"dia tak boleh jalan?"
"dia boleh cakap tak?"
"mesti susah nak jaga dia kan?""mana2 pegi kena dukung la yer?"
"nak makan pun kena bersuap la yer?"
"sampai bila dia nak mcm ni?"
"nanti kalau dah besar lagi, mesti susah kan?"
"dia boleh buat apa?"
"duk terbaring saja kah dia?"
bla..bla.bla..bla....1001 persoalan lagi yg rata2 org diluar sana yg bertanya itu ini.....
Apakah jawapan saya dan HB?.....kalau dulu, will explain juga to others yg bertanya mcm2...tapi now, seboleh mungkin hanya angguk dan geleng shj.....
Kerana, rupanya tak ramai yang memahami...atau cuba memahami situasi kami sebagai pilihan daripadaNya utk menerima anugerah terindah ini...
Selagi hayat dikandung badan....saya dan HB akan lakukan yg terbaik untuk our precious one inas...kerana kami cukup memahami bait2 kata lirik -> bukan ku pinta lahir kedunia......semoga Tuhan merahmati anugerah ini......
Dannnn....x ketinggalan juga satu-satunya antara soalan yang terfamous sekali ialah "bila lagi nak beranak?...bila lagi nak menambah?..."....dan rasa2nya juga..nak jer jawab .." lu fikir la sendiri".....(tp x penah jwb pun lg gitu, sbb kang dgr bunyi mcm kasar jer....)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...