesa mcm ni, aminnn...
Tugas saya adalah AJK Makanan bahagianVIP. Fuhh, mmg x menang tangan...mujur juga ada pelajar2 selaku AJK lantikan untuk membantu kami. Walaupun penat susah nak citer, tapi semuanya berjalan dengan lancar....
Lagi, gambar2 sekitar Majlis Konvokesyen itu...
Pameran lukisan pun ada dengan temanya ialah "RASUK". Saya tak pandai nak menilai, tapi pada pandangan mata saya yang bukan org seni ini....mmg nampak CANTIK...:)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...