Thursday, May 17, 2012

Terharu.....

Kisah Mother's Day...

So touching my feeling bila dapat kad ni (yang direka khas oleh kakak di PDKInas) ....buatkan saya menitiskan air mata seketika. Walaupun pada hakikatnya ini bukanlah coretan sebenar daripada Inas, tapi saya pasti kalau Inas seperti kanak-kanak yang lain mmg inilah yang dia akan ucapkan buat saya. Bila saya baca kad ni, terus ajer saya pandang Inas....peluk cium dia berkali2, dan dia seperti bila mengekek gelak, comell sangat dia....

"Happy Mother;s Day ibu"...simple aje ayat yang tiba2 dituturkan oleh En HB sambil menggenggam erat tangan saya membuatkan saya tersentak dan merasa terharu menyelip didalam hati.Saya balas dengan senyuman yang semanis mungkin....(gaya tersengih ye jugak...hehehe)....Ye saya seorang ibu yang melahirkan 2 orang anak prematured. Seorang istimewa dan seorang lagi tipikal. Alhamdulillah, ini rezeki dari Tuhan buat saya merasai dan menikmati erti sebenar rasa seorang ibu. Walaupun dengan cara yang berbeza dengan ibu2 yang lain, tapi sekurang2nya saya berpeluang untuk menjadi seorang ibu....yang diperlukan oleh anak2 saya untuk dikasihi dan disayangi dari lubuk hati yang paling dalam....

Kerana.....sekeliling saya, masih ramai kawan2 atau ahli keluarga sedara mara yang masih mendambakan gelaran 'ibu' ini....(masih belum dikurniakan rezeki cahayamata)...nilai rasa seorang ibu mmg tiada kata yang dapat digambarkan...

Kisah Teacher's Day

Ini memang kebiasaan saya tiap2 tahun menyediakan cenderahati untuk "kakak2 cikgu" Inas di sekolah. Rasanya ini bentuk hadiah yang plg simple penyediaannya tapi cukup untuk membuatkan cikgu terharu kan...?.. Bagi saya ibu yang menyediakan cenderahati ini buat "kakak2 cikgu" tu, turut juga rasa terharu dengan tema hadiah ini....."Selamat Hari Guru"....tak ternilai jasa mereka yang sanggup melayan dan memberi perhatian kepada seorang anak yang istimewa begini,,,,

Terima Kasih Cikgu...diatas segala kebaikan dan jasa yang diberikan kepada Inas...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails