Friday, January 28, 2011

Day 4 : Trying hard for EBM

Ibu trying hard tuk memerah susu menggunakan breast pump letrik di KSH ni. Ada plan juga untuk beli breast pump letrik ni sendiri nanti bila balik rumah. Kalau perah guna tangan rasanya x tau teknik yg betul..hasilnya pun mestilah x seberapa pun...

Breast dah engorge...so mmg x selesa sbb rasa sakit. Bila kenangkan keadaan ni, mmg agaknya x de lah rezeki saya untuk merasai pengalaman menyusukan anak. Kalau nak bandingkan ketika Inas dulu, production susu badan saya agak mewah..tai, itulah....bb pula tak dpt nak menyusu direct due to lahir prematured..masih kecil dan tiada kederat bb tuk sucking direct dengan susu badan ibu. Sabarlah...ibu yakin ada hikmah disebalik semua ini....

Hari ni mintak discaj dengan Doc K, plan nak berurut bermula hari esok. Org tua2 kata, bila dapat berurut. lebih banyak susu badan akan terhasil....Dapat saya mula membuat simpanan stok susu untuk bb nanti.

Sempat lagi sekali singgah kat NICU, untuk melawat bb. Ibu dapat kontrol feeling, dan agak lega bila nampak bb bg respon...dan bergerak aktif. Tak dapat lihat wajah anak ibu ni sepenuhnya sbb bb pakai oksigen support ventilator. Tak pe..ibu mesti kuat dan bersabar kan sebagaimana bb yang semestinya sdg berjuang untuk sihat...Insyallah, kita berikhtiar dengan bantuan Doc dan dengan izinNya dapatlah bb sembuh nanti...

Mula bermalam di umah parents hari ini dan seterusnya....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails