Senario 1
Baru ni, saya ada terlihat iklan di TV mengenai quote "Kita semua serupa sahaja" mengenai kisah seorang pekerja OKU yang bekerja di sebuah company. Dia mendapat pujian dan perhatian yang sebaiknya drpd rakan sekerja serta majikannya. Pandangan rakan sekerjanya bahawa dia tiada beza memberikan komitmen terhadap kerjanya berbanding dengan mereka yang normal. Terbukti kelemahan (bisu) yang ada pada dirinya tidak langsung membuktikan bahawa kelemahan yang ada itu bukanlah kekurangan sebenarnya......
Senario 2
Sms berkunjung berjumpa my Gyne br2 ni, Doc Ita as always suka berkongsi apa shj dengan patientnya. Berkebetulan pula kami ni mempunyai "kisah" yang boleh berkongsi feeling. Citernya, dia telah menegur sepasang couple yang bakal menjadi parents tdk lama lagi. sewaktu ujian ultrasound keatas kandungan isterinya. For information, suaminya beerja di Kompleks Penyayang JKM.
Suami : Kaki anak saya normal tak?
Doc: Ermm....so far yes,normal..tiada masalah. Kenapa?
Suami : Betul ke Doc? (tanya lg utk pengesahan)
Doc:..A'ah yer betul..drpd pemerhatian saya setakat ni tiada masalah. Kalau nak nmpk lebih clear lagi, boleh pegi buat scan 4D. Kenapa bertanya sebenarnya?
Suami : Nak confirm je...errr takut ada "terkenan"....
Doc :..Ohh!...kenapa perlu takaut "terkenan"...."kita semua kan serupa sahaja"?
Suami : ~ sambil memuncungkan mulut kearah isterinya....adakah isterinya, atau ahli keluarga mereka?....
Doc : Kenapa nak pikir jauh sampai ke situ. Terkenan atau tidak bukanlah urusan kita yang menentukan. Semua kejadian adalah ciptaan Tuhan. So, tak patut kita menghina mereka2 yang istimewa itu.
Suami & Isteri : ~ hanya mendiamkan diri....
Doc : Cacat atau sempurna seseorang itu semua adalah ciptaan daripada Tuhan. Kalau kita mempertikaikan setiap kejadian Tuhan yang ada keistimewaan masing2 tu..bermakna akidah kita mmg dah x betul lah dan bermakna juga, kita yang kononnya normal ni lah yang cacat dari segi pemikiran.
Suami & Isteri : ~ masih mendiamkan diri....
Doc : So lepas ni, bagitaulah kepada mereka2...ahli keluarga waima parents / PIL sendiri tentang hal ini. Berdoa yang terbaik adalah yg sepatutnya daripada duk memikirkan tentang yg bukan persoalan hak kejadian ciptaan mahkluk Tuhan.
Itu kisahnya.....dan saya mmg mengiyakan kisah2 sebegitu krn kami sendiri pun telah lali dengan anggapan "terkenan" itu. Mmg ada juga rasa terkilan dan sedih...tapi kami yg telah "berhati kering" ini mmg hanya mampu buat tak tahu sahaja. Dan mmg tak dinafikan juga, kdg2 bunyi2an kata yg sebegini adalah datangnya daripada kaum kerabat sendiri.....
Ketahuilah, berat mata orang luar yang memandang...berat lagi bahu yang amanah ini memikul. Kalau pun tak dapat membantu meredakan kelegaan...cukuplah sekadar jangan lah menambahkan lagi beban kegusaran di hati kami....
Terima Kasih....
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...