Untuk situasi kedua ini..saya lebih rasa bertenang....mampu kawal emosi...mampu untuk lebih sabar menerima hakikat kejadian milik Tuhan semua ini. Lebih memahami konsep bersabar dan berdoa..insyalah akan disusuli dengan ganjaran yg besar....
Kenangan 7 thn yg lalu, ketika kami ber 'penat' dan ber susah hati mengenai cinta hati kami yang pertama..our precious Inas, membuatkan kunjungan kedua ke NICU kali ini lebih mematangkan perasaan dan emosi kami. Lebih2 lagi saya yang seharusnya berpantang dengan sebaiknya untuk kesihatan tubuh badan sendiri....Kalau dulu, saya akan bermlm di ward SCN berulang alik menjenguk anak di NICU, tapi kali ini...kami decide tuk saya berpantang dirumah shj....(krn bb di NICU x boleh dijaga oleh ibu, nurse dan doc yg akan uruskan). Sekurangnya, saya tdk rs tertekan sangat dengan kelesuan badan (walaupun disediakan katil dan makan serta tanpa anak disisi, ibu msh tdk dapt berehat dan berpantang dgnbetul bila berada di ward....x boleh berehat pun) + emosi yang bergelodak pabila mengenangkan anak...
Hari ke 2 berurut dgn K.Jie..terasa sedap urutan kali ini dan rasa serasi dgn badan saya. Air susu mmg dah mula byk, hasil urutan juga mempengaruhi production air susu. Seharian ini melayan karenah my Inas, yg mula memahami bahawa adiknya sudah tiada dialam perut ibu...adik dah keluarlah kakak...:). Seperti biasa, si dia ini akan ketawa mengilai dan ersenyum2.....bahagia hati ibu ini melihatnya...
Ayah visit bb, katanya bb dah x de "kuning"..Alhamdulillah. Rindu dengan bb, insyallah esok ibu akan datang melawat bb ....
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...