Friday, October 5, 2012

Kerana dia anakku


Bila hadir bergaya dengan stroller mahal ni....ramai rupanya orang perasan that stroller ni bukan yang calang-calang punya...

Soalan biasa ditanya :
1. Beli kat mana stroller ni?...Beli online dari US, google sana sini dan akhirnya dapat jumpa yang sesuai macam ni
2. Berapa harga?...RM6k++, terus sampai depan pintu rumah dalam 20 hari bekerja....titik!

Yang tulisan merah tu adalah jawapan yang kami berikan.

Reaksi susulan mereka setelah mendengar jawapan kami :
1. Tak pe lah mak ayah dia banyak duit....Alhamdulilah, setakat ni memang rezeki sentiasa ada untuk anak ini
2. Kenapa susah payah beli jauh-jauh....kat Malaysia ni tak ada ke?..TAKDE, kalau ada kami pun tamau susah payah order dengan pihak yang tak penah berurusan, apatah lagi nak bertemu mata
3. Bayar sendiri ya?..Kenapa tak minta bantuan dari mana-mana pihak?.....Bagitau kami, berapa banyak pihak yang betul-betul telus boleh bantu tanpa mengira kepentingan itu ini?....Sudah 9 tahun kami berdiri atas kaki sendiri tanpa dapat pun bantuan dari mana-mana yang kononnya dikatakan ada peruntukan untuk mereka ini hanya kerana disebabkan jawapannya : 

1. Tak layak sebab kedua-dua ibu bapa bekerja
2. Tak layak sebab pendapatan isi rumah lebih RM3k
3. Tak layak sebab tanggungan keluarga tak ramai....

Huhhh!.....


Kalau anda ditempat kami, adakah perlu melarat selamanya hanya untuk nak tunggu bantuan jatuh ke riba? 

Kerana dia anankku...maka berusaha dan ikhtiarlah tanpa henti untuk memberikan keselesaan dan kebahagian kepadanya tanpa mengharapkan perhatian dari orang lain... Insyallah.....

1 comment:

  1. Tahniah akak, kerana berjaya menjadi ibu yg terbaik untuk INAS FANSURI

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails