Saturday, December 5, 2009

Forgive & Forget


Dalam hidup..saya percaya pada 2 perkataan ini "Forgive & Forget" akan membawa harapan yg baik utk satu2 keadaan. Bagi saya, memaafkan apa jua adalah jln terbaik tuk menyelesaikan satu2 perkara tanpa berlarutan panjang. Walaupun pada hakikatnya, kesan atau luka yg terpalit selamanya akan meninggalkan parut dihati..namun, itulah shj dgn cara memaafkan kita boleh anggap tidak perlu lagi memikirkan tentang perkara itu.....
Bak bait2 kata motivasi yg saya petik dr blog imotivasi (tqv for sharing)... "Jika kita mahu positif sepenuhnya, kena belajar jadi pemaaf dan lupakan walau nampak kurang adil bagi pihak kita..Saya dah memaafkan diorang dan memenuhkan minda saya dengan kisah-kisah orang berjaya agar semangat sentiasa menyala. Biar kita sibuk memajukan diri dan kalau boleh, lupakan sakit hati, rasa kurang puas hati atau geram. LET GO saja"

Perlu melupakan....let gone be by gone. Jgn sesekali duk mengingati lagi apa yg membuatkan kita tak suka utk mengenangnya.Biasanya, kalau msh lagi minda dan kepala dipenuhi dgn perkara2 lepas yg tidak positif...akan memberi kesan negatif kepada rutin harian kita...Hidup mesti selalu pandang kedepan..bukannya nk brjln kena pandang belakang....

Juga dr blog imotivasi (tqvm lg sekali)..."Melupakan saja apa yang membuat saya geram adalah penyelesaian terbaik, maafkan mereka, pastu GO ON mengejar matlamat kita"

Yang sebenarnya....jauh disudut hati, saya seorang yg mmg boleh memaafkan orang lain...tapi yg agak sukar bagi saya lakukan ialah utk melupakan....adakah mungkin krn saya mempunyai ingatan yg sgt kuat terhadap satu2 perkara? Kalau betul pun boleh lupa...saya tetap akan ingat juga sampai bila2....ermmmm....saya akan cuba melupakan..


Semoga saya dibekalkan dengan semangat yang kuat utk menghadapi segala mcm ujian, dugaan dan cabaran hidup...strong in heart, minda dan jiwa. Choose To Be Strong!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails