Ni sessi luahan perasaan sendiri je....sbb kalo x luahkan rasa pendam kat dalam mmg tak best sungguh lah...
Serba salah dibuatnya...bila kita menghadapi situasi sebagai orang yg terkena "tabiat meminjam" oleh orang lain. Pulak tu kalo org tersebut adalah yang close dengan kita....
Resah dan x selesa juga kan bila acapkali (tiap bulan jugaklah) asik2 nak meminjam dengan kita. Susah nak mengelak sbb biasanya bila dah pinjam mmg dibayar...(kalau x bayar mmh sahih kami x akan bagi muka dah..). Tapi tu lah..walaupun mmg dibayar balik on time seperti yg dijanjikan....tapi kami tamaulah menjadi tempat harapan bergantung sokmo2 kalau mereka ini terdesak nk guna duit.....
Sebabnya kan...kdg2, ada masanya kami pun bukanlah benar ada duit terlebih / tersepak setiap masa. Sehinggakan kdg2 kami pulak yg terpaksa bersusah2 korek sana sini semata nak tunaikan hasrat org yg nak pinjam.
Realitinya, kami ni lagilah perlu byk nk gunakan duit untuk penuhi keperluan our precious. Patutnya org lain yg tolong ringankan beban...tapi terbalik pulak rasanya...Ermmm...Tapi bila fikir2 balik, kami pun x patutlah nak mengeluh atau pun mengungkit mcm ni...sbbnya kata org kalau x boleh tolong, baik berterus terang sajer....Masalahnya, timbul rasa serba salah bila x menolong orang pulak...hishhh!...mcm mana ni....
Ini yang dikatakan..."makan hati berulamkan jantung" dibuatnya....
Yang pasti, kami faham yang istilah rezeki tu kdg2 bukan hanya untuk kita sorang. Ada situasi, apa yg kita usahakan tuk cari rezeki..rupanya rezeki tu hak milik org lain.....dan ternyata, walaupun milik org lain, rezeki kita sendiri tak akan pernah putus..aminnnn!
Tapi, janganlah pulak sampai ada org amik kesempatan pada kita. Mmg nampak secara luaran kami ni senang serba serbi...makan pakai cukup....pi holiday boleh je mana....belanja itu ini boleh...tak penah mintak tolong / pinjam dgn sapa2 bila susah...tapi x bermakna kami ni sentiasa ada duit terlebih. Adakalanya kami pun tight juga with bajet..tapi oleh kerana mengikut plan perancangan kewangan yang betul, membuatkan segala hasil titik peluh dapay dirasai nikmatnya.
Agaknya, time kita susah....nk mintak tolong ngan orang, ada ke tak org yg nak tolong kita erkk?....
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...