Thursday, December 24, 2009

Hari2 terakhir sebelum 2010


Rupanya tinggal lg 6 hr lbh kurang nak berakhirnya 2009 ni. Dan ini bermakna juga my Inas dh nk masuk 6th umurnya. Gembira dihati kerana kehidupan kami bahagia selama ini. Cukup makan pakai...apa yang nak alhamduillah dapat dikecapi....

Cuma, hanya satu lagi....kami tahu bahawa doa kami belum diperkenankan olehNya. Rasa rawan dihati juga pabila melihat kwn2 yang mempunyai anak sebaya kami bersibuk2 membeli dan menyediakan persiapan skolah anak2.....my Inas?...tak sekolahkah dia nanti?....selamanya berbaring?..bergolek?....luluh juga hati pabila melihatkan dia hanya bergolek2 utk dapatkan sesuatu, adakalanya air mata ibu tak dpt ditahan.....

Semakin hari Inas semakin besar dan yg pastinya semakin berat...terdetik rs bimbang dihati, bagaimanakah satu hari nnt if ayah dan ibu sudah tidak sekuat kudrat skrg hdk mengangkat inas tuk mandi, dibasuhkan b***k, kuar jln2 kesana sini jika perlu didukung?..Oh tidak..tidak..saya tak ingin tuk memikirkannya skrg.....sangat sedih jika dilayan rasa yg sebegini...orang sekeliling / yg terdekat sekali pun tidak dapat membantu kami tuk melayan Inas. Agak terkilan juga tetapi apa nak buat...terima dengan redha dan senang hati....lapang2 kan dada....hakikatnya ada rahmat disebalik semua ini....So, pada sesiapa yg mmg tidak memahami situasi kami please stay away from my life.....

Saya redha...mungkin silap dan salahnya datang drpd kami juga.Tidak cukup dan bersungguh usaha utk kesayangan kami ini...Ibu kerja sayang...pentingkah ibu bekerja?....lately ada terlintas in my mind..adakah satu hari nnt ibu perlu untuk b**h***i kerja semata utk berikan perhatian pada mu Inas?....sesungguhnya saya tiada jawapan utk itu.....dan beharap agar tidak perlu diberi jawapan buat masa ini......

Terasa bagai saya ingin ke satu tempat yg tinggi dan jauh drpd sesiapa pun, atas bukit yg tinggi barangkali...untuk menjerit sekuat hati...sepuas hati..agar terasa fikiran yg negatif ni jauh biar melayang tah kemana2.....Semalam ada belek2 buku "Jangan bersedih".....byk faedahnya menenangkan jiwa dan fikiran dgn buku2 ilmiah seperti ini..


"boleh jadi kebaikan itu datang dari keburukan...dan sesuatu yang berguna datang dari hal yang membahayakan..."

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails