Sunday, May 13, 2012

Projek Apam Pokadot

Bila ada kesempatan dan waktu luang, mmg saya x akan lepaskan peluang nak try meng 'godeh' menda baru. Selama ni mmg geram sgt2 tengok kecomelan apam pokadot ni.....Dah byk kali pending nak try buat....Dan, at last ada juga peluang nak merealisasikan hasrat tu.....best sgt tauuu!...:)

Untuk percubaan kali ni, barang tambahan yang nak kena ada ialah cuma bekas apam plastik, brg2 lain mmg dah ready stok ada. Tataulah naper payah benar saya nak berjumpa ngan bekas apam plastik ni....2-3 tempat kedai pergi baru ada. Tapi saya still x puas hati dengan hasil ketembamam apam ni...kembangnya sungguh semacam ajer.....huhuhu

Nampak x?...hasil design mmg comel2 aje kan...tapi hasil kembangnya tu membuatkan saya x puas hati, mau saiznya kecik cinonet lagi...setelah disiasat, saya agak mungkin puncanya adalah daripada jenis paper cup yang digunakan tu dan juga saiz bekas apam tu yang mempengaruhi hasil apam pokadot ini...


Taraaaa.....nampak x?..ada jugak yang x lulus piawai hasilnya tu...huhuhu. mana yang nampak ala2 kempis dan x penuh cup tu, salah orang yang mendekonyalahh.....

Ni lah bahan-bahannya......Bab kaler2 tu mmg x de masalah sbb saya mmg ada byk stok since mula suka ngan deco2 cup cake dulu.

Ni masa belum masuk periuk kukusan tu, try tuk tamau guna lak bekas apam sebagai tadahan tu sbb konon2 beli cup yang tebal dan mahal sikit....nk tengok hasil dia cemana...dah ready tunggu turn ni

Tak bestlah mata memandang....kembang semacam ajer. Sampaikan mcm bersesak kat dalam loyang nak sbb masing2 nak mengembangkan diri.....huhuhu

Ni pulak try guna alas dengan bekas acuan tart tu...Hasilnya OK lah...

Taraaa....comel sgt bila tengok berkaler2 mcm ni kan...

Dan sebenarnya...adalah niat nak sponspor as a door gift tuk Majlis MIL hari tu......surprise ehhh!....:)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails