Oleh kerana dek layan perasaan yg teruja berkembang dihati ibu ini, pantang ada masa luang...dgn bantuan Pakcik Google, ibu akan terus mengexplorer sebanyak mungkin info ttg perkembangan baby. Mungkin nak 'membalas dendam' kut sbb masa peknenkan my Inas dulu2...ibu x berpeluang tuk mendapat info2 dan knowledge yang sewajarnya tentang apa sahaja mengenai kehamilan.
Baby
- Janin kini boleh membuka dan menutup matanya, menghisap ibu jarinya, menangis serta menendang.
- Janin akan turut memberi tindakbalas terhadap cahaya dan bunyi.
- Cuba nyalakan lampu picit dan halakan kepada perut anda, bayi anda di dalam perut mungkin akan menghala ke arah cahaya tersebut.
- Jika janin dilahirkan semasa ini, ia mempunyai peluang yang baik untuk hidup.
- Panjangnya kini 15 inci dan berat 3 paun.
Ibu
- Anda kini telah memasuki trimester ketiga.
- Jika anda berisiko mendapat diabetes gestasi, doktor akan menjalankan ujian darah ke atas anda untuk mengesannya.
- Jika tumit dan kaki anda bengkak ketika berdiri, cuba baring dan tinggikan kaki anda daripada badan.
- Tanda regangan mungkin akan kelihatan di perut dan buah dada kerana saiznya yang membesar.
- Anda juga mungkin mengalami tanda kelahiran palsu. Ini adalah normal, tetapi anda hendaklah berjumpa dengan doktor jika tanda ini wujud lebih dari 5 kali dalam masa satu jam.
- Oleh kerana perut anda semakin membesar, badan anda akan menjadi kurang seimbang dan mudah terjatuh. Berhati-hatilah!
Tip
- Anda boleh menghadiri kursus kelahiran bayi yang ditawarkan oleh hospital.
- Berehatlah jika penat. Badan anda sedang bekerja kuat.
Yang ni pulak ada jumpa kat sini...
Kedutan di fetus nampak berkurangan kerana endapan lemak makin terbentuk dibawah kulit. Lemak berperanan penting mengekalkan suhu badan dan menyimpan tenaga selepas kelahiran. Setelah 28 minggu, fetus boleh membezakan antara tinggi dan rendah nada sesuatu bunyi. Sound Discrimination, Behavioral States |
| |
|
|
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...